Friday, February 27, 2009

KHUTBAH JUMAAT WALAYAH PERSEKUTUAN

DADAH MEROSKKAN FITRAH MANUSIA

(Di sediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

[Padamasa ini ramai orang Melayu tidak dapat membaca tulisan Jawi dengan baik atau langsung tidak dapat membacanya, maka kami menyulam dengan tulisan Rumi di bawah setiap baris khutbah ini. – Editor, Petah shahrir Aidid.]

ساي برفسن كفد ديري ساي دان مثرو كفد سيداغ جمعة يغ

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sedang Jumaat yang

دكاسيهي سكالين, ماريله سام2 كيت برتقوى كفد الله سبحانه

Dikasihi sekalian, marilah bersama – sama kita bertakwa kepada Allah S . W .Taala

وتعالى دغن سبنر2 تقوى سرتا ملقسناكن سضالا فرينتهث

Dengan sebenar – benar takwa serta melaksanakan segala perintah - Nya.

دان منجاءوهي سضالا لارغنث. موده-مودهن دغن صفة

Dan menjauhi segala larangan- Nya. Mudah – mudahan dengan sifat

كتقوائن يغ تيغضي ممفو ممبنتوق انسان برأخلاق موليا دان

Ketakwaan yang tinggi mampu membentuk insan berakhlak mulia dan

برتمدون. منبر هاري اين اكن ممبينخغكن خطبه برتاجوك: "

Betamadun. Mimbar hari ini mengemukakan khutbah yang khusus mengenai

membincangkan

داده مروسقكن فطرة ماءنسي ".

‘Dadah Merosakkan Fitrah Manusia’

اومت إسلام يغ برجاي دان براونتوغ اياله اومت إسلام دان

Umat Islam yang berjaya dan beruntung Ialah umat Islam dan

كلوارض يغ هيدوف دالم سواسان فطرة كماءنسياءن يغ

Dan keluarga yang hidup dalam suasana fitrah kemanusiaan yang

سلاري دغن فرينسيف اجرن إسلام. مانكالا ماءنسي يغ

Selari dengan prinsif ajaran (hikmah) Islam. Manakala manusia yang

روضي اياله أفابيلا فطرة كماءنسياءنث منجادي روسق دان

Rugi ialah apabila fitrahkemanusiaannya menjadi rosak dan

مغوبه تيغكه لاكوث منجادي كجي دان مروسقكن عقيدة

Mengubah tingkah lakunya menajdi keji dan merosakkan akidah

مريك. فرسوءالن بسر تيمبول دسيني اياله, افاكه جماعه دان

Mereka. Persoalan besar timbul di sini, ialah, apakah jemaah dan

كيت سموا ممبوات فنيلاين سجاءوه مان كهيدوفن كيت بنر2

Kita semua membuat penilaian sejauh mana kehidupan kita benar - benar

سلاري دغن فرينسيف اجرن إسلام؟.

Selari dengan prinsif ajaran (hikmah) Islam?

باثق فكتور يغ ممباوا كموسنهن دان فثليويغن فطرة

Banyak faktor yang membawa kemusnahan penyelewengan fitrah

ماءنسي. انتاراث فغليبتن ماءنسي دغن فركارا يغ

Manusia. Antaranya pengelibatan manusia dengan perkara yang

دحرامكن الله سبحانه وتعالى. برداسركن دليل القرءان,

Diharamkan Allah Subhanahu wa Taala. Berdasarkan dalil Quran,

حديث, دان فنموان فاكر2 فراوبتن, جلس مثتاكن فركارا

Hadis, dan penemuan pakar – pakar perubatan, jelas menyatakan perkara

يغ دحرامكن اوليه إسلام تله مروسقكن ادب, تاتاسوسيلا

Yang diharamkan oleh Islam telah mrosakkan adab, tata susila

كلوارض, مشاركت, دان كتمدونن ماءنسي. اف يغ ثات,

Keluarga, masyarakat, dan ketamadunan manusia. Apa yangnyata,

فركارا يغ حرام مروسقكن كسمفورناءن فطرة ماءنسي.

Perkara yang haram merosakkan kesempurnaan fitrah manusia

هاري اين, برباضاي فلاكوان يغ دهشت تيمبول عاقبة

Hari ini, berbagai pelakuan yang dahsyat timbul akibat

درفد فثالهضوناءن داده. اف يغ مندوكخيتاكن منبر اياله

Penyalahgunaan dada. Apa yang mendukacitakan mimbar ialah

سسأورغ فناضيه ايت سغضوف ماتي, منخوري,

Seseorang penagih itu sanggup mati, mencuri

مرومفق, مراضوت, منخدرا بهكن ممبونه اورغ لاءين.

Merompak,meragut, mencedera bahkan membunuh orang lain.

دغن دمكين, داده بوكن سقدر مروسق عقل فيكيرن دان

Dengan demikian, dadah bukan sekadar merosakkan akal fikiran dan

فرتيمباغن ماءنسي, تتافي جوض منجاتوهكن مرواه

Pertimbangan manusia, tetapi juga menjatuhkan maruah

ديري سنديري, كلوارض, دان اضام. سموا اين اداله

Diri sendiri, keluarga dan agama (Islam). Semua ini adalah

تندا2 ماءنسي كهيلاغن فطرة طرف كماءنسياءن مريك.

Tanda - tanda manusia kehilangan fitran kemanusiaan mereka.

ايغتله, الله سبحانه وتعالى تله برفرمان دالم سورة المائدة

Ingatlah, Allah Subhanahuwa Taalah telah berfirman dalam surah Al Maidah

ايات 91:

مقصودث: "سسوغضوهث شيطان ايت بركهندق منيمبولكن

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan

فرموسوهن دان كبنخين دانتارا كامو دغن ارق دان جودي,

Permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi,

دان ماهو مماليغكن كامو درفد مغيغتي الله دان درفد

Dan mahu mmemalingkan kamu daripada mengingati allah dan daripada

مغرجاكن صلاة. اوليه ايت, ماهوكه كامو برهنتي؟."

Mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?

كدودوقن بليا دزمان رسول الل سفرتي علي بن أبيطالب,

Kedudukan belia pada zaman Rasulul Lah seperti Ali bin Abi Talib,

أسامة بن زيد, عبدالله بن أبو بكر, أسماء بنت أبو بكر، دان

Asamah bin Zaid, Abdullah bin Abu Bakar, Asma binti Abu Bakar, dan

راماي لاضي, امت واجر دخونتوهي. مريك بضيتو

Ramai lagi, amat wajar dicontohi. Mereka begitu

برسوغضوه-سوغضوه ملاكوكن يغ ترباءيق اونتوق إسلام.

Bersungguh - sungguh melakukan yang terbaik untuk Islam

أسامة بن زيد مثالث, دلانتيق اوليه نبى سباضاي كتوا فرغ

Asamah bin Zain misalnya, dilantik oleh Nabi sebagaiketua perang

فاسوقن إسلام مثرغ ولايه شام يغ دتعلوق روم كتيك ايت.

Pasukan Islam menyerang wilayah Sham yang ditakluk Rom paaa ketika itu.

والاوفون بارو براوسيا 18

Walaupun baru berusia 18

تاهون, بلياو مميليكي سماغت جواغ يغ تيغضي اونتوق

tahun, beliaku memiliki semangat juang yang tinggi untuk

ممفرتاهنكن إسلام داوسيا موداث.

Mempertahankan Islam pada usia mudanya.

منبر ايغين مثرو تراوتاماث ايبو باف اضر مغمبيل

Mimbar ingin menyeru terutamanya ibu bapa akgar mengambil

برت تنتغ فرضرقكن أنق2 دان برتيندق تضس دالم

Berat tentang pergerakan anak-anak dan bertindak tegas dalam

مثوسون كهيدوفن مريك, لبيه2 لاضي رماج. منوروت

menyusun kehidupan mereka,lebih – lebih lagi remaja. Menurut

سومبر اضينسي انتيداده كبغساءن AADK,

Sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

فد تا 2008 ددافتي سراماي 8,569

Pada tahun 2008 didapati seramai 8,569

اورغ فناضيه بارو يغ دكسن اداله ترديري درفد

Orang penagih baru yang dikesan adalah terdiri daripada

ضولوغن بليا دان رماج يغ برعمور انتارا 13 دان 39

Golongan belia dan remaja berumur antara 13 dan 39

تاهون.

tahun

جوسترو سباضاي ايبو باف يغ منجادي تونجغ كقواتن

Justru seabgai ibu bapa yangmenjsdi tunjang kekuatan

كلوارض, ماريله كيت ممبيمبيغ كهيدوفن كلوارض

keluarga, marilah kita membimbing kehidupan keluarga

كيت سوفايا براد دالم لندسن فطرة يغ منفتي كهيدوفن

Kita supaya berda dalam landasan fitrah yang menepati kehidupan

اومت يغ برتمدون. سلاءين ايت, سموا فيهق دسرو

Umat yang bertamadun. Selain itu, semua pihak diseru

اضر ممفرضياتكن اوسها ممبنترس كفوفوسن

Agar mempergiatkan usaha membenteras kepupusan

ضينراسي مودا يغ بركواليتي دنضارا اين. منبر يقين,

Genarasi muda yang berkualiti di Negara ini. Mimbar yakin,

سكيراث جيوا اومت اين دمعموركن دغن ايليمن

Sekiranya jiwa umat ini dimakmurkan dengan elemen

كتمدونن, نسخاي رعية صيحة نضارا بركت.

Ketamadunan, nescaya rakyat sihat negara berkat.

سمفنا سمبوتن هاري انتيداده انتارابغسا فد فيبرواري19 لالو,

Pada 19 Februari lalu, sempena sambutan Hari Anti Dadah antarabangsa

سكالي لاضي منبر يغ موليا اين

Sekali lagi mimbar yang mulia ini

مثر1 ماريله سام2 كيت ممبيبسكن كلوارض, سكوله, تمفت

Marilah sama - sama kita membebskan keluarga, sekolah, tempat

كرجا، دان سباضايث دري فغاروه نركوتيك اضر هيدوف

Kerja, dan sebagainya dari pengaruh narkotik agar hidup

لبيه هرموني دان سجهترا. سلاءين ايت, منبر جوض

Lebih harmoni dan sejahtera. Selain itu, mimbar juga

مغيغتكن بهاوا كضاضلن دالم مناغني ايسو داده اين اكن

Mengingatkan bahawa kegagalan dalam menangani isu dada ini akan

ممبري كسن بوروق سفرتي برايكوت:

Memberi kesan buruk seperti berikut:

(1) فنيغكتن كيس جنايه برت,

Peningkatan kes jenayah berat

(2) كموسنهن تمدون اومت إسلام تراوتاماث فميمفين ماس دفن,

Kemusnahan tamadun umat Islam terutamanya pemimpin pada masa

depan

(3) منججسكن ايكونومي نضارا دالم مثلسايكن مسئله كتاضيهن مشاركتث,

Menjejskan ekonomi Negara dalam menyelesaikan ketagihan

masyarakat

(4) فغأباين تغضوغجواب كفد اضام, كلوارض, مشاركت دان نضارا, دان

Pengabaian tanggungjawab kepadaagama (Islam),keluarga,mayarakat

dan

(5) مروسقكن كسمفورناءن فطرة كسمفورناءن ماءنسي.

Merosakkan kesempurnaan fitrah kesempurnaan manusia.

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الإسراء ايات

7:

Pirman Allah Subhanhu wa taala dala, surah Al Isra ayat 7:

Maksudnya: Jika kamu brbuat kebaikan, maka faedahnya adalah

اونتوقمو; دان جك كامو بربوات كجاهتن, مك برباليق كفد

Untukmu; dan jika kamu brbuat kejahatan, maka berbalik kepada

ديري كامو جوض. اوليه ايت, افابيلا سمفاي ماس جنجي

diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali

كالي كدوا, كامي داتغكن موسوه2 كامو اونتوق ممورمكن

kali kedua, kami datangkan mussuh – musuh untuk memuramkan

موك كامو; دان اونتوق مماسوقي مسجد سباضايمان مريك

Muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana

تله مماسوقيث فد كالي فرتام; دان اونتوق مغهنخوركن اف

Telah memasuki pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa

سهاج يغ مريك تله كواساءي, دغن سهنخور-هنخورث."

Sahaja sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hncurnya,

No comments: