Tuesday, November 9, 2010

SATU PENGEMBARAAN


TELANJANG


Satu pengembaraan 7 November 2010, bersama isteriku, dalam gerimis petang duka. Ku meniti bahu negeri tua, Pahang tempat lahir Mat Kilau, Meredah sungai Ular, telanjang, Ceherating dan Cendor, para warganya, berselimut kain pangjang lima, tutup kaki kepala terdedah, tutup kepala telanjang.

Kutegur bumi Kijal, pipinya pucat dicubit laut, menelan

jeritnya sendiri. Mundur - derita para warganya, kais pagi

makan pagi. Laksana menggigit tulang, darah sendiri

disangka dari tulang direbus lama atas api. Tanah luas

laksana lautan, namun kebanyakan para warga miskin,

derita, tulang kering membesi, selangka berserigang,

dada dan belakang telanjang.

Langit Paka kelabu, pucat. laksana daging dalam hujan,

awan jelaga pekat berpeluk asap minyak dan gas asli.

Api merah menjilat gas dara, telanjang. Menyala marak di

puncak menara, telanjang. Hasil kekayaan negara, sayang.

Rata – rata miskin menelan janji sejak mula merdeka.

Merayap di bumi Dungun. Masam wajahnya, bercuka,

sembunyi duka sebilangan warganya, sejak lama tidak

pernah betas dari kemiskinan. Hanya janji para pemimpin,

harapan telanjang. Cuit mesera pipi Tanjung Jara,

telanjang. Pulau Tenggol menari hiba dalam ombak lara,

telanjang. Biawak dan cengkadak, telanjang. Laksana para

gadis, Cina, India dan Melayu, 1 Malaysia, perut dan pusat,

telanjang

Di Rantau Abang, pepenyu janda menangis hiba, telanjang,

Telur seribu, telanjang, dipungut orang, simpatinya telanjang. Dalam laut kekasih duka, telanjang, kerana rakus insan tanpa budi. Basah pasir dik air mata penyu, meitik, menitik, sampai bila – bila. Hati segala senyu direngan bersama ke pantai Amerika, telanjang.

Marang, tupainya, telanjang, Pulau Kapas dan Pulau Gemia,

Keketam jantan betina, telanjang. Sesotong manja bersama kerang, telanjang. Udang bergalah panjang, telanjang. Betepuk sorak semua menteri dan jejuak mereka, semua jenis udang dan ketam, telanjang.

Berselimut senja Kuala Terengganu, telanjang, Dada jalan raya sesak nafas, telanjang, Laut mendakap Masjid Zaharah, telanjang. Wangi Pulau Duyung, Telanjang,

Kanak – kanak melinjan pantai, telanjang. Bila telah teruna dara, ibu bapa gembira lihat anak – anak, nipis ilmu Islam, pepuntung kaku dan lelutut, telanjang. Para dara manis berperut, berpusat, telanjang.

Kampung Cina dan pasar Payang, mewarnakan Melayu galak berniaga. Dari budu, keropok lekor hingga kian songkit, sutera dan barang tembaga.Berjejal gadis mentah berperut pusat, telanjang, Peniga kain duka memanjang,

Ramai gadis tak suka pakain. Cenderung amat, batang paha telanjang. “…masa ambo anak dara, ada pakaing …, so’mor tak telanjang,” kata janda penjual buah delima dari bumi Cina.

Dalam warong mee berlada dan ‘rumah kopi’ – coffee house ,

makanan di hidang – nasi dagang, nasi lemak lemak kelapa.

Nasi kerabu berlauk warna biru belaukan kekerang sengeh,

Telanjang. Para pelayan, gadis Melayu berpakaian molek,

kepala hitam, telanjang.


Berjenis ikan panggang atas api bara, telanjang. Dalam pinggangku, nasi putih, telanjng. Seorang gadis manis melangkah masuk, duduk di meja sebalah bersama adik kecilnya, telanjang. “Maaf, encik, adik saya ni, telanjen”.

“O, kaya sungguh Terengganu …,” madahku dilari angin petang, tgelanjang. Pada waktu mengembara pulang atas jalan raya di Paka, telanjhang, hatiku bersuara, “ … yang kaya negara, yang senang negeri, yang makmur ketuanan Melayu, Cina dan India.”



Para warga Terengganu di kampung dan desa pendalaman, mengulum telunjuk sendiri, telanjang. Ada gigi dengan gusi, telanjang. Ada gusi tanpa gigi, telanjang. Miskin, melarat dan sukar hidup tidak pernah lari dari mereka. Kerana mereka rakyat 1 Malaysia tidak pernah ketawa tanpa warta. Tidak penah wujud dalam tv, telanjang. – Mokhtar Petah.

No comments: