Saturday, February 28, 2009

ABDULLAH DAN NAJIB

SIKAP SETIA KAWAN

“Sekalipun saya Berkerusi Roda …” Abdullah

Oleh: Mokhtar Petah

Kira-kira enam puluh hari setelah Datuk Seri Abdullah Badawi memikul tanggungjawab memimpin negara dan rakyat Malaysia, pada 1 November 2003, semua rakyat menaruh perhatian dan harapan yang besar kepada beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Keikhlasan dalam perjuangan dan sikap ‘setia kawan’ Abdullah Badawi melantik Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, telah disanjung oleh kawan dan lawan politik dua orang pemimpin itu. Pada pandangan umum, bahawa pilihan itu dengan kehendak Allah dan ada hikmat kepada UMNO dan bangsa Melayu.

Pilihan tersebut juga adalah tepat dan sesuai dengan era perubahan yang berlaku di negara ini setelah Abdullah Badawi membawa hala tuju rakyat, terutama umat Islam kepada mengamalkan tuntutan Islam mengikut yang telah ditunjukkan oleh Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w..

KUKUH DAN MAKMUR

Setia kawan Abdullah Badawi dengan Najib Tun Razak akan dapat menjamin ‘negara maju rakyat padu’. Negara kebangsaan yang kukuh dan makmur dan rakyat hidup dalam perpaduan dan harmoni.Pendeknya semua rakyat hidup dalam negara mendapat kerdeaan Allah.

Malaysia kini sebuah negara yang tercatat dalam sejarah Alam Melayu dan antarabangsa sebagai sebuah new order - order baru, dan menerima agama Islam sebagai panduan, model dan falsafah kehidupan rakyatnya.

Negara oder baru yang memberi keselesaan kepada rakyat dalam semua lapangan yang tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan agama Islam. Semua rakyat faham akan tanggungjawab mereka terhadap negara dan tanggungjawab mereka kepada diri mereka sendiri, rumah tangga dan masyarakat umum.

AGAMA ISLAM

Dapat diulang lagi, bahawa perubahan kepada new order- oder baru, telah bermula dari tahun 2004, adalah hasil polisi dan visi Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak. Hasil dari polisi dan visi itu telah wujud perubahan dalam bidang agama Islam, masyarakat, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Orang ramai yakin benar, bahawa kehadiran Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan Najib Tun Razak Timbalannya telah membawa rakyat negara ini kepada satu zaman yang menghendaki mereka melihat ke dalam diri dan ke luar diri mereka sendiri dengan menjadi rakyat yang sedar, ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’,

Manakala rakyat yang beragama Islam, terasa ada keterbukaan sebagai hamba kenal diri sendiri, kenal Allah, beriman , berihsan, beramanah dan berakhlak mulia. Setiap individu Muslim memikul tanggungjawab menyokong pemimpin yang beragama Islam lagi beriman kepada Allah.

DOKTRIN KEPIMPINAN

Abdullah Badawi telah memikul tanggungjawabnya sebagai pemimpin Negara ini dengan ‘yakin diri dan kerana Allah’ demi kepentingan rakyat jelata. Beliau telah memperlihatkan tujuan konsep perjuangannya seperti dalam sajak yang telah dideklamasikannya, iaitu ‘Aku Mencari Damai Di hati’. Sajak itu menjadi doktrin kepimpinan beliau, iaitu, dengan berpegang kepada ‘Kitab suci’, Sunnah Nabi dan ulama - Al Ghazali dan Asy Syafii.

Pengajaran dalam sajak itu telah diterima dengan baik dan jujur oleh Najib Tun Razak. Diterima oleh semua ahli UMNO dan oleh sebilangan besar umat Islam di negara ini.

Kedua-dua pemimpin itu dengan sokongan para anggota Jemaah Menteri (kabinet), semua ahli Dewan Senat, Dewan Rakyat, UMNO dan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional, telah melaksanakan semua manifesto pada Pilihan Raya Umum yang ke – 11, 2004.

AMALAN RASUAH

Langkah tegas mereka untuk membasmi amalan rasuah di kalangan pegawai, kaki tangan kerajaan dan pengamal politik (politik wang) telah disambut baik oleh seluruh rakyat. Mereka berharap dalam tempoh yang singkat negara akan kurang amalan rasuah.

Sesuai dengan ajaran Islam, setelah Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak memimpin negara ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah diasingkan ke dalam penjara pada masa Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad telah ‘bebas’ mengikut amalan dan kuasa undang-undang yang ada.

Pada waktu-waktu umat Islam mengamalkan ibadah puasa dan menghadapi hari raya, orang-orang tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada zaman Dr. Mahahtir Mohamad juga telah dibebaskan juga.

RUANG UDARA

Begitu juga dengan pembatalan atau penghapusan projek gergasi yang telah diwujudkan pada zaman sebelumnya, iaitu, ‘jambatan bengkok’, yang menyambungkan selatan Semenanjung – Negeri Johor dengan Singapura.

Pembatalan jambatan itu itu amat besar ertinya kepada rakyat dan kemerdekaan negara kita. Pembatalan itu telah mengelakkan ruang udara negara ini dari dikuasai oleh pemerintah asing.

Kerjasama yang ikhlas oleh Abdullah Badawi dan Naib Tun Razak telah membawa semua ahli UMNO (ada di antara mereka masih cenerung kepada Anwar Ibrahim) kepada perpaduan dan menyokong kepimpinan mereka.

DANGAU BURUK

Di harapkan keadaan demikian akan berterusan. Mereka dipihak Najib Tun Razak dan di pihak Abdullah Badawi dapat bersatu perpaduan dalam UMNO dengan hati yang ikhlas jua demi kebaikan UMNO, Barisan Nasional, negara dan semua rakyat Malaysia.

Sekiranya masih ada di pihak kedua-dua pemimpin itu seperti ‘bubuk dalam karung beras’ atau ‘belalang dalam rimba padi’ dan ‘gunting dalam lipatan’, maka perpaduan dalam UMNO dan ‘mungkin’ parti politik kebangsaan Melayu itu akan menjadi seperti dangau buruk di pantai laut sahaja.

Siapakah yang mahukan demikian rupa? Hanya mereka yang ada kepentingan peribadi dan menempah porak-peranda sahaja yang sanggup melakukan keburukan yang demikian.

BAHASA RASMI

Hanya UMNO akan dapat menjamin empat perkara dalam Perlembagaan negara ini, iaitu: Bangsa Melayu sebagai rakyat asal yang mempunyai hak istimewa, Agama Islam agama rasmi negara, Bahasa Melayu menjaadi bahasa rasmi negara, dan Raja-Raja Melayu, adalah raja berpelembagaan di negeri-negeri dalam Malaysia.

Sesiapa pun tidak boleh melupakan kisah atau riwayat dalam sejarah bangsa kita dan bangsa-bangsa di seluruh dunia. Kejatuhan sesebuah kerajaan pada zaman silam, di sebabkan, tidak wujud perpaduan di kalangan yang memerintah. Wujud golongan munafik dalam parti politik dan dalam kerajaan. Kecurangan di kalangan mereka yang diberi amanat dan memanggul kuasa. Berwajah manis di hadapan tetapi menikam di belakang.

Kekuatan Abdullah Badawi bergantung kepada kekuatan Najib Tun Razak. Kekuatan Najib Tun Razak dan harapan masa hadapannya bergantung kepada kekuatan Abdullah Badawi juga. Mereka haruslah berada di atas landasan yang sama. Kesetiaan yang sama. Berjalan sampai ke hujung menjunjung cita-cita dan perjuangan yang sama. Demikian juga mereka yang menjadi penyokong kedua-dua pemimpin itu mesti mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang sama jua.

MEMBINA PERPADUAN

Kepimpinan akan menjdi lemah, erjuangan orang Melayu akan ‘kabur’ dan UMNO akan menglamai kehancuran, sekiranya kesetiaan ahli-ahli UMNO kepada pucuk pimpinan,Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak seperti berikut ini:

Setia tanpa amanah, munafik.

Setia tanpa jujur, musuh tegar.

Setia tanpa mesra, kecewa.

Setia tanpa harap, musnah.

Kekuatan ada pada semua ahli UMNO dan bangsa Melayu. Jika membina perpaduan dengan kesetiaan dan kejujuran, maka selain dari akan mendapat keredaan Allah, akan juga selamat dari perpecahan dan kerugian sepanjang hayat.

Ikutilah arah atau pesanan dari Allah seperti di bawah ini:

Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu mempersatukannya hati kamu (dalam agama Allah), sehingga dengan kurniaan Allah itu, kamu menjadi bersaudara. Dan dahulu kamu berada di tepi lubang neraka, maka dilepaskan oleh Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keterangan-Nya kepada kamu, supaya kamu menurut jalan yang benar.

Dan adakan di antara kamu umat yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang melakukan kesalahan. Mereka itulah orang-orang yang beruntung (menang).

Dan janganlah kamu sekalian serupa dengan orang-orang yang telah berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka bukti yang terang. Mereka akan mendapat azab yang besar.[1]

Setiap yang berjuang atas landasan yang sama, mestilah menebalkan copeng telinga, prihatin, timbang berneraca, melihat dengan mata hati akan cabaran dandugaan. Bertindak dengan fikiran yang waras dan adil. Sedia keris sebelum ke tengah gelanggang.

KOYAK DAUN

Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak sedang berhadapan dengan berbagai karenah dari orang-orang sekeliling mereka. Kritikan dan perbuatan ‘ulat koyak daun’ oleh mereka yang mahu melihat perpecahan berlaku di kalangan dua pemipin itu sedang meluas. Mereka mahu dua pemimpin itu bersengketa. Akibat dari persengketaan itu UMNO akan lemah dan akan berlakulah seperti peribahasa Melayu; kapal pecah yu kenyang.

Sementara itu ada pula sebilangan dari mereka yang di sekeliling Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak yang pura-pura menyokong dengan tujuan-tujuan tertentu. Mereka juga menjadi sebab nama kedua-dua pemimpin itu menjadi tercalar atau kabur.

Sejarah Islam telah mengajar kita; pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah telah wujud sebuah masjid, iaitu masjid Dhirar[2] - bertujuan memecah belahkan perpaduan umat Islam - , yang dibina oleh orang-orang dari golongan munafik, di bawah arahan ketua mereka, Ibu Umar di Syam dan kegiatan ketua orang-orang munafik Madinah, iaitu Abdullah bin Ubay.

MEROBOH MASJID

Setelah turun wahyu mengenai masjid Dhirar itu pada tahun ke - 10 Hijrah, maka Nabi Muhamamad s.a.w. telah mengarahkan askar-askarnya supaya merobohkan masjid tersebut. Manakala perpaduan umat Islam tetap kukuh dan mencapai kemenangan gemilang. dan melumpuhkan kegiatan golongan munafik.

Rakyat meletakkan keyakinan kepada Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak. Untuk mengekalkan perpaduan, maka task usah di dengar cakap enggang kalau tidak mahu makan buah belolok, tak usah dengar cakap orang kalau tak mahu masuk lubuk!

Manusia dengan hawa nafsu masing-masing. Ada manusia yang tidak suka melihat dua manusia beragama Islam bersahabat baik dan bekerjasama pada jalan Allah dan membimbing umat Islam.

Sesungguhnya; Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak mampu memimpin negara dan rakyat sekiranya mereka terus berpegang kepada berpegang kepada hubungan dengan Allah dan hubungan (baik) dengan manusia.[3]

ROBOH TEBING

Kini dua pemimpin itu sedang memimpin kita. Mereka dan para penyokong mereka ibarat ‘aur dengan tebing’; roboh tebing tumbanglah aur dan tumbang aur robohlah tebing’. Kalau berlaku kerobohan demikian, maka akan berlakulah ‘kapal pecah yu kenyang’. Yang putih mata kita, yang berdarah gusi kita dan yang papa kedana juga kita, tetapi yang kenyang dan senang orang lain!

Jika UMNO telah menjadi seperti kapal pecah, maka tentulah parti-parti pembangkang akan mendapat peluang untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Pada masa itu UMNO akan bernasib seperti parti politik India Congress party yang dipimpin oleh Indira Gandhi (1917-1984) dan ‘Parti Nasional’ Indonesia, pimpinan Presiden Soekarno (1901-1970).

Paling mudah untuk kita memahaminya, ialah golongan anti Presiden Saddam Hussein telah mengadu kepada Amerika Syarikat supaya menjatuhkannya. Akibatnya, bukan sahaja Saddam Hussein, parti politiknya Baas dan pemerintahan Iraq tumbang, bahkan mereka yang menentang dan berlindung di bawah ketiak Amerika Syarikat turut hancur atau musnah.

PENGKHIANAT RAKYAT

Demikian contoh yang boleh kita memikirkan dan menginsafinya. Mudah-mudahan UMNO terus menjadi parti tunggak Kerajaan Malaysia dan semua rakyat dalam keadaan perpaduan dan aman damai.

Pada ruwang masa yang panjang ini, UMNO memerlukan ahli-ahlinya yang jujur. Jujur kepada Abdullah Badawi sebagai Presiden dan jujur kepada Najib Tun Razak sebagai Timbalan beliau. Sesiapa jua yang mempunyai niat atau berperanan menjatuhkan salah seorang dari mereka atau menimbulkan krisis antara dua pemimpin itu, maka mereka itu adalah pengkhianat UMNO, pengkhianat Kerajaan dan pengkhianat rakyat jelata.

Sehubungan dengan itu, UMNO dan negara memerlukan pendukung-pendukung kerajaan yang jujur. Para pegawai dan kakitangan kerajaan yang jujur. Rakyat jelata yang jujur. Mudah-mudahan kejujuran itu menjadi benteng kekuatan negara dan rakyat. Menjadi kebajikan dan mendapat keredaan Allah.

SURAT KHABAR

Buku ini adalah menjadi perakam titik koma sejarah Malaysia. Maka buku ini mengndungi banyak salinan artikel dan berita dari beberapa buah buku dan surat khabar dengan tujuan supaya buku ini kelihatan menghargai semua penulis dan wartawan yang mengikuti detik-detik peristiwa di negara ini.

Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli politik, para pegawai tinggi kerajaan termasuk bekas anggota polis Cawangan Khas kerana telah membantu saya dalam usaha mendapatkan fakta-fakta untuk menulis buku ini.

Kerana telah menjadi kebiasaan bagi saya menulis; sesuatu ayat dan kata-kata dalam buku ini mungkin akan terasa oleh mereka laksana ‘siapa makan lada rasa pedasnya’ dan siapa yang tersanjung terasa hebat dirinya. Maka saya berharap mereka dapat menganggap yang diri mereka itu, adalah menjadi pelakon atas pentas sejarah Malaysia.

JURUSAN SEJARAH

Saya percaya pada masa ini buku ini tidak memberi banyak guna kepada pembaca, tetapi pada beberapa tahun akan datang, ia menjadi keperluan bagi para penulis, pengkaji sejarah dan mahasiswa jurusan sejarah dan sains politik.

Mudah-mudahan pembaca dapat menerima buku yang mencatat serba sedikit serpihan sejarah Malaysia moden ini sebagai sebuah bingkisan dari saya yang telah mengikuti jejak langkah orang-orang politik di negara ini semenjak tahun 1946 hingga kini.

Kita adalah waris bangsa kita; dengan izin Allah jua kita menjadi pewaris bangsa yang menganut dan penjunjung agama Allah peninggalan para Rasul Allah dan Rasul terakhir, Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Di harapkan, kita tidak menjadi penggali kubur untuk mengebumikan bangsa kita sendiri!

Sebaik-baik perjungan; atas jalan Allah dan agama Allah, kerana bangsa, kerana negara.

Dan Kami cerai beraikan mereka di dunia menjadi beberapa bangsa, di antaranya ada orang-orang yang baik, dan di antaranya yang tidak baik, serta Kami uji mereka dengan peristiwa yang baik dan buruk, supaya mereka kembali (kepada

kebenaran).[4]

PAK LAH

Dari jauh ku lihat dia;

Dia seorang pemimpin.

Kudekati dia;

dia pemimpin,

bapa,

handai setia.

- Mokhtar Petah

NAJIB

Hatinya tegar,tegas,

Pantang mundur,

dalam perjuangan.

“Allah lupa jangan,”

dalam perjuangan.

Budinya luhur,

dalam segenap keadaan.

Kata ayahnya;

“Semua anak saya jantan,

Najib anak jantan!”

Waris pahlawan Semantan,

pesan Tok Bahaman.

- Mokhtar Petah

Najib Tun Razak telah berikrar akan terus memberi sokongan padu kepada Abdullah Badawi sebagai Presiden UMNO skali gus sebagai Perdana Menteri negara ini demi kepentingan perjuangan bersama, UMNO dan negara.

“Saya akan terus membantu pucuk pimpinan untuk mengukuhkan parti (UMNO dan Barisan Nasional) yang kini berhadapan dengan cabaran getir selepas Pilihan Raya Umum ke – 12 pada 8 Mac lalu.

“Sebagi Timbalan Presisden, saya tetap menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden parti dan kami sedang bekerja kuat untuk memulihkan parti,” katanya.

“Untuk itu, kita memerlukan perpaduan dalam parti dan komitmen yang tinggi di kalangan ahli untuk memberi tumpuan kepoada urusan memertabatkan UMNO,”katanya lagi.

Lambang Perjuangan

Meneurut Utusan Malaysia 22 Mac 2004, Najib Tun Razak telah membuat pengakuan demikian di hadapan para pemberita di Pekan, Pahang, sebagia mengulas hasrat bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan PresidenUMNO pada pemilihan dalam perhimpunan parti itu.

Najib Tun Razak telah mengingatkan semua ahli UMNO, “ Jangan terlalu terbawa-bawa dengan urusan pemilihan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha mengukuhkan parti.”

Setiap ahli UMNO sepatutnya mencontohi Najaib Tun Razak. Kesetiaan beliau kepada pucuk pimpinan parti dan kasihnya kepada UMNO menjadi lambang perjuangannya.

MUHASABAH DIRI

Sesungguhnya, pengalaman pahit bagi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke -12 akan dapat menjadi pengajaran dan muhasabah diri kepada semua ahli parti politik Melayu itu. Dengan pengajaran itu dapatlah setiap individu dalam parti tersebut menilai diri sendiri. Sejauh manakah setia kepada parti, sekadar mana kejujuran kepada pucuk pimpinan dan mereka yang memipin di peringkat bahagian dan cawangan.

Bagaimana pula setiap ahli UMNO merapatkan diri mereka dengan penduduk-penmduk dalam kawasan mereka yang tidak menyertai UMNO, iaitu mereka yang diharapkan akan mengundi calon parti tersebut pada setiap pilihanraya

Manakala para wakil rakyat pula perlu menilai, sejauh mana mereka menunaikan tanggungjawab secara saksama kepada orang ramai dalam kawasan mereka. Adakan mereka telah melakukan tidak adil, pilih kasih atau pilih bulu dalam mengagih habun kepada orang ramai.

GOLONGAN BAWAHAN

Tindakan secara sentimen menyalahkan pucuk pimpinan, sama ada Abdullah Badawi mahupun Najib Tun Razak tentulah tidak adil. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Tetapi tanggungjawab mereka tidak telah tidak diambil berat oleh golongan bawahan.

Dalam tiap-tiap pilihanraya, tidak ada webuah parti politik pun yang bergantung kepada undi ahli-ahlinya sahaja untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.Tetapi kejayaan itu bergantung kepada orang ramai yang tidak menjadi ahlinya.

Kita melihat secara dekat kepda Negeri Pahang di bawa pimpinan Menteri Besar, Dato Seri Adnan Yaakob. Negeri itu tidak tercalar dengan cerita buruk disebabkan pemimpin dan para wakil rakyatnya. Tidak wujud cerita pilih kasih dan pilih ahli UMNO dan Barisan Nasional sahaja dalam memberi habuan.

ORANG MELAYU

Tidak wajud cerita dan berita tentang kerajaan Negeri Pahang boros membelanjakan wang. Membena berbagai porojek yang tidak memberi faedah kepada rakyat umum atau projek-prokej itu dilaksanakan sekadar untuk memasyhurkan nama sahaja.

Dengan kebijaksanaan pemimpin Negeri Pahang dan kerasama erat para wakil rakyat, ketua bahagian dan cawangan UMNO di negeri itu, maka negeri tersebut tidak terlepas ke tangan pembangkang seperti Negeri Kedan dan tiga buah negeri lagi.

Berbeza dengan Negeri Pulau Pinang yang selama diperintah oleh Barisan Nasional (GERAKAN) telah sering timbul berita dan cerita yang kerajaan tidak mengambil berat akan nasib orang Melayu, masalah setinggan atau para penduduk yang terpaksa tinggal atas tanah wakaf dan sebagainya.

HILANG KASIHH

Sementara masalah cuai menjaga kebersihan persekitaran – alam sekitar termasuk sungai dan parit sehingga menimbulkan sungutan oleh Perdana Menteri adalah menjadi antara sebab-sebab hilang kasih rakyat kepada parti politik yang memerintah negeri itu..

Negeri Kedah, Negeri Perak dan Negeri Selangor, sepanjang empat tahun sebelum Pilihan Raya ke - 12 telah timbul berbagai cerita dan berita mengenai karenah pihak kerajaan-kerajaan – para ahli Exco dan wakil rakyat -, yang telah menjadikan orang ramai bosan dan khuatir akan kedudukan negeri mereka.

Sebenarnya, tidak sahaja kira-kira 3 juta ahli UMNO yang ksihkan parti politik Melayu itu, tetapi sebilangan besar orang Melayu kasihkannya, tetapi kerana ‘karenah’ yang tersebut di atas menyebabkan mereka merajuk merajuk memilik parti lain.

KELEMAHAN KITA

Begitu juga dengan parti-parti politik lain dalam Barian Nasional - MCA, MIC, GERAKan dan lain. Ahli-ahli parti tersebut juga perlu menilai diri untuk bangkis semula ungtuk menjadi parti-parti politik yang mendapat kasih rakyat.

Adilkah segala karenah yang tersebut di atas ini hendak dibebankan atas bahu pucuk pimpinan UMNO dan menyalahkan beliau serta mahu menggesa beliau berundur. dan menyalahkannya pula.

Perhatikan sedutan dri amanah Presiden UMNO, Abdullah Badawi dalam ucapan merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, pada 24 september 2004. Beliau telah meramalkan akan berlaku ‘ kelamahan kita lima tahun akan datang’:

‘Kekuatan UMNO adalah himpunan kekuatan bangsa secara kolektif, tenaga dan semangat dari ahli-ahli yang setia kepada parti,sama ada yang menyanang jawatan, diberi pangkat, mahupun sebagai ahli biuasa.

UMNO akan menjaadi parti yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan secara kesinambungan, jika kekuatan parti disandarkan kepada mana-mana orang perseorangan.

Tidak ada pemimpin, tidak ada individu yang akan kekal hidup selama-lamanya. Pemimpin datang dan pergi. Yang kekala adalah UMNO. Kepimpinan UMNO memperkasakan parti. Kekuatan UMNO meneguhkan kepimpinan.

Pemimpin dan ahli UMNO yang telah kita lukakan – yang telah kita calarkan, akan mempunyai parut. Mungkin kerana perbuatan kita, ada di antara rakan-rakan kita yang menjadi tempang – ada pula yang telah dicacatkan. Tidakakah perbuatan kita hari ini boleh menjadi punca kelemahan kita limna tahun dari sekarang.

Begitu mudah kita melupakan keadaan genting yang kita hadapi dalam Pilihan Raya Umum 1999. Maruah parti kita baru kita tebus padssa pilihan Raya baru lalu.[5]

MEREBUT JAWATAN

Tengku Razaleigh Hamzah, seorang tokoh veteran UMNO, telah mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dari tangan Abddullah Badawi, pada Mesyuarat Agung Pemilihan UMNO yang akan berlansung pada 16 -20, 200 Disember tahun ini.

Ahli Dewan Rakyat (Gua Musang) itu telah menyifatkan Abdullah badawi bertanggungjawab atas pengalaman pahit UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan Raya ke-12 8 Mac 2008.

Kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian telah mempertikaikan hasrat Tengku Razaleigh Hamzah itu, kerana bagai mana beliau hendak membimbing seluruh ahli UMNO di negara ini, sedang beliau tidak berhasil menyatukan UMNO Negeri Kelantan.

PEMERHATI POLITIK

Dalam sejarah negara ini telah tercatat, bahawa Tengku Razaleigh Hamzah telah gagal memimpin parti Semangat 46. Beliau bersama para pengkutnya telah ‘rujuk’ kepada UMNO sermula.

Kalangan pemerhati politik percaya, sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih kepimpinan UMNO dari Abdullah Badawi, maka hayat parti kebangsaan Melayu itu tidak akan lama.

Kesimpulan; setia kawan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak adalah menjamin kekuatan UMNO. Kekuatan UMNO akan menjamin negara maju rakyat padu. UMNO mempertahankian hak istimewa orang Melayu. Orang Melayu wajib bersatu untuk ,mempertahankan empat perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara:

* Orang Melayu penduduk asal negeri-

negeri Melayu mempunyai Hak

istimewa sebagai rakyat negara ini.

* Agama Islam agama rasmi negara.

* BahasaMelayu bahasa rasmi negara.

* Raja-Raja Melayu adalah Raja

Berpelembagaan di negeri-negeri

dalam Malaysia.

Jika empat perkara tersebut telah hilang atau terhapus disebabkan keadaan politik dan sebagainya, maka bermaknalah bangsa Melayu akan hilang dari dunia.

MELETAK JAWATAN

Walau bagaimanapun orang Melayu tidak akan mencapai ‘bersatu dan berpadu’ hanya dengan badan-badan kebajikan sahaja. Kejayaan boleh tercapai, sekiranya semua parti politik orang Melayu ada kesedaran untuk bersatu padu mengikut kehendak Allah dalam Quran:

Berpeganglah semuanya dengan tali Allah(agama Islam) dan jangan kamu berpecah belah.[6]

Pada 2 April 2008, sementara Najib Tun Razak mengumumkan, bahawa beliau akan menjelajah seluruh negara untuk mendekati ahli-ahli UMNO, Abdullah Badawi dengan tegas menolak spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia.

“Saya masih ada di sini. Saya masih ada di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan.Kenapa saya perlu letakjawatan,” beliau menegaskan kepada BERNAMA.

“Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga, tetapi amat kukuh ...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab,” tegas beliau lagi.

BERKRUSI RODA

Pada ketika berucap dalam Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO, di Pusat Dagangan dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 6 April, Abdullah Badawi dengan tegas dan ikhlas telah berkata, bahawa Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan menggantikannya sebgai Perdana Menteri dan Presiden UMNO apabila tiba masanya nanti.

“Umur saya sudh hampir 70 tahun, marilah kita sama-sama memulihkan parti,”katanya.

“Saya berharap dapat menyertai anda (merenung kepada Najib) ketika pengumuman ini dibuat, sekalipun saya berkerusi roda ...,” tegas Abdullah Badawi.

Tegasnya lagi, “ Saya tidak tamak dan sentiasa bersyukur, saya mahu kerjasama dengan beliau dan tidak sekali-kali akan cemburu,” kata Abdullah Badawi.

“Kita sama-sama kerja kuat, jangan biarkan UMNO pecah belah,” tambah Abdullah Badawi.

Dalam sejarah Islam, sama ada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mahupun para sahabat dan khalifah, walau ada kalanya mereka telah mengalami hampir kalah atau ditentang oleh musuh tetapi mereka tidak mundur, meletak jawatan atau lari dari tanggungjawab.

(Tamat)



[1] Ali Imran: 103, 104, 105.

[2] Lihat Quran, At Taubah / Al Baraah: 107, 108.

[3] Ali Imran: 112.

[4] Al A’raf:168.

[5] Pilihan Raya ke – 11 pada 2004.

[6] Ali Imran: 103

No comments: