Tuesday, January 11, 2011

PERPADUAN MELAYU






PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang
jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk
mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang
terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang
kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp)

QURAN, HADIS DAN LAIN





UMAT YAHUDI

Dan (ingat wahai Muhammad s.a.w.) pada ketika Penguasa – Allah - anda memberitahu, bahawa sesungguhnya Dia - Allah – akan menghantar kepada kaum Yahudi itu – trerus menerus – hingga pada hari kiamat, kaum – kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sangsara yang seburuk – buruknya – disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka - . Sesungguhnya Allah amat cepat – menimpakan azab siksaNya, dan sesungguhnya Dia - Allah – juga Maha Pengampun lagi Maha Menagsihani.
Dan Kami _ Allah – pecah – pecahkan mereka – kaum Yahudi itu – berpuak – puak – yang bertaburan di di merata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh – orang – orang Yahudi yang tetap beriman kepada para nabi setelah Nabi Musa alaihis salam hingga Nabi Isa alaihis salam dan Nabi Muhammad – dan ada juga di antara mereka tidak demikian. Dan Kami - Allah – uji mereka dengan nikmat kuniaan yang baik – baik dan bala bencana yang buruk, agar mereka kembali (bertaubat).
Maka, kemudian mereka digantikan oleh keturunan – keturunan yang jahat yang mewarisi kitab – Taurat - . Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: “Kami diampungkan dosa kami kelak”. Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu merekaakan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia dripada mereka dalam kitab Taurat, bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan – perkataan – yang benar? Dan juga – mereka mengegtahui – bahawa negeri akhirat lebih baik bagi orang – orang yang bertqwa. Tidakkah kalian mahu mengerti? Al A’araaf:167 – 169.


HADIS

SAYANG

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak berkasih sayang, dia tidak disayang. Kalian sayangilah siapa sahaja yang ada di muka bumi, nescaya kalian disayangi oleh siapa sahaja yang ada di langit.
- Perawi: Al Baihaqi.
Kasih sayang tidak dicabut – dari seseorang - kecuali dari orang yang celaka.
– Perawi: At Tarmizi, Abu Daud dan Ahmam.


--------------------------------

KENAL PEREMPUAN

Untuk kenal atau mengetahui perempuan yang tidak puas hidup dengan suami atau tidak cukup menikmati sek dengan suaminya, boleh diperhatikan sepuluh perkara berikut:
1 - Setiap pagi dan petang memarah hingga bepekik - pekik dan memukul atau mendera anak -
anaknya.
2 - Setiap pagi suka bertandang ke rumah - rumah jiran.
3 - Bertabiat suka mengumpat dan menghasut.
4 - Suka mendedahkan rahsia rumah tangga sendiri.
5 - Setiap kali keluar rumah, ke pasar dan sebgainya suka
memakai pakaian yang menjolok mata lelaki dan
mendedahkan aurat - mendedahkan sebahagian buah dada
dan sebagainya.
6 - Mata liar bila melihat lelaki muda atau kacak dan
menyangka lelaki sukan dia.
7 - Tidak sukakan kepada wanita - wanita lebih muda dan
cantik daripadanya.
8 - Malas sembahyang.
9 - Takbur.
10- Suka bercakap yang buruk - buruk terutama mencarut.

Monday, January 10, 2011

MENGENANG MASA SILAM

MELANCONG

Pada pertengahan bulan Januari 1955, aku bersama dua orang rakan sekolahku, dengan menggatih basikal masing-masing telah melawat ke berapa tempat di negeri Kedah dan negeri Perlis. Kami telah melancong ke sana kerana mencari pengetahuan dan pengalaman.
Kami telah melawat Istana Sultan Kedah, sekolah agama Ma’ahad Mahmud, di Alor Setar dan beberapa tempat di sana, termasuk rumah bapa Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami telah menumpang tidur di bilik sewa Fuad yang bersamaku telah menjual julap cacing kerawit seperti yang telah aku ceritakan.
Pada esok paginya kami telah melawat ke Pokok Sena dan ke Kuala Nerang. Di sana kami telah melawat rumah Tunku Abdul Rahman. Dari sana kami telah pergi ke Jitra dan melawat ke sekolah Ma’ahad Ehya Al Ulumnud Diniyah, Tanjung Pauh. Di sekolah itu kami telah di jamu makan tengah hari oleh Mudirnya, Haji Abdullah Abbas Nasution.
MELAKUKAN REFORMASI
Di Negeri Perlis, kami telah melawat istana Raja Perlis dan sekolah agama Alawiyah, di Arau. Di Kangar kami telah bertemu dengan seorang ulama terkenal, Sheikh Abu Bakar Ashaari. Dia adalah salah seorang dari alim ulama yang dianggap ’kaum muda’ di Tanah Melayu pada masa itu.
Sheikh Abu Bakar Ashaari bersama beberapa orang alim ulama di negeri Perlis telah melakukan reformasi terhadap amalan-amalan dalam agama Islam, di antaranya mengenai masalah as Sunnah, amal ibadat, bida’ah, taqlid dan sebagainya.
Kerana reformasi beliau dan alim ulama lain, umat Islam di negeri Perlis telah menjalankan amalan dalam agama Islam mengikut mengikut al Quran dan as Sunah (mengenepikan amalan bermazhab).Tetapi setelah sebuah bukunya, ’Ibadat Rasulullah’, diterbitkan pada tahun 1955, maka fatwa dan amalan beliau telah mendapat tentangan dari kalangan ulama yang mengikut mazhab yang empat, di seluruh tanah air.
’Abu Bakar Ashaari dilahirkan pada tahun 1903 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas menuntut di Sekolah Melayu Chowrastar hingga darjah lima, beliau melanjutkan pelajarannya ke sekolah Anglo Chinese School, Pulau Pinang. Bagaimanapun beliau menukar alirannya dengan memasuki pula Madrasah al Masyhur. Dan pada tahun 1925 hingga 1932 beliau meneruskan pengajiannya di Universiti al Azhar, Mesir.
Ketika berada di Mesir pada tahun 1928 beliau dilantik sebagai pengarang majalah Seruan Azhar yang diterbitkan oleh pelajar-pelajar Melayu-Indonesia. Bersama-sama dengan Abdul Kahar Muzakkir (yang kemudiannya menjadi profesor terkenal di Indonesia) beliau menubuhkan persatuan pelajar Melayu-Indonesia yang bernama ’Jami’ah al Khairiya’. Dan dari tahun 1930 hingga 1932 beliau yang menjadi pengerusi persatuan tersebut. Beliau juga pernah mewakili persatuannya ke Muktamar Islam di Jurusalem, Palestin.
Sekembalinya ke tanahair beliau mengajar di Pulau Pinang di samping menulis dalam akhbar Saudara. Melalui inisiatif ’Tiga Mat’ tersebut beliau dibawa ke Perlis pada tahun 1936 dan dilantik sebagai Imam Besar Majis Alawiyah Kangar. Dalam Jawatankuasa Zakat dan Fitrah beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasanya. Sebenarnya beliau juga terkenal sebagai pengarang yang politik lagi tajam penanya.
Dalam perjuangan politiknya beliau pada mulanya juga seorang penyokong UMNO. Tetapi sejak tahun 1956 beliau menjadi ahli PAS dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Perlis pada awal 1960-an.Sheikh Abu Bakar Ashaari kembali ke rahmatullah pada 6 April 1970 di rumah anaknya, di Port Dickson, Negeri Sembilan.
IKAN BAKAR
Lawatan kami yang akhir ialah ke Pulau Langkawi. Kami telah bermalam di surau di Padang Mat Sirat. Pada malam itu kam telah dijamu nasi dengan lauk kari daging, ikan bakar dan ikan pekasam oleh imam surau itu.
Pada masa itu, aku mendapati masih ramai penduduk-penduduk Islam di pulau itu percayakan tahayul, penunggu dan melakukan perkara-perkara bida’ah dalam ’mengamal ibadat’ dan kehidupan seharian. Di antaranya masih mengamalkan melinggang perut bagi perempuan ’bunting sulung’, menjamu di tasik Dayang Bunting, bersemah dan perbuatasn-perbuatan bersifat percaya kepada apa yang dikatakan keramat dan berkuasa lain dari Allah.
Di satu kawasan di sana, terdapat banyak pasir hitam seperti beras hangus. Pasir itu sejenis galian yang berharga, tetapi penduduk-penduduk di pulau itu percaya sebagai ’beras terbakar’ yang ada hubung kait dengan cerita Mahsuri. Galian yang berharga itu telah diangkut oleh orang-orang dari Siam dengan perahu dan dibawa pulang ke negara mereka untuk tujuan perniagaan.
Di kampung Kuah, kami telah menemui seorang bomoh lelaki yang telah tua, aku telah memanggil namanya Pak Itam, kerana dia memakai pakaian serba hitam.Dia tidak mempunyai isteri dan tinggal, di sebuah rumah, di hujung kampung itu.
Menurut cerita bomoh itu kepadaku, dia berasal dari sebuah kampung dalam kawasan Baling. Dia boleh menggunakan jampi dan ubat ramuannya, untuk menjadi suami tunduk kepada isterinya, anak gadis lambat kahwin akan segera dilamar orang. Setiap orang perempuan termasuk gadis-gasdis yang datang berubat kepdanya, dikenakan pengkeras’ selain dari wang lima suku, iaitu satu ringgit dan dua puluh lima sen (boleh beri lebih), pisau lipat dan sehelai kain hitam panjang lima hasta. Mereka itu dikendaki bermalam dengannya sekadar satu malam. Kalau tidak mahu melakukan demikian, ilmunya tidak menjadi.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

BUKU PENTING



BUKU-BUKU TERBITAN AMNAS ENTERPRISE

Untuk mengetahui adakah 1 Malaysia yang
dimotopablishkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Najib Razak akan menguntungkan orang Melayu
dan para pendatang bolehkan mengusai negara
ini mengikut sejarah dan adat Melayu yang
memiliki bumi ini, maka, bacalah buku ini.




'FALSAFAH GAGASAN 1 MALAYSA'
TERBITAN AMNAS ENTERPRISE

FIKIR SETAPAK

FIKIR SETAPAK
PARA PENDATANG ISLAM

Kita sering mendengar para ulama dan para pegawai di jabatan – jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di negeri – negeri seluruh Malaysia, menyeru umat Islam supaya bermuhibbah dan adakan hubungan silatgur rahim sesama umat Islam dengan tidak mengira keturunan dan warna kulit.
Di negara kira ini terlalu ramai pendatang dari umat Islam yang datang dari Indonesia, Bangalades dan negara – negara lain. Mereka datang bekerja sebagai buruh dan sebagainya. Mereka mencari rezeki dari Allah untuk menanggung ibu bapa atau keluarga mereka.
Malang, belum pernah mana – mana jabatan agama Islam dan badan – badan kebajikan umat Islam di negeri – negeri yang mengadakan majlis jamuan untuk mereka golongan mendatang itu. Majlis hari raya tidak menjemput mereka. Daging – daging kurban tidak diagihkan kepada mereka. Dan pendeknya mereka menjadi umat Islam yang diketepikan oleh umat Islam sendiri.
Saya melihat:
1 - Pada tiap – tiap lepas sembahyang hari raya para poendatang Islam
beraya di Zoo Negara, dalam bandar dan sebagainya, kerana mereka
tidak dijemput sebagai tetapi oleh orang – orang Islam Malaysia.
2 – Pada beberapa tahu lalu, pada ketika saya menolong kerja
membahagi daging lembu kurban, di masjid Ulu Klang, beberapa
orang perempuan Indonesia telah datang dan meminta kulit lembu
kurban daripada kami.
Seorang Melayu yang berkedudukan sedang berdiri dekat saya, telah
berkata: Tak usah bagi daging lembu kurban ni kepada orang – orang
tu, dia orang bukan rakyat negara kita.

QURAN DAN HADIS

MENUSIA BERPUTUS ASA

Apabila Kami – Allah – kurniakan sesuatu rahmat kepada umat manusia,mereka bergembira – seronok - dengannya – sehingga lupa daratan - ; dan jika mereka ditimpa oleh sesuatu bencana – keburukan seperti kemarau, banjir, gunung atau bukit runtuh dan sebagainya – yang dilakukan dengan tangan mereka sendiri , - maka – tiba – tiba mereka berputus asa.
Mengapa mereka tidak melihat - dengan mata hati mereka - , bahawa Allah menguniakan kemewahan rezeki bagi mereka yang dikehendakiNya dan Dia – Allah – juga menyempitkannya – rezeki - . sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi kegterangan – rahsia membuktikan kekuasaan Allah – bagi umat manusia yang beriman.
- Ar Rum: 36, 37.

NOTA
Sering berlaku di kalangan umat manusia, termasuk orang Melayu, apabila datang penederitaan, mereka kuat breribadat, berdoa dan berzikir, tetapi apabila datang kemewazhan hidup, mereka menjadi manusia liar, melakukan segala macam maksiagt pada siang dan malam. Mereka berjudi, menari di kelab – kelab hiburan dan sebagainya. Pendeknya mereka lupa akan penderitaan yang lalu.


HADIS

MAJLIS PERKAHWINAN

Rsasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang diundang ke majlis walimatul ‘urus atau perkahwinan, maka hendaklah dia datang.
Seburuk – buruk makanan ialah makanan kehnduri perkahwinan yang ditegah orang yang – sememangnya teringin – menghadirinya – orang – orang fakir – dan diundang orang – orang yang ingin menghadirinya – orang kaya raya .
- Perawi: Imam Muslim

Sunday, January 9, 2011

FIKIR SETAPAK

HANTU DAN IBLIS POLITIK

Di Padang Rengas, Perak, sebilangan orang Melayu yang cenderungkan politik, melihat dan pehati orang politik dan mangsa orang – orang politik bercakap sesama mereka dalam warung kopi pada satgu pagi.
Pandak: Apalah parti politik tu ambik oghang kena tendang daghi parti politik tu keghanas pecah amanah, makan duit parti. Dah tu dilantik jadi ketua ...
Nontak: Tulaaa, kalau berpolitik tak ikut agama Islam, banyak
ikut syaitan.
Abu: Dah ikut syaitan, baut ghosak masyaghakat ..., oghang
kampung aje.
Deraman: Tule, oghang kita la ni dah jadi macam ayam makan
tungau ...
Pandak: Makan tungau tak ape jugak, kok jadi angau ...,macam
padi makan cenangau.
Lodin: Biorkan, biorkan, biorkan si Lonchai terjun dengan labu – labunye.

KISAH DARI NOVEL

GADIS ASLI ORANG

“…tiap-tiap individu Muslim mesti berani berjihad pada jalan Allah,”kata Anisah Johan.
Lima puluh orang pemuda pemudi Islam merenung wajahnya dan mengangguk-anggukkan kepala masing-masing. Mereka terdiri daripada belia-belia British, Francis, Australia, Arab, Pakistan, Iran, Turki dan Afrika yang bermastautin di Kota London.
“…jihad melawan hawa nafsu,…jaga iman, jaga niat yang baik, kawal akhlak diri,”kata Anisah Johan.
“Ia, benar,”suara pemuda pemudi itu sekata.
“ …jihad kita, kenal diri kita, kenal Allah, beriman kepada Allah, beramanah dan berakhlak mulia…,”kata Anisah Johan dan merenung wajah-wajah muda di hadapannya.
“Allahu Akbar,”suara mereka satu.
“Menjaga keluarga, jihad, menjaga jiran tetangga, jihad, pertahankan negara, bangsa dan agama Islam, jihad…, ”Anisah Johan bercakap dengan meninggikan suaranya.
“Ia, sungguh, kami sedia…, Allahu Akbar...,”sambut belia-belia Islam itu.
“Jihad kerana Allah, kerana Islam, kerana ummah, jihad paling tinggi,”kata Anisah Johan dengan wajah serius. Ada manja.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Siapa saja berjihad dengan iman, tidak takut mati, tidak takut badannya terkopak, hancur…,”Anisah Johan berkata dan merenung kepada seorang gadis Inggeris di hadapannya.
“Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Kamu bagai mana?”Anisah Johan bertanya kepada gadis Inggeris itu.
“…saya, saya tidak takut mati, …saya mahu mati syahid,…saya sanggup jadi pengebum bernani mati, itu syahid…”jawab gadis itu.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Saya orang Malaysia, orang Asia, …saya saudara kepada semua umat manusia seluruh dunia, tak kira apa agam, …kita bersaudara,…”kata Anisah Johan.
“Ia, kita bersaudara,”suara belia-belia itu bergemuruh menyambut ucapan Anisah Johan.
“Allah mengajar kita, firman-Nya, ‘ …akan ditimpa ke hinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia,”ujar Anisah Johan.
“Ia, benar,”suara bergemuruh lagi.
“…manusia British, Amerika, Arab, Afrika, Francis, Jerman, China, Australi, Melayu, …semua manusia bersaudara, mesti berbaik-baik, bekerjasama untuk hidup,…kita menjunjung human rights …” ujar Anisah Johan lagi.
“Bush bunuh orang, Blair, Putin …pemimpin –pemimpin Yahudi dan Kristian bunuh umat Islam…,” laung belia-belia itu.
“Ia, betul, mereka melaungkan demokrasi, perikemanusiaan, tetapi mereka membunuh umat manusia, …tangan mereka berlumuran darah manusia…,”sahut Anisah Johan.
“Kami sanggup mati, kami sedia…,”laung belia-belia itu.
“Ia, itu betul, …kita tidak boleh berjuang dalam keadaan emosi, …ini jihad...,”kata Anisah Johan.
“…kamu semua mesti taatkan Allah, tidak tinggal sembahyang, kerjakan yang makruf, tinggal dan ditegah, yang munkar…,”kata Anisah Johan.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Siapa berani mati syahid?”Anisah bertanya di akhir ucapannya.
“Saya.”
“Saya.”
“Kamiiii…”
KOTA LONDON
Suara belia-belia itu meninggi.Bagaikan bunyi sekumpulan harimau jantan mengaum. Mereka bersedia untuk berjihad. Melakukan apa sahaja tindakan di Kota London, bahkan di seluruh England untuk menuntut bela atas perbuatan Tony Balair ke atas umat Islam Afghanistan, Iraq dan di mana-mana di seluruh dunia. Mereka sanggup menjadi pejuang berani mati. Memasang bom di mana-mana sahaja.
“Kita tidak saja bertindak berani mati, tetapi kita mesti memberi penerangan, melalui media, forum dan sebagainya tentang kebaikan agama Islam, umat Islam tidak memusuhi sesiapa .., kita sedia bersahabat dengan umat manusia, di seluruh dunia…,”kata Anisah Johan.
Anisah Johan telah memberi ucapan ‘Jihad Dan Sosiologi Dalam Islam’ kepada lima puluh orang belia Islam yang telah menyertai ‘Gerakan Jihad Islam’, di sebuah ‘Kulliatul Islamiyah’ di Kota London. Gerakan itu dianjurkan oleh Profesor Ahmad Muhammad.
Tiada siapa dari anak-anak Malaysia yang menyangka, seorang gadis Orang Asli dari rimba raya Temengor, Banding, dan Lembah Belum, Anisah Johan, telah menjadi wakil ‘Gerakan Jihad Islam’. Melaungkan sokongan kepada negara-negara seperti Lybia,Iraq, Sumalia, Sudan dan Afghanistan yang dizalimi oleh Bush dan Tony Blair dan orang-orang Yahudi.
CENDAKIAWAN ISLAM
Dalam satu majlis ‘Usrah Islamiyah’ yang telah diadakan di bandar Dublin, Republic Ireland, Anisah Johan telah ditanya oleh beberapa orang cendekiawan Islam tentang Malaysia. Dia telah menjawab pertanyaan mereka itu secara terus terang dan jujur.
“…sebenarnya semenjak merdeka hingga pada masa ini Malaysia adalah sebuah negara nasionalis dan kapitalis, …perlembagaan dan perundangannya banyak mengikut British dan Kristian, …bukan Islam,…Malaysia baru memulakan perjalanannya ke arah mengamalkan perundangan Islam,” katanya.
“ Hanya sebilangan besar rakyatnya beragama Islam,…orang Melayu, ada orang Melayu beragama Islam bermazhab sunni,…ada yang tidak bermazhab,” jelas Anisah Johan..
“...ada golongan yang menentangan perundangan Islam amat kuat, ...mereka menganggap siapa saja mengamalkan perundangan Islam, misalnya hudud, sebagai demokrasi, tidak berperikemanusiaan…,”jelasnya lagi.
“… mereka bertindak menutup atau melemahkan sekolah-sekolah Islam, madrasah, yang dikendalikan oleh orang-orang Islam,”tegasnya.
“…kepimpinan dulu gagal menyatu-padukan umat Islam, …al hamdulillah, penggantinya, kepimpinan sekarang telah mengubah corak negara, …beransur-ansur untuk mengamalkan perundangan Islam…,”tegasnya lagi.
“Adakah Malaysia akan melaksanakan perundangan berdasarkan al Quran dan as Sunnah, di Malaysia?” Profesor Shahara Asraf dari Sudan bertanya.
“…ia, sedang beransur-ansur ke arah itu...,”jawab Anisah Johan.
Profesor Mariam Hayman dari Dovar bertanya, “…bolehkah parti politik nasionalis yang kini menguasai Malaysia bekerjasama dengan Parti Islam.?”
“Boleh, saya yakin boleh, kerana semua ahli parti nasionalis itu terdiri dari orang Islam...,”jawabnya.
“Bagaimana dengan orang-orang China dan India, adakah mereka menentang?” Tanya Profesor Mariam Hyman lagi.
“…ada, tetapi sedikit, …mereka keturunan pendatang dari tanah besar Cina dan India, kini mereka setia kepada negara yang sedang melangkah ke sebuah negara Islam…,”jawab Anisah Johan.
“…Cik Anisah Johan sendiri adakah orang Melayu atau keturunan pendatang di Malaysia…?” Profesor Anthony William dari Londonerry, Ireland Utara, telah bertanya.
“Ia, saya orang Melayu, …Melayu Asli, Aborigines…, …datuk dan ibu saya Orang Asli dari rimba Temengor, Lembah Belum…, tapi bapa saya Melayu bandar, the modern Malay…,”jawab Anisah Johan.
Semua yang hadir mengangguk-anggukkan kepala masing-masing.
“...di sana ada pegawai penjajah Inggeris, Captain Hurbert Barkly, telah menggunakan helah memujuk orang Melayu ..., saya telah membaca sebuah buku Melayu, di Hawaii University, … enarkah begitu?” Tanya seorang penulis dari Calais, Francis, M.Wright.
“Ia, benar,”jawab Anisah Johan.
“...muslihat penjajah Inggeris, pegawai itu telah memberi tanah kepada orang-orang kampung untuk tanam pokok getah, Brazilian tree, tetapi mereka tidak tanam pokok getah, mereka diberi kupon,…pada hujung bulan mereka tukar kupon itu dengan wang di pejabat Captain itu, sungguhkah?” M.Wright bertanya lagi.
“…Ia, benar, kerana Inggeris hendak melemahkan orang-orang Melayu, …saudagar-saudara Inggeris telah diberi tanah beribu-ribu ekar untuk menanam pokok getah, jadi rubber estate,”jawab Anisah Johan.
“…juga Selatan Thailand, Pattani, Negeri Melayu yang telah diserahkan oleh penjajah Inggeris kepada Siam, betulkan begitu?” M. Wright telah mengakhiri pertanyaannya.
“…ia, Pattani dan semua kawasan Selatan Thailand milik orang Melayu,… hakikatnya Siam menjajah, menindas umat Islam di sana,” jawab Anisah Johan.
“Mengapa United Nation Organisation tidak bertindak?” Seorang gadis dari Adis Ababa, Lucy Nuir telah bertanya.
“…mungkin kerana di sana umat Islam, bukan Umat Kristian, UNO tak ambil peduli,”jawab Anisah Johan.
NEGARA ISLAM
Pada akhir majlis “Usrah Islamiyah’ itu, semua yang hadir berharap Malaysia akan bercorak sebuah Negara Islam mengikut Quran dan Sunnah.
Sharifah Sakinah sedang diratah duka. Anaknya di London telah lama tidak mengirim surat kepadanya. Mustafa yang amat dicintainya telah menjauhkan diri daripadanya. Hilang entah ke mana ke mana . Perniagaan kosmetik dan ubat tradisionalnya telah mengalami kemerosotan. Wangnya yang telah banyak dilaburkan, tetapi untung entah ke mana, seperti falsafah dalam ekonomi Melayu; berniaga buluh kasap, pangkal hilang hujung lesap.
Cintanya kepada Mustafa menjadi penyebab dia menghadapi masa yang gelap dalam perniagaannya. Kerana cintanya tidak berbalas, dia tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada kerjayanya.
Perasaan cemburu Sharifah Sakinah kepada anaknya mendidih dan membuak-buak. Cemburunya menjadikan hatinya tidak ikhlas. Tidak mengasihani darah dagingnya sendiri. Keras hatinya. Haram baginya mengizinkan anak gadisnya berkahwin dengan Mustafa. Kalau Namlatun Sa’adiah berkahwin juga dengan Mustafa, dia akan menggunakan kuasanya sebagai seorang ibu untuk menggugat dan memusnahkan masa depan anaknya itu.
“Biar Atun merana, jadi gila…,”kata hati jahat Sharifah Sakinah.
“…aku sayang Mustafa, kalau dia kahwin dengan Atun, biar dia mampus, …puas hati aku…,”kata hatinya lagi.
MENGGUNAKAN JAMPI
Pada satu petang Sharifah Sakinah telah pergi menemui seorang bomoh lelaki, di Rancangan Tanah Persekutuan Kedangsa. Kepada bomoh itu telah diminta supaya menggunakan jampi manteranya untuk memisahkan anaknya dengan Mustafa. Menjadikan Namlatu Sa’adiah dan Mustafa saling bencai membenci antara mereka.
Bomoh keturunan Jawa itu telah memberi beberapa syarat kepada Sharifah Sakinah. Syarat-syarat itu mesti dipatuhi. Kalau dia mengingkarinya, dia sendiri akan menerima padahnya. Kerana harapannya terlalu tinggi, hatinya sebusuk bangkai haiwan dan imannya setipis kulit bawang, maka syarat-syarat itu telah disetujuinya.
Syarat awal; wang tunai tiga ratus ringgit,
bersama sebilah keris tujuh lok,
berserta sebentuk cincin emas tiga mayam,
secukup dengan kain pelekat tiga helai.
Diikuti dengan syarat akhir;
pengeras; wang tunai lima ratus ringgit,
Sharifah Sakinah dikehendaki mandi air tujuh
bunga,
Di rumah bomoh;
Satu malam tidur bersama bomoh.
Pada satu malam yang sepi. Rumah bomoh juga sepi. Bomoh telah duduk bersila dengan kepala berbalut semuntal merah. Baju orang kaya Kedawong warna hitam dan kain pelekat telah lusuh membungkus tubuhnya. Di hadapannya tiga batang lilin sedang menyala. Api di hujung lilin-lilin itu berlenggang-lenggang lemah. Kemenyan sejemput demi sejemput dibakar oleh bomoh itu sambil membaca manteranya:
Hai mambang kuning,
Mambang merah,
Semua mambang,
Jadilah si Namlatun Sa’adiah benci segala
bencai,
Mustafa benci segala benci,
Dua-dua benci,
Macam benci kelinci pada rimau,
benci iblis pada Adam.
Campakkan dua hati,
Ke Pusat Tasik Pauh Janggi .
TANGKAL PEMBENCI
Bomoh telah memberi sebotol kecil air pembenci itu kepada Sharifah Sakinah. Sedikit serbuk pembenci dan satu tangkal pembenci diberi juga. Air mesti dikenakan pada tubuh Namlatun Sa’adiah. Serbuk mesti dimasukkan dalam minumannya. Tangkal mesti diletak bawah bantalnya.
“…saya kena pergi ke Londonlah,Tok,”kata Sharifah Sakinah.
“Kena, …kena pergi, kalau tak pergi macam mana…?”Bomoh bertanya.
“Ia, saya akan pergi ke sana, Tok,”kata Sharifah Sakinah.
Pada malam membayar pengeras itu, Sharifah Sakinah telah tidak ingatkan Mustafa lagi. Jiwa raganya diserahkan kepada bomoh itu. Dosa atau murka Tuhan tidak dipedulikan lagi. Yang penting dia mahu memiliki Mustafa.
“…pengeras sudah kamu tunaikan, baliklah, …anak kamu tak akan kahwin dengan Mustafa tu,”kata bomoh itu sambil mencubit pipi Sharifah Sakinah.
“Terima kasih,”ucap Sharifah Sakinah kepada bomoh.
“Sama-sama,”sahut Bomoh.
“Bila nak datang lagi?” Bomoh bertanya sambil menjilat wajah Sharifah Sakinah dengan mata jantannya.
“…tengoklah, Tok, …saya akan datang lagi…,”kata Sharifah Sakinah.
“Datanglah, pintu rumah ni sentiasa terbuka,”kata bomoh.
“Ia, Tok, harap-harap mujarab…, Tok,” kata Sharifah Sakinah.
“…mujarab…, …sudah diberi pengerasnya…,”sahut bomoh.
Pada waktu memandu kereta pulang dari rumah bomoh pada pagi itu, Sharifah Sakinah dilanda perasaan rindu kepada bomoh itu. Ingin pula hatinya untuk datang lagi ke sana. Dia laksana kijang dalam rimba. Sekali ke sira di jenalik, ingin mengulang lagi ke sira dan jenalik itu. Dia senyum di sepanjang jalan sambil memandu keretanya pulang ke UK Perdana.
MENGANGKAT TELEFON
Pada malamnya, Sharifah Sakinah telah menelefon kepada Namlatun Sa’adiah di London. Pada ketika telefon atas meja dalam dewan tamu berdering, Namlatun Sa’adiah berada dalam bilik dapurnya. Mustafa telah mengangkat telefon dan mendengar suara Sharifah Sakinah. Telefon itu diletakkan atas meja dan dia memanggil Namlatun Sa’adiah.
Namlatun Sa’adiah memberi isyarat dengan mulutnya mengucap terima kasih kepada kekasihnya.
“…ooo, emak, apa khabar…,emak?”Namlatun Sa’adiah bertanya.
“Emak nak beritahu, hujung bulan ni, emak nak datang ke sini,”kata Sharifah Sakinah.
“Ia, emak, …bagusnya, …lagi tiga minggu, emak,”kata Namlatun Sa’adiah.
“Ia, tiga minggu, …nati emak telefon,”kata Sharifah Sakinah.
“Ia, emak, assalamu alaikum,”sahut Namlatun Sa’adiah sambil meletakkan telefon.
Mustafa datang ke sisi Namlatun Sa’adiah. Gadis itu memegang tangan kanannya. Senyum. Dia menarik tangan Mustafa ke atas sofa.
“Macam mana, emak nak datang ke sini?”Namlatun Sa'adiah bertanya kepada Mustafa.
. “Baguslah…,”sahut Mustafa.
“…abang macam mana?” Tanya Namlatun Sa’adiah.
“Tak apa, abang tinggal di apartment, bila emak dah balik, abang datang ke sini lagi...,”jawab Mustafa.
“Kasihan, abang,”kata Namlatun Sa’adiah sambil memeluk tubuh Mustafa.
“Tak apa, lagi pun pada hujung bulan ni kawan abang nak datang ke sini,”kata Mustafa.
“Siapa, abang?”Tanya Namlatun Sa’adiah.
“Encik Johan, dia ahli perniagaan...,”jawab Mustafa.
“Dia nak berniaga di sinike,abang?”Namlatun Sa’adiah bertanya.
“Tak, saja melancong ke sini,”jawab Mustafa.
(Disunting dari naskhah manuskrip novel, Kelip – Kelip di Kota London, oleh: Mokhtar Petah).

QURAN DAN HADIS


MELANCONG DI MUKA BUKI
Katakan – hai Muhammad s.a.w.: Melanconglah di segenap muka bumi, maka, lihatlah – dnngan pengetahuan dan fikiran – bagaimana Allah telah memulakan cipta beranika makhluk dari dari asalnya, kemudian Allah akan melakukan ciptaan itu semula - pada akhirat - dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu. – Al “ankabut: 20
NOTA.
Melancong sangat baik bagi umat Islam, jika melancong itu mereka dapat melihat dan berfikir akan kekuasaan Allah mencaiptakan segala makhluknya, dari manusia, haiwan , serangga, batu bayan, kayu kayan, gunung ganang dan lain.
Melihat ciptaan Allah menambahkan akal manusia dan dapat pula menguagtkan iman dan taqwa kepada Allah.
Paling baik bagi orang – orang yang melancong di muka bumi ini, berusaha untuk menulis artikel atau buku segala pengalaman mereka dan menyiarkan bersama gambar – gambar yang mereka ambil di tempat – tempat yang mengkagumkan, agar di baca oleh orang ramai yang tidak pernah melancong ke sana.
Maka dengan hati yang tulus ikhlas, saya menyeru kepada setiap individu muslim, lelaki dan pertempuan, terutama rakan – rakan dalam fb ini, jika melancong ke mana – mana, terutama di negara – negara luar, tulislah buku untuk dibaca oleh orang ramai dan buku itu menjadi tugu bukti yang anda telah melancong ke mana – mana. Menulis demikian di namakan jihad dan amalan soleh jua.

HADIS

ORANG – ORANG SOLEH

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersambda: Orang – orang yang soleh itu pergi – itu habis kerana meninggal dunia - , seangkatan lepas senagkatan dan akhirnya tinggallah sisa – sia yang buruk dari umat manusia sebagai hampas buah – buah atau ampas buah kurma – tinggal yang buruk untuk dipilih waktu memakannya. Allah tidak menghargai sedikit pun n ilai mereka itu.
– Perawi: Imam Bukhari.

Saturday, January 8, 2011

TITIK - TITIK SEJARAH MELAYU


PEJUANG – PEJUANG KEMERDEKAAN

Orang Melayu terutamanya, telah tertelan banyak kekeliruan sejarah, sama ada yang dilahiran oleh penjajah Inggeris mahupun oleh pihak kerajaan kita, seperti Jabatan Penerangan, mengenai organisasi dan individu yang boleh disanjung sebagai pejuang kemerdekaan dan yang mana bukan pejuang, hanya – berpeluang dari perjuangan orang lain.

Pada 31 Ogos ini, saya kira, orang Melayu dan angkatan muda Melayu akan dapat meneliti tulisan saya ini mengenai organisasi yang berjuang dan yang menjadi penyambut peluang atau menanggung di air keruh sahaja.

Organisasi yang berjuang menuntut kemerdekan Tanah Melayu, ialah:

1 – Kesatuan Melayu Muda, pimpinan Ibrahim Yaakob.

2 - Parti Hizbul Muslimin, pimpinan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

3 - Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM , pimpinan Dr Burhanujddin

Helmi dan Ishak Haji Muhammad. Dua organisasi di bawahnya, Angkatan Pemuda Insaf – API, pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar, pimpinan Shamsiah Fakeh.

4 - Parti Komunis Malaya – PKM

5 - Rejimen ke 10 pimpinan Rashid Maidin dan Abdullah C.D.

6 - Beberapa organisasi menentang Jepun dan Inggeris.

7 - UMNO, pimpinan Dato’ Onn. Kemudian UMNO ‘ berpeluang menangguk di air keruh menuntut kemerdekaan secara tolak ansur dari penjajah Inggeris.

Bukan pejuanga kemerekaan. UMNO juga menentang semua organisasi di atas.

Organisasi dan angkata bukan pejuang kemerbdekaan.

1 - Askar Melayi, membela Inggeris.

2 – Polis, polis khas dan semua bahagian polis termasuk cawangan khas

3 - Dan SC – Polis Khas menentang kemerdekaan dan membela Inggeris.

4 - Force 36 pimpinan Dato Abdul Razak, menentang kemerdekaan dan mengambil tokoh penjajah kembali ke Tanah Melayu.

Individu pejuang kemerdekaan sejati.

1 - Sheikh Abdullah Fahim.

2 - Ibrahim Haji Yaakob.

3 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

4 - Dr Burhanuddin Helmi.

5 - Ishak Haji Muhammad

6 - Abdullah Ayob

7 - Rashid Maidin

8 - Abdullah C.D. (Cik Dat).

9 - Ahmad Boestamam

10 - Shamsiah Fakeh

11 - Haji Ahmad Fuad dan mereka dalam PAS 1951 – 1957.

12 - Ramai lagi yang ditahan dalam khemah tahanan politik 1948 – 1951.

Individu pejuang kemerdekaan fro penjajah Inggeris dan tolak ansur

1 - Dato Onn Jaafar – pejuang kemerdekaan pro Inggeris.

2 - Tunku Abdul Rahman Putra bukan pejuang, sekadar menangguk di air

keruh. Dsan ramai pengikiutnya dalam UMNO, tolak ansur dengan

penjajah Inggeris.

2 - Tun Abdul Razak seperti Tunku Abdul Rahman, tetapai tidak fro penjajah Inggeris dan tidak setuju dengan orang Cina dan India berkongsi kuasa dengan Melayu.

(Kerana sikap Tun Razak, maka ada suara – suara, bahawa beliau meninggal dunia kerana dibunuh secara sulit oleh musuh – musuhnya di London). – Mokhtar Petah

BUKU POLITIK

COVER PENUH BUKU "FALSAFAH GAGASAN 1 MALAYSA"
- TERBITAN AMNAS ENTERPRISE

SAJAK

KEMERDEKAAN

Kita,
Keturunan Melayu purba,
Bangsa bernegara,
Fikir kita lena kita,
Mencari diri di bumi sendiri.

Melayu,
Bangsa beradat,
Pegang Islam amat ketat,
Siang malam mohon berkat,
Ada waktu Melayu sesat.

Ummah,
Kita Melayu golongan ummah,
Sembah Allah di masjid dan rumah,
Hukum hakam dalam Quran,
Kita tolak dan bantah.

Merdeka,
Merdekah kita sebenarnya,
Tunduk lemah ke dunia barat,
Segala aturan elok belaka,
Jiwa kita fikir kita tidak merdeka.

Changkat Lada, Sayong ............ Mokhtar Petah

QURAN, HADIS DAN LAIN





MEMBANTAH AYAT – AYAT ALLAH

Sesungguhnya, orang – orang yang membantah mengenai maksud ayat – ayat Allah dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka – dari pihak yang diakui kebenarannya - , tidak ada dalam dada mereka, melainkan perasaan mahukan kebesaran (untuk mengatasi anda), kemahuan yang tidak sekali – kali mereka akan mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah (dari perbuatan buruk mereka). Sesungguhnya, Dia – Allah – lah yang Maha Mendengar dan Maha melihat.
– Al Mu’minun: 56


HADIS

AYAM JANTAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah menasihatkan umat manusia: Kalian jangan – dilarang - memaki hamun ayam, sebab sesaungguhnya ayam – ayam jantan - membangun – menyedarkan manusia – untuk solat atau sembahyang.
– Perawi: Abu Dauh – sanad, sahih.
NOTA
Menurut para ulama mursyid, bahawa setiap haiwan dan unggas yang membunyikan suara – mengasum dan bersiul - , adalah menyebut nama Allah.
Kokok ayam jantan ada menyebut dalam bahasa Arab: Uzkurullah ya ghafiluun. Erti: Ingatkan Allah hai orang – orang yang lalai.


--------------------------------------------


FIKIR SETAPAK

MANUSIA DI PADANG RAGUT

Allah subhanahu wa Taala, ada memerintahkan manusia: Agar mempunyai hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan manusia. Jika meteka tidak mengikut perintah itu, maka, m3ereka akan dtimpakan dengan kehinaan. Maka, setiap manusia henaklah menghormati manusia lain.
Sungguhpun begitu, jika manusia melakukan kezalim, seperti menjajah, merampah hak; tanah air dan harta benda serta anak siteri, maka tentang atau perangi mereka.
Dari pengetian ini, misalnya Malaysia yang kini dilonjak '1 Malaysia' yang diiklankan oleh Perdana Menteri Najib Razak, maka, eloklah umat Islam memberi sokongan selagi '1 Malaysi' itu tidak menjadi 'padang ragut' kepada keturunan bangsa - bangsa pendatang untuk menjajah negara kita ini. Jika ada caita - cita demikian dalam 'padang ragut' tersebut, maka umat Islam di negara ini tidak baik menyokong '1 Malaysia'.
Dalam perkara ini, Najib Razak, Muhyiddin Yasin dan para menteri yang menguasai kerajaan Malaysia, hendaklah menjaga 'padang ragut' itu dengan baik agar orang Melayu tidak menjadi musafi khana dan merempat dibumi mereka sendiri.
Kita tidak mahu; yang kaya raya orang lain, yang papa merempat orang Melayu, di sebabkan sikap 'gelojoh' dan kelemahan hati para pemimpin kerajaan atau negra kita.

Friday, January 7, 2011

KRISI


SULTAN DAN MENTERI BESAR SELANGOR

Bertegang memburuk demokrasi, berlembut maruah manusia

Oleh: Mokhtar Petah

Krisis antara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubungan dengan pelantikan ke ats Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan Negeri tersebut telah menjadikan negeri ternama itu berulang kepada krisis antara istana dengan para politikus pada akhir tahun 1991.
Krisis yang betegang memburukkan demokrasi, boleh mencari jalan agar belrembut adalah maruah manusia yang berpengetahuan dan berakal.
Saya melihat perlentikan itu ada sedikit kurang mesra, walaupun betul pada Undang – Undang Tubuh Negeri Selangor, peruntukan fasal (1) dan 2 (a) Perkara 2.
BERBINCANG
Jika menimbang pada keadilan dan kemesraan, sepatutunya Sultan Selangor memanggil Menteri Besar Istana menghadap baginda dan berbincang sebelum melantik Haji Mohammed Khusrin, kerana Menteri Besar mewakili rakyat.
Saya meneliti kenyataan akhbar oleh Setiusaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mohamad Munir Bani, ternyata bagi yang berakal dan hormatkan keadilan bneraja, bahawa ia bukan titah diraja, hanya suara orang biasa, maka tiada daulat sedikit pun.
Percakapan Haji Mohamad Munir kepada para wartawan, bahawa dia tidak menyebelahi mana – mana parti politik, memang boleh diterima, tetapi semua rakyat Selangoir yang berpengetahuan dan bijak mengetahui; pada masa Selangor di bawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau amat rapat dengan Menteri Besar, Dato’ Sri Mohd. Khir Toyo.
GAJAH
Biasanya gajah tidak pernah berbisik dengan pelanduk atau kancil, tetapi gajah dengan gajah jua, kerana gajah boleh membinasakan sebahagian dari rimba raya.
Sekarang pihak Sultan menganggap perlatinkan Setis Uaha kerajaan Negeri Selangor itu telah selesai, tetapi pihak Menteri Besar menganggapnya belum selesai. Maka, jika tidak mencari jalan keluar antara Sultan dengan Mentgeri besar, maka krisis tersebut terus menerus hingga yang kalan jadi habu dana yang menang jadi arang.
Saya tidak membincangkan perkara krisis sekarang, hanaya berharap Sultan Selangor dan Menteri besarnya mencari jalan keluar yang adil dan saksama, laksana menarik benang dalam tepung; benang tidak putus, tepung tidak berserak.
RAKYAT
Sultan di sesebuah negeri yang ada umat Islam, adalah seperti khalifah tanggungjawabnya, maka saya kira Sultan Selangor akan dapat menghayati ayat Quran berikut ini:
Hai Daud - Nabi Daud alaihis salam - ! Sesungguhnya Kami - Allah – telah melkantik anda sebagai khlifah – menjalankan kekuasaan pemerintahan atau kerajaan – di muka bumi ini, oleh drmikian, putuskanlah perkaara – hal ehwal – di antara para manusia dengan kebenaran dan janganlah anda mengikut kemahuan – nafsu-, nanti anda akan disesatkan dari jalan Allah. Sesungguhnya orang – orang yang tersesat dari jalan Allah itu, akan perolehi – ditimpa – siksaan yang amat keras, disebabkan mereka melupakan perhitungan. – Shad: 26
Krisis antara Sultan dengan pihak kerajaan Pakatan Rakyat – PKR – akan menjadi tanda tanya rakyat – ada sebilangan rakyat menyokong Sultan dan sebilangan lagi menyokong Menteri Besar dan kerajaan Pakatan Rakyat – PKR, maka dikhuatirkan keburukan lebih banyak dari kebaikan.
Saya mengingatkan kembali kepada orang ramai di Selangor akan krisis antara Sultan Selangor dengan UMNO negeri tersebut pada tahun 1991, iaitu:
Kerajaan Negeri Seklangor telah mengambil tindakan yang berlaskan sebab – sebab yang menasabah menolak permohonanb Sultan bagi mendapatkan wang berjumlah RM20 juta untuk mengubasuaikan istana Alam Shah, Klang.
Alasan - alasan yang menesabah itu ialah kerana Selangor kekuarangan wang bagi membiayai ubahsuai istana sebanhyak itu kerana pembangunan rakyat, pembinaan masjid dan sekolah agama perlu dilaksanakan.
Alasan yang kedua ialkah pengubahsuai istana itu telah pun dilakukan tahun lalu dengan biaya sebanya RM9 juta.
Alasan ketiga, iaitu septutnya kerja – kerja ubahsuai istana dibuat oleh Lembaga Tender Negeri Selangor yang terletak di bawah Jabatan Kerjaraya negeri, tetapi dalam permohonan Sultan Selangor itu ditunjukkan ubah suai istana itu akan dilakukan oleh sebuah syarikat miloik orang – orang Cina. (Mokhtar Petah, Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, 1993, Kuala Lumpur, Art Media, hln.103).
Krisis antara Raja – Raja memerintah dengan para politikus yang memerintah teolah berlaku pada zaman Fira’un, Rom Tua, Rakyat Indonesia menggulingkan kuasa Raja di negeri – negeri dan mengistiharkan penubuhan Republik Indoseia - 1945 dan Farsi – akhirnya Sha Radha Pahlawi digulingkan oleh umat Islam dan ditunbuhkan Pemerintah Republik Islam Iran – 1977 – 78.
KEPIMPINAN
Di semenanjung Tanah Melayu, telah berlaku krisis antara Raja – Raja dengan para politikus, ialah pada tahung 1950, antara Raja – Raja Melayu dengan Dato’ Onn Jaafar dan 1951 antara Sultan Kedah dengan Tunku Abdul Rahman setelah Tunku mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato Onn.
Krisis terbesar antara Raja – Raja Melayu dengan rakyat jelata, apabila Raja – Raja Melayu ’tunduk’ kepada penjajah Inggeris untuk menandatangai gagasan Malayann Union.
Kemudian berlaku Krisis antara Sultan Perak , Sultan Idris Shah dengan Menteri besar, Tan Sri HAJI Mohd. Ghazali Jawi, krisis antara Sultan Selangor dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Taib kerana puterinya, janda, Engku Yah berkahwin dengan Muhammad Taib tanpa persetujua baginda.
PERLEMBAGAAN
Berlaku juga krisis antara Sultan Johor dengan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kemudian Sultan Johor dengan pihak Kerjaan Pusat pimpinan Dr. Mahathir Mohammad yang mengakibatkan penghapusan kekebalan Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel 181 (2), dan artikel 38 (4).
Ktrisis antara Raja -Raja Melayu dengan para politikus yang memerintah, telah mengingatkan saya kepada ucapan Raja Azlan Shah – belum menjadi Sultan Perak dan masiah Ketua Hakim Negara – , mengenai kedudukan raja – raja di seluruh dunia, iaitu:
’Di negara kita, takhta masiah kekal sebagai suatu simbol lambang perpaduan, sebagai punca dan tongkat keadilan, sebagai tempat memohon kasihan belas dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang – bintang kehormat.
Sejarah telah menunjukkan bahawa di setengah – setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan dimuzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini trelah turun sagtu demi satu – kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini – pada dekad kelapan abad ke dua puluh – hanya terdapat seban yak 40 buah takhta sahaja.
Tskhta Merak Kayangan di Iran – Farsi – telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takahta, kononnya takahta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takahta yang dialih dari istana ke mezium sejarah adalah hasil dari salah nasihat yang diberi oleh penasihat –m penasihagt istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakayat. Sebenarnya penasihat - penasihat istana ini terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau berapa banyak sekaliku askar, polis rahisa dan pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satupun tidak mengatasi kehendak dan aspirasia rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil dan peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.’
Pada hari ini krisis di Selanbgor belum selesai, kerajaan kini dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan Barisan Nasional, maka Sultan Selangor haruslah berfikir dengan berpandukan ayat Quran di atas dan merenung rakyat jelata dengan hati di bawah petunjuk Allah.
Ampun Tuanku, patik bukan orang dalam mana – mana parti politik, saya, hanya penulis. Saya raya bertanggungjawa memberi pandangan kepada Tuanku dan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Tak usah diikut Sultan Melaka,
Di tangannya ada hukum kuasa,
Pancung tak bertanya,
Kononnya – kalau benar ada,
- Hang Tuah dihukum bunuh,
Akhirnya Raja Melaka lari membetis,
Tinggal takhta,
Tinggal segala,
Di Kampar – Sumateri tempt belekor.
Habis. 1.43 petang.

QURAN, HADIS DAN LAIN

UNDANG - UNDANG

Bagi tiap – tiap umat manusia, Kami adakan syari’at – undang – undang – yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah para ahli syari’at – undang – undang yang lain membantah anda dalam urusan syari’at anda; dan serulah (hai Muhammad s.a.w.) umat manusia kepada agama Allah anda, kerana sesaungguhnya anda berada di atas jalan yang lurus.
Dan jika mereka menemukakan bantahan – bangkangan – kepada anda, maka kataskanlah: Allah amat mengetahui akan segala apa yang kalian lakukan.
Allah akan menghukumkan di antara kalian semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kalian berselisih faham padanya.
– Al Haj: 67, 68, 69.
Nota:
Setiap individu Islam dan umat Islam yang bernegara sendiri – tidak dijajah oleh penjajah atau jiwa dan fikira dijajah oileh manusia penjajah – mesti – wajib – menegakkan syari’at – undang – undang ciptaan Allah – dan menolak undang – undang ciptaan manusia – manusia yang beragama lain dari Islam.
Malaysia, negara Melayu mengikut sejarah; wajib mengguna pakai syaria’at - undang – undang yang diciptakan atau ditunjukkan Allah dalam Quran dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sunnah atau hadis.


HADIS

MENGHINA RAKAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: Cukulah bagi seseorang itu mendapat kejelekan – kehinaan diri – apabila (kerana) dia menghina – memburuk, menfitnah, mengumpat dan lain – kepada seseorang rakannya sesama beragama Islam – yang taat kepada Allah dan tidak menentang hukum – hukum Allah.
– Perawi: Abu Hurairah

-------------------------------------------------------------


FIKIR SETAPAK

SEMBANG GADIS - GADIS UNIVERSITI

Di Syberjaya, pada satu malam. Empat gadis Melayu mahasiswa universiti, sedang duduk menghadapi meja dalam sebuan restoran. Mereka bercakap - cakap:
1 - "I anak orang miskin, bila dah tamat universiti, dapat kerja, I tak nak kahwin cepat, I nak bantu ibu bapa I di kampung, dua adik I masih belajar di sekolah menengah."
2 - "I tak nak kahwin, tak best kahwin, nak injoi, kalau ada boy friend mungkin jadi suami sambilan I, dan tak seronok dengan dia, I sambar lelaki lain, dapat yang kaya lagi bes."
3 - " ... bila I dah dapat kerja, I nak kahwin, nak belajar ilmu agama Islam, nak kahwin, .., I nak anak banyak, sedikit anak rugi huiduk I ..."
4 - " I, ha, ha, ha, bila dah kerja, I tak nak kahwin, nak hidup bujang, nak simpan duit, nak kaya, lepas tu I beribadaty kepada Allah ..., bila I mati, harta I serahkan kepada baitul mal atau badan p- badan kebajikan, di akhirat I tak ada dosa lawan suami, dosa tegah suami madukan I, dosa tak ajar anak - anak beriman ..."



-----------------------------------------------

MENGENANG MASA SILAM



PARA POLITIKU BERKALIBAR


Anwar Ibrahim telah memperlihatkan dirinya seorang yang berideologikan Islam semenjak dia menutut di Universiti Malaya dan memipin ABIM. Kemudian dia telah ikut berjuang bersama Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd. Nor dalam PAS. Selain dari dia telah berikrar (mungkin bayyui’ah) dengan pihak parti Islam itu, dia telah berucap dalam beberapa perhimpunan parti tersebut.
Apabila Anwar Ibrahim meninggalkan PAS dan menjadi orang kanan Dr Mahathir Mohamad, ‘gelombang Anwar Ibrahim’ telah meredah dan merempuh segala, kuat dan menakjubkan semua. Ramai para politikus berkaliber dan berjasa dalam UMNO pada masa itu termasuk Abdullah Badawi, telah ‘terkapai-kapai mengayuh biduk kecil dalam gelombang besar’ Mahathir dan Anwar.
Kalau Abdullah Badawi hanya berharapkan biduk kecil dengan dayung pendek dan tidak bergantung kepada Allah, tentulah dia telah tenggelam dalam gelombang itu dan terbenam seperti seketul batu ke dasar laut.
Pada masa Abdullah Badawi berkedudukan Menteri Pelajaran dan kemudian Menteri Pertahanan, aku tidak pernah melawatnya, tetapi pada masa dia disingkirkan oleh rakannya sendiri, Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain, aku selalu mengunjungi beliau, di pejabat perniagaan keluarga isterinya, di Bangunan Pernas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
ANAK DAGANG
Setiap kali kami bertemu, kami tidak bercakap banyak mengenai hal ehwal politik. Kami bercakap mengenai agama Islam, keluarga dan perkara yang bersifat persahabatan cuma.
Pada masa Abdullah Badawi tersisih dari rakan-rakan seperjuangannya, terlalu ramai orang-orang korporat yang ibarat ’ keluang menanti buah bacang masak’, sentiasa memuja dan menyanjung Anwar Ibrahim sebagai ’Pak Sheikh’. Mereka telah ’menjerkah’ dan kalau boleh hendak menerjah Abdullah Badawi jauh ke belakang. Biar beliau menjadi ’anak dagang’ dalam arena politik tanahairnya sendiri, seperti pantun Melayu:
kajang tuan kajang berlipat,
kajang saya mengkuang layu,
dagang tuan dagang bertempat,
dagang saya menumpang lalu.
Pada masa itu hampir semua rakan Anwar dari Malay College Kuala Kangsar, dalam ABIM dan UMNO Negeri Pulau Pinang, kelompok Melayu Madani yang telah lahir bersama Muhammad bin Haji Mohd. Taib, di Shah Allam, telah memandang Abdullah Badawi sebagai ’musuh politik Pak Sheikh’ dan dia mesti disingkirkan seperti Hang Tuah dibawah kuasa Sultan Melaka.
’....saya telah dijemput kemesyuarat yang diadakan oleh Dewan Perniagaan dan Perdagangan Melayu Malaysia (DPPMM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di pejabatnya, di Kompleks Damai.
Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa dewan itu dan beberapa orang yang tidak menjadi ahlinya telah dipengerusikan oleh Ketua Dewan itu, Datuk Izat Emir dan diapit oleh Dr Tajuddin Jali. Datuk Izat Emir telah mengumnumkan tujuannya, supaya Dewan tersebut mengadakan satu jamuan (jual meja) untuk meraikan dan membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia. Majlis itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di pinggir Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Dengan menggunakan idea Datuk Izat Emir, kad jemputan hendaklah dihantar kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Abdullah Badawi dengan meminta beliau membayar harga meja. Beliau juga ditetapkan akan duduk di dalam majlis bersama orang ramai dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan orang-orang yang diraikan duduk di atas pentas khas bersama Datuk Izat Emir, Dr Tajuddin Jali dan beberapa orang lagi.
Apabila majlis jamuan itu berlangsung, saya mendapat tahu Datuk Abdullah Badawi telah tidak hadir.’
Pada hari-hari mendung bagi Abdullah Badawi, beberapa orang politikus yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah bercakap denganku dalam coffee house, di sebuah hotel, di Jalan Raja Laut, Kuala Lujmpur. Seorang dari mereka telah berkata, ”kita kena singkir Dollah, kita sokong Pak Sheikh (Anwar)...”.
”Mengapa, ...kan dia tu orang lama dalam UMNO kalau dibandingkan dengan Pak Sheikh...?”Aku bertanya.
”Ia, lama, ...tapi dia tak ada penyokong, lemah...,”katanya.
”Ia, dia lemah, tak ada idea ..., tak macam Pak Sheikh,”kata yang seorang lagi.
”...terpulang, tapi saya mau kedua-duanya, ...mereka penting bagi Malaysia modern, ”kataku. Mereka ketawa kelat. Aku tahu mereka mengejek.
”...Dolah tak Islamic..., tapi Pak Sheikh pemimpin terkenal di kalangan belia Islam seluruh dunia,” kata seorang politikus muda dari Pulau Pinang.
”Pandangan politik saudara tak sama dengan saya, saudara orang baru dalam arena politik Malaysia, ... saya orang lama, ... saya kenal orang-orang politik di negara ini,”kataku.
”...maksud saudara?”Dia bertanya.
”Orang masyhur sahaja tak cukup untuk memimpin, ...mesti ada pegangan hidup, agama, sabar dan tidak ada sikap menjatuhkan orang lain,” jawabku.
”...betul, tapi itu pendapat saudara, kerana saudara penulis yang menyokong Dollah,” kata seorang lagi.
”...saya sokong Dollah dan sokong Anwar, tapi kalau Anwar hendak menjatukah Dollah, saya tak sokong Anwar...,”kataku pula.
SEORNG PENULIS
Semenjak hari itu, mereka dan beberapa orang penulis politik yang menyokong Anwar Ibrahim tidak lagi mesra denganku. Mereka telah menyifatkan aku seorang penulis ketinggalan zaman dan cetek pengetahuan politik.
’Sejak Anwar Ibrahim disintuklimau oleh Mahathir sebagai menteri kabinet kedudukan Abdullah Badawi menjadi sedikit cemas. Abdullah bimbang kerana stail politik Anwar berlainan dengan rentaknya.
Dia juga bimbang kerana Anwar juga datang dari Pulau Pinang. Ini bermakna Dollah akan terus menerus berentap dengan Anwar untuk menjadi tokoh yang dihormati bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh negara.
Dollah tidak gentar menghadapi Anwar. Walaupun Dollah tersingkir dari kabinet Mahathir namun dia masih dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden parti dan meraih jumlah undi kedua terbesar.Anwar hanya memperolehi kira-kira 1067 undi, Dollah 953 undi, Sanusi 750, Wan Mokhtar 735, Muhyiddin 582 dan Rahim Tamby Chik 452 undi.Kelebihan undi Anwar dari Pak Lah Cuma 114 undi sahaja- suatu jumlah bukanlah terlalu besar.
Apakah kelebihan Dollah yang tak ada pada Anwar? Dollah anak seorang ulama terkemuka di Utara.Datuknya, Haji Abdullah Fahim pernah jadi murid(?) guru Sekolah Arab Idrisiyah, Bukit Chanan Kuala Kangsar. Datuknya seangkatan dengan ulama Kelantan, Tok Kenali.Malah Tok Kenali dengan Tuan Haji Abdullah Fahim rakan seperjuangan dalam bidang pengajian Islam.Dollah juga mengikuti jejak langkah datuk dan ayahnya di bidang pengajian Islam bukan dipondok (di sekolah Daeratul Maariful Wataniyah, Kepala Batas, pada sebelah petang-mp) tetapi di universiti Malaya. Dengan kata lain, Dolah dilahir dan dibesarkan dalam keluarga ulama.’
Semenjak aku mengenali Abdullah Badawai pada zaman dia masih penuntut sekolah menengah High School Bukit Mertajam hingga pada masa dia telah berdiri sebagai menteri kabinet dan dijatuhkan ke bawah oleh Dr Mahathir Mohamad, kerana Perdana Menteri itu ’ sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’, dia adalah seorang yang sabar, tawakal dan tidak suka menyalahkan orang lain. Hanya, ”Allah ada,” katanya. Allah sahaja tempat dia bergantung.
HANG TUAH
Dalam keadaan Abdullah Badawi seperti bola yang telah disingkirkan oleh Dr Mahathir Mohamad ke tepi padang, aku telah menjangkakan, bahawa UMNO telah mengulangi reka-sejarah Hang Tuah dengan Sultan Melaka, ’mula sayang, mentatang, kemudian benci, menerajang’.
Aku berpendapat, dalam arena politik orang Melayu dan orang Islam berpolitik dan tindak tanduk seperti Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim mestilah dielakkan. Politik yang demikian merugikan negara dan rakyat.
Pada tahun 1987 aku telah menulis sebuah buku mengenai Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib, berjodol ’Perak di Bawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ramli Ngah Talib’ dan diterbitkan oleh syarikat Karya Bistari Sdn Berhad, syarikat rakan Anwar Ibrahim, iaitu Encik Fahim Haji Yaakob dan saudara-saudaranya.
Seminggu kemudian aku telah menyerahkan sebuah manuskrip buku tulisanku mengenai Anwar Ibrahim kepada pihak syarikat itu untuk diterbitkan. Dalam buku itu aku telah meramalkan Anwar Ibrahim tidak akan berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri melalui UMNO.
SIKAP GELOJOH
Pendapatku dalam buku itu sama dengan pendapat Ghazali Shafie – King Gaz - , pada masa dia memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dulu. Pada masa itu Anwar Ibrahim dengan para mahasiswa telah mengadakan demostrasi di Kuala Lumpur, iaitu sikap gelojoh Anwar Ibrahim tidak menolong dirinya naik sebagai pemimpin nombor satu sebaliknya kawannya sendiri akan menjatuhkannya.
’Barangkali pada masa akan datang watak-watak yang terkemuka di gelanggang politik mahasiswa seperti Anwar Ibrahim atau saudara Syed Hamid akan menerbitkan fikiran mereka di dalam oto-biography mereka. Di situ kita mungkin boleh mendapat tahu dengan lebih jelas lagi tentang kisah yang telah berlaku dari segi pemandangan khusus bagi tiap-tiap seorang itu.”
Apabila buku yang aku telah tulis itu siap ditaip-seting, Encik Fahim telah memberitahu kepadaku, bahawa buku itu mungkin tidak dapat diterbitkan kerana ramalanku tentang Anwar Ibrahim tidak betul. Dia telah meminta aku membuangkan beberapa para mengenai perkara tersebut. Tetapi aku tidak setuju dan aku meminta pulangkan manuskrip buku itu kepadaku. Encik Fahim meminta tangguh dalam seminggu, kemudian manuskrip buku akan dipulangkan kepadaku.
Sebaik-baik cukup tempoh seperti yang dijanjikan oleh Fahim, aku telah pergi kepejabatnya untuk mengambil manuskrip buku itu. Encik Fahim tidak ada di pejabatnya. Orang kanan Encik Fahim telah memberitahu kepadaku yang manuskrip buku itu telah dihantar ke pejabat Karangkraf.
Aku telah pergi ke pejabat Karangkraf, beberapa orang termasuk anggota sidang pengrang syarikat tersebut, Tuah Iskandar, telah mencari manuskrip buku itu, tetapi menuskrip itu dan semua salinan yang telah ditaip-seting telah hilang.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

Thursday, January 6, 2011

KUBUR MENANTI

MENITI ZAMAN DENGAN CICIT

Semenjak tahun 1050, iaitu setelah saya menghumbankan diri dalam lembah dunia penulis - berita, artikel, sajak, cerpen dan buku - buku; novel, politik, pengetahuan agama Islam, biografi, sejarah dan lain -, nama saya dikenali oleh kawan - kawan dan para pembaca, dari Sultan, Perdana menteri hingga kepada pekerja bandar , pekerja sawah dan penoreh getah. Kini pada usia lebih 76 tahun masih ada rakan - rakan.
Rakan ramai, Isteri dua, berpisah seorang. Anak 7 orang, semua lelaki. Menantu lebih ramai dari bilangan anak. Cucu lebih 16 orang.
Sesungguhnya, jika cucu saya - puteri kepada anak saya yang sulung, Khairul Anuar - , Fatimah Az Zazhara, melahirkan anak sulungnya pada hari ini, esok atau beberapa hari lagi, maka saya akan naik pangkat lagi, iaitu bergelar 'moyang' dan mempunyai 'cicit' pertama atau cicit sulung.

Paya di barat tebing berteluk,
Lurah mana ke atas selatan;
Saya ibarat sepohon pokok,
Bertuah, tidak rambutan jantan

Siapa kata peria tak pahit,
Cuba ambil buat kerabu,
Siapa kata saya tak baik,
Cuba ambil buat menantu.

Asah tajak bersama parang,
Ada keri* tidak berlanggu;
Usah diharapkan anak orang,
Awak sendiri kubur menunggu.

* Bukan Keris. Keri, tajak kecil untuk mencuci anak - anak rumput.

QURAN DAN HADIS







KEJADIAN MANUSIA DAN BERSITERI

Hai umat manusia, patuhlah kepada Penguasa – Allah – kalian yang menjadikan kalian dari satu diri – sejenis – dan dijadikan isterinya dari jenisnya (bangsa manusia) sendiri dan pekembang – biakkan dari kedua – duanya lelaki dan perempuan yang banyak. Patuhlah kepada Allah yang dengan – Nya, kalian satu sazma lain menuntut – hak – dan menjaga pertalian kasih saying di antara kalian; sesungguhnya Allah itu penjaga kalaian semua. – An Nisa:1
... maka kahwinlah – dengan – perempuan – perempuan yang kalian sukai – cintai - , dua dan tiga dan empat -, jika kalian khuatir tidak dapat berlaku adil – antara isteri – isteri itu – hendaklah – kahwin – seorang sahaja atau kepunyaan tangan kanan kalian, itu lebih hamper kepada kelurusan – tidak aniaya.
An Nisa:3

Nota:

Aya Quran, An Nisa:3, ada perbedaan yang dijadikan hokum di negara kita dengan amalan hukum di negara Islam dan umat Islam di seluruh dunia. Dalam Islam, lelaki yang berupaya dengan kekuatan tubuh, seks, ada pengetahuan dan ada harta yang banyak, boleh beristeri sampai Sembilan. Iaitu berpandu kepada ayat Quran di atas yang kata sendi ‘wa’ yang bererti ‘dan’, iaitu ‘ dua dan tiga dan empat, jadi: Sembilan.
Tetapi, oleh kerana beberapa negara lain termsuk Malaysia dan Nusantara yang mengamal dan mengikut hukum dan kaedah mazhab Imam Shafie rahmatullah alaih serta kata sendi ‘wa’ – ‘dan’ dijadikan ‘au’ – ‘atau’, maka, lelaki hanya dibelehkan mempunyai empat isteri sahaja. Jika lebih dianggap salah.

HADIS

BERPERANG PADA JALAN ALLAH

Seorang lelaki telah datang menghadap Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: Adakah orang yang berperang kerana mempertahankan kehormatan , berperang kerana keberanian dan ada yang berperang ingin dilihat orang (angkat nama), manakah di antaranya yang teremasuk berperang pada jalan Allah? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab – muktamad - : Sesiapa yang berperang untujk meninggikkan kalimah Allah – agama Islam, untuk menegakkan Negara Islam dan mempertahankan Negara Islam - , itulah yang berperang di jalan Allah. – Perawi: Abu Musa dan Imam Bukhari,

Wednesday, January 5, 2011

MENGENANG MASA SILAM



SURAT LAYANG
Menteri Besar Perak yang keenam, Dato’ Sri Wan Mohamed bin Haji Wan Teh dari Grik adalah bekas kerani Keretapi Tanah Melayu. Kemudian dia berpindah kerja ke dalam Jabatan Penerangan sebagai Pegawai Luar, di Grik. Pada masa itu dia telah menjadi rakan yang rapat denganku. Kemudian kerana dia bergiat dalam UMNO bahagian Grik, maka dia telah dipilih menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Setelah Ghazali Jawi mengundurkan diri dari kerusi Menteri Besar Negeri Perak pada 1977, maka dengan petunjuk pucuk pimpinan parti, maka Wan Mohamed telah dilantik oleh Sultan Perak untuk mengisi kekosongan kerusi itu. Sekali gus krisis antara UMNO Negeri itu dengan Sultan Idris Shah telah reda.
Oleh kerana Ghazali Jawi tokoh paling lama dalam UMNO Perak, iaitu semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, maka dalam rundingan dengan UMNO negeri, dia berperanan sebagai penasihat tidak rasmi kepada Wan Mohamed. Semua perkara-perkara besar yang hendak dilaksanakan oleh Wan Mohamed hendaklah mendapat nasihat dari Ghazali Jawi lebih dahulu.
Wan Mohamed telah mengikut keputusan rundingan itu. Di antara beberapa perkara yang mesti mendapat nasihat Ghazali Jawi, ialah berhubungan dengan meluluskan semua permohonan atas tanah komersial (untuk perumahan dan perindustrian) kerajaan negeri oleh syarikat-syarikat, hendaklah mendapat nasihat Ghazali Jawi sebelum diluluskan.
SURAT KHABAR
Satu contoh, Raja Ahmad Zainuddin (telah menjadi ahli Dewan Rakyat dan kini ahli Dewan Negeri Perak) dan Norlian binti Haji Muslim (pemberita BERNAMA) dan Zabedi Haji Salleh bekas pemberita surat khabar WATAN, dengan menggunakan syarikat mereka telah memohon sebidang tanah komersial (perumahan) Kerajaan Negeri Perak , kira-kira 28 ekar, dalam Bandar Ipoh.
Apabila Ghazali Jawi mendapat tahu akan permohonan itu tidak ada namaku, maka dia telah menasihat Wan Mohamed supaya memsukkan namaku sebelum permohonan itu dibawa ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) Negeri Perak. Kira-kira jam 11.00 malam Zabedi Haji Salleh dan Raja Ahmad telah datang ke rumahku dan memberitahu yang mereka telah memasukkan namaku dan syarikat mereka dan meminta aku menandatangani beberapa borang syarikat mereka.
Wan Mohamed juga sering berbincangkan denganku mengenai sesuatu isu, kerana dia telah mengetahui aku mempunyai perhubungan dengan ramai penduduk-penduduk luar bandar di Negeri Perak.
Di antara perkara-perkara yang kami telah berbincang, ialah:
1 - Masalah pelajaran agama Islam di kalangan pemuda-pemudi di luar bandar. Cara untuk mengatasinya, Kerajaan Negeri Perak patut memberi bantuan kewangan dan sebagainya kepada semua sekolah agama (rakyat).
2 - Menguatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam dalam dan luar bandar untuk menangkis fahaman komunis dan beberapa fahaman lain yang berlawanan dengan Islam. Pendekatan yang patut dibuat, ialah Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak hendaklah mempergiatkan dakwah Islamiyah, majlis ilmu Islam dan sebagainya.
3- Pengagihan habuan oleh kerajaan kepada rakyat hendaklah diberi secara saksama dan tidak wujud sikap pilih kasih.
4 - Pulihkan semula hubungan antara UMNO dengan Institusi Istana Perak, kerana kalau tidak dipulihkan, banyak masalah tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa perkara menurut Perlembagaan Negeri, Sultan mempunyai kuasa, seperti hal ehwal agama Islam dan tanah kerajaan negeri (state land).
5 – Untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar, kerajaan negeri mengadakan peluang bagi rakyat mendapatkan tanah untuk tujuan pertanian dan sebagainya.
6 - Untuk menjamin jumlah undi orang Melayu dalam Bandar Ipoh, seperti kawasan Mengelembu, Palim, Pasir Putih dan beberapa kawasan lagi, kerajaan negeri hendaklah mengadakan peluang kepada orang-orang Melayu tinggal di sana, seperti memberi kawasan tapak-tapak rumah kepada mereka.
Wan Mohamed telah menerima idea-ideaku dalam perbincangan antara aku dengannya itu. Ada beberapa perkara telah dijalankan oleh pihak-pihak kerajaan negeri dengan arahannya.
KETUA EKSEKUTIF
Pada tahun pertama hingga awal tahun ketiga Wan Mohamed memegang jawatan Menteri Besar Perak, dia telah diterima oleh Sultan Idris sebagai seorang Ketua Eksekutif yang boleh dibawa berunding.Tetapi setelah masuk pada tahun seterusnya sehingga tahun 1982 telah berlaku pula krisis antara Sultan dengannya.
Krisis itu yang ibarat ’parut berdarah semula’ telah menjadikan institusi istana tidak besefahaman dengan institusi politik, iaitu UMNO Negeri Perak. Keadaan itu telah berlaku akibat dari Wan Mohamed dikatakan lebih banyak menjalankan kuasanya sendiri sebagai Ketua Eksekutif Negeri Perak dan tidak berunding atau tidak meminta fikiran Sultan Idris Shah terlebih dahulu.
Hampir setiap hari Sultan Idris telah berunding denganku dan meminta nasihat dariku mengenai keadaan politik di negeri Perak, bahkan ada hari-harinya sampai tiga kali kami berunding mengenai ’Sultan dengan Perlembagaan negeri dan Menteri Besar dengan kuasa politik’.
Sepanjang masa krisis dengan Wang Mohamed, Baginda lebih kerap berunding denganku berbading dengan kalangan Orang Besar-Besar Negeri Perak. Aku mengakui pada masa itu, hanya Sultan Idris Shah seorang Sultan atau Raja Memerintah yang bersikap tegas menghadapi masalah negeri Baginda. Ketegasan itu disebabkan keintelektualan Baginda, mempunyai kefahaman Baginda dalam bidang sains politik, pentadbiran dan sikap mementingkan rakyat jelata.
KAYU BALAK
Di antara yang telah ditimbulkan oleh Sultan Idris yang menyebabkan Baginda tidak memberi kerjasama dengan Menteri Besar, Wan Mohamed, di antaranya,ialah:
* Menteri Besar telah mempertikaikan keputusan Sultan Idris Shah melantik seorang ulama tokoh PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Abdul Samad Noh menduduki kerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.
* Amalan tidak saksama dalam pembahagian kawasan tanah komersial kepada syarikat-syarikat milik orang Melayu dan bukan Melayu.
* Pengagihan kawasan kayu balak diamalkan secara tidak saksama, ada syarikat yang mendapat dua tiga kawasan kayu balak dan banyak pula yang hampa kerana tidak mendapatnya, walaupun satu kawasan.
* Beberapa orang dari Orang-Orang Besar Negeri Perak mempengaruhi Sultan Idris Shah, iaitu semenjak Menteri Besar Pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, semua Menteri Besar dari keturunan orang Melayu Pattani. Ghazali Jawi, Ahmad bin Said, Haji Kamaruddin Haji Mat Isa dan Wan Mohammed bin Haji Wan Teh adalah keturunan orang Pattani.
Sesungguhnya aku telah menaruh perhatian yang mendalam kepada Dr Mahathir Mohamad setelah aku membaca suratnya kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kandungan surat itu sebagai intipati dari bukunya Malay Dilemma atau Dilema Melayu yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia semenjak Tunku Abdul Rahman hingga kepada Perdana Menteri, Hussein Onn.
Walaupun kalangan ahli-ahli UMNO dan seluruh rakyat negara ini menyifatkan surat tersebut sebagai surat layang, tetapi sebenarnya surat itu tidak bersifat demikian. Surat itu dari seorang yang amat menghormati Tunku Abdul Rahman dan dengan ikhlas memberi nasihat, tetapi telah dijadikan alat untuk merenggangkan antara Dr Mahathir Mohammad dengan Tunku Abdul Rahman.
Allahyarham Haji Sulaiman Palestin dan Abdul Aziz Ahmad (Pustaka Antara) telah memberitahu kepada aku, bahawa surat itu, bukanlah surat terbang seperti yang sangkakan oleh orang ramai. Surat tersebut telah dikirimkan oleh Dr Mahathir Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman ke Jabatan Perdana Menteri, tetapi seorang pegawai kepada Perdana Menteri (bukan Melayu) telah membuka surat itu dan tidak diserahkan kepada Tunku Abdul Rahman.
MENYALIN SURAT
Menurut Haji Sulaiman dan Abdul Aziz Ahmad, pegawai itu dengan kerjasama dua orang Melayu, telah menyalinkan surat itu dengan menggunakan mesin cyclostyle dan mereka telah menyebar surat–surat itu kepada orang ramai. Setelah surat itu disebarkan sebagai surat layang, maka berlakulah clash antara Tunku Abdul Rahman dengan Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau dipecat dari UMNO.
Hingga pada waktu aku menulis buku ini, aku masih yakin, sekiranya selepas Hussein Onn orang lain dari Dr Mahathir Mohamad telah menajadi Perdana Menteri, tentulah Malaysia tidak berubah seperti yang wujud sekarang.
Perubahan yang mengkagumkan itu disebabkan seperti pendapat pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Jaafar Abdul Rahim, bahawa Dr Mahathir Mohamad salah seorang dari beribu-ribu orang dalam dunia ini yang memiliki fikiran ’gila-gila’.
Orang yang memiliki fikiran ’gila-gila’, biasanya mencapai kejayaan dalam apa jua kerjanya yang luar biasa dan tidak terfikir oleh orang lain, sekiranya dia mempunyai kuasa dalam kerajaan, wang yang banyak dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pegawai kerajaan.
Aku tertarik hati kepada banyak tulisan Dr Mahathir Mohamad, di antara banyak tulisannya, adalah seperti di bawah ini:
’Perubahan minat orang Melayu terhadap politik telah memeranjatkan orang lain bukan sahaja kerana hebatnya penglibatan mereka tetapi juga kerana perubahan tersebut kekal. Walaupun objektif asal mereka telah tercapai namun orang Melayu masih terus berkecimpung dan aktif dalam politik. Parti-parti politik telah menjalar ke seluruh kampung-kampung Melayu hingga ke kawasan pendalaman di mana orang- orang Melayu yang tidak kenal huruf mengadakan perjumpaan, memilih jawatan-jawatan dalam parti, menubuhkan cawangan-cawangan yang menjadi tenaga penggerak kepada jentera politik kebangsaan. Dalam keadaan ini orang Melayu juga dapat mengenepikan kesetiaan utama mereka kepada negeri masing-masing dan telah memberikan taat setia mereka kepada negara yang baru ditubuhkan, sedangkan pada suatu masa dahulu mereka tidak sedar akan adanya konsep ’negara’ itu. Pilihanraya yang boleh dikatakan tidak difikirkan langsuang kira-kira satu dekad yang lalu, bukan sahaja telah diterima tetapi juga telah diamalkan dan dijalankan dengan penuh semangat oleh setiap orang Melayu. Pendek kata, perubahan sikap orang Melayu terhadap politik begitu radikal dan menyeluruh.’
Apabila Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, aku telah mengirim surat tahniah kepada beliau. Dalam surat itu aku telah menyelitkan sedikit pandangan (idea)ku kepada beliau. Aku juga telah menjangkakan dalam surat itu, iaitu Dr Mahathir Mohamad akan memimpin negara ini seperti seorang doktor bedah yang menghadapi pesakit. Kalau mana-mana anggota pesakit itu patah, dia akan memotong anggota pesakit itu dan kalau pesakit itu bengkak dan bernanah, dia akan membedahnya.
Dr Mhathir Mohamad telah menjawab suratku pada 28 Mei, 1981. Surat beliau itu telah seperti berikut:
’Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana ucapan tahniah yang agak terawal dan juga pandangan yang diberi’.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS



BERJIHAD

Orang – orang yang berjihad – berjuang – pada urusan Kami (menegakkan kebenaran dan mempertahankian Negara Allah – Negara Islam - , nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan Kami – paling baik dan mendapat keredaan - , dan sesaungguhnya Allah itu bersama mereka yang berbuat kebaikan.
– Al Ankabut: 69



HADIS

TIDUR BERWUDU’

Nabi Muhammad s.a.w. telah menasihatkan umat Islam: Jika anda masuk ke tempat tidur anda untuk tidur - pada aktu malam – hendaklah berwudu’ saweperti wudu’ untuk solat, kemudian tidurlah di atas lambung kanan anda.
– Perawi: Abu Daud



----------------------------------------------------


MENDAPAT KEREDAAN ALLAH

Sesiapa dari umat Islam , lelaki dan perempuan, yang berhajat mendapat keredaan Allah,
hendaklah mengamalkan perkara - perkara berikut ini:
1 - Sentiasa mengingati Allah dan taqwa.
2 - Kasaing sayang seama umat Islam dan manusia.
3 - Melakukan segala kerja atau usaha kerana Allah.
4 - Dermalah pada setiap hari kepada masjid, pada jalan Allah, anak yatim, orang fakir
dan orang Islam yang mengembarakerana Allah.
5 - Tidak memandang rendah kepada orang lain dan tidak menghina.
6 - Makan dengan memulakan 'basamalah dan makan makanan yang halal.
7 - Jawab salam dari seseorang walaupun orang itu anda tidak kenal.
8 - Tidab bercakapo bohong.
9 - Tidak mencerca seseorang walaupun musuh sendiri.
10- Amanah dan akhlak mulia.



Monday, January 3, 2011

QURAN

HUKUK DARI ALLAH

Katakan (hai Muhammad s.a.w.): Adalah kedatangan Quran itu semata – mata dengan limpah kurniaan Allah dan kasiah sayang – Nya, maka dengan isi kandungan Quran itu hendaknya mereka bersuka cita (bukan dengan cara lain atau mengenepikannya) kerana lebih baik daripada apa yang mereka himpun (atau kanunkan) dari segala yang tidak kekal.
Katakan (hai Muhammad s.a.w. yang mengadakan sesuatu hukum): Sudahkan kalian nampak akan baik buruknhya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaatkan kalian itu sdhingga dapat kalian jadikan sebahagian daripadanya haram (salah di segi kebangsaan, adat resam dan budaya manusia) dan sebahagian l;agi halal? Katakan lagi: Adakah Allah izinkan kalian berbuat demikian, atau kalian hanya mengada – mengada – ngada secara dusta terhadap Allah?
Dan apakah sangkaan orang yag mengada – ngadakan kata – kata dusta terhadap Allah (tidakkah mereka akan diazab) pada hari kiamat. Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurniaan kepada umat manusia (meliputi rtezeki dan hukum – hukum) tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. – Ynus: 58 - 60

---------------------------------------------------------


MASJID DIREDAI ALLAH

Pada zaman pemerintahan Rasul Allah Muhammad s.a.w. di Madinah, Allah memerintahkan Junjungan agar meruntuhkan sebuah masjid, iaitu Dirar (lihat surah At Taubah:107, 108) yang didirikan oleh orang - orang Yahudi, kira - kira 1 kilometer dari masjid Quba yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabat dan kaum Ansar. Pembinaan masjid Dirar tersebut adalah dengan dengan arahan pemimpin umat Yahudi di Sham, Abu Musa.
Tahukah, dalam sejarah Malaysia, sejak merdekan pada tahun 1957 hingga kini, kebanyakan masjid dibina wang negarea dan negeri yang bercampur dengan wang loteri kebajikan masyarakat, hasil perjudian, perniagaan jenis haram termasuk arak dan babi.
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman ada berkata, bahawa halal wang loteri digunakan untuk bina masjid.
Sampai pada masa ini kita belum menerima fatwa dari Majlis Mufti negara ini.