Saturday, September 18, 2010

BERITA



Najib mahu perpaduan secara intra, inter kaum


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat Malaysia terus aman damai dengan semangat perpaduan terjalin secara intra dan inter kumpulan dalam kala- ngan semua kaum.

Perkara itu dinyatakan oleh Najib ketika pertemuan dengan Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama pada Selasa lalu di pejabatnya di Putrajaya.

Penyelaras Khas Perhubungan antara Penganut Agama, Datuk Ilani Isahak, yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, Perdana Menteri semasa menyampaikan amanatnya mengakui perlunya diadakan banyak lagi perjumpaan dengan jawatankuasa ini dan beliau menganggap perjumpaan kali ini adalah permulaan.

“Beliau (Najib) melafazkan sokongan kepada jawatankuasa ini sebagai sebuah mekanisme yang boleh menyelesaikan masalah atau isu dan menyatakan persetujuan untuk menyediakan bajet bagi membantu kerja-kerja jawatankuasa ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ilani berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan untuk memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat sebagai menepati hasrat gagasan 1Malaysia yang membawa perpaduan ke tahap lebih bermakna. - Bernama

No comments: