Sunday, August 22, 2010

KISAH DARI NOVEL

HATI SEORANG ISTERI

Bandaraya Amman, Jordan, dalam pelukan malam. Udara Bandaraya industri itu bercampur debu, bertiup galak dari selatan.Bandaraya itu masih luka rongga dadanya akibat perang Arab –Israel pada 1949, 1967, 1973.

Irama lagu Layali araha layali yang dinyanyikan oleh biduan Asi Al Mahali berkumandang di udara. Dr. Nur Azura dapat menikmati lagu itu yang terluah dari peti televisyen di rumah jirannya dan masuk ke biliknya melalu jendela biliknya yang ternganga..

Lagu merdu itu menjadikan rundu Dr.Nur Azura kepada suaminya bertambah parah. Lebih enam bulan mereka tidak bertemu. Enak bulan terasa bagaikan enam tahun bagi pasangan yang suami isteri yang berjauhan.

Pada malam itu, Dr. Nur Azura membiarkan air matanya tumpah atas bantalnya. Dibiarkan air matanya kering di pipinya. Hatinya masih didera oleh perasaan rindu kepada lelaki kesayangannya itu.

REDA BERJAUHAN

Dr Nur Azura sedng bertugas sebagai pensyarah hal ehwal Asia di sebuah universiti yang dibina di bandar raya itu pada tahun 1962. Tugasnya telah memisahkan dirinya dari suami tercintanya.Sebagai pensyarah ilmu pengetahuan, dia rela memikul tugas itu dengan penuh amanah.

Berpisah dengan suami amat perit bagi Dr. Nur Azura.Tetapi dia tidak berduka kerana selain dari tugas, suaminya telah reda berjauhan dengannya. Dia dan suaminya sama-sama memahami cita-cita dan perjuangan masing-masing sebagai anak jagat ini. Mereka sama-sama memperjuangkan kemanusiaan sejagat.

Dr. Nur Azura bangun dari baringnya atas katil. Dilabuhkan punggungnya atas kerusi rotan dekat katilnya. Perasaan resah dan rindu kepada suaminya menerjah fikirannya lagi. Rindu isteri kepada suami berbeza dengan rindu gadis kepada kekasihnya.

Gambar Profesor Hamidi yang terletak atas meja tulisnya direnung dengan penuh perasaan kasih sayang.

"Yang, Zura rindukan abang ..., bila abang nak datang...?" dia berbisik kepada gambar itu.

BIJI LADA SARAWAK

"Datanglah sayang, Zura need you, sayang ...," bisil Dr. Nur Azura kepada gambar suaminya.

Dua biji mata Dr. Nur Azura berpindah dari gambar suaminya ke cermin besar atas meja soleknya. Hujung jari telunjuk kanannya ditekan-tekan pada tahi lalat hidup sebesar biji lada Sarawak di bawah mata kirinya. Tahi lalat itu menambahkan ayu wajahnya.

Dr. Nur Azura senyum. Hujung jari telunjuk kanannya ditekan-tekan pada tahi lalat itu lagi.

Pada masa Dr.Nur Azura masih menuntut di universiti di London - mahasiswa tahun akhir dalam jurusan sains politik,mahasiswa Melayu yang berhati perutkan bumi Melayunya, bangsanya, Melayu, bahasa bangsanya, bahasa Melayu dan agama Islam, agama negaranya. Dia telah bertemu dengan pensyara yang sehati perut dengannya, Dr Hamidi.

AKU JATUH CINTA

Setelah Dr. Hamidi menjadi kekasih Nur Azura, diatelah menulis sebuah sajak memuji tahi lalatnya.

Tahi lalatmu,

Anugerah Tuhan,

Cahayanya laksana embun malam,

Butir mutiara didasar laut,

Mempesona hatiku,

Demi Tuhan,

Aku jatuh cinta kepadamu,

Sayang.

Semenjak mereka mendirikan rumah tangga, setiap kali Dr.Nur Azura berada di sisi suaminya, tahi lalat hidup itu sering ditekan-tekan mesra oleh suaminya dengan telunjuk tangan kanannya. Lahirlah dari mulutnya madah-madah indan memuji tahi lala itu.

MELAYU PASIRT SALAK

Pada malam itu, tahi lalat hidupnya bersamaDr. Nur Azura di Bandaraya Amman. Tahi lala sebutir itu jauh dari suaminya.Tidak kedengaran lagi kata-kta memuji tahi lalat itu dari suaminya. Hanya Dr.Nur Azura bersama tahi lalat hidup terapung-apung di permukaan lautan rindu.

Dr. Nur Azura keturunan orang Melayu PasirSalak yang terlibat dalam tragedi pembunuhan Residen British, J.W.W.Birch padatahun 1875. Nenek sebelah ibunya mengidap sakit untut hingga ke akhir hayatnya. Sementara datuk sebelah bapanya tidak boleh makan ikan tapah seperti kebanyakanorang Melayu dalam kawasan Pasir Salak,Parit dan BatangPadang. Mereka tidak bleh makan ikan tapah. Sejak zaman berzaman menjadi pantang larang kepada mereka.[1]

Selera Dr.Nur Azura, selera anak jati NegeriPerak juga. Buah durian, lempuk, tempoyak, gulai ikan dengan tempoyak. Pekasamikan air tawar. Jeruk maman bercampur nasi, menjadi kegemarannya.

Selama dua tahun Dr.Nur Azura tinggal diAmman, lebih tiga puluh kali dia memasak gulai tempoyak. Gulai tempoyak denganikan laut. Gulai tempoyak dengan mentimun campur udang. Gulai tempoyak buah tomato muda dengan sotong. Yang paling digemarnya, gulai ikan kembung dengan tempoyak.

BUKAN BUNUH DIRI

Dr. Nur Azura mencapai buku Al-jihad di atas meja tulisnya. Buku bertulisan Arab setebal lima ratus halaman itu, diselak-selak beberapa muka suratnya. Tulisan pada halaman bertajuk fisabilil lah, pengarang buku itu telah mengemukakan hujah tentang pejuang- pejuang Islam berani mati kerana umat Islam, negara dan agama Islam.

'Pejuang-pejuang berani mati, bukan bunuh diri, mereka berjihad pada jalan Allah, mempertahankan negara, umat dan agama Islam. Mereka bukan bunuh diri seperti anggapan orang-orang agama lain dari Islam,' tulis pengarang bukuitu.

'Umat Islam Palestin, Afghanistan, Iraq dan di negara-negara lain kuat iman. Mereka berani mati kerana Allah dan agama Islam,' tulisnya lagi.

'Orang Islam yang ipis iman seperti kulit bawang kering atau tidak beriman tidak berani mati kerana Allah, agama, Islam,umat Islam dan negara,' tulis pengrang itu selanjutnya.

'Penganut agama Kristian, Hindu dan agama-agama lain menganggap pejuang berani mati itu sebagai bunuh diri. Tetapi bagi penganut agama Isla yang kuat iman, tindakan berani mati itu adalah jihad pada jalan Allah. Jika pejuang berani matii tu terkorban, mati mereka adalah syahid,' tulisan pengarang itu menjadikan Dr.Nur Azura menggigil sejenak.

PERANG DAN PENJAJAHAN

'Mereka itu berjuang menuntut hak, membeladiri mereka, kerana bangsa mereka dibunuh, seksa, dirogol dan berbagai-bagaikekejaman lagi oleh orang Yahudi, Amerika, British,' tulis pengarang itu .

Seterusnya pengarang itu menulis, 'Umat Islamada hak menentang musuh mereka.Tetapi mereka dari pemimpin-pemimpin umat Islam yang enak-enak duduk dalam gedungPBB yang dingin, menggigil di bawah dagu Amereka dan British tidak melakukan sebarang tindakan menghalang kezaliman – pembunuhan, perang dan penjajahan.'

Tulisan pengarang buku itu telah menarikperhatian Dr. Nur Azura. Menjelma satu harapan dalam fikirannya, sebagai salahseorang anggota Organisasi Kemanusiaan Dunia Islam, akan menghantar sebuahmemorandum kepada OIC, UNO, ASEANdan ketua-ketua negara di seluruh dunia, supaya memikul tanggungjawabmenghapuskan kezaliman ke atas umat manusia oleh negara-negara kuasa besar.

Mereka yang beriman berhijrah[2]dan berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta dan diri mereka sendiri,adalah semulia-mulia darjat di sisi Allah dan mereka itu golongan yang mendapatkemenangan. [3] Dua biji mata Dr. Nur Azura tertumpu kepadafirman Tuhan pada satu muka surat lain.

KEKEJAMAN TERHADAP ORANG MELAYU

' Jangan kamu sekalian sangka, mereka yang terbunuh dalam (perang) padajalan Allah itu benar-benar mati, tidak, mereka itu hidup, di sisi Tuhan, mereka mendapat mendapat kemenangan,' [4]

"Umat Islam Arab, Afghanistan berjihad kerana Yahudi,Amerika, British ..., menjadi puncanya, umat Islam di Selatan Thailand kerana penjajah Siam sejak tahun 1275M telah melakukan kekejaman terhadap orang Melayu," Dr. Nur Azura mengingatkan kembali fakta sejarah Melayu Campa danempat wilayah Selatan Thailand.

"Ya Allah, Kaudorongkanlah hati pemimpin negaraku supayadia mencari ikhtiar menyelesaikan masalah umat Islam Selatan Thailand ..., mereka umat Islam ..., saudara kepada umat Islam di negaraku," Dr. Nur Azura menadah dua puntung tangannya kepada Tuhan.

Sambil meletakkan buku Fi sabilillah di atas meja tulisnya, Dr. Nur Azura merenung gambar suaminya di atas meja itu. Hatinya, hati seorang isteri amat merindui suainya. Dalam kerinduan begitu, dia berharap; .mudah-mudahan suaminya akan berjaya membantu umat Islam di Selatan Siam berjuang memebaskan bumi mereka..

Malam berkesot ke hujung. Bilik tidur Dr. Nur Azura dingin. Sepi. Dia terlena tanpa mimpi. Hanya bunyi dengkurnya mengocahkesepian biliknya.



*** ***




Malam tua. Sekitar kawasan Pinggiran Putera bermandi cahaya dari beratus lampu lampu jalan, taman danpadang rumput. Suasana sepi. Butir-butir embun manja pada dedaun segar.Profesor Hamidi masih menghadapi meja tulisnya. Komputer peribadi- notse book, dihadapannya seperti meminta rehat sejenak. Sebuah buku sejarah yang telah mencapai tujuh ratus halaman pada papan notes booknya masih belum selesai ditulisnya.


Tiba-tiba telefon bimbitnya memancarkan lampu isyarat.Pada waktu telefon itu dirapatkan ke telinga kanannya, suara parau basah meredah lubang telinganya. Panggilan dari salah seorang ketua gerila pembebasan Selatan Thailand..

" ...ha, ayah Cu, assalamu alaikum," sambut Profesor Hamidi.

"Waalaikum salam, ...ayah Cu cakap dari Golok ni ..., petang tadi oghan kitadah bunuh tiga oghang polis Siam..., dua lagi oghang Siam juga, tapi oghangbiasa...," suara lelaki parau dalam telefon.

"Alhamdulillah, dimo bunuh macam mana, ayah Cu?" Profesor Hamidi bertanya.

"...dengan bom buat sedighi..., macam mu ajartula...," jawab ayah Cu.

"Bagus, ayah Cu, kirim salam kepada kawan-kawan semua," pesanProfesor Hamidi.

"Ia, insya Allah," sambut ayah Cu.

"Kami duk nati mu maghilaaa ..., bila mu nak maghi sini?"Ayah Cu beranya.

"Ia, minggu akan datang, saya tengah tunggu bantuan...,duit...,"jawab Profesor Hamidi.

"Moleklaaa ...," sambut ayahCu.

"...saya datang ..., akan datang ikut Pulau Langkawi, adakerja di sana ...,"jelas Profesor Hamidi.

"Ha, tak apalaaa ..., oghang kita akan ambik di sana,"kata ayah Cu.

"Ia, selamat Republik Islam..., ayah Cu," Profesor Hamidi meninggikan suaranya.

"Allahu Akbar," pekik ayah Cu.

"...sesungguhnya Allah lakukan apa yang dikehendaki-Nya,ayah Cu," kata Profesor Hamidi.

"Allahu Akbar." Pekik ayah Cu.

"Allah tetap menolong kita jika kita menolong Allah...,yakni berjuang pada jalan Allah, ayah Cu...," Profesor Hamidi seperti memberi kuliah kepada para mahasiswa.

"Allahu Akbar," laung ayah Cu.

Ayah Cu pemimpin Pertubuhan Islam Selatan Thailand.Pertubuhan politiknya berideologikan Islam. Oleh kerana empat wilayah itu tidakada raja memerintah, maka mereka telah merancang untuk menjadikan empat wilayahitu Negara Republik Islam. Negara makmur dan mendapat keredaan Allah. Pertubuhan tersebut dan beberapa pertubuhan lagi telah mendapat sokongan darisebilangan umat Islam di seluruh dunia.

MEREKA BERANI MATI

Setelah membaca sebuah artikel dalam satu blog, Profesor Hamidi yakin; ada kemungkinan; pada masa terdekat ini, sebuahpemerintah buangan, 'Negara Republik Islam Pattani' akan ditubuhkan di sebuahnegara Islam.

'Sebilangan intelethual Islam Melayu Selatan Tailand dibeberapa buah negara luar sedang bekerja keras menubuhkan sebuah negarabuangan, Negara Islam Patani yang akan menekan Kerajaan Thai yang beratus tahunmenzalimi rakyat empat wilayah di selatan," tulisan dalam blog itu.

'Beribu-ribu mujahidindi selatan telah sedia menentangKerajaan Thai.Mereka berani mati dan amat yakin perjuangan mereka akan berjaya,'tambah blog itu lagi.

" ...insya Allahumat Islam berjaya ..., " bisik Profesor Hamidi.

Tiba-tiba Profesor Hamidi teringat akan madah isterinya,"...tak usah biarkan abang kesunyian ..., carilah teman yang sesuai, gadis yang baik, berpelajaran ..., bijak ..., ialahintelek..., Zura ikhlas, abang, Zura reda bermadu ..., abang."

" ... kalau abang kahwin, Zura dapat tumpang ..., dapat pahala ..., abang," kata Dr. Nur Azura.

MENGAKIBATKAN SAKIT GATAL

Profesor Hamidi teringat akan percakapan seorang gadis Melayu dengannya lama dulu, "Elleh..., lelaki, di mana-mana pun sama saja..., tak cukup seorang perempuan ..., nak kahwin ikut nabi konon ..."

"Kalau lelaki boleh kahwin lebih dari satu, mengapa perempuan tak boleh ada suami lain ..., banyak suami ...," kata gadis yang memiliki ijazah kejuruteraan dari sebuah univerriti di Australia itu.

"astaghafirullah al Azdim ...," bisik Profesor Hamidi. Senyum.

Profesor Hamidi tidak dapat menunaikan hajatisterinya. Hajat itu telah melampaui masa dan usianya. Tetapi sebagai orang mukmin, dia sedar, tiada seorang punyang terdaya menolak takdir Tuhan. Sesungguhnya Allah boleh melakukan apa yang dikehendki-Nya.[5]

" ... ia, hamba - Mu di bawah takdir- Mu, yaAllah, tapi hamba- Mu ni dah terlalu tua ...," bisik Profesor Hamidi kepada Tuhannya.

(Dipetik dari manuskrip novel, Air Mata Kering di Pipi,oleh: Mokhtar Petah).

[1] Dari cerita mulut orang tua-tua, kalau makan ikan tapah akan mengakibat sakit gatal, sengal-sengal

tulang atau berbagai penyakit ganjil.

[2] Mengikut Nabi Muhammad berhijrah ke Yasyrib (Madinah).

[3] At Taubah: 20.

[4] Ali Imran:169.

[5] Al Haj: 13.



No comments: