Wednesday, November 6, 2013

falsafah al quran

  1. FALSAFAH AL QURAN

    BERHIJRAH DAN BERJUANG

    Mereka (orang – orang) yang berhijrah )dari Makkah ke Madinah dan tempat – tempat lain (berhijrah dari menganut fahaman kebangsaan yang sempit – nasionalisme, kapitalisme dan lain) dan berjihad (brjuang) di jalan Allah (termsuk menegakkan Negara Islam) di bumi mereka) dengan harta dan diri mereka sendiri, adalah lebin tinggi darjat iman mereka di sisi Allah dan mereka adalah orng – orang yang mendapat kemenangan.
    – At Taubah:20

    Nota:
    Kita orang Melayu beragama Islam, sentiasa membohongi Allah, iaitu setiap kali menyambut hijrah rasul kita melaung ke langit zaman akan berhijrah; bermacam - macam hijrah. Sebenarnya kita berbohong.
    Rasul Allah, Muhammad s.a.w. berjuang menghapuskan fahaman atau dasar ketuanan Arab, peodalisme, kapitalisme dan segala polisi hidup yang belawanan dengan Islam, tetapi kebanyakan orang Melayu masih berjuang membela ketuanan Melayu, peodalisme, kapitalisme dan lain.
    Kalau tidak mahu jadi pembohong kepada Allah, brhijrah kepada Islam: beribadat cara Islam, kehidupan - sosial, politik, ekonomi dan lain cara Islam.
    Amalan menghalallak judi, arak dan segala yang ditegah Allah, adakah bukti kita teolah berhijrah.
    Sesungguhnya, kebanyakan kita - orang Melayu - , berbohong kepada Allah dan RasulNya, Muhammad al amin, sallallahu alaihi wa sallam.
    1Like ·  · Promote · 
  2. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam!
    Kita wajib berhati - hati dalam hidup ini, sebab pulut santan binasa; sebab mulut badan (dan tujuan perjuangan) binasa
    Allah dilupa jangan.
    mokhtarpetah -google
    1Like ·  · Promote · 
  3. PANTUN

    Sedap pulut santan binasa,
    Pekat hitam buang ke mana;
    Sebab mulut dibenci bangsa,
    Umat Islam pandang hina.
    1Like ·  · Promote · 
  4. BERITA

    Meskipun Tewas Najib Bangga Dengan Usaha Dan Semangat BN

    KUALA LUMPUR, 4 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bangga dengan usaha dan semangat dipamerkan calon Barisan Nasional (BN) dan jentera parti dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah, meskipun tewas.

    Perdana Menteri berkata kerja keras calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan jentera parti telah berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperoleh calon pembangkang.

    Keputusan pilihan raya kecil itu menyaksikan Ahmad Sohaimi yang memperoleh 10,985 undi, tewas kepada calon PAS Mohd Azam Abd Samat dengan majoriti 1,084. Mohd Azam mendapat 12,069 undi.

    Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Tan Sri Azizan Abdul Razak (Pas) menang kerusi DUN itu dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

    Justeru, Najib yang juga Pengerusi BN berharap usaha gigih yang dipamerkan itu dapat diteruskan tanpa ada yang berputus asa.

    “Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan, serta janganlah berputus asa. Sesungguhnya perjuangan kita tidak pernah selesai,” katanya menerusi laman Twitter dan Facebook beliau malam ini.*

    * Dari UMNO Online
    Like ·  · Promote · 

No comments: