Friday, October 16, 2009

MOKHTAR PETAH DARI ULAANBAATAR, MONGOLIA

Salam kepada Sitti Haishah Abdul Rahman (isteri), Khairil Anuar, Noor Iskandar, Saiful Alimin, Akhdiat Miharja, Petah Wazzan Iskandar, Petah Shahrir Aidid dan Petah Ibnu Khaldoon (anak) dan para menantu dan bakal menantu, serta rakan - rakan terdekat dan jauh di Malaysia.
------------------------------------------------
Salam khas saya kepada Menteri Pertanian, Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Noh Omar. Saya terima sms Dato. Tapi di Mongolia tidak dapat siaran tv kita. Saya akan pulan malam Ahad ini. Saya membawa surat Menteri Makanan, Pertanaian dan Industri Ringan Mongolia kepada Dato.
Pemerintah Republik Rakyat Mongolia berhajat menjalinan hubungan ekar dengan Malaysia dan melaksanakan rancangan dan projek pertanian dua hala - Malaysia dan Mongolia.
--------------------------------------------
Pagi ini dingin amat. Seluruh banar ini diselimuti salji putih yang mulai luput kerana matahan mulai mencium bumi.
Malam tadi makan kebab - makanan untuk saya seorang booleh dimakan oleh 5 orang.
Petang semalam penuh dengan progran dengan Pengerusi dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Islam Mongolia (NGO), berbincang di markas mereka. Kemudian melawat kompleks masjid - Markasul Islam , bernilai milion USD. Arab Saudi menderma USD180 milion, yang lain oleh negara Islam dan derma umat Islam Mongolia.
Penasihat Ekonomi, Penanam modal kepada Perdana Menteri dan duta ke negara - negara Islam dan Pengerusi Pertubuhan Islam Mongolia, Sairaan Kader memberitahu saya, markas itu dibeina oleh sebuah syarikat Rusia dan di jangka akan siap akhir tahun depan.

No comments: