Monday, July 14, 2008

WAN AZIZAH JADI ALAT

Kebanyakan ahli PAS kecewa dengan tindakan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, Datuk Wan Azizah Ismail dan anggota-anggota PAS menjadi alat golongan yang hendak menjatuhkan pemimpin Melayu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Wan Azizah dengan wajah seorang ahli politik yang diwarnai dukacita telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan kabinetnya dalam Dewan Rakyat yang bersidang pagi ini.

Usul tersebut telah ditolak oleh Speaker Dewan, Pandikar Amin Mulia dengan alasan yang munasabah.

Penolakan itu telah menimbulkan keadaan dalam Dewan Rakyat itu sebagai pasar ikan.

Dengan usul yang ditolak Speaker Dewan Rakyat itu, tercatat dalam sejarah Malaysia, bahawa Wan Azizah dengan ahli-ahli partinya dan dengan kerjasama golongan muda dalam PAS hendak menjatuhkan pemimpin Melayu dan Islam.

Golongan muda PAS kelihatan lebih ke hadapan dari golongan lama seperti Mursyidul ‘Am PAS, Datuk Haji Nik Abdul Aziz dan beberapa orang lagi yang lebih mementingkan syura dan pertimbangan dari mengamalkan budaya mengguling seseorang pemimpin, demonstrasi dan sebagainya.

Seperti kata penulis buku politik, Mohd. Sayuti Omar, bahawa beberapa orang muda dalam PAS kini sedang mengubah perjuangan PAS pada satu hala, mungkin seperti Parti Keadilan Rakyat.

Kita melihat, dalam gelombang pada masa kini, Malaysia sedang berdepan dengan bahaya gerakan yang dinamakan sosio-demokrasi yang besar kemungkinan menjadi seperti ‘lalang dalam rumpun padi’ kepada kedaulatan orang Melayu, Raja Melayu dan agama Islam.

No comments: