Tuesday, February 15, 2011

DUA BERADIK




KECIL REBUT BUAH DAH BESAR MAIN BUAH

Kami dilahirkan di kampung Ngor (al Ma'unah), Kuala Kangsar, pada zaman orang Melayu di bawah pen jajah Inggeris. Bapa kami, Mohd. Petah bin Yusof dan ibu kami, Jaharah binti Haji Jaafar. Mereka keturunan orang Pattani. Khabarnya, bapa saya ada campur darah orang Batu Bara, Sumatera, Indonesia (tidak pasti).
Kami dua beradik cuma. Ghazali lepasa sekolah Melayu Sauk. Melanjutkan pelajarannya ke sekolah agama (sekolah rakyat), di Masjid Tinggi, Bagan Seri dan kemudian Sekolah agam rakyat - Madrasah Yahayawiah, Padang Rengas.
Dengan perbelanjaan sendiri, Ghazali telah melanjutkan pelajarannya ke Islamic College, Luknow, India. Sebelum berkhimdat dengan Ferlda di Padang Piol, Jetantut, Pahang, di telah berekhidmat dalan kerajaan Diraja Brunei Darus salam.
Gazali seorang penulis. Tulisannya terdapat banyak dalam Berita Harian. Berita Harian telah menerbitkan sebuah buku kumpulan Cerpennya.
Kini, Ghazalai berkedudukan sebagai seorang pesarah. Sebelum uzur, dia telah berkhidmat sebagai guru agama - guru ta'amir, di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.
Kini Ghazali tinggal bersama seorang isteri dan dua anaknya - 1 perempuan dan 1 lelakai di kampung peninggal ibu kami, iaitu kampung Ngor.

Tanganmu,
Tanganku,
Sama - sama memegang epal,
Buah - buahan begini ada di syurga.
Harapan kami,
Bila kami berpamit kepada dunia,
Kesyurgalah tempat kekal kami.


No comments: