Monday, February 21, 2011

DARI MANUSKRIP BUIKU





MANUSIA DICIPTA UNTUK MEMBANGUN KE MANUSIAAN


Manusia, ialah kita, makhluk Allah dari jenis ‘haiwan yang betutur’- (haiwanunnatiq alihkan kebahasa Arab), berakal, berfikiran berasaan. Berbeza dari semua jenis haiwan dan serangga yang wujud dalam alam ini.
Semua manusia di seluruh dunia ini, adalah keturunan manusia yang pertama diciptakan oleh Allah, iaitu Nabi Adam alaihis salam. Junjungan diciptakan dan diturunkan dari syhurga ke dunia untuk menjadi baka dan khalifah kepada umat manusia.
Sheikh Abdullah Fahim telah mengakui, bahawa manusia pertama telah mengalami krisis bersama isterinya, Hawa. Krisis itu disbabkan makhluk yang ketiga, iaitu Iblis. Dari krisis awal itu, setelah Nabi Adam a.s. diturunkan oleh Allah ke dunia, dia telah mengalami krisis yang tidak putus-putus. Di antaranya krisis dalam selama perpisahannya dengan isterinya, Nabi Allah itu diturunkan di kawasan India dan isterinya diturunkan di bumi Arab, sekitar Mekah sekarang.
DISIBARKAN
Setelah Nabi Adam a.s. dan isterinya, Hawa mendapat tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan, telah berlaku krisis besar, iaitu krisis cinta dan pem bunuhan pertama ke atas manusia.
Nabi Adam a.s. adalah utusan Allah yang membawa agama tauhid - agama Islam - kepada umat manusia. Agama itu kemudiannya dipegang dan disibarkan oleh sekurang-kurangnya 24 orang Rasul Allah. Rasul Allah yang terakhir, ialah Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Dalam Quran Allah telah berfirman mengenai kehendak-Nya untuk mencipta sejenis makhluk yang lain dari makhluk-makhluk Allah yang lain yang diciptakan di bawah kehendak dan kuasa-Nya Allah seperti firman-Nya dalam Quran:
(quran)
Apabila Allah mengehendaki sesuatu, lalu (dia) berfirman baginya jadi! maka jadilah.
Dalam Quran, Allah telah berfirman kepada para malaikat tentang kehendak-Nya un tuk mencipta makhluk lain dari malaikat dan Jin atau Iblis. Manusia yang bakal menjadi khalifah di muka bumi ini.
(quran)
Ingatlah, pada ketika Tuhan kamu berfirman (memaklumkan) : ‘Sesungguhnya Aku hendak mencipta seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: Mengapa kamu hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akaqn membuat kerosakan padanya dan mernumpahkan darah, sedangkan kamui sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan mensucikan Kamu?”. Tuhan berfirman:
‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu semua tidak mengetahui.’
Para malaikan adalah sejerenis makhluk Allah yang diciptakan dari nur (cahaya).
Sheikh Abdullah Fahim telah menerangkan, bahawa para malaikat taat kepada Allah dan sentiasa bertasbih kepada Yang Maha Kuasa itu.Apabali mereka menengar makluman Allah untuk menciptakan manusia untuk menjadi khlalifah di bumi, maka kerena mereka tidak mempunyai pengetahun yang cukup, maka mereka kehairanan. Tetapi mereka tidak menentang kehendak Allah. Mereka menynagka akan kemungkinan berlaku pada manusia di muka bumi nanti.
Para malaikat itu bertanya kepada Allah:
Para malaikat (dengan tulus) berkata:
“ Maha Suci Kamu, tidak ada yang kami ketathuai selain dari apa yang Kamu telah ajarkan kepada kami; sesungguhnya Kamulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijak sana.”
Allah telah mencipta manusia dari turab – dust of soil (debu tanah) dan ttin (tanah) atau meteor (benda kecil dari angkasa lepas yang melancar ke dalam usarakasa bumi dan menjadi berkilau apabila ia habir terbakar; tahi bintang. Meteorite with fire or shing when flying in the atmosphere (berapi atau bersinar pada waktu melayang di atmosfir – campuran gas yang meliputi bumi).
DICAMPURKAN
Dalam Quran banyak keterangan dari Allah berhubungan dengan Dia mencipta manusia dari turab dan ttin, iaitu:
(quran)
Kami telah cipta kamu dari tanah
(quran)
Kami telah cipta kamu dari tanah
(quran)
Dan Allah telah mencipta kamu dari tanah.
(quran)
Dia (Allah) yang telah mencipta kamu dari tanah.
Sheikh Abdullah Fahim berpendapat – sesuai dengan pendapat para ulama tersohor -, bahawa manusia telah diciptakan oleh Allah dengan cara dikonbinasi atau dicampurkan dua bahan alam, iaitu tanah (debu tanah) dengan ttin – meteor (bahan berapi atau bersinar pada waktu melayang dalam campuran gas di bum).
Sheikh Abdullah Fahim berpendapat, bahawa logik manusia diciptakan dari dua bahan alam itu, kerana pada tubuh manusia ada unsur tanah, air, angin dan api.
Allah menegaskan dalam Quran:
(quran)
Sesungguhnya aku telah mencipta kamu semua dari at tin(tanah).
(quran)
Dia yang telah mencipta kamu semua dari At
tin(tanah) .
(quran)
...dan Kamu telah menciptanya dari ttin (tanah).
(quran)
Akan tundukkah aku kepada orang yang Kamu ci-takan dari ttin (tanah)?
(quran)
...didimulai mencipta manusia dari ttin (tanah).
(quran)
Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka
(manusia) dari tanah liat.
(quran)
Kamu telah cipta aku dari api dan Kamu telah
menciptanya (manusia) dari ttin (tanah).
(quranj)
Dia (Allah) telah mencipta manusia (Adam) dari tanah
liat seperti tembikar.
Setelah Allah mencipta Nabi Adam a.s. dalam syurga, maka Allah mengurniakan kepdanya pengetahuan. Allah telah menjelaskan dalam Quran:
(quran)
Dan Allah telah mengajar Adam nama-nama (benda dan gunanya) seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada para malikat lalu berfirman: “Sebutkan kepada Aku nama benad-benda itu jika kamu semua orang-orang yang benar!”
Mereka menjawab: “Maha Suci Kamu tidak ada yang kami ketahui dari dari apa yang Kamu telah ajarkan kepada kami; sesunguhnya Kamulah yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.”
Allah berfirman: “Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka (para malaikat) akan nama benda-benda.” Maka setelah diberitahu kepada mereka (para malaikat) nama benda-benda itu, Allah berfirman: Bukankah Aku telah firmankan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamau lahairkan dan apa yang kamu semua sembunyikan?”
Dan (ingatlah) pada ketika Kami berfirman (perintgah) kepada para malaikat:Sujudlah (beri hormat)kamu semua kepada Adam, maka mereka itu sujud kecuali iblis; Ia
enggan dan takburdan ia adalah termasuk golongan mereka yang kafir.
(quran)
Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu (Adam) lalu Kami bentuk tubuh kamu, kemudian Kami perintah kepada para malaikat: Sujudlah (hormat) kamu sekalin Adam, maka mereka pun sujud, kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang sujud.
Allah berfirman (bertanya): Apakah yang menghalkang kamu untuk sujud (kepada Adam) pada ketika Aku menyuruh kamu? Iblis menjawab: “ Aku lebih baik daripadanya. Kamu mencipta aku dari api sedangkan dia kamu cipta dari tanah.
(quran)
Dan (ingatlah) pada ketika Kami berfirman (memerintah) para malaikat: “Sujuudlah
(hormat) kamu kepada Adam.” Lalu mereka pun sujud (hormat) kecuali iblis. Dia berkata (dengan bongkak): “Apakah aku akan sujud (hormat) kepaa orang yang Kamu ciprtakan daripada tanah?”
(quran)
Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberu bentuk (rupa).
Dan Kami telah menciptakan jin-jin (suku sakat) sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
Dan (ingatlah), pda ketika Tuhan kamu berfirman (memerintah) kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciotakan seorang manusia dari tanah liatr kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk (rupa).
Maka, apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan) – Ku, maka tunduklah kamu sekalian (hormat) kepadanya dengan bersujud (bukan menyembah tetapi memberi hormati).
Maka, semua malaikat (pun) sujud bersama.
Kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama (para malaikat) yang sujud.
Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebab kamu tidak (ikut sujud) bersama mereka (para malikat) yang sujud?
Iblis menjawab: “Sekali-kali aku tidak akan sujud kepada manusia yang Kamu telah menciptanya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk (wajah).
Allah telah menganggap iblis (semua suku sakatnya) sejenis makhluk takbur dan menjadui musuh ketat kepada manusia. Dalam Quran terdapat firman-firman Allah
mengenai Iblis (suku sakatnya).
(quran)
Allah berfirman: Keluar kamu daripadanya (syurga). Maka sesungguhnya kamu Terkutuk.
Dan sesungguhnya kutukkan (Aku) menimpa atas kamu (sukiu sakat) sampai ke hari kiamat.
Allah telah melaksanakan kehendak-Nya menciptaan Adam .a.s. dengan kekuasaan-Nya, iaitu jadi, maka jadilah. Adam pun wujud dengan wajah manusia, berakal dan lengkap dengan pengetahuan yang diajarkan oleh Allah kepadanya.
PEREMPUAN
Sebagai manusia, Allah telah mengurniakan kepada Adam perfasaan cinta kepada pasangannya yang berlainan jenis, iaitu manusia jenis perempuan.
(quran)
Dan dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (isteri) dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan rasa tenteram kepadanya., dan dijadikan- Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menciptakan untuk kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternakan pasangan-pasangan (jua), dijadikan kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesesuatu pun yang
serupa dengan Dia (Allah), dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.
Allah telah mencipta manusia jenis perempuan untuk pasangan Adam , iaitu Hawa. Di ciptakan Hawa dari sebatang dari beberapa batan tulang rusuk kiri Adam alaihis salam.
Hawa tidk diciptakan oleh Allah seperti Dia mencipta Adam. Hawa adalah makhluk dari tubuh makhluk yang pertama yanmg diciptakan oleh Allah dari Tanah.
Allah berfirman kepada Adam a.s. di syurga dengan mengurniakan nikmat-nikmat dan di adakan pula tegahan kepada Adam dan isterinya, Hawa.
(quran)
Dan Kami befirman: Hai Adam, kamu dan isteri kamu tinggallah dalam syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.
(quran)
Maka Kami berfirman: Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagi kamu dan bagi isteri kamu, maka jangan sekali-kali sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga yang menyebabkan kamu menjadi celaka.
Malang! Pasangan manusia yang awal itu - Adam a.s. dan isterinya, Hwa - , telah dapat diperdayakan oleh Iblis. seperti firman Allah:
(quran)
Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada-
nya (Adam) dengan berata: “Hai Adam, kamu mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi, dan kerajaan yang tidk akan binasa?”
(quran)
Lalu keduanya ditipu oleh shaitan (iblis) dan dapat dikeluarkan dari tempat keduanya berada pada ketika itu, dan Kami berfirman: Pergilah (dari syurga). Dan sebahagian dari kamu semua menjadi musuh bagi yang lain, dan di bumi ada tempat tinggal dan kesenangan hidup untuk kamu semua, ampai pada waktu yang ditentukan.
(quran)
Allh berfirman: Pergilah, sebahagian kamu menjadi musuh yang lain. Dan kamu mempunyai tempat tinggal dan perbekalan di bumi sampai beberapa masa.
Allah berfirman: Di bumi (sana) kamu semua hidup dan mati dan dari bumi itu pula kamu semua akan dibangkitkan.
( quran)
Lalu keduanya memakannya (buah pohon itu), oleh demikian maka terdedahlah kemaluan keduanya (Adam mengerti nama kemaluannya dan kemaluan isterinya serta kegunaan atau kepentingannya), lalu keduanya kenutup dirinya (masing-masing) dengan daun taman (syurga); dan Adam tidak mematuhi perintah Tuhannya, kerana itu sesat jalannya.
(quran)
Kedua-duanya berkata (bedoa): Wahai Tuhan kami, kami telah menginiayai diri kami sendiri; dan kiranya Kamu tidak memberi ampun dan memberi rahmat kepda kami, tentulah kami termasuk mereka yang rugi.
(quran)
Kemudian Adam menerima beberapa firman dari Tuhannya (Adam sedar akan kelemahan dan kesalahannya dan dia bertaubat), lalu dia
(Adam) diterima kembali oleh Tuhan, sesunguhnya Dia (Allah) suka menerima taubat dan Penyayang.
Adam a.s. bersama isterinya diturunkan oleh Allah dari syurga ke muka bumi. Menurut kisah para nabi, bahawa Adam a.s. diturunkan oleh Allah di bumi India dan isterinya, Hawa di bumi Arab, iaitu di sekitar bumi Mekah.
MANUSIA
Setelah mereka bertemu semula, mereka hidup sebagai sepasang suami isteri dengan penuh kasih sayang.Merekalah permulaan segala ragam perangai atau tabiat manusia. Di antaranya, makan dan minum. Jaga dan tidur. Cinta antara lelaki dengan perempuan. Hubungan kelamin antara lelaki dengan perempuan (suami dengan isteri).
Sesunguhnya Adam a.s. sahaja diciptakan Allah dari tanah liat kering. Anak-anak dan zuriat-zuriatnya, diciptakan oleh Allah dari nuzfah ( titis air mani) Adam yang telah masuk ke dalam rahim isterinya dengan cara bersetubuh. Allah telah menjelaskan
dalam Quran mengenai kejadian manusia – zuriat Adam a.s. – dalam Quran
seperti berikut ini:
(quran)
Hai semua manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah mencipta kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah telah menciptakan isterinya (Hawa); dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.
Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., Allah telah bertanya kepada manusia berhubungan kejadian manusia.
Bahawa, Dialah yang mencipta berpasangan, lelaki dan perempuan (atau jantan dan betina).
Dan dari air mani, pada ketika telah ditempatkan (dalam rahim).
Bahawa, dialah yang menentukan kejadian yang kedua (kebangkitan).
(quran)
Dari apa benda Dia telah menciptanya (manusia).
Dari setetes air mani. (Allah) menciptanya Dan
menentukan ukuran yang sepadang baginya
(peringkatan proses pertumbuhan dalam rahim).
( quran)
Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dari sari pati (berasal) dari tanah.
Sherikh Abdullah Fahim telah menerangkan, bahawa sari pati (berasal) dari tanah, ialah semua jenis makanan, iaitu bijian, dedaun dan sayuran, daging haiwan dan sebagainya. Sari pati makanan itu menjadi air manis manusia (termasuk haiwan dan serangga).
ZURIAT
Manusia yang memakan semua jenis makanan itu hendaklah pandai membezakan makanan-manan yang mereka makan itu sama ada halal atau haram, kerana semua makanan itu akan menjadikan sari patinya (air mani) baik atau tidak, iaitu halal atau haram.
Makanan-mananan yang haram, ialah:
1 - Daging babi.
2 - Haiwan yang disembelih tidak dibaca
membaca basmalah (lihat: Al A’m: 118,
119). Atau atas nama lain dari Allah,
seperti syaitan,Iblis dan sebagainya. Di
sembelih orang kafir musyrik.
3 - Hasil dari rasuah, tidak amanah dalam
Pekerjaan dan seumpamanya terhadap
majikan.
4 - Hasil dari curi, rompak atau samun.
5 -Harta anak yatim (mengikut yang ditegah
Oleh syarak).
6 - Hasil dari sebarang jenis riba.
7 - Hasil dari sebarang jenis perjudian.
8 - Hasil dari Arak dan perbuatan
Memproses hingga menjual dan
meminumnya.
9 - Hasil pelacuran, perzinaan termasuk
Yan bersifat perzinaan seperti hampir
dengan zinan menghampiri lacur.
9 - Hasil dari penipuan.
10 - Hasil dari pusaka yang dibahagikan tidak
mengikut kententuan dalam agama Islam.
11 - Wang dan harta yang diperolehi dari
Sumbe haram.
12 - Hasil dari memperdagangkan dan
memperhambakan manusia.
13 - Hasil dari kerjasama dengan golongan kafir
Untuk mengkhinat atau menjatuhkan
pemerintahan orang Islam.
14 - Hasil dari sesuatu yang diharamkan oleh
Islam.
Sheikh Abdullah Fahim telah menegaskan, bahawa seseorang lelaki dan perempuan yang memakan makanan yang halal dan baik, akan menjadikan zuriat atau anak-anaknya baik tubuh badan, ruh, perngai atau tabait dan sebagainya.Tetapi kalau makanan itu haram, maka zuriat atau anak-anak akan menjadi buruk tubuh badan, jahat, otak beku dan sebagainya.
Setiap orang Islam hendaklah memakan makanan seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam Quran:
(quran)
Makanlah yang halal dan yang baik dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada kamu.Dan patuhlah kepada Tuhan yang kepada-Nya kamu beriman.
Berikut ini adalah penjelasan-penjelasan Allah dalam Quran mengenai Dia menciptakan manusia dari air mani. Dari mana air mani itu datang dan di mana air mani itu disimpan lalu menjadi manusia:
(quran)
Hai manusia, kalau kamu masih ragu tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang telah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengasn beransur-ansur) kamu sampailah kepawas kedewasaan, dan antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu dipanjangkan umurnya sampai usia yang lanjut (tua bangka), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang dulu telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila
Kami telah turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai-bagai tumbuhan yang indah.
(quran)
Kemudian Kami ciptakannya – sari pati tanah itu – air mani (tersimpan) dalam tempat simpanan yang teguh.
Kemudian air mani itu Kami ciptakan segumpal darah. Darah segumpal itu Kami
ciptakan segumpal daging, dan daging segumpal itu Kami ciptakan tulang belulang. Kemudian tulang - tulang itu kami tutup dengan daging. Setelah itu Kami ciptakan makhluk yang lain. Maha Berkat Allah, Pencipta yang paling baik.
(quran)
Dan Allah telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari mani, kemudian dijakan-Nya berpasangan (lelaki dan

perempuan). Seorang perempuan tidak aakan mengandung dan tidk akan melahirkian kandungannya, meliankan dengan ilmu-Nya (Allah). Dan tidk akan dipanjangkan umur orang yang panjang umurnya, melaikan ada penentuannya dalam kitab. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Tuhan mudah belaka.
(quran)
Dan apakah manusia tidak memperhatikan (menyelidik), bahawa Kami telah menciptanya dari nutfah (setitik air mani), tiba-tiba dia menjadi penentang (musuh) yang terang.
(quran)
Dia telah meniptakan kamu sekalian dari seorang diri kemudian Dia menciptakan daripadanya (Adam) isterinya (Hawa) dan Dia menurunkan untuk kamu semua lapan ekor yang berpasangan dari haiwan trnakan. Dia telah menjadikan kamu semua dalam perut ibu kamu kejadian demi kejadian tiga
kegelapan ( 1. kegelapan dalam perut, 2. Kegelapan dalam rahim dan 3 – kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim) . Yang melakukan itu adalah Allah yang mempunyai pemerintahan (kerajaan). Tidak ada tuhan melainkan Dia; dan bagaimanakah kamu dapat dipalingkan?.
(quran)
Dia (Allah) telah mencipta kamu semua dari tanah kemudian dari mani, setelah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkan kamu sebagai seorang bayi, kemudian (kamu dibiarkan hidup)supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami lakukan demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahaminya.
(quran)
Dari apakah Aallah menciptakannya (manusia)?
Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya (proses kejadian dari dalam perut ibu, lahir ke dunia, usia, rezeki dan nasibnya).
(quran)
Dia (Allah) mencipta manusia dari apa yang Dia ciptakan.
Dijadikan dari air yang terpancut Yang diciptakan dari
tulang sulbi dan tulang dada.
Penjeklasan:
Menurut kabanyakan ulama, bahawa air mani lelaki dari tulang sulbi dan air mani perempuan dari tulang dada. Sebab itulah perempuan diciptakan Allah dua buah dada.
‘1. Buah dada (breast) kelenjar mamari bagi seseorang wanita; salah satu dari dua kelenjar majmuk yang menghasilkan susu. Setiap buah
dada terdiri daripada lobul-lobul ke dalam duktus-suktus laktiferus , yang setiap satunya mengeluarkan susu melalui orifis berasingan dalam puting. 2. Bahagian depan dada (toraks). Nama anatomi: mamma.
(quran)
Bukankah dia dahulunya setetes air mani yang ditumpahkan?
Kemudian menjadi segumpal darah, dan (Allah)telah menciptakan (bentuk)nya dan menyempurnakan kejadiannya.
Lalu Allah jadikan daripadanya sepasang; lelaki dan pertempuan.
(quran)
Sesungg uhnya, Kami telah mencipta manusia dari stetes air mani yang bercampur(campuran bibit lelaki dan perempuan). Kami akan mengujinya, lalu Kami jadikan dia orang yang dapat mendengar dan melihat.
(quran)
Bukankah mereka (manusia) Kami ciptakan kamu semua dari air yang kotor (air mani).
Kemudian Kami letakkan dalam tempat yang kukuh (rahim perempuan).
Sampai waktu yang ditenttukan. Lalu Kami tentukan (bentuknya). Maka Kamilah sebai-baik yang menentukan.
(quran)
Sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
(quran)
Dia (Allah) telah mencipta manusia dari segumpal darah.
Penjelasan-penjelasan dalam Quran mengenai kajadian manusia adalah pengetahuan – ains – biologi atau kaji hayat yang amat berguna bagi kita.Dengan pengetahuan itu menjadikan iman kita kepada Allah yang Maha Pencipta, bertambah kukluk.
Lampiran ini adalah dari buku Human Development As Described In The Quran And Sunnah Correlation With Modern Embryology, oleh: Abdul Majeed A. Zindani, E. Marshall Johnson, Gerald C. Goeringer, Joe Leigh Simson, Keith L. Moore, Mustafa A. Ahmed, T.V. N. Persaud dan diterbitkan oleh: Muslim World League Commission on Scientific Sings in the quran & sunah Makkah Al Mukarramah. Second Edition 2000. AD 1421 AH.
Semua tulisan dalam lampiran ini tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana dikhuatiri akan be rlaku salah anggap dan salah terima oleh pihak-pihak tertentu.
(Di salin dari manuskrip buku, Sheikh Abdullah Fahik Pelopor Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu, oleh: Mokhtar Petah)

No comments: