Tuesday, September 21, 2010

POLITIK



1 MALAYSIA DENGAN SEMUA PARTI POLITIK

Oleh: Mokhtar Petah

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan
forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang
perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa.
Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai
kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan
Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita.
Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang
selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan
terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar
laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog
yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan
dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya
dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan
yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap
kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untu
satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan
peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.
– Dato’ Seri Najib Tun Razak

Setelah meneliti pendapat atau penjelasan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mengenai gagasan 1 Malaysia, maka saya yakin, jika Kerajaan Barisan Nasional ikhlas meneruskan pelaksanaannya dan semua rakyat ikhlas pula menerima dan mengembalikannya, maka negara kita akan berada dalam kedaan harmoni dan akan mencapai kemajuan yang mengkagumkan.
Saya mengakui 1 Malaysia baik untuk semua. Tetapi tidak semua rakyat negara ini mengakui gagasan itu baik, kerana rakyat berada dalam pelbagai fahaman, pandangan dan lebih – lebih lagi dalam berbagai parti politik.
Sejak gagasan 1 Malaysia diistiharkan, hingga saya menulis artikel ini, dapat dilihat kejayaan amalan 1 Malaysia, hanya ada pada Barisan Nasional, tetapi tidak ada pada parti – parti politik pembangkan – PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
Kerana parti – parti politiki menganu fahaman yang berbeza dari Barisan Nasional. Berbeza pandangan politik. Berbeza merangka masa hadapan, maka saya yakin gagasan 1 Malaysia sukar dijayakan secara menyeluruh atau diterima oleh semua rakyat.
Untuk menjadikan 1 Malaysia diterima oleh semua rakyat, Najib Tun Razak hendak berikhtiar mewujudkan perpaduan semua parti politik di negara ini. Wujudkan kerjasama, persefahaman dan kuatkan seia dan .
Perpaduan UMNO dengan PAS amat penting, kerana kedua – dua buah parti itu dianggotai oleh orang Melayu dan umat Islam. Najib Tun Razak dan Dato’ Haji Abdul Hadi Awang adakan pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati. Capaikan perpmaufakatan kerana kepentingan perpaduan rakyat.
Lepasa itu adakan pertemua dengan Parti Keadilan Rakayat dan DAP. Sama- sama mencari jalan membuangkan yang keruh dan mengambil yang jernih. Teruskan kerjasama dan maufakat.
Jika UMNO – BN tidak bekerjasama dengan parti – parti pembangkang, tidak sahaja gagasan 1 Malaysia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, bahkan Kerajaan sukar melaksanakan pembangunan untuk rakyat secara menyeluruh.
Di antara kesukaran Kerajaan untuk membangun kemajua atau projek – projek untuk orang ramai di negeri – negeri, kerana ada negeri – negeri diperintah oleh parti – parti pembangkang. Kerajaan Barisan Nasional mahu laksanakan sesuatu projek, tetapi kerajaan – kerajaan negeri yang dikuasai parti – parti pembangkang tidak setuju atau menolaknya.
Di antara kesukaran yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Barisan Nasiaonal, ialah mengenai kawasan – kawasan tanah di negeri – negeri berkenaan yang akan dibina projek – projek. Hanya kawasan tanah yang dimiliki Kerajaan Barisan Nasional (Kerajaan Pusat), seperti tanah milik Kementerian Kerja Raja, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Koprasi dan lain sahaja yang dapat dibinakan projek – projek yang diperlukan.
Pada umumnya lebuh raya dan jalan raya di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang akan dibina di negeri – negeri diperintah parti – parti pembangkan memerlukan tanah negeri (state land) dan tanah milik orang ramai di bawah pejabat – pejabat tanah negeri, sukar didapat kerana tidak dibenarkan oleh kerajaan – kerajaan negeri tersebut.
Kesukaran demikian tidak akan dapat keluar kepada jalan mudah, selagi UMNO – BN tidak bekerjasama dengan parti – parti pembangkang. Sampai bila pun projek – projek dan rancangan – rancangan tergendala.
Setiap kali pilihan raya UMNO – BN bagi pihak kerajaan berjanji akan mengadakan rancangan dan projek untuk rakyat, tetapi kebanyakan janji itu tinggal janji sahaja, kerana masalah – masalah yang tersebut di atas.
Misalnya,k sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan Dewqan Rakayat Hulu Selangor baru – baru ini, UMNO – BN telah banyak berjanji kepada orang ramai di sana untuk melaksanakan banyak rancangan dan projek, tetapi janji – janji itu akan tinggal janji sahaja, di sebabkan masalah tanah milik kerajaan Negeri Selangor.
Semua parti politik diwujudkan untuk kepentingan negera dan orang ramai, maka, saya kira pihak UMNO – BN, PAS, Pasrti Keadilkan Rakya dan DAP, eloklah bermahasabah diri dan berikhtiar untuk bersatu dan bekerjasama.(mp)

No comments: