Saturday, March 20, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN


UMAT YANG DIMUSNAKAN

Sesungguhnya Kami telah memusnahkan umat – umat yang terdahulu daripada kalian semasa mereka melakukan kezaliman, pada hal telah dating kepada mereka para Rasul mereka membawa kegterangan – keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah kami (bertindak) balas kepada kaum yang melakukan kesalahan.

Kemudian Kami jadikan kalian (umat Muhammad) khalifah di muka bumi menggantikan mereka yang tekah dimusnahkan itu, agar Kami melihat, apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kalian akan lakukan.

– Yunus: 13,14.



HADIS

DOSA

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Semua dosa ditanggukan Allah pelaksanaannya, iaitu mana sahaja yang dikehendaki nanti di hari akhirat, kecuali dosa kerana derhaka terhadap dua ibu bapa. Derhaka kepada ibu bapa dipercepatkan Allah (balasannya) di dunia dan setelah mati.

– Perawi: Thabrani



PETUA


TAMBAH ISTERI

Sesiapa yang ingin menambahkan isteri kepada seorang, dua, tiga dan seterusnya, tetapi isteri pertama tidak membenarkan (menentang peruntukan dalam Quran, An Nisa:3), maka ceraikannya atau ikhtiar dengan memohon kepada Allah dengan cara berikut: Pada ketika isteri sedang nyengak tidur pada waktu malam, baca basmalah dan diikuti dengan ayat:200, Ali Imran, 7n kali, setiap kali akhir hemnbuskan ke seluruh tubuhnya dari kepala hingga ke kaki. Lakukan 7 malam berturut – turut, insya Allah, akan dikabulkan Allah dan hati isteri menjadi lembut seperti isteri para nabi Allah.



TAHUKAH?


HUTANG

Semua wakil rakyat – ahli Parlimen, Dewan Negeri dan Perbandaran (dipilih rakyat), mereka adalah sama dengan orang yang berhutang. Mereka berhutang janji, tanggungjawab, kejujuran dan maruah kepada rakyat. Jika mereka tidak dapat menunaikan mereka itu, maka, mereka lebih hina dari sesiapa yang hina.

No comments: