Sunday, December 21, 2008

MAWI

Mawi janji suami terbaik, Ekin sebak



PERSANDINGAN Mawi dan Ekin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.

Astro siar secara langsung pernikahan Raja SMS

JOHOR BAHRU: Pemenang anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian tiga kali berturut-turut, Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan Mawi, 27, selamat diijabkabulkan dengan Nora'Asikin Rahmat (Ekin), 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini pagi semalam.

Hanya sekali lafaz, penyanyi popular yang turut digelar Raja SMS itu sah bergelar suami selepas dinikahkan Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahat Mohd Said berserta mas kahwin RM22.50, tepat jam 11.45 pagi.

(Berita dan gambar ini dari Berita Harian on line 21 Disember 2008).

No comments: