Friday, January 7, 2011

KRISI


SULTAN DAN MENTERI BESAR SELANGOR

Bertegang memburuk demokrasi, berlembut maruah manusia

Oleh: Mokhtar Petah

Krisis antara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubungan dengan pelantikan ke ats Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan Negeri tersebut telah menjadikan negeri ternama itu berulang kepada krisis antara istana dengan para politikus pada akhir tahun 1991.
Krisis yang betegang memburukkan demokrasi, boleh mencari jalan agar belrembut adalah maruah manusia yang berpengetahuan dan berakal.
Saya melihat perlentikan itu ada sedikit kurang mesra, walaupun betul pada Undang – Undang Tubuh Negeri Selangor, peruntukan fasal (1) dan 2 (a) Perkara 2.
BERBINCANG
Jika menimbang pada keadilan dan kemesraan, sepatutunya Sultan Selangor memanggil Menteri Besar Istana menghadap baginda dan berbincang sebelum melantik Haji Mohammed Khusrin, kerana Menteri Besar mewakili rakyat.
Saya meneliti kenyataan akhbar oleh Setiusaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mohamad Munir Bani, ternyata bagi yang berakal dan hormatkan keadilan bneraja, bahawa ia bukan titah diraja, hanya suara orang biasa, maka tiada daulat sedikit pun.
Percakapan Haji Mohamad Munir kepada para wartawan, bahawa dia tidak menyebelahi mana – mana parti politik, memang boleh diterima, tetapi semua rakyat Selangoir yang berpengetahuan dan bijak mengetahui; pada masa Selangor di bawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau amat rapat dengan Menteri Besar, Dato’ Sri Mohd. Khir Toyo.
GAJAH
Biasanya gajah tidak pernah berbisik dengan pelanduk atau kancil, tetapi gajah dengan gajah jua, kerana gajah boleh membinasakan sebahagian dari rimba raya.
Sekarang pihak Sultan menganggap perlatinkan Setis Uaha kerajaan Negeri Selangor itu telah selesai, tetapi pihak Menteri Besar menganggapnya belum selesai. Maka, jika tidak mencari jalan keluar antara Sultan dengan Mentgeri besar, maka krisis tersebut terus menerus hingga yang kalan jadi habu dana yang menang jadi arang.
Saya tidak membincangkan perkara krisis sekarang, hanaya berharap Sultan Selangor dan Menteri besarnya mencari jalan keluar yang adil dan saksama, laksana menarik benang dalam tepung; benang tidak putus, tepung tidak berserak.
RAKYAT
Sultan di sesebuah negeri yang ada umat Islam, adalah seperti khalifah tanggungjawabnya, maka saya kira Sultan Selangor akan dapat menghayati ayat Quran berikut ini:
Hai Daud - Nabi Daud alaihis salam - ! Sesungguhnya Kami - Allah – telah melkantik anda sebagai khlifah – menjalankan kekuasaan pemerintahan atau kerajaan – di muka bumi ini, oleh drmikian, putuskanlah perkaara – hal ehwal – di antara para manusia dengan kebenaran dan janganlah anda mengikut kemahuan – nafsu-, nanti anda akan disesatkan dari jalan Allah. Sesungguhnya orang – orang yang tersesat dari jalan Allah itu, akan perolehi – ditimpa – siksaan yang amat keras, disebabkan mereka melupakan perhitungan. – Shad: 26
Krisis antara Sultan dengan pihak kerajaan Pakatan Rakyat – PKR – akan menjadi tanda tanya rakyat – ada sebilangan rakyat menyokong Sultan dan sebilangan lagi menyokong Menteri Besar dan kerajaan Pakatan Rakyat – PKR, maka dikhuatirkan keburukan lebih banyak dari kebaikan.
Saya mengingatkan kembali kepada orang ramai di Selangor akan krisis antara Sultan Selangor dengan UMNO negeri tersebut pada tahun 1991, iaitu:
Kerajaan Negeri Seklangor telah mengambil tindakan yang berlaskan sebab – sebab yang menasabah menolak permohonanb Sultan bagi mendapatkan wang berjumlah RM20 juta untuk mengubasuaikan istana Alam Shah, Klang.
Alasan - alasan yang menesabah itu ialah kerana Selangor kekuarangan wang bagi membiayai ubahsuai istana sebanhyak itu kerana pembangunan rakyat, pembinaan masjid dan sekolah agama perlu dilaksanakan.
Alasan yang kedua ialkah pengubahsuai istana itu telah pun dilakukan tahun lalu dengan biaya sebanya RM9 juta.
Alasan ketiga, iaitu septutnya kerja – kerja ubahsuai istana dibuat oleh Lembaga Tender Negeri Selangor yang terletak di bawah Jabatan Kerjaraya negeri, tetapi dalam permohonan Sultan Selangor itu ditunjukkan ubah suai istana itu akan dilakukan oleh sebuah syarikat miloik orang – orang Cina. (Mokhtar Petah, Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, 1993, Kuala Lumpur, Art Media, hln.103).
Krisis antara Raja – Raja memerintah dengan para politikus yang memerintah teolah berlaku pada zaman Fira’un, Rom Tua, Rakyat Indonesia menggulingkan kuasa Raja di negeri – negeri dan mengistiharkan penubuhan Republik Indoseia - 1945 dan Farsi – akhirnya Sha Radha Pahlawi digulingkan oleh umat Islam dan ditunbuhkan Pemerintah Republik Islam Iran – 1977 – 78.
KEPIMPINAN
Di semenanjung Tanah Melayu, telah berlaku krisis antara Raja – Raja dengan para politikus, ialah pada tahung 1950, antara Raja – Raja Melayu dengan Dato’ Onn Jaafar dan 1951 antara Sultan Kedah dengan Tunku Abdul Rahman setelah Tunku mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato Onn.
Krisis terbesar antara Raja – Raja Melayu dengan rakyat jelata, apabila Raja – Raja Melayu ’tunduk’ kepada penjajah Inggeris untuk menandatangai gagasan Malayann Union.
Kemudian berlaku Krisis antara Sultan Perak , Sultan Idris Shah dengan Menteri besar, Tan Sri HAJI Mohd. Ghazali Jawi, krisis antara Sultan Selangor dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Taib kerana puterinya, janda, Engku Yah berkahwin dengan Muhammad Taib tanpa persetujua baginda.
PERLEMBAGAAN
Berlaku juga krisis antara Sultan Johor dengan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kemudian Sultan Johor dengan pihak Kerjaan Pusat pimpinan Dr. Mahathir Mohammad yang mengakibatkan penghapusan kekebalan Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel 181 (2), dan artikel 38 (4).
Ktrisis antara Raja -Raja Melayu dengan para politikus yang memerintah, telah mengingatkan saya kepada ucapan Raja Azlan Shah – belum menjadi Sultan Perak dan masiah Ketua Hakim Negara – , mengenai kedudukan raja – raja di seluruh dunia, iaitu:
’Di negara kita, takhta masiah kekal sebagai suatu simbol lambang perpaduan, sebagai punca dan tongkat keadilan, sebagai tempat memohon kasihan belas dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang – bintang kehormat.
Sejarah telah menunjukkan bahawa di setengah – setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan dimuzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini trelah turun sagtu demi satu – kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini – pada dekad kelapan abad ke dua puluh – hanya terdapat seban yak 40 buah takhta sahaja.
Tskhta Merak Kayangan di Iran – Farsi – telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takahta, kononnya takahta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takahta yang dialih dari istana ke mezium sejarah adalah hasil dari salah nasihat yang diberi oleh penasihat –m penasihagt istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakayat. Sebenarnya penasihat - penasihat istana ini terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau berapa banyak sekaliku askar, polis rahisa dan pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satupun tidak mengatasi kehendak dan aspirasia rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil dan peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.’
Pada hari ini krisis di Selanbgor belum selesai, kerajaan kini dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan Barisan Nasional, maka Sultan Selangor haruslah berfikir dengan berpandukan ayat Quran di atas dan merenung rakyat jelata dengan hati di bawah petunjuk Allah.
Ampun Tuanku, patik bukan orang dalam mana – mana parti politik, saya, hanya penulis. Saya raya bertanggungjawa memberi pandangan kepada Tuanku dan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Tak usah diikut Sultan Melaka,
Di tangannya ada hukum kuasa,
Pancung tak bertanya,
Kononnya – kalau benar ada,
- Hang Tuah dihukum bunuh,
Akhirnya Raja Melaka lari membetis,
Tinggal takhta,
Tinggal segala,
Di Kampar – Sumateri tempt belekor.
Habis. 1.43 petang.

No comments: