Wednesday, February 25, 2009

SALAHUDDIN: SPRM ADA RUANG DIPERBAIKI


Wan Nordin Wan Yaacob

SEREMBAN, 25 Feb (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub melihat masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki serta meningkatkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam objektifnya mencegah rasuah secara total.

Beliau yang baharu sahaja dilantik selaku anggota SPRM semalam menyatakan harapan itu kerana masih terlalu awal untuk beliau secara peribadi menghukum SPRM.

Salahuddin terdahulu menyertai majlis perasmian SPRM di Pusdat Dagangan Dunia Putra (P{WTC) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas lanjut, Sakahuddin berkata SPRM perlu menunjukkan wibawanya termasuk menyiasat semua laporan polis dan laporan kepada badan itu yang dibuat Pakatan Rakyat atau rakyat terhadap salah laku pemimpin Umno/BN.

Beliau merujuk kepada beberapa laporan rasuah membabitkan pemilihan Umno sebelum yang masih belum disiasat sepenuhnya atau dijalankan pendakwaan jika cukup bukti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam selepas mengadakan sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung isu cabaran debat PPSMI.

Salahuddin sendiri menyatakan visinya untuk memberikan komitmen yang tinggi kepada SPRM selaku wakil PAS yang dipilih menggangotai suruhanjaya tersebut.

"Terlalu awal untuk saya menghukum SPRM,apa yang penting saya mahu memberi komitmen yang tingggi kepada suruhanjaya tersebut.

"Saya ucapkan terima kasih atas lantikan ini yang akan berkuatkuasa selama tiga tahun, namun ini satu proses biasa," katanya.

berhubung amalan, sistem atau tatacara kerja dalam sektor swasta dan awam mengenai pelaksanaan program pendidikan masyarakat serta memantau keberkesanannya.

(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 26 Februari 2009)

No comments: