Thursday, August 25, 2011

MENGENANG MASA SILAM



ANAK RAKYAT JELATA DENGAN SULTAN

Bermula dari pertemuanku dengan Sultan Idris Shah di rumah Sheikh Abdullah Fahim, di Kepala Batas, Seberang Perai pada tahun 1954, apabila Baginda menduduki takhta Kerajaan Negeri Perak, maka aku sebagai rakyat marhein sentiasa berdampingan dengan Baginda.
Elok aku mencatat pengalamanku di sini, iaitu kira-kira dua tahun sebelum Sultan Yusuf Izzuddin Shah mangkat, aku sering mengadap Baginda dan Raja Perempuan Ta’yah di Istana Iskandariyah, Bukit Chandan. Kadang-kadang aku datang ke Istana Iskandariyah bersama Raja Razman dan Raja Hanif Shah. Mereka adalah pensasihat kebudayaan dan hal ehwal rakyat kepada Sultan Yusuf.
Sultan Yusuf seorang Raja memerintah yang kuat berpegang pada semangat kebangsaan Melayu. Dalam percakapan denganku, Baginda lebih cenderung kepada parti-parti politik yang telah diharamkan oleh Kerajaan Inggeris, iaitu kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
KEBANGSAAN MELAYU
Mengenai UMNO, Sultan Yusuf telah menerangkan kepadaku sama dengan yang telah diterangkan oleh Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz bekas Setiausaha Agung UMNO Malaya.
Menurut Sultan Yusuf, apabila parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) telah ditubuhkan, Kerajaan British rasa tergugat dan sentiasa mencurigai parti-parti itu. Pada satu malam Ahad, akhir bulan Disember 1945, Penasihat-penasihat British (British adviser) Negeri-negeri Pahang, Perak, Kedah, Selangor, Negeri sembilan dan Johor telah mengadakan majlis jamuan makan malam dan tari menari, di sebuah hotel, di Cammeron Highlands, iaitu sempena menyambut perayaan Hari Christmas.
Di antara orang-orang kenamaan Melayu yang telah diundang ke majlis itu, ialah Raja Muda Yusuf, Onn bin Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Ab dul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Raja Kamaruzzaman bin Raja Mansor(Raja Kecil Tengah), Zainal Abidin bin Haji Abas, Raja Haji Shahar bin Raja Harun dan Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman.
HIZBUL MUSLIMIN
Dalam majlis itu, para Penasihat British tersebut telah mengingatkan Onn Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab dan mereka yang hadir, bahawa ’bahaya dari gunung’ akan tiba, iaitu Parti Hizbul Muslimin pimpinan Ustaz Abu Bakar al Baqir, Gunung Semanggul, Perak, bahaya kepada orang-orang Melayu yang mendapat pendidikan England atau London Orientation dan masa depan mereka akan menjadi kabur.
Cerita Sultan Yusuf lagi, bahawa penasihat-penasihat British itu telah menjelaskan, iaitu Hizbul Muslimin adalah membawa ideologi Islam seperti yang dianut oleh parti Ikhwanul Muslimin Mesir. Kalau parti itu berjaya memerdekakan Tanah Melayu, masalah besar akan timbul, di antaranya mereka yang berpendidikan England atau London Orientation akan tidak ada tempat atau peluang memerintah Tanah Melayu kerana mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan Islam.
Penasihat-penasihat British itu telah menasihatkan pemimpin-pemimpin Melayu itu supaya menubuhkan sebuah parti politik nasionalis Melayu untuk membunuh Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
AGAMA ISLAM
Menurut Sultan Yusuf, para menasihat British itu menentang konsep perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), iaitu Satu negara:Negara Melayu, satu bangsa:Bangsa Melayu, satu bahasa: Bahasa Melayu dan agama Islam menjadi agama Negara Melayu.
Dalam perjumpaan itu, Onn Jaafar telah memaklumkan kepada penasihat-penasihat British itu, iaitu orang Melayu sukar untuk disatukan dalam sebuah parti politik, kerana mereka mempunyai sikap kenegerian yang kuat. Penasihat-penasihat British itu telah memberi jaminan, bahasa pihak Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan British ada isu yang boleh menyatukan orang-orang Melayu.
”...ape isunye..., mike tau?’ Sultan Yusuf bertanya kepadaku.
”Ampun, Tuanku, patik ..., Tuanku...,”aku menyembah kata.
”...Malayan Unionle..., deme udah susun...,”titah Sultan
Yusuf.
Sultan Yusuf memberitahu lagi, setelah British mengadakan Malayan Union, maka Onn Jaafar dan Haji Abdul Wahab serta rakan-rakan mereka telah menubuhkan parti kebangsaan Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR atau UMNO.
ANAK DARA
Raja Perempuan Taayah suka membuat kuih muih tradisional Melayu dan almarhumah juga suka santap kuih muih tersebut. Kuih muih itu di antaranya, ketayap, anak dara dua sebilik, lepat pisang, buah Melaka, badak berendam dan lepat ubi. Tetapi kebanyakan kuih muih itu dibuat oleh tukang-tukang masak (perempuan) atau dayang-dayang Istana.
Aku sering dijemput oleh Raja Perempuan Taayah untuk makan kuih muih di istananya. Baginda memerintahkan pemandu kereta istana, Chu Saad mengambilku dengan kereta istana (Morris Minor) dan membawaku ke Istana Iskandariyah.
Pada satu hari, Raja Perempuan Ta’ayah telah bertanya kepadaku mengenai hukum orang menyiksa anak yatim. Aku telah menerangkan kepadanya mengenai Allah menegah melakukan tidak baik kepada anak yatim. Almarhumah telah memberitahu kepada aku, bahawa dia telah menyiksa seorang anak yatim di istana, di Batu Gajah, iaitu dengan menggosok kepala anak yatim itu dengan seterika yang menggunakan arang kayu. Tidak lama kemudian kepala Allahyarhamah telah menjadi botak.
POLITIKUS MELAYU
Sultan Yusuf menceritakan kepadaku akan hal-hal mengenai kehidupan rakyat jelata, karenah para politikus Melayu yang berselisih faham sesama mereka. Ada di antara mereka menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, tetapi mereka itu menjadi orang-orang harapan penjajah Inggeris.
Almarhum Sultan Yusuf juga telah menceritakan kisah ’putus cinta’nya dengana bekas kekasih dan isterinya Nurizan. telah bercerai dengan Nurizan kerana perempuan itu telah jatuh cinta kepada seniman P.Ramlee. Perkahwinan Norizan dengan P.Ramlee berakhir dengan perceraian juga.
Sepanjang tahun-tahun aku berdampingan dengan Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah, aku telah melibatkan diriku dengan Baginda sebagai:
• Juru foto.
Pada waktu-waktu mengikut Baginda melawat ke kawasan luar bandar, aku telah diminta menggunakan kameranya untuk mengambil berbagai-bagai objek.
• Pemburu binatang liar.
Mengikut Baginda memburu haiwan-haiwan liar seperti rusa
dan kijang dengan dikawal oleh anggota-anggota Pasukan Keselamatan dalam rimba raya Banding, Hulu Perak.
• Tukang motorbot.
Pada waktu-wakut Baginda bertukang motorbotnya, bila aku tiba, baginda berbincang denganku mengenai botnya, seperti huluan dan buritan, perut, lantai bot dan sebagainya.
• Pelukis.
Baginda sering melukis gambar-gambar pemandangan dan abstract. Pada waktu-waktu aku berada di sisi Baginda sedang melukis, Baginda telah bertitah tentang keindahan lukisan-lukisannya yang abstract itu. Kadang-kadang kami ketawa melihat gambar gadis berbogel lukisan karya Baginda.
• Bomoh.
Pada masa Baginda baru pulang dari Keroh (Pengkalan Hulu), iaitu setelah bertemu dengan perempuan cantik – isteri seorang lelaki petani Siam di Teluk Ayam, Betong, Selatan Siam-Baginda telah menunjukkan kepadaku gambar perempuan itu yang diambil dengan kameranya. Baginda telah meminta aku menjampi gambar prempuan itu supaja dia jatuh hati kepada Baginda.Mahu tidak mahu aku telah menjampi gambar perempuan itu dengan al Fatihah dan ayat-ayat Quran. Kemudian perempuan itu telah menganut agama Islam dan berkahwin dengan Baginda, memakai Satira.
• Penggubah lagu.
Pada waktu Baginda sedang menggubah lagu untuk pancaragamnya, “Rashah Combo’, Baginda telah bertanya kepadaku tentang kata-kata puitis untuk lagunya. Sepanjang bulan-bulan ‘cinta dan rindu’ Baginda kepada Satira, Baginda telah minta aku menulis sajak atau lirik lagu-lagunya yang berunsur cinta dan rindu. Di antaranya ’Gunung Kenerong’ Lagu itu telah dimainkan oleh ‘Rishah Combo’ dan Radio Malaysia stesen Ipoh.
• Orang bijak Raja.
Pada masa Menteri Besar, Tan Sri Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak kali yang kedua (1974 – 1977) dan Datuk Seri Wan Mohamed bin Haji Wan Ten (1977 –1982) telah berlaku krisis antara Baginda dengan Menteri Besar dan pihak UMNO, maka aku telah diminta oleh Baginda menjadi ’orang bijak raja’ penasihat hal ehwal politik peribadi Baginda.
(Disunting dari , manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertonmgkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

NASIHAT



SAYANGKAN NEGARA

Semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India dan lain kegturunan yang melaungkan ke langit terbuka, bahawa mereka sayangkan Malaysia - negara yang mengikut sejarah, adalah tanah Melayu - , janganlah sayang sebagai mana perempuan - prempuan dalam ‘golongan jalang’, yang ciantakan suamai mereka kerana wang ringgi, harta benda dan kedudukan atau darjat.
Ertinya, jangan sayangkan Malaysia, kerana negara ini makmur, aman dan memberi peluang kepada kita berpijak di buminya dan berpayungkan langitnya.
Sayangkanlah tanah air kita ini sebagai mana kita menyangi diri kita sendiri. Bukti kesayangan kita yang ikhlas, kita tidak minta - minta kepada negara, tetapi kita menyumbang wang dan sebagainya untuk negara.
Jangan menjadi pengemis kepada Negara, tetapi jadilah penderma dan pejuang untuk Negara.
Merdeka!!!

MAKSUD AYAT QURAN


TIDAK BOLEH MOHON AMPUN BAGI ORANG KAFIR

Sesungguhnya, Allah membeli peribadi dan harta orang - orang yang beriman dengan mengurnia (membayar) kan syurga untuk mereka; mereka perperang di jalan Allah, sebab itulah mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yang sebenarnya dalam Taurat. Injil dan Quran. Siapakah yang lebuih dipercayai (dapat) memenuhi janji melebihi Allah? Oleh itu, bersukacitalah dengan perjanjian yang telah kalian laksanakan, dan itulah keberuntungan yang besar.
Mereka yang tobat (kepada Allah), mereka yang menyembah (Allah), mereka yang memuji (Allah), mereka yang berpuasa (kerana Allah), mereka yang ruku’, mereka yang sujud, mereka yang menyuruh (orang) melakukan perbuatan baik, mereka yang melarang (orang) melakukan perbuatanjahat dan orang - orang yang menjaga batasan - batasan (peraturan atau prundangan) Allah, sampaikanlah berita gembira kepada orang - orang yang beriman.
Tidak sepantang (tidak boleh) bagi Nabi (Muhammad s.a.w.) dan orang - orang yang beriman untuk memohon keampunan (dari Allah) bagi orang - orang kafir (Yahudi,m Kristian, Majudsi dan semua penganut agama yang lain dari Islam), biarpun kaum kerabat, (iaitu) telah terang bagi mereka, orang - orang itu (kafir) isi neraka:
- al Bar’ah / at taubat:111, 112, 113.

Wednesday, August 24, 2011

MENGENANG MASA SILAM



SULTAN PERAK DAN MALAY RESERVE

Pada zaman darurat, Tanah Melayu semenjak tahun 1948 dan sampai kepada masa Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer, semua orang Cina, Melayu, India dan mereka dari keturunan-keturunan lain yang tinggal dalam kawasan-kawasan tepi rimba terpencil dan sebagainya telah dipindahkan ke kampung-kampung baru, di seluruh Tanah Melayu.
Mereka itu diasingkan ke dalam kampung-kampung baru kerana pihak Kerajaan Inggeris tidaka mahu mereka membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka itu dalam keadaan dikurung dalam kampung-kampung baru yang dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh anggota-anggota Polis Khas yang diketuai oleh ’pegawai-pegawai Palestin’, iaitu pegawai polis Inggeris yang telah berkhidmat di Palestin, sebelum tahun 1947.
Setelah Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney mati ditembak oleh pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair, dari Rejimen ke 10 yang dipimpin oleh Abdullah C.D. , di Bukit Fraser, pada 6 Oktober 1951, tempatnya diganti oleh Jeneral Sir Gerald Templer pada Mac 1952.
PARTI KOMUNIS
Pasukan Rejimen ke 10 adalah dianggotai oleh pejuang-pejuang Melayu bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dan berpangkalan di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang.
’PKM juga yakin bahawa sokongan orang-orang Melayu amat diperlukan demi memastikan tercapainya matlamat perjuangan komunis untuk mendirikan negara komunis di Tanah Melayu. PKM cuba memperbetulkan kesilapan pada masa lalunya yang mengabaikan orang Melayu.
Dalam usaha untuk menarik sokongan orang Melayu, PKM membentuk rejimen kesepuluh yang berpangkalan di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Rejimen yang dikhaskan kepada anggota Melayu PKM itu mengambil angka sepuluh, bersempena dengan tarikh kelendar Islam 10 Zulhijah (Hari raya korban), dengan harapan akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan dan pengorbanan di kalangan anggotanya. Rejimen kesepuluh itu diketuai oleh Abdullah C.D. dan Rashid Maidin.’
Elok aku rakamkan di sini, apabila Sir Gerald Templer melihat kehebatan pemuda UMNO di bawah pimpinan Saadon Haji Zubir dan Haji Ahmad Badawi, maka untuk melemahkan semangat juang mereka, dia telah bertindak untuk mengharamkan Pemuda UMNO.
’Oleh kerana Pemuda-Pemuda UMNO telah bergerak terlalu cergas dan penuh semangat, kerajaan telah menggertak hendak mengharamkan dan membubarkannya. Tetapi gertak itu telah dicabar oleh Tunku dengan beraninya. Akhirnya gertak itu tinggal gertak sahaja.
Bagaimanapun seperti kata pepetah Melayu, ”Tidak dapat tanduk telinga dipulas” kerajaan telah menggunakan kuasanya untuk menyekat dan melemahkan pergerakan Pemuda UMNO dan dengan demikian melemahkan UMNO dengan mengharamkan pakaian seragam (uniform) Pemuda UMNO.
Kebetulan pada permulaan tahun 1953 tatkala Pemuda-Pemuda UMNO mengadakan Persidangan Agungnya di Melaka, Pemuda-Pemuda UMNO Melaka telah menghadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman sepasang uniform Pemuda UMNO. Tunku telah memakai uniform itu tatkala memeriksa barisan kehormat Pemuda-Pemuda UMNO sebelum membuka Persidangan Agung Pemuda-Pemuda UMNO itu. Tunku kelihatan bergaya dan hebat dengan uniform itu. Pemandangan seluruh istiadat pemeriksaan barisan kehormatan itu sungguh menaikkan semangat.
Tetapi hal inilah yang menjolok mata kerajaan. Dengan serta merta Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, pada masa itu, telah bertindak, satu perintah mengharamkan uniform Pemuda UMNO telah dikeluarkan.’
Di sekitar Kuala Kangsar termasuk Sungai Siput dan Hulu Perak, terdapat kampung-kampung baru, yang dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh anggota-anggota polis khas. Penduduk-pendudukan semua kampung baru itu, sebilangan besar dari orang-orang orang-orang China, diikuti orang India dan Melayu.
Kampung-kampung baru dalam daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput, di antaranya, Kampung –kampung baru Sauk, Liman, Padang Rengas, Jerlun, Manong, Karay, Salah, Lasah, Jalong dan Rimba Panjang.
LADANG GETAH
Dalam daerah Grik, Hulu Perak, di antaranya, Kelian Intan, Padang Gros, Grik, Air Kala, Lenggong dan Kota Tempan.
Kampung Baru Sauk juga telah dipagar dengan kawat berduri yang meliputi rumah-rumah kedai dari tepi jalan raya hingga meliputi dusun buah-buahan dan ladang getah orang Melayu yang bertaraf ’Malay reserve’ (simpanan Melayu).
Aku memaklumkan lebih awal di sini, bahawa dalam pertemuan aku dengan Menteri Besar Perak, Ghazali Jawi, di pejabatnya, di Ipoh pada tahun 1976, aku telah bertanya kepadanya mengenai tanah Malay reserve (simpanan Melayu) di seluruh daerah Hulu Perak dan dalam daerah-daerah lain, termasuk kampung-kampung baru telah diduduki oleh orang-orang bukan Melayu dan Negeri Perak telah memberi hak milik kepada mereka.
RANCANGAN KERAJAAN
Ghazali Jawi telah menjawab, ’...you wartawan, bukan ahli exco, kami ada kuasa hendak beri hak milik tanah kepada siapa saja, ini hak kerajaan ..., kerajaan demokrasi.”
”Tapi Sultan Perak telah bersungut perkara Malay Reserve itu, bagaimana?” Aku telah bertanya kepadanya.
”...Encik Mokhtar, ...walaupun Tuanku ada kuasa, tapi kalau semua anak dapat setuju Tuanku, susahlah, ...satu apa pun rancangan kerajaan tak jadi,” jawab Mohd.Ghazali Jawi.
Aku mempunyai seorang sahabat yang baik dalam kampung Baru Sauk. Dia seorang gadis, Elin Lee (bukan nama sebenar) anak kepada seorang kontraktor dan hartawan Cina. Elin yang lepasan Junior Middle three sekolah Cina itu, membantu ibunya berniaga kain dan pakaian di kedai mereka dalam kampung baru itu.
Ibu bapa Elin Lee baik denganku. Aku sering mengunjungi rumah mereka. Menurut ibu Elin Lee, bahawa datuk neneknya telah tinggal berjiran dengan keluaga-keluarga China Islam di Negara Cina. Walaupun mereka tidak memeluk agama Islam, tetapi makan minum mereka seperti orang-orang Islam juga. Mereka tidak makan daging khninzir. Tradisi datuk nenek itulah terbawa-bawa ke dalam keluarga Elin Lee di kampung baru Sauk.
PENGGERAK FIKIRAN
Elin Lea sering datang ke rumah ibuku. Setiap kali dia datang, dia telah membawa buah tangan, seperti buah-buahan dan kain ela sekadar sepasang baju untuk ibuku.
Pada masa aku bergerak dalam UMNO dalam bahagian Kuala Kangsar dan cawangan Sauk, Elin Lee telah banyak membantuku dengan wangnya. Dia juga telah memberi galakan kepadaku supaya aku terus menulis, kerana katanya, penulis dan wartawan dianggap oleh orang tua-tua Cina pada masa silam sebagai penggerak fikiran orang ramai.
Aku tidak dapat meyakinkan diriku yang Elin Lee menaruh prasaan cinta kepadaku. Kami hanya bersahabat biasa. Kadang-kadang dia telah mengikut aku pergi ke Bandar Kuala Kangsar dan Taiping.
PERASAAN CINTA
Ada beberapa kali Elin Lee telah bertanya kepadaku mengenai bagaimana dia hendak memeluk agama Islam. Kalau dia memeluk agama Islam, adakah dia dimestikan berkhatan, mesti sembahyang dan berpuasa. Aku telah meminta dia berfikir masak-masak sebelum memeluk agama Islam.
Walaupun aku dengan Alin Lee bersahabat biasa sahaja dan aku tidak ada perasaan cinta terhadapnya, tetapi entah mengapa, kalau aku berjauhan dengannya, terasa benar rinduku kepadanya dan ingin menemuinya. Aku mengakui, dia telah menjadi sebagai salah satu sumber ilhamku untuk menulis.
Kadang-kadang aku terpikir juga, apakah aku seorang yang zalim, telah menggunakan seorang gadis yang tidak aku cintai sebagai sumber ilhamku?
GURU BESAR
Oleh kerana aku bekerja sambilan dengan dua buah surat khabar Melayu – Utusan Melayu dan Warta Negara, maka saban hari aku berada di Kuala Kangsar dan kadang-kadang di Ipoh, maka perhubungan aku dengan Elin Lee menjadi renggang dan jauh.
Pada masa kami berjauhan hampir setiap hari Ahad, Elin Lee telah datang ke rumah ibuku. Kalau dia tidak datang ke rumah ibuku, dia datang ke rumah kakak saudaraku, Guru Besar Sekolah Perempuan Sauk, Nik binti Haji Said.
Pada masa bekerja pemberita sambilan, aku telah bergaul rapat dengan beberapa Orang Besar-Besar Negeri Perak, orang-orang kenamaan, di antaranya Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz(setiausaha UMNO pada zaman Onn Jaafar dan Menteri Besar Perak), Raja Hanif Shah, Raja Musa bin Raja Mahadi (Yang Dipertua Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak), Dato. Haji Meor Aris kemudian menjadi ahli Dewan Parlimen kawasan Sitiawan, Dato’ C.M. Yusof (kemudian menjadi Speker Dewan Parlimen), Datok Haji Ismail Hamzah (Mufti Kerajaan Negeri Perak), Dato’ Tan Dewa Ramli bin Abdullah (Orang Besar Istana) dan Raja Razman Shah(ahli sejarah).
PENJAJAH INGGERIS
Selain daripada mereka itu, aku telah bergaul dengan beberapa orang bekas ahli Parti Islam Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah tidak ditahan dalam khemah tahanan oleh kerajaan Inggeris.
Pada masa itu hampir semua pemberita, wartawan dan penulis Melayu bersemangat menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair dari penjajah Inggeris. Tetapi mereka memiliki idea atau fahaman politik yang berbeda antara satu dengan lain. Mereka itu telah masak dengan sejarah tanahair dan penindasan Inggeris terhadap orang Melayu dan memberi muka kepada golongan pendatang, terutama dalam bidang perusahaan dan perdagangan.
Sebilangan wartawan dan pengarang Melayu telah menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan sebilangan lagi menyebelahi perjuangan Onn Jaafar Onn Tunku Abdul Rahman.
PRESIDEN SOEKARNO
Mereka yang menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi dan rakan-rakannya telah menyanjungi perjuangan Presiden Soekarno dan naibnya, Dr Mohd.Hatta, kerana perjuangan mereka memberi kedaulatan kepada bangsa dan negara Indonesia secara hakiki.
Sekitar tahun 1955, kira-kira dua bulan aku dan seorang guru agama Islam dan penulis, Ustaz Abu Bakar Hamzah, bekas pegawai polis Cawangan Khas, telah berpolemik dalam surat khabar Warta Negara, mengenai isu politik dan agama Islam. Pada masa itu dia berdampingan rapat dengan Tunku Abdul Rahman.
Ustaz Abu Bakar Hamzah telah meminta Tunku Abdul Rahman membantunya mengembangkan sekolah agama dan istitusi pondok di seluruh Tanah Melayu. Pada mulanya Tunku Abdul Rahman telah keberatan menerima permintaannya, kerana pandangan Tunku sama dengan pandangan rakan-rakannya yang berpendidikan Barat, iaitu sekolah agama dan intitusi pondok akan memundurkan rakyat dan akan melahirkan ramai ’mu’allim dan muslimin dan muslimat yang extreme dan tidak memihak kepada UMNO.
Kemudian fikiran Tunku Abdul Rahman telah berubah. Mungkin telah mendapat hidayat dari Allah setelah dia merenung ke belakang; UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946 telah mendapat sokongan dari alim ulama dan mereka yang berpendidikan agama Islam. Dalam UMNO ramai individu yang berpendidikan agama Islam lepasan sekolah-sekolah agama Islam atau isntitusi-institusi pondok.
Tunku Abdul Rahman telah memanggil Ustaz Abu Bakar Hamzah dan memberitahu kepadanya, iaitu dalam menghadapi kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku akan memajukan semua sekolah agama rakyat dan institusi pondok di seluruh Tanah Melayu .
(Disunjting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

NASIHAT


ADIL DAN SAKSAMA

Para hakim (dan para pendakwa raya) yang beragama Islam! Hendaklah memikul tanggungjawab kepada amanah Allah yang dipikulkan ke atas bahu dan atas kepala kalian dengan jujur dan saksama. Allah telah memberitahu - mengarahkan atau memerintahkan - Nabi Daud alaihis salam seperti yang Allah wahyukan dalam Quran: Hai Daud! SesungguhNya Kami telah menjadikan engkau khalifah (orang menjalankan kuasa atas pemerintahan) di muka bumi ini. Oleh itu, putuskanlah perkara di antara umat manusia dengan kebenaran (timbang rasa dan keadilan), dan jangan engkau mengikut kemahuan ( nafsu), nanti engkau akan disesatkannya dari jalan Allah. Sesungguhnya, mereka yang tersdesat dari jalan Allah itu, memperoleh siksaan yang sangat (keras), di sebabkan mereka melupkan hari perhitungan (di akhirat). - Shad:26.

MAKSUD AYAT QURAN




BERJUANG DI JALAN ALLAH

Orang - orang yang beriman, berpindah, berjuang di jalan Allah dengan harta dan dan diri mereka sendiri, dan itulah orang - orang yang menang (berhasil cita - cita).
Allahmenyampaikan berita gembira kepada mereka dengan beroleh rahmat dan keredaanNya dan syurga, yang di dalamnya mereka akan peroleh kesenangan abadi.
Mereka kekal di sana selama - lamanya. Sesungguhnya, di sisi Allah itu ada pahala yang besar.
- At tabubah / al bara’ah:20, 21, 22.

Nota:

Firman Allah ini ditujukan kepada umat Islam pada zaman Nabi Muhammad ditentang oleh orang - orang kafir dan umat Islam menentang dan memerangi mereka pula.
‘Berhijrah’ bererti, berpinda dari Makkah yang menjadi pusat pengganas kafir, ke tempat - tempat lain, seperti ke Yathrib atau Madinah al munawwarah.
Sekarang ‘hijrah’ bagi orang Melayu adalah wajib, iaitu berhijrah dari mengguna dan patuh kepada undang - undang ciptaan manusia kapitalis dan sebagainya kepada undang - undang Islam yang berpandukan al Quran dan as Sunnah , iaitu membentuk Negara Islam. Negara makmur (kebajikan) dan Allah Maha Pengampun (etinya negara mendapagt keampunan Allah).

Tuesday, August 23, 2011

NASIHAT



PENDATANG BERAGAMA ISLAM

Pada tiap - tiap hari raya, kita umat Islam di negara ini, termauk Kuala Lumpur, lebih mengutamakan orang - orang beragama lain menjadi tetamu di rumah terbuka, majalis raya dan sebagai, tetapi orang - orang Islam dari Indonesia, Banggalades dan Negara - Negara lain yang menjadi buruh (pekerja asing) di negara kita iniu, kita biarkan atau tidak menjemput kita, sedangkan mereka itu orang Islam musafir dan terhidung dalam fi sabilillah (pada jalan Allah).
Di Kuala Lumpur misalnya, para pendatang Islam, setelah sembahyang di masjid, mereka berasa di Zoo Negara, Tugo, Chaw Kit, ibu negara dan di tempat - tempat lain.
Kalau boleh terima nasihat saya, pada hari raya puasa mendatang ini, Jabatan - jabatan agama Islam, para ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan pemimpin - pemimpin Islam, usahakanlah menjamu para pendatang asing yang beragama Islam pada hari raya.

MAKSUD AYAT QURAN




ORANG PEKAK DAN BISU

Hai orang - orang yang beriman,taatlah kalian akan Allah dan RasulNya dan jangan kalian membelakangiNya, pada hal kalian mendengar.
Dan jangan kalian (jadi) serupa dengan orang - orang yang mengatakan: “Kami mendengar.” Sedangkan yang sebenarnya mereka tidak mendengar.
Sesungguhnya, binatang yang paling buruk pada sisi (pandangan) Allah, ialah orang - orang pekak dan bisu yang tidak berakal (mengerti).
- Al Anfaal:20 - 22

Nota.

Bermula dari Yang Di Pertuan Agong, para Raja Melayu, Perdana Menteri dan kita semua, marin kita bertanya kepada diri kita; apakah kita benar - benar taatkan Allah dan RasulNya?
Allah memerintahkan kita menjalankan hukuman yang diturunkanNya, (misalnya) seperti dalam Al Maidah, ayat: 44,45 dan 47, tetapi kita masih mengguna pakai ‘hukum’ yang berasal dari Rom tua dan negara Inggeris atau ciptaan orang Yahudi dan Kristian.
Saya amat taku, kalau - kalau Allah berfirman kepada kita seperti firman firmannya mengutuk kaum Yahudi: Hendaknya kalian menjadi monyet yang dibenci manusia. - Al Baqarah:65.

Monday, August 22, 2011

KISAH BULAN PUASA




RAKAN RUNTUH RUMAH TANGGA KAWAN

Seorang isteri, pegawai kerajaan, sejak minggu lalu pulang ke rumah, tidak bertegur sapa dengan suaminya. Membongkam.Detelah hatinya lembut dia bertanya kepasa suami: “U ada cakap - cakap menggatal dengan kawan di pejabat I, Murni?”
Suaminya terpinga - pinga. Sangkaan buruk mendera hatinya. Isterinya memberitahu, Murni ada memberitahu dia yang suaminya telah bercakap dengan melalui telefon. Cakapnya menggatal dengannya.
Suami menafikan. Dia memang ada bercakap secara lawak dengan seorang kenalannya, gadis, namanya, Murni, tunang orang, di sebuah kelab di Putrajaya.
“Ngapa aku telefon dia, aku tak ada nombor telefon dia,” hati suami bersuara.
“Biasanya Allah laknat orang memburukkan orang pada bulan puasa ini, kerana pada bulan baik kebanyakan orang sentiasa membaca ayat Quran.
Isteri memberitahu suaminya, bahawa dia ada menggunakan telefonya untuk bercakap dengan kawannya, Murni. Nombor telefon Murni pada muka panggilan telefon suaminya tidak padamkan.
“Ia, sangka nombor telefon I tu nombor telefon Murnia. Pada ketika I bercakap I dengan suara lain dari suara Murni,” jelas suami.
“Mana pula I menggatal dengan kawan you, perempuan apa tuduh orang begitu ...,” suara hati suami sedih dan meninggalkan isterinya yang menunjukkan muka asam jeruk.
Kasian, perempuan macam Murni pegawai kerajaan yang berpelajaran memburukkan suami rakannya dalam bulan puasa ini.
Nasihat, hai perempuan beriman, kalau memang ada lelaki cakap salah dengan anda, usahlah lekas menyebar cerita. Siasat dengan teliti dulu. Lebih - lebih lagi orang berrkenaan telah meminta maaf. Perbuatan anda itu sama dengan meruntuh rumah tangga rakan sendiri.

MAKSUD AYAT QURAN

IBLIS BERDIALOG DENGAN ALLAH

Sesungguhnya, Kami (Allah) telah menciptakan kamu (Nabi Adam alaihis salam) dan Kami (Allah) telah bentuk rupa kamu, kemudian kami firman kepada para malaikat: Tunduk (hormat)lah kepada Adam.Lantas mereka tunduk (hormat), melainkan iblis; dia tidak termasuk para malaikat yang tunduk.
Allah berfirman: Apakah halangan yang menyebabkan enkau (iblis) tidak tunduh, pada ketika Aku perintahkan. Jababnya (iblis): Aku lebih daripadanya (Adam a.s.), aku, Engkau jadikan dari api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah.
Allah berfirman: Nyah engkau dari tempat (syurga) ini, kerana tempat ini tidak sepatunya bagi engkau untuk menyombongkan diri. Berambuslah, sesaungguhnya engkau termasuk orang - orang yang hina.
Dialognya (Iblis): Berilah tangguh kepada aku sampai mereka dibangunkan.
Allah berfirman: Sesungguhnya engkau temasuk mereka yang diberi tangguh.
Iblis berdialog: Kerana Engkau telah menghukum aku (tersesat), aku akan duduk mengganggu mereka dari jalan yang lurus.
Kemudian, aku datang kepda mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka.Dan tidaklah Engkau dapati kebanayakan mereka menjadi orang yang bersyukur.
Allah berfirman: Berambuslah dari tempat ini (syurga), sebagai makhluk terhina dan terbuang. Siapa di antara mereka yang mengikut engkau, nescaya Aku akan penuhi neraka jahannam dengan kalian (iblis dan orang - orang yang mengikutnya).
- Al A’araf:18.
* Sepanjang bulan puasa ini semua iblis dan kaum sejenisnya tertamba. Tetapi manusia - manusia yang mengikut mereka amasuh bebas, masuk ke dalam masjid, surau, makan bersama orang - orang berbuka dan sama berkunjujng ke pasar Ramadhan, membelkia atau menepah pakaian raya dan membuat atau membeli kuih muih.











Saturday, August 20, 2011

SAJAK


MALAM KEMULIAAN

‘Sesungguhnya, Kami turunkan - Quran-,
pada malam kemuliaan,
Dan apakah yang menyebabkan anda
(Muhammad s.a.w.) mengerti,
Apa malam kemuliaan itu?’
(al Qadr: 1,2)
Allah, ya Allah,
kupohon ampunMu,
kuharap redaMu,
hambmu, aku dan semua Melayu,
buta erti kitaMu,
aku, mereka dalam jurang ‘jahiliyah moden’,
jahil kami, somboang kami di hadapanMu,
lalu kami ketepikan hikmahMu,
kami jauhkan hidayatMu,
kami patuhi hukum hakam dari Rom,
undang - undang ciptaan,
umat Yahudi dan Nasarani - Kristian.

Tiap malam kemuliaanMu,
kuninsaf amat,
tangisku dik jahilku,
kuasa ditangan para pemimpin bangsaku,
aku, mereka buta mata hati;
Firman dan amaranMu:
Jalankan hukum tidak yang Kauturun,
Mereka itu orang - orang kafir,
Orang zalim tidak jalankan hukum yang Kauturunkan,
Fasik amat, guna hukum yang tidak Kauwahyukan.

‘Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan*,
Pada malam itu turun para malaikat dan ruh,*
dengan izin Allah - Penguasa mereka -,
untuk setiap urusan,

Selama (damai) itu hingga menjulan fajar.’(al Qadr:3,4,5)
Kerana jahilku, jahil para pemimpin Melayu,
semua buta mata hati menyimpang dari ajaranMu,
tolah negara muliaMu,
singkirkan hikmat siasahMu,
kutuk pejuang pada jalanMu,
sanjung iktisad ciptaan Yahudi dan Kritan,
dengan hati sesat laungka kemenangan.

Ya Allah,
Kupohon kepadaMu,
tunjukan aku, semua pimpinku,
kepada jalanMu,
Jalan kebenaran dan redaMu.

Ya Allah,
mereka, aku amat jahil,
jahil, jahil murakkab,
kupohon kepadaMu,
Jangan Kaucampakkan kami,
Dalam nerakamu.

Ya Allah,
ampunkan,
tumpahkanlah redakanMU,
untuk aku dan Melayu seetero maya.

Putrajaya .............. - Mokhtar Petah

* Lebih berharga dari berpuluh tahun, kerana pada malam itu
Mula turunnya cahaya kebenaran yang dapat menyinari seluruh dunia dan membawa bangsa - bangsa manusia kepada jalan yang lurus. Para Ilmuan Islam berkata, beribadat kepada Allah pada malam itu, Allah kurniakan pahala lebih dari beribadat seribu bulan.
* Ruh, ialah malaikan Jibril yang mebawa wahyu - ayat - ayat Quran -
kepada Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

NASIHAT


TAKBUR

Kalau anda ada ilmu Islam seksadar setiti air hujan, usahakanlah, agar menjadi air setasik atau semuara, tetapi jangan takbur atau ria, kerana Islam agama Allah dan Allah tidak suka kepada orang takbur atau ria.
Jika anda jahil jangan menganggap atau menuduh orang lain jahil, kerana kejahilan anda itu akan menjadi bangkai yang busuk dalam masyarakat manusia.
Jika anda orang beriman kepada Allah, kenal diri anda, jaga amanah dan amalakan akhlak mulia. Di antara akhlak yang buruk dan menunjukkan anda seorang jahil, ialah mengganggu orang - orang sedang tidur malam dengan suara anda membaca Quran dan zikir, menggunakan pembesar suara.

MAKSUD AYAT QURAN




BERPERANG KERANA ALLAH

Maka, berperanglah (firman Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.) pada jalan Allah (mempertahankan agama Islam dan umat Islam), tidak dipaksa, melainkan kepada diri anda sendiri (kemahuan sendiri dan ikhlas). Bangunkanlah keberanian (kubarkan semangat) orang - orang yang beriman, mudah - mudahan Allah menahan serangan orang - orang yang kafir. Allah itu lebih besar kekuasaanNya dan lebih keras siksaanNya.
-An nisaa’:84.

Nota.

Suruh atau perintah Allah ini terus meneru ke atas setiap individu beragama Islam dan beriman (mukmin) kepadaNya.Jihad mempetahankan agama Allah dan umat Islam, adalah wajib, penetangan demikian bukan ganas atau yang melakukan pengganas, tetapi menjalankan perintah Allah.
Begitu juga, kalau ada golongan menentang usaha menegakkan Island an menegakkan negara Islam dan hendak dijadikan Negara kapitalis, maka tentanglah dengan fikiran, suara, tulisan dan dengan cara lain yang menasabah, agar hancur usaha mereka.

Friday, August 19, 2011

NASIHAT



Jika harta benda dan wang anda dicuri, disamun, terbakar, dilanda banjir dan sebagainya, jangan anda marah, tetapi anda gunakan fikiran, hati dan minta pertolongan Allah; adakah di antara harta benda dan wang ringgit anda itu dari rezeki yang haram.
Antara rezeki haram itu, ialah:
1 - Riba. 2 - Hasil curi dan samun. 3 - Hasil penipuan. 4 - Hasil judi.
5 - Hasil rasuah. 6 - Daria harta anak yatim. 7 - Hasil pelacuran.
8 - Hasil dari lakonan yang hampir dengan zina. 9 - Hasil dari lagu atau nyanyian (wanita).

MAKSUD AYAT QURAN



AL QURAN

Hai umt manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian Al Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Penguasa (Allah) kalian, dan menjadi penawar bagi penyakit - penyakit batin yang adalam dada kalian, dan juga menjadi hidayat (petunjuk) untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang - orang yang beriman. - Yunus:57

Nota:

Ayat Quran ini, jika anda yakin dengan tulus, boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit dalaman - sakit hati, sakit pada hati, duka cita, merana dan lain.

Thursday, August 18, 2011

MENGENANG MASA SILAM



LAHIR DALAM KADAAN MERDEKA

Sesungguhnya, hidup yang bererti kepada manusia, ialah hidup yang sentiasa dalam keadaan dihempas dan dihempap dan pulas oleh derita. Penderitaan itu pula mengajar manusia menjadi manusia sejati. Walau bagaimana pun penderitaan tidak akan ada sebarang makna, jika individu yang menderita itu tidak mengenali Allah, tidak bersyukur dan tidak tawakal kepada-Nya.
Aku telah ditakdirkan oleh Allah dilahirkan dalam keadaan merdeka dari sebuah kekluarga yang telah berkayuh di permukaan laut kehidupan laksana ‘berselimutkan kain panjang lima, tutup kepala kaki terbuka, dedah kaki kepala terbuka’. Meredah rimba kehidupan dalam keadaan sentiasa ‘makan sambal terlunjuk berdiri’.
Aku akui, kerana Allah telah menganugerahkan keluarga bapaku hidup dalam rahang derita, maka aku telah menjadi sebagai benih yang cambah dan tumbuh pada tanah gersang yang ada kalanya dititis air hujan. Pada tanah tempat lahirku itulah aku dianugerah oleh Allah menjadi manusia yang melihat alam dengan dua biji mata dan seketul hatiku. Sepasang mata dan seketul hati itulah menganjurkan aku banyak belajar dari alam milik Allah dan menggunakan daya fikirku dan mengkreatifkannya untuk melahirkan sesuatu yang berfaedah kepada umat manusia.
MENYEDAR
DAN MENGINSAFKAN MANUSIA

Aku tidak pandai berteknologi dan sains atau menggunakan alat-alat yang bersifat kebendaan, tetapi aku memiliki sesuatu yang ada pada orang lain jua, iaitu untuk menyabarkan manusia pada ketika dia duka, menyedar dan menginsafkan manusia pada ketika dia lupa diri, dan pendeknya aku sentiasa bercakap dengan manusia dalam keadaan bisu adanya.
Pada usia remajaku; aku memiliki angan-angan (cita-cita) untuk berdampingan dengan orang-orang alim yang masyhur, para bijak pandai atau ahlul bab – cendekiawan - yang terbilang, pemimpin – Presiden Negara, Perdana Menteri dan Sultan Negeri. Apabila aku telah meningkat remaja dan dewasa, apa yang aku angan-angankan itu menjadi kenyataan. Aku telah berdampingan dengan beberapa orang ulama tersuhur, pemimpin – pemimpin rakyat dan sultan atau raja yang merintah negeri.
Apabila aku telah mendampingi mereka, maka sedikit sebanyak pendapat dan ideaku, sama ada dalam percakapan dengan mereka mahupun dalam tulisanku – berita, rencana, cerpen, sajak, buku politik, buku agama, prasejarah, biografi dan novel telah menarik perhaitan mereka. Mungkin mereka terasa suka dan marah. Mungkin juga mereka menerimanya sebagai ‘sementara mendapat rotan akar berguna’. Pada hakikatnya aku telah meluahkan ideaku kepada mereka.
BAHAN TAMBAHAN
DALAM BIDANG SEJARAH

Sebagai contoh, pada tahun 1966, sebuah buku karanganku, ‘Bangsa Melayu Menggugat Dunia– tulisan Jawi, telah menarik perhatian seorang mahasiswa Universiti Malaysia dari Negeri Sembilan (di bawah bimbingan Profesor Dato’ Khoo Kai Kim) untuk dijadikan bahan tesisnya bagi melayakknnya mendapatkan ijazah B.A (sastera).
Manakala beberapa orang pegawai tinggi kerajaan dan pensyarah Universiti telah memberitahu kepada aku; mereka telah menggunakan buku tersebut sebagai bahan tambahan dalam bidang sejarah untuk melengkapkan ilmu pengetahuan mereka sebagai mahasiwa di institusi pengajian tinggi atau menara gading.
Buku ‘Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ juga telah menarik perhatian seorang pensyarah Hawaii University, iaitu Puan Barbra Andaya. Dia telah datang menemuiku dan tinggal bersama kelurgaku selama seminggu untuk menjalankan kajian sejarah orang Melayu dan Malaysia dengan berdasarkan buku tersebut.
BANGSA MELAYU
MENGGUGAT DUNIA

Pada Ogos 2005, dalam satu jamuan sempena dengan seminar mengenai penulis-penulis Malaysia, di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, seorang profesor telah memberitahu aku yang dia telah membaca dan menghayati buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ itu pada masa dia menuntut di univesiti dulu.
Sebuah novel karyaku, ‘Nekad Anak Watan’ telah menarik minat beberapa orang mahasiswa Melayu di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Novel itu satu imbasan perjuangan bekas anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Encik Rashid Mydin dan rakan-rakannya yang lari dari diburu oleh pihak penjajah Inggeris dan terpaksa berjuang bersama Parti Komunis Malaya.
Manakala tiga Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn secara ikhlasa telah mengaku kepadaku yang mereka telah banyak membaca tulisan-tulisanku dalam akhbar, majalah dan buku-buku. Tunku Abdul Rahman menerima pandanganku, supaya meneruskan bantuan kewangan Kerajaan Pusat kepada sekolah-sekolah agama (rakyat) di seluruh tanah air. Tun Abdul Razak telah menggunakan sedikit fikiranku pada masa beliau melaksanakan projek besar, iaitu menempatkan keluaga-keluarga miskin di seluruh tanah air ke dalam Rancangan Tanah Persekutuan – Federal Land Authority (FELDA) pada akhir tahun 1960-an. Manakala Tun Hussein Onn telah menyifatkan aku sebagai ‘wartawan lipas’ dan telah mengambil tindakan tangkas melucutkan seorang tokoh politik dari jawatan Menteri Besar sebuah negeri.
SEORANG PEMIMPIN
YANG GILA -GILA

Aku menyanjungi Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang peneroka zaman, berani dan tegas, berani membuat keputusan untuk kepentingan negara, tetapi dia, seperti dalam sebuah bukuku, ’Terima Kasih Dr. Mahathir Mohamad’, seorang penceramah, Jaafar Rahim telah menyifatkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang gila-gila. Beliau berjaya membangunkan negara secara berani dan bertindak di luar daya fikiran orang-orang yang berfikiran secara sederhana atau mereka yang sering diganggukan oleh rasa takut gagal dan kecewa sebelum melakukan sesuatu kerja atau tanggungjawab.
Tetapi, walaubagaimanapun Dr Mahathir Mohamad telah gagal menyatupadukan orang Melayu atau ummah, disebabkan dilebih mementingkan kebendaan dari kepentingan agama Islam dan budaya ummah termasuk lebih mementingkan kaum lain dari Melayu dalam bidang ekonomi. Oleh yang demikian, penolakan sebilangan besar orang Melayu atau ummah terhadap pemikirannya menjadi ketara. Maka beliau gagal menyatupadukan ummah.
Pada ketika berucap dalam ’Seri Ucapan Dr Mahathir Mohamad’ di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di Bangi, pada 12 Disember 2005, beliau telah berkata, bahawa beliau tidak tahu sama ada keputusannya membangunkan negara ini betul atau tidak, tetapi yang nyata, semua pembangunan seperti lebuh raya timur –barat, Putrajaya, jambatan Pulau Pinang dan bonus kepada kakitangan kerajaan, telah menguntungkan berbilion ringgit setahun kepada kerajaan dari hasil cukai pendapatan.
MENJALANKAN KUASA
DALAM KERAJAAN PERAK

Buku karangku, ’Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’- biografi - , mungkin telah dibaca oleh Dr Mahathir Mohamad dan mungkin sedikit dari tulisanku dalam buku itu telah menolongnya dalam memilih dan melantik seorang pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain dari Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah ibnu Al marhum Sultan Alang Iskandar Shah yang banyak menerima pakai fikiranku (telah melantikku menjadi penasihat politik kepada peribadinya) dalam menjalankan kuasa dalam Kerajaan Perak, maka Sultan Brunei Darul Salam, Al marhum Sultan Sir Omar Ali Saifuddin juga setelah menerima pendapatku. Baginda telah menganugerahkan wang lebih RB1 juta kepada Parti Rakyat Brunei untuk tujuan menuntut kemerdekaan Brunei, Sarawak dan Sabah yang akan menjadi sebuah negara Republik Kalimantan Utara dengan Baginda sebagai Presiden sepanjang hayat.
Apabila Seniman P.Ramlee menerbitkan surat khabar hal ehwal filem, iaitu ’Gelanggang Filem’, maka aku telah menjadi penulis suratkhabarnya. Selain dari sumbanganku kepda ’Gelanggang Filem’ Allahyarham telah banyak berbincang denganku mengenai skrip-skrip filem yang ditulisnya. Di antaranya filemnya , ‘Musang Berjanggut’ (kisah Negeri Perak tua) dan ‘Tiga Abdul’ (ramalannya mengenai orang Melayu dalam Negara Malaysia).
DALAM KEADAAN
WASPADAN DAN INSAF

Mungkin tidak ramai orang yang percaya, bahawa aku telah meneruskan denyut nadiku – hidup -, sebagai seorang penulis, walaupun aku berkeadaan seekor burung yang patah sayapnya, dengan paruhnya ia bertongkat juga, namun aku tidak pernah berduka cita, apa lagi kecewa. Setiap ketika aku dalam keadaan waspada dan insaf, bahawa dalam apa jua keadaan, aku adalah hamba Allah dan sentiasa bersama-Nya dan berlindung pada-Nya pada saban waktu.
Aku telah menulis dari hasil keyakinanku, bahawa alam dan dunia ini adalah universiti untuk diriku. Dalam semua tulisanku, aku telah menggunakan alam ini untuk santapan ruhani atau jiwa mereka yang membaca hasil karyaku. Di sinilah aku amat terasa, sesunguhnya aku puas dalam hidupku sendiri.
Mungkin ada orang-orang yang menilaikan hasil tulisanku tidak sama para atau tidak sejunjung dengan penulis-penulis lain, memanglah begitu, tetapi aku dengan keperibadianku sendiri dalam menjalankan kerja menulis, aku banyak terpengaruh dengan aliran ayat-ayat al Quran. Kadang-kadang cara begini tidak sesuai dengan orang-orang Barat, mereka yang bependidikan dari barat dan mereka yang beriman dengan kitab-kita lain dari al Quran.
TUBUHKU MENERIMA TETAMU
YANG TIDAK DIUNDANG

Aku seorang yang tidak berminat dalam bidang sukan. Aku tidak pernah bersukan. Sukanku hanyalah menulis pada waktu-waktu aku ’perlu menulis’. Kalau dua tiga hari aku tidak menulis, tubuhku menerima tetamu yang tidakku undng, iaitu demam atau tidak sihat.
Mungkin orang lain boleh menyifatkan aku tidak berjaya dalam berkarya, kerana aku tidak pernah menyertai peraduan mengarang dan tidak seperti penulis-penulis lain yang mendapat hadiah kerana tulisan mereka. Kerana aku adalah aku dan kerana aku penulis, maka aku kira aku sebagai pejuang juga dan tidak semua perjuangan dinilai oleh orang ramai. Maka aku bersetuju dengan pendapat : “You can tell me I was wrong. You can tell me I failed. But I can also tell you how it was and how I tried.”
Usiaku telah meningkat lebih tujuh puluh satu tahun pada waktu aku menulis buku ini. Sepanjang perjalanan hidupku itu, aku tidak pernah memohon kepada Allah supaya aku dimasukkan ke dalam golongan insan yang kaya raya. Aku hanya telah memohon kepada-Nya agar Allah menganugerahkan kapadaku sekadar sedikit dari rezeki yang amat banyak daripada Yang Maha Kuasa itu untuk diriku, keluarga ku, kaum kerabatku dan orang-orang mukmin dan mukminah semuanya
Ada kalanya aku seperti lelabah yang mencari madu-madu dari bebunga, seperti semut mencari rezeki di celah-celah pepasir dan sesampah atau seperti beburung yang hinggap pada pepohon yang sedang masak ranum buah-buahnya. Lebah, semut dan burung adalah makhluk-makhluk yang tersebut dalam ibu kitab, al Quran yang menjadi perlembagaan dan undang-undang bagi orang-orang yang beriman.
Aku berpendapat, setiap manusia mestilah berfikir dan bekerja untuk hidup. Jika berjaya mencapai kejayaan dalam hidup, maka bersyukurlah kepada Allah dan jika gagal, bersyukurlah juga kepada Allah. Sedarlah, bahawa di sebalik kegagalan itu ada hikmat dan rahmat dari Yang Maha Esa itu.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

CAKAP ORANG GILA



Lelaki gila ini berdiri di pinggir pasar Ramadan. Pakaiannya compang camping. Dia bercakap sasau:
“Awak tu jantan, tapi takut bini, babi jantan tak takut bini.”
“Bula puasa, hari - hari beli lauk, beli kuih banyak, balik rumah tak makan habis, buang, duitg lebih tu kalau sedekah kepada aku dapat juga pahala.”
“Oghang ibadat dia nak ibadat, pakai tudungkepala Nampak jambul, tetak tergembul macam buah nangka. Berdosa. Nampak cantik, tapi bodoh..., orang bodoh.”
“Oghang tutup kepala dia tutup kepala, tapi pakai selour ketat, baju keta, lengan nampak, Tuhan benci oghan ni, dia tiput Tuhan. Tuhan suruh tutup aurat, dia pedaya Tuhan ....,sial - sial ...”
“Aku gila, ayah aku kata aku gila..., salah dia, belum dapat aku dia buat perkara haram, makan duit haram, makan suap, tipu oghang..., emak aku beghanak aku, aku gila ...”

NASIHAT


CINTA

Jika saudara ada perasaan cinta kepada seseorang gadis dari negara lain (Indonesia, Cina, Vietnam , Thailand dan lain) yang bekerja di negara kita ini, berfikir dan berhati - hatilah lebih dahulu, kerana kebanyakan dari mereka telah ditanah dengan ‘nafsu’ cari makan dan cari senang. Jika saudara kahwin dengan mereka, kalau saudara kaya, isteri saudara memeras saudara, kalau saudar miskin, diperhambakan saudara.
Saya ada dua rakan:
Yang seorang ada isteri dan ada beberapa anak, setelah kahwin dengan perempuan pekerja dari Medan, Indonesia, dia sering ke Medah.Membawa wang yang banyak kepada isteri yang kembali ke sana. Membeli sebuah bas untuk bapa mertuanya dan membina sebuah rumah besar untuk ibu mertuanya.
Akhirnya, isteri pertama dan anak - naiknya menderita.
Yang seorang lagi kahwin dengan gadis jelita. Dia jadi macam babu. Isterinya bergaya dan memakai barang kemas hamper dengan ragam mami Tanjung, tetapi dia seperti pengemis.
Percayalah, cinta kepada seseorang laksana ubat; ubat itu boleh menyembuh penyakit, tetapi kalau tidak betul menggunakannya, akan menjadi racun kepada yang sakit.

MAKSUD AYAT QURAN




TAAT YANG DITEGAH

Jangan engkau taat (patuh) setiap individu (orang) yang suka bersumpah dan menghina.
Suka mencela, berjalan melakukan hasutan dan mengamalkan dusta (pembohongan).
Suka melarang (orang) membuat kebaikan, suka mnelanggar batasan, membuat dosa.
Berbudi rendah, selain dari itu tidak tentu pula siapa bapanya (amak haram).
- Al Qalam:10 - 13

Wednesday, August 17, 2011

NASIHAT




ADAKAH INI DAKWAH?


Dalam masyarakat orang Melayu terdapat banyak keluarga yang di dalamnya anak yatim dan yatim piatu. Mereka ada wang atau harta yang ditinggalkan bapa atau ibu mereka. Harta - harta itu dijaga oleh abang atau bapa saudara atau sesiapa sahaja. Mereka itu ada kuasa penjaga.
Maka, jagalah harta anak - anak yatim itu. Jangan makan atau menggunakan untuk kepentingan diri sendiri, lebih - lebih lagi anak - anak yatim itu tidak dapat menikmati wang ringgi atau harta peninggal ibu bapa mereka itu.
Elak dari memakan dan menggunakan harta anak yatim di luar dari yang ditentukan Allah dalam Quran, kerana Allah sentiasa melihat kesalkahana dan keajahatan kita. Allah akan membalas kealahan dan kejahatan itu itu dalam perjalanan kita ke hujung usia.
Di akhirat, pembalasan itu mengikut kita ke dalam neraka.
Saya cuma menasiahatkan sahaja.
Saya juga yatim piatu, tetapi tua.

MAKSUD AYAT QURAN




KITAB ALLAH

Sesungguhnya, Kami (Allah) menurunkan Kitab (Quran) kepada anda dengan sebenarnya, supaya anda dapat menjalankan hukuman di antara umat manusia menurut yang diperlihatkan Allah kepada anda. Janganlah anda menjadi pembela orang - orang yang jahat.
- An Nisa’:105
Inilah ayat - ayat kitab (Quran). Dan apa yang dirunkan Allah kepada anda itu, adalah kebenaran, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (percaya).
- Ar Rad:1

Nota.

Kita suci, Al Quran, adalah dirunkan Allah dengan lengkap bagi keoentingan manusia, iaitu dari cerita mula asal manusia, kejadian makanusia, kehidupan manusia, social, pengegahuan berbagai pengetahuan dalam bumi, ataas bumi, di udara dan di langit , kemasyarakan, politik, perundangan , ekonomi dan berbagai lagi.
Malang dan menjuruskan kepada keburukan, kerana umat manusia, katakanlah , orang Melayu dan muslim di Negara ini, walaupun mereka berpelajaran tinggi dan amat tinggi dari university - universsiti, tetapi kerana mereka itu dalam golongan manusia ‘jahilyah moden’, maka, mereka menerima dan menggunakan ajaran dan tunjuk ajar dari orang - orang beragama lain, seperti dari Rom tua, Inggeris, Yahudi dan orang - orang lain yang mereka menyangka moden dan lebih pandai dari Allah.
Pada hari ini, rakyat negara ini yang terdiri dari Melayu muslim, terbelah dua, iaitu, sebelah mengikut ‘jahiliyah moden’ dan sebelah lagi mengikut petunjuk Allah dan RasulNya, Muhammad sallallahu alaihi wasal lam.

Tuesday, August 16, 2011

NASIHAT




BULAN RAMADAN

Jika saudara seorang pemimpin - ketua masyarakat, wakil rakyat dan menteri, perhatikan dengan mata hati akan sepanjang bulan Ramadan, saudara mengalami kelazatan makanan, kelazatan beribada, senak perut kerana angin, kebas - kebas kaki atau tangan, pannas tubuh dan lain, maka begitu juga orang ramai atau rakyat yang saudara pimpin merasai demikian; ada gembira dan ada duka di bawah pimpinan saudara, maka, saudara jangan takbur dan jangan rasa takut atau kecewa, tetapi teruskan tanggungjawab dengan baik, jujur, adil dan berbudi bahasa.

MAKSUD AYAT QURAN



MENCARI KEKUASAAN

Sesiapa yang hendak mencari kemuliaan (kekuasaan), maka kemuliaan (kekuasaan) itu seluruhnya kepunyaan Allah. Kepada Allah naik perkataan - perkataan yang baik dan amalan yang baik itu dimuliakan oleh Allah. (sebaliknya) mereka yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan dan kuasa), mereka akan mendapat siksaan yang amat (keras). Dan Rancangan mereka akan gagal.

- Fathir (yang menjadikan):10

Monday, August 15, 2011

NASIHAT


AZAN GUNA PEMBESAR SUARA

Para bila dan mereka yang beribadat di masjid dan surau, jagalah jiran - jiran anda yang terdiri dari orang Islam dan orang beragama lain; jangan (tidak baik) melakukan azan dan membaca ayat -ayat dan lain melalui pembesar suara pada waktu belum sembahyang Subuh atau selepat sembahyang Subuh, kerana perbuatan itu mengganggu jiran tetangga yang beragama lain.
Amalan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad, juruazan, Bilal dan para sahabat. Maka, perbuatan itu bidaah dan menunjukkan yang melakukan itu tidak beradap atau tidak berakhlak seperti yang dituntut dalam agama Islam.
Orang - orang yang melakukan amalan demikian adalah merosakkan hubungan sesama manusia. Allah melarang melakukan demikian. Dalam Quran ada firman Allah, iaitu: Ditimpa kehinaan atas orang - orang yang tidak ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan umat manusia. - mokhtar petah


MAKSUD AYAT QURAN



MENYEBARKAN KEBURUKAN


Allah tidak menyukai (murka atau marah) berterus terang (menyebar atau istihar melalui percakapan, ucapan di khalayak, siding akhbar dan media) dengan perkatan yang ‘su’ - buruk, kecuali dari orang - orang yang teraniaya (dibolehkan memperdengarkan dengan terus terang perkataan yang buruk mengenai penaniayaan yang dilakukan terhadap mereka. Perkata buruk itu dikelouarkan untuk membela diri mereka atau menyampaikan pengaduan atau keterangan kepada pembesar atau hakim yang bersangkutan ataupun dalam siding perwakilan supaya mendapat perbaikan). Allah itu mendengar dan mengetahui.
Jika kalian lahirkan kebaikan atau kalian sembunyikan atau kalian memaafkan orang lain, sesungguhnya Allah itu Maha Pemaaf dan Maha Kuasa.
- An Nisa’:148,149.

Sunday, August 14, 2011

NASIHAT




Kita semua ialah hamba Allah yang mengajut agama Islam dan mengekal - ikhlaskan kepercayaan atau iman kepada Allah,para malaikat, kitab - kitabNya, para RasulNya dan hari akhirat, maka, pada bulan puasa ini, lamat baik kita mengikiskan perasaan dendam, buruk sangka dan sebagainya kepada orang - orang Islam lain, walaupun mereka itu tidak sama parti politik, tidak sama perjuangan dan tidak sama fahaman dengan kita.
Jadikanlah bulan puasa ini sebagai satu kekuatan bagi berbaik - baik sesama umat Islam dan bangsa kita sendiri.

KISAH DARI NOVEL




NOTA SEBUAH CINTA

Pada waktu Maghrib minggu kedua bulan Julai 2005. Suara juruazan bergema disekitar Masjidul Haram dan Kota Mekah. Mustafa berpakaian ketayap putih dan baju kurung ‘al falah’. Sambil memegang sebuah Qura dia berdiri dekat rak Quran di sisi tiang besar dalam masjid itu.
Hati Mustafa sedang diselubung rawan. Hiba. Duka. Sayu hatinya mengenangkan orang yang dikasihinya. Menginsafi dirinya sendiri yang menjadi perantau dibumi suci peninggalan Nabi Muhammad itu.
Mustafa membiarkan air matanya melimpah dari dua buah matanya. Air itu mengalir ats sepsang pipinya. Dibiarkan lagi air itu luruh atas dadanya.Quran di tangannya, diletakkan semula atas rak itu.Sebaik-baik sahaja suara juruazan berakhir, Mustafa berdiri atas saf . Bersama beratus-ratus manusia mukmin dari seluruh dunia, dia menghadapkan dirinya ke arah Qiblat, lalu sembahyang fardu Maghrib.
Sebaik-baik sahaja selesai sembahyang fardu Maghrib, Mustafa mengambil sebuah Quran dari atas rak. Kitab suci berkulit warna merah tua itu direnung kulitnya. Dibuka setiap mukanya. Beberapa puntung ayat kitab suci itu dibaca dengan perasaan tenang.
MENERANGI KEGELAPAN HATI
Walaupun Mustafa tidak mengetahui makna ayat-ayat Quran itu, tetapi mukjizat ayat-ayat kalam Allah itu laksana lampu suluh menerangi kegelapan hatinya.Fikirannya lapang.Yakin dirinya mewajakan semangatnya.Pada saat itu dia berkadaan seorang hamba yang paling taat di hdapan Tuhan.
“...ya, Allah, ampunkanlah semua dosa besar, dosa kecilku. Kaujadikanlah aku hamba-Mu yang ikhlas.Jadikan hatiku berani berjihad pada jalan-Mu. Seberani para sahabat Nabi-Mu yang mati syahid di Jabal Uhud,” Mustafa berdoa kepada Tuhan.
Sambil meletakkan semula Quran itu atas raknya, Mustafa menyesali dirinya kerana tidak mengetahui makna ayat-ayat suci itu. Pada saat itu, dia amat insaf akan kejahilannya. Seorang Muslim tidak mengetahui makna ayat-ayat dari kitab suci. Kitab ilmu pengetahuan dan pedoman kepada umat Islam dan semua manusia itu.
“...aku ni dah macam tikus tengok besi aje...,”bisik Mustafa.
“...ngapa bapa aku tak bagi aku belajar di sekolah agama?” Mustafa bertanya dalam bisikannya.
“Aku tak boleh salahkan bapaku, …aku yang salah, …tak mau belajar…,”bisik Mustafa lagi.
“Insya Allah, aku akan belajar di sini...,”bisikan Mustafa putus.
Mustafa telah menjadi tetamu Allah di Kota Mekah. Hampir dua minggu dia telah tinggal di kota itu untuk mengerjakan ibadah Umrah.Kedatangannua ke sana membawa hatinya yang duka. Lara.Sarat dengan iman untuk beribadat kepada Tuhan di Masjid Haram.Di mana-mana rumah Allah di sana.
‘Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini. Dan engkau bermstautin di sini.’
Erti ayat Quran itu telah sebati dalam hati Mustafa. Lama dulu, Namlatun Sa’adiah telah membacakan makna ayat suci itu kepadanya. Waktu itu mereka sedang duduk dalam apartment mereka di Bandaraya London pada satu malam.Kadang-kadang ayat suci itu menjadi wiridnya lepas sembahyang.
MENZIARAH MAKAM NABI MUHMMAD
Mustafa telah datang ke bumi haramain (dua tanah haram –Mekah dan Midinah) itu bersama satu rombongan orang-orang Islam dari Bandaraya London. Rombongan itu dipimpin oleh Sheikh Muhammad Fakhruddin, mualim Arab Yaman yang telah bermastautin di Bandar raya London.
Sebelum datang ke Mekah, mereka telah menziarah Kota Madinah. Selama berada di Kota Madinah, Mustafa dan anggota-anggota rombongan itu telah sembahyang di Masjid An Nabawi, menziarah makam Nabi Muhammad dan kawasan makan keluarga, kerabat dan para sahabat Nabi Muhamad, iaitu Jannatul Baqi’ keluarganya.
Mereka telah menziarah dan sembayang sunat di Masjid Al Falah, Masjid Abu baka As Siddiq, Masjid Umar Al Khattab, Majisd Salman Al Farisi, Masjid Quba, Masjid Qablatai, Masjid Fatimah Azzsuhra, Masjid Bilal dan beberapa buah masjid lagi.
Pada petang kering, Mustafa dan rombongannya telah melawat ke Jabal Uhud. Gunung berbukit bukau tempat peperangan askar-askar Islam pimpinan Nabi Muhammad dengan askar-askar kafir Qurisy. Kawasan sekitar gunung dan bukit bukau itu sepi. Sayu. Atas permukaan padang pasir di sekitarnya kelihatan tumpuk-tumpuk kecil hitam seperti darah kering.Sesiapa yang menlawat ke sana dapat melihat tumpuk-tumpuk itu.
MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH
Di sana seramai tujuh puluh orang askar Islam telah mati syahid. Di antra mreka itu, bapa saudara Nabi Muhammad, Hamzah bint Abdul Mutalib, Abdullah bin Jaisyi, Salamah bin Thabis bin Waqas dan Abu Sufyan bin Al Haris bin Qais bin Zaid.
“Mereka mati kerana Allah, mempertahankan agama Allah, abang...,” Mustfa teringat akan kata-kata kekasihnya.
“Walaupun Atun perempuan, Atun sanggup mati kerana Allah, kerana agama Islam...,”suara Namlatun Sa’adiah membuai-buah otak Mustafa.
“Ia,abang, ... berjuanglah dengan harta dan diri kamu pada jalan Allah, itu baik untuk kamu, kalau kamu tahu...,” suara Namlatun Sa’adia merangsangkan semangat Mustafa.
“...insya Allah, abang akan berjuaaang...,” pekik hati Mustafa.
Sebelum berangkat ke Kota Mekah, rombongan umat Islam itu telah melawat ke beberapa tempat bersejarah di Madinah. Di antaranya tempat perang Khandak dan bekas Masjid Dhirar.Di situ, Sheikh Muhammad Fakhruddin telah membaca ayat Quran tentang masjid itu:
“Orang-orang yang membina masjid (masjid dhirar) kerana hendak menimbulkan bahaya kerana kekafiran, memecah belah orang-orang yang beriman kerana hendak menyambut orang yang sejak dulu(Abu Musa) memerangi Allah dan rasulnya.”
“...jangan kamu berdiri (sembahyang) dalam masjid itu selama-lamanya.”

Di Kota Mekah, Mustafa dan rombongannya telah menziarahi gua tempat Nabi Muhammad bermunajat dan menerima ayat Quran yang awal, Iqra, iaitu Gua Hira, atas gunung batu - Jabal Nur, Gunung Thur tempat Nabi Muhammad dan Abu Bakar As Siddiq bersembunyi sebelum mereka berhijrah ke Yathrib – Madinah. Ziarah mereka yang akhir ke Padang Arafah dan sekitarnya.
Hasrat Mustafa untuk bermastautin di Kota Mekah terkabul.Sheikh Muhammad Fakhruddin telah menolongnya mendapatkan kebenaran dari Kerajaan Arab Saudi. Mustafa dibenarkan tinggal di bumi haram itu selama lima hingga sepuluh tahun.
“...insya Allah, saya akan belajar pengetahun Islam di sini,...saya juga akan berniaga...,” Mustafa memberitahu Sheikh Muhammad Fakhruddin.
“Ia, bagus, al hamdulillah..., saya akan kenalkan Tuan dengan saudara saya, ahli perniagaan di sini,”kata Sheikh Muhammad Fakhruddin.
“Terima kasih, Tuan,”sahut Mustafa.
TERAS BENAR DIRINYA TERASING
Pada malamnya, sebaik-baik sahaja selesai sembahyang fardu Maghrib, Sheikh Muhammad Fakhruddin memperkenalkan Mustafa kepada saudaranya, Sheikh Mmuhammad Nazim.Dia ahli perniagaan di Kota Mekah dan Jeddah. Ahli perniaggaan itu telah berjanji akan membantu Mustafa menjalankan perniagaan.
“...kami memerlukan minyak kelapa sawit, buah-buahan di Malaysia, seperti nanas, betik...,” Sheikh Muhammad Nazmi memberitahu Mustafa.
Pada hari rombongan Sheikh Muhammad Fakhruddin akan berangkat meninggalkan Kota Mekah, Mustafa telah mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Setelah rombongan itu pergi meninggalkannya di halaman Masjid Haram, terasa benar dirinya terasing. Laksana perantau sebatang kara. Kosong.Sunyi.
Air jernih melimpah ruah dari dua telaga mata Mustafa. Hati lelakinya memujuknya. Walaupun dia tinggal sebatang kara, tetapi Tuhan tetap bersamanya.Pada ketika dia mengesat air matanya dengan lengan bajunya, tiba-tiba wajah Namlatun Sa’adiah terbayang dalam otaknya.
“Atun...,”Mustafa menyeru kekasihnya.
“Atun...,”dia menyeru lagi.
Tidak wujud Namlatun Sa’adiah di hadapan Mustafa. Hanya berpuluh-puluh orang lalu lalang di hadapannya.Bangunan-bangun bagai gunung-ganang mengepung Masjid Haram.
“... ya, Allah, peliharalah Atun..., Namlatun Sa’adiah...,” Mustafa berdoa kepada Tuhan.

DITINGGALKAN DALAM KEADAAN MEWAH
Mustafa meninggalkan Babaus salam Masjid Haram itu. Dengan menggonggon perasaan duka dan lara, dia berjalan lemah pulang ke pangsapuri tempat tinggalnya. Pangsapuri itu terletak di Jalan Aljiyad, berhampiran dengan Masjid Haram. Pangsapuri itu telah disewa oleh Mustafa dari Sheikh Muhammad Nazim selama setahun.
Pada petang 7 Julai 2005. Mustafa sedang dalam ruang tamu angkasapurinya sam membaca sebuah buku mengenai Negara Arab Saudi. Tiba-tiba hatinya terpelanting kepada Namlatun Sa’adiah di Bandaraya London. Gadis itu telah ditinggalkan dalam keadaan mewah. Tetapi hati Mustafa khuatir , kalau-kalau gadis itu sentiasa di mamah duka dan lara.
“Kalau tak sebab sumpah emak dia, kami dah kahwin...,” Mustafa berbisik kepada dirinya.
“...mudah-mudahan Allah jodohkan dia dengan lelaki yang baik,” Mustafa berdoa dalam bisikannya.
Mustafa teringat pula kepada rakannya, Johan. Isterinya, Anita Caddy. Anaknya, Anisah Johan. Mereka berada jauh daripadanya. Johan tidak mengetahui dia telah berada di Kota Mekah. Mustafa memuji ketiga-tiga insan yang baik hati itu.
“...Encik Johan, awak suami yang baik...,” bisik Mustafa lagi.
Mustafa bangun dari kerusinya. Sambil menggeliat dia berjalan ke meja di sudut. Air Zamzam dalam jak atas meja itu dituangkan ke dalam gelas lalu dimunumnya.
“Alhamdulillah...,” Mustafa mengucap syukur sambil meletakkan semula gelas ke atas meja.
LINGKARAN AKAR - AKAR ANGGUR
Perut pangsapuri itu sepi.Hanya bunyi mesin hawa dingin di dinding dapat melegakan menguakkan kesepian Mustafa. Sepi bagi Mustafa membosankan. Sepi bagi ahli sufi melegakan fikiran.
Mustafa menyifatkan Kota Mekah dan seluruh bumi Arab Saudi sebuah dunia sunyi.Sepi. Tidak ada gema muzik.Tidak kedengaran gendang dipalu. Lagu-lagu asmara dana tidak melalut di udara. Di mana-mana. Di celah-celah batu gunung, dahan zaintun, pepohon kering, lingkaran akar-akar anggur dan pelepah-pelepah tamar,hanya kedengaran unggas-unggas padang pasir.
“Kerana di sini cukup kawalan berdasarkan agama Islam, tidak banyak jenayah berlaku...,”kata hati Mustafa.
Peti televisyen dan radio hanya menyiarkan berita-berita yang telah ditapis.Lagu-lagu Arab yang menjermukan. Lagu-lagu Inggeris dan lain dari lagu Arab, diharamkan sama sekali.
Mustafa sedang didera kesepian. Untuk mencari sedikit keriangan, dia menekan punat peti televisyennya. Sebaik-baik sahaja gambar-gambar menjelma di kaca televisyen itu, tubuh Mustafa seperti terlambung ke lelangit. Dia menjerit. Pada kaca televisyen itu kelihatan gambar-gambar bas merah musnah. Mayat-mayat bergelimpangan. Orang-orang yang cedera dan berlumuran darah menjerit-jerit atas jalan.
BERCAKAP DALAM
SIDANG WARTAWAN
Berita itu disiarkan dalam bahasa Arab. Mustafa tidak dapat memahaminya. Menonot gambar-gambar itu, fahamlah Mustafa; keretapi bawah tanah dan bas di Banbaraya London telah dibom. Bandaraya London telah kalut. gempar. Kawasan tempat kejadian itu, sering dilaluinya bersama Namlatun Sa’adiah.
Kaca televisyen itu menayangkan gambar Perdana Menteri British, Tony Blair sedang bercakap dalam sidang wartawan. Negarawan itu menuduh orang-orang Islam telah melakukan keganasan itu. Dia seperti Presiden Bush juga, secara melulu menuduh orang-orang Islam pengganas.Mustafa yakin, mereka ada egenda jahat untuk memusnahkan Umat Islam.
“...tak betul, tak percaya..., orang Islam buat perkara tu..., Orang putih sendiri, Orang Yahudi..., sengaja nak busukkann orang Islam...,”suara Mustafa terluah dalam gema keriuhan dari peti televisyen itu.
Mustafa mengucap istighfar beberapa kali.Wajah Namlatun Sa’adiah, Sharifah Sakinah, Johan, Anita Caddy dan Anisah Johan bagaikan tersumbat dalam otaknya.Kalau dia di Bandaraya London pada ketika itu, tentu dia mencari mereka.
“Atuuuun...,”suara Johan memanggil kekasihnya.
Pada saat itu, Mustafa teringat kepda waktu-waktu dia bersama Namlatun Sa’adiah turun naik tangga di stesen keretapi bawah tanah di Adgware Road. Mereka menaiki tube di situ.Dalam perut bumi di situlah bom telah meledak.Di situlah darah dan tulang manusia berkecai.
“Atuuun.”
“Atuuuu.”
“Atuuuuun.”
“…Atun, bukan abang..., abang tak bom…,”suara Mustafa lemah.
PERASAAN SEORANG
LELAKI MUKMIN
Peti televisyen menyiarkan bacaan ayat-ayat Quran oleh qari terkenal, Said Al- Ghaamidi. Mustafa dikuak oleh perasaan tenang. Bacaan ayat-ayat suci itu diamatinya.Erti ayat-ayat suci itu dapat difahami ertinya di sana sini.Dengan perasaan seorang lelaki Mukmin, Mustafa cuba memahami ayat-ayat Quran mengenai ‘perang pada jalan Allah’ itu.
‘...hendaklah kamu berperang di jalan Allah; tidaklah dipaksakan, melainkan kepada diri kamu sendiri.
Bangunkanlah keberanian orang-orang yang beriman, mudah-mudahan Tuhan menahan serangan orang-orang kafir.Tuhan itu lebih besar kekuasaan-Nya dan lebih keras seksa-Nya.’
Mustafa dikejutkan oleh bunyi telefon atas meja di hadapanya. Dia menutup punat televisyen. Telefon diangkat ke telinga kanannya. Suara parau seorang lelaki menyumbat lubang telinganya.Lelaki itu bertutur dalam bahasa Inggeris, pelat orang Francis.
“...assalamu alaikum,”suara lelaki itu.
“Wa alaikum salam...,”sahut Mustafa.
“ Saya, Abdel Walid..., rakan Sheikh Muhammad Nazim,”kata lelaki itu.
“Ia, alhamdulillah...,”sahut Mustafa.
“ ...saya dari Hamas, cabang Arab Saudi...”jelas Abdel Walid.
Mustafa terkejut. Nama Hamas, Hazbullah, dan Al Qaeda tersendat dalam otaknya.Nama –nama itu sering menjadi ratibnya.Mustafa amat ingin menemui Abdel Walid. Sekurang-kurangnya dia akan dapat belajar tentang jihad dari lelaki anggota Hamas itu.
“Masya Allah, bolehkah saya berjumpa Tuan...?”Tanya Abdel Walid.
“Boleh, bila..., di mana?” Mustafa bertanya.
“...malam ini, di pintu, Babussalam..., Masjidul Haram, lepas sembahyang Maghrib,”jawab Abdel Walid.
“Baik, tapi macam mana saya dapat kenal Tuan?” Mustafa bertanya.
“...mudah, saya berjalan tempang, kaki besi..., bertongkat...,”jawab Abdel Walid.
“Ia, insya Allah...,”sahut Mustafa.
“Alhamdulillah, assalamu alaikum...,”suara Abdel Walid.
“Wa alaikum salam,”sahut Mustafa.
Mustafa tahu, Hamas, Al Qaeda dan Hazbullah menjadi nama-nama besar yang menggerunkan penduduk-penduduk Kristian dan Yahudi di Bandaraya London. Tetapi kebanyakan umat Islam di sana memandang tiga buah organisasi jihad itu baik.Membela umat Islam yang ditindas oleh musuh-musuh Islam.
MEREKA MEMBELA UMAT ISLAM
Perasaan ingin menemui Abdel Walid memacu semangat Mustafa.Lelaki itu akan dapat menerangkan kepdanya akan pergerakan dan perjuangan organisasi itu. Benarkah mereka itu pengganas seperti tuduhan Ehud Olmert- Yahudi, Bush – Amerika Syarikat dan Blair – British?
Pada detik-detik Mustafa mencari jawapan, dia teringat akan kata-kata seorang pengarang Islam di Malaysia, “...kerana kekejaman musuh-musuh Islam, Yahudi, Amerika Syarikat dan British, maka organisasi-organisasi Islam itu bertindak, jihad, mereka bukan pengganas, mereka pembela umat Islam, mempertahankan bumi Islam.”
“Umat Islam mengamalkan ajaran Tuhan; manusia hendaklah ada hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia,” kata pengarang itu lagi.
“Allah akan menimpakan kehinaan atas mereka yang tidak mengamalkan ajaran Tuhan itu,” tambah pengarang itu.
Menurut pengarang itu, Umat Islam bukan pengganas. Mereka bertindak kerana musuh mereka mengganas terhadap mereka. Umat manusia di seluruh dunia mesti mencari sebab musabab wujudnya organisasi-organisasi Orang Islam yang berani mati syahid.
Mustafa lantas teringat akan kata-kata kekasihnya, Namlatun Sa’adiah, “...Hamas, Al Qaeeda, Hazbullah dan apa jua pergerakan Islam, membela umat Islam yang dijajah dan tertindas..., menentang musuh Islam.”
“Atun.”
“Atuuun.”
“Atun, demi Allah, abang akan berjihad , jihad pada jalan Allah...”
Suara Mustafa meraba setiap ruang dalam pangsapurinya.Azamnya; perjuangannya kerana Allah akan diteruskan sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.
“...marilah menuju kebahagiaan,
Allah Maha Besar,
Tiada tuhan melainkan Allah.”
Gema azan Maghrib dari Masjidul Haram membuai-buai masuk ke dalam pangsapuri Mustafa.Suara juruazan itu mewajakan semangatnya. Kukuh semangatnya. Ikhlas cintanya kepada Allah. Murni cintanya kepada kekasihnya, Namlatun Sa’adiah. Gadis manis dengan kelip-kelip tanpa cahaya, di Kota London. Puteri yatim piatu dari Batang Berjuntai.
(Disunting dari manuskrip novel, Kelip - Kelip Di Kota London, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN



NERAKA

Peliharalah ( atau takutkan) diri kalian dari neraka yang disediakan untuk orang - orang kafir (tidak beriman kepada Allah, para malaikat, kitab - kitab Allah, para rasul Allah dan hari akhirat).
Dan kalian taatlah kepada Allah dan RasulNya agar kalian mendapat rahmat.
- Ali Imran:131,132.

Saturday, August 13, 2011

SAJAK

CINTA


“Cinta ..., cinta, sayang.”

Cinta kita.

Cinta berdua cuma.

Cinta manusia.

Dalam cinta ada marah.

Dalam cinta ada sumpah.

Cemburu.

Resah.

Cintaku pada Allah.

Allah cintaku.

Tidak sama cintamu, sayang.

Dalam cainta ada cemburu.

Cinta keliru.

Kamu dan aku keliru.

Cinta laksana dua mata.

Hitam putihnya abadi.

Kekal bulat bolanya.

Sempurna tajam panahnya.

Cinta kita.

Cinta hamba.

Cintakan Allah.

Cinta hamba setia.

Takwa.

Cintaku padaMu Allah.

Rela berjuang pada jalanMu.

Rela mati tanpa kubur.

Rela hancur tubuhku,

Daging dan tulang luruh.

DemiMu, Allah.

Pasar Chaw Kit, KL ......... Mokhtar Petah


NABI MUHAMMAD

Jangan kalian percaya, kecuali orang - orang yang mengikut agama kalian (agama Islam dan berjuang pada jalan Allah untuk dirinya, keluarganya, bangsanya dan negaranya). Katakan (Muhammad s.a.w.) Pimpinan yang benar ialah pimpinan Allah.(Kata mereka lagi: Jangan dipercayai) bahawa seseorang diberikan seperti yang diberikan kepada kalia, atau meeka membantah kalian di sisi Tuhan kalian*. Katakan(Muhammad s.a.w.) Sesungguhnya kurniaan itu di tangan Allah, dikurniakanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah itu luas (kurniaanNya) dan mengetahui. - Ali Imran:73

* Tafsiran: Maksudnya, supaya mereka jangan mengakui, bahawa kepada orang lain dari mereka, kerana mereka takut nanti orang yang mengetahui itu akan mendakwa mereka di hadapan Allah, sebagaimana telah disebutkan kedatangan Nabi Muhammad s.a. w. Itu dalam Taurat (kita Ulangan fasal XVIII , ayat 15: Bahawa Aku (Allah) akan menjadikan bagi mereka itu seorang Nabi dari semua saudaranya seperti anda danAku (Allah) akan member segala firmanKu (Allah) dalam mulutnya dan diapun mengatakan kepadanya segala yang akan Kusuruh akan dia. mereka, 18: Bahawa sesaungguhnya, sesiapa yang tidak mahu mendengar akan segala firmanKu (Allah) yang akan dikatakan dengan namaKu (Allah), nescaya Aku menuntutnya elak kepada orang itu. 19: Rasul yang akan datang itu, ialah, Muhammad...

Friday, August 12, 2011

MASAKAN BERBUKA


DAGIN KAMBING KUKUS

1 Kilo daging kambing tempatan. Potong sekadar besar tiga jari, gaulkan dengan:

1 camca gula kabung, 1 camca serbuk lada h itam, 1 camca tea serbuk jintan hitam, 2 camca serbuk kacang tanah, lebih kurang 30 biji kismnis, sedikit daun sadri, sedikit daun bawang yang dipoton setengah inci, garam secukup rasa.

Cara memasak.

Setelah digaul, daging itu bungkus dalam kertas timah. Letak atas alasan pada perut periuk atau kuali.Masukkan sedikit air di bawah pengalas itu. Tutup rapat. Masak kira – kira 1 jam.

PERISTIWA

BALASAN ALLAH

Orang – orang musuh Islam dan jahil tentang Islam mungkin dengan perasaan takbur menolak pendapatan ini; bahawa perusuhan atau huru hara yang sedang berlaku di London dan masalaah kewangan dan beberapa derita di Amerika Syarikat, adalah balasan dari Allah disebabkan dosa – dosa mereka.

Para pemerintah dua negara itu telah melakukan dosa besar, iaitu:

1 - Menyerang dan membunuh umat manusia di Afghanistan.

2 – Menyerang Iraq, membunuh pemimpin Saddam Hussein dan rakyat Iraq.

3 - Membunuh rakyat Pakistan.

4 - Melakukan kedurjanaan dan pembunuhan terhadapaa rakyat Libya.

5 - Membiarkan Kiaum Yahudi melakukan kezaliman terhadap umat Arab di

Palestin.

Orang – orang tahil dan tabul menolak sesuatu keburukan, huru hara dan sebagai dilakukan Allah ke atas manusia disebabkan kejahatan mereka. Tetapi bagi mereka yang arif, alim dan tidak bodoh akan agama Islam, mengakui dan yakin Allah menimpakan balasan ke atas orang jahat atau zalim. – mokhtar petah

NASIHAT


PASAR RAMADAN

Pada bulan Ramadan ini, tiap – tiap individu yang datang ke pasar – pasa Ramadan untuk membeli makan untuk bebuka, eloklah berhati – hati membeli makanan – makanan, kerana terdapat penjual makanan memegang atau meraub mnakanan yang hendak dijual dengan tangan yang tidak berlasakan plastik atau lain.

Cara demikian dikhuatir berlaku keadaan yang tidak sihat kepada para pembeli.

Di pasa Chaw Kit saya melihat seorang penjual buah mangga masa mencampurkan buah – buah yang tidak elok – hampir buruk - dengan yang elok.

Seorang pembeli bersuangut, dia telah membeli buah mangga di tempat tersebut dengan meminta penjual memilih yang baik, tetapi setelah tiba di rumah, di dapati dua tiga biji buash mangga itu telah hampir buruk.

WARTA


BUKU RIWAYAT HIDUP MENTERI BESAR

Saya mendapat tahu dari satu punca, bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka akan menerbitkan buku berjilid riawayah hidup atau biografi para menteri besar Negeri Perak, iaitu para menteri besar sejak diambang kemerdekaan, Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab dan Menteri Besar pertama setelah negara mencapai kemerdekaan, iaitu Tan Sri Mohd. Ghazali bin Haji Jawi hingga Tan Sri Ramli bin Ghah Talib.

Saya mnengalu – alukan usaha baiki Dewan Bahasa dan Pustakan. Unsaha demikian elok dilakukan juga abagi negeri – negeri lain di seluruh negara.

Dewan Bahasa dan Pustakan sedang merisik dan mencari penulis – penulis yang mampu, boleh dan berkesanggupan menjalan kerja menulis buki biografi para menteri besar Negeri Perak tersebut.

Maka, saya berharap Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir dapat membantu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka tersebut.

---------------------------------------------------

ROSAM JADI MENTERI

Ramai rakyat negara ini bersetuju dan mengalu – alukan, jikan isteri Perdana Menteri, /Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, Datin Seri , Rosmah Mansor dilantik sebagai anggota satae dan diangkat memegan jawatan menteri kabinet, seperfti yang saya telah kemukakan dalam blogs dan facebook saya baru – baru ini.

Mereka berpendapat, dalam keadaan sekarang, negara memerlukan wanita yang dedikasi dan cergas, maka memang baik Rosmah Mansor dikantik ke jawatan menteri kebinet, kerana beliau akan dapat membantu secsara langsung akan perjuangan dan pentadbiran Perdana Menteri.

Pandangan yanhg saya terima, berpendapat ’ perkara yang baik jangan ditunggukan dan dengan demikian orang ramai tidak lagi menyuarakan tidak puas hati akan kecegasan Rosam menjalankian kerja – kerja membantu suaminya.


MAKSUD AYAT QURAN


BERBUAT KEBAIKAN

Jadilah dari diri kalian umat yang menyeru (mengajak) kepada kebaikan dan menyuruh berbuiat kebaikan dan menegah melakukan kemungkaran (kejahatan), dan mereka itu, adalah orang – orang yang menang (mendapat pertolongan Allah).

–Ali Imran:104

Tuesday, August 9, 2011

NASIHAT



PEMIMPIN DAN RAKYAT

Jika saudara menjadi pemimpin, anda henbdaklah memimpin dengan jujur, amanah, adil dan kerana Allah. Jangan jadikan isteri seudara menguasai dan mencampuri urusan saudara memimnpin negara dan rakyat, yang demikian itu mengakibatkan saudara menjadi ‘ lelaki tidak, perempuan tidak’. Orang seperti ini, ‘dayus’ namanya.
Rasul Allha Muhammad s.a.w. tidak membiarakan para isterinya mencampuri urusan negara Islam. Para isteri Junjungan menjadi penasihagt dalam rumah tangga dan taatkan suami dengan tulus hati dan kerana Allah.
Jika saudara menjadi rakyat, gunakan fikiran dan akal saudara bedasarkan ilmu. Jika pemimpin tidak betul tegur dengan perbuatan Imisalnya demonstarsi), dengan suara atau dengan hati (tidak mengikutnya).
Paling penting, jikan pemimpin saudara dimasukkan Allah, maka, saudara jangan menjadi penikutnya ke sana.



MAKSUD AYAT QURAN




UMAT MANUSIA DAN PARA NABI


Manusia - manusia adalah umat yang satu, lalu dituskan Allah para Nabi (yang kita ketahui seramai 25 orang) pembawa berita gembira dan menyampaikan peringatan, dan diturunkanNya (Allah) bersama mereka kitab - kitab (Tauran, Zabur, Injil, suhuf - suhuf dan Quran) dengan kebenaranNya, supaya mereka dapat member keputusan bagi umat manusia dalam perkara yang mereka perselisihkan. Tetapi yang berselisih itu hanya orang - orang yang diberi kitab dan setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang nyata, kerana iri hati sesame mereka sahaja, dan Allah dengan kemahuanNya memimpin orang - orang yang beriman dalam perkara yang mereka pertikaikan itu ke jalan yang benar, dan Allah memimpin siapa yang disukaiNya ke jalan yang lurus.
- Al Baqarah:213


Nota.

Maksuda ayat Quran di atas ini boleh kita jadikan panduan bagi orang Melayu - Islam pada masa ini. Sekarang orang Melayu mempertikaikan tentang ‘negara Islam dan negara lain dari Islam’. Dalam Quran terdapat banyak panduan siasat (politik) bagi orang Islam bernegara, iaitu Negara keredaan Allah dan negara yang menjalankan hukum Allah, tetapi orang Melayu sendiri menentangnya.
Maka, sejak perpecahaan orang Melayu - sebahagian dalam UMNO dan sebahagian dalam PAS, maka, saya melihat perjuangan PAS ke arah negara Islam dan perjuangan UMNO mengikut jalan lain, iaitu mengikut fikiran dan undang ciptaan manusiaan dari Negara - negara Barat.
Allah memimpin manusia - manusia Melayu yang berjuang mengikut keterangan Al Quran. - mokhtar petah

Monday, August 8, 2011

CERITA TENGAH MALAM



TERCEKIK TULANG

Sejak awal Ramadan sang suami pergi ke surau yang jauhnya kita - kira 1 kilometeri rumjahnya kerana sembahyang Isya, tarawi dan tadarus. Si isteri berleter, kerana dia menganggap suaminya tidak ke surau, tetapi berjumpa dengan girls freindnya. Suami bercakap benar.Menafikan tuduhan isterinya. Tetapi si isteri tetap dengan sangkaannya.
‘ ... aku buat baik, tak percaya.,’ hati sang suami berkata.
Wajahnya macam asam gelugur kering dalam tempurung berbulu. Sedih.
‘Ya, Allah, tunjukkan kuasaMu, kalau aku buat jahat dalam bulan puasa ini, pada waktu makan bermuka pada malam esok aku tercekek tulang,’ doa sang suami.
‘Kalau aku salah, bruk sangka kepada aku, balaslah dia ..., lekas tulang juga,’ hatinya berdoa lagi.
Pada siang besoknya, sang suami membeli ikan banyak tulang. Kerana dia orang Lenggong, maka , dia telah membeli ikan belida. Ikan itu jenis banyak tulang.
Malam yang ditunggu telah tiba. Sang suami dan si isteri berbuka puasa. Mereka makan nasi dengan banyak lauk. Di antara lauk - lauk itu, ialah gulai ikan belida.
Pada malam itu juga si isteri dihantar ke horpital kerana tercekik tulang.

MAKSUD AYAT QURAN




IBU BAPA


Kami (Allah) telah memerintahkan kepada manusia itu, supaya berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menceraikan (menyusu) tiga puluh bulan. Sehingga dia mencapai usia dewasa, dan cukup usia empat puluh tahun, dia mendoakan: “Wahai Tuhanku, kurnialah aku agar aku dapat mensyukuri Engkau yang telah menganugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku, dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Engkau sukai. Dan perbaikkanlah turunanku (genarasi). Sesungguhnya aku kembali kepada Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk orang - orang yang menyerahkan diri (kepada Allah dan memerluk agama Islam).
- Al Ahqaf:15.

Sunday, August 7, 2011

IKUT ORANG POLITIK




DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Gedung bahasa dan sastera Melayu – Dewan Bahasa Dan Pustaka ditubuhkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III, di Singapura, pada 16 – 21 September 1956.
DBP berubah mngikut fikiran orang politik kebangsaan. Pada zaman Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Sri Musa Mohamad 1999 – 2004, DBP telah mengikat kerjasama dengan DAWAMA. Syarikat ini milik ahli Perniagaan, orang UMNO dan wakil penjual DBP di Ipoh, Dato’ Abdul Ghani Ngah, berasal dari Terengganu.
Semenjak itu, maka DBP telah berkeadaan perahu di tengah muara, yang kelihatan cantik tetapi lantai dan dindingnya tidak terjamin mengenalkan keindahan perahu itu.
Baru – baru ini timbul suara, para pekerja DAWAMA tidak puasa hati, dan ada pihak menuduh DBP. Orang ramai tidak mengetahui dan para penulis dan sasterawan kian melupakan DBP.
Kesimpulan DBP mengalami keadaan demikian kerajan mengikut corak politik yang tidak menentu.
Kementerian Pelajaran Malaysia amat perlu memperbaiki keadaan DBP agar ewan bersejarah itu tidak menjadi seperti panggung – panggung wayang pada tahun sebelum merdeka dan kini telah reput dan hilang.
- mokhtar petah