Thursday, December 16, 2010

QURAN DAN HADIS




ALLAH LARANG BUNUH ANAK

Sesungguhnya, Tuhan – Allah – anda yang meluas – mengurniakan – rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki – Nya – menurut ketentuan atau peraturan – peraturan – Nya - , dan Dia – Allah – juga yang – berkuasa – menyempitkannya – rezeki – kepada hamba – hamba – Nya - . Sesungguhnya, Dia – Allah – Maha mendalam pengetahuan – Nya dan Maha Melihat akan hamba – hamba – Nya.
Dan jangan kalian membunuh – termasuk menggugur dari rahim ibu dan membuang pada waktu bayi – anak – anak kalian kerana takutkan kepapaan – tidak dapat menanggung makan dan minum dan lain – kepada mereka dan kepada kalian. Sesaungguhnya, perbuatan membunuh mereka, adalah satu kedalahan – dosa – yang besar.
– Al Israa’: 30, 31.


HADIS

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. , Ma’aqil bin Yasar telah berkata: Telah datang seorang lelaki – beragama Islam lagi mu’min - menghadapi Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: Sesungguhnya saya telah jatuh cinta kepada seorang perempuan – gadis – berketurunan mulia dan cantik tetapi dia tidak beranak – tidak mahu anak atau tidak boleh beranak kerana sebab – sebab tertentu - , apakah saya boleh menghawininya? Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Tidak boleh. Lelaki itu telah pergi dan kemudian datang lagi lalu bertanya sekali lagi, Junjungan tetap melarangnya – dari berikahwin dengan perempuan tersebut - . Lelaki itu telah pergi dan dia datang kali yang ketiga dan bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. masalah tersebut, maka Junjungan telah bersabda: Kahwinlah dengan wanita yang mencintai anda lagi berketurunan – boleh beranak – banyak, sesungguhnya saya bangga bersama anda.
– Perawi: Abu Daud dan Nassaee.
* Dari buku Hadis berbahasa Arab, Nailul Authar.

NOTA.
Hadis ini telah menentukan, bahasa seseorang lelaki tidak baik – terlarang – berkahwin dengan wanita yang tidak mahukan anak, mandul dan sebab – sebab lain, kerana Nabi Muhammad s.a.w. mahukan seseorang Islam itu berkahwin dan membanyakkan anaknya.
Kerana Hadis ini bersifat hukum, maka, tidak baik lelaki berkahwin dengan perempuan yang mengamalkan ubat perancang atau mengelak dari mendapat anak.
Perempuan yang tidak mahukan anak lenbih hina dari haiwan babi kerana haiwan tersebut mahukan anak banyak.

---------------------------------------------


MAKAN HARAM

Para pegawai dan kaki tangan kerajaan dan swasta, jika tidak berhati - hati, mereka paling mudah mendapat dan memakan rezeki haram pada setiap hari mereka bekerja, kerana:
1 - Melakukan rasuah atau makan suap
2 - Menjalankan pekerjaan tidak jujur.
3 - Menggunakan waktu bekerja untuk kepentingan diri sendiri, seperti
mengarang atau edit buiku untuk syarikat lain, menyulam pakaian dan
sebagainya.
4 - Makan di kantin atau di tempat lain pada waktu bekerja dalam pejabat.
5 - Membaca surat khabar pada waktu bekerja.
6 - Mengunakan telefon, faks, komputer, kamera dan lain milik kerajaan atau
swasta untuk kepentingan sendiri tanpa kebenaran.
7 - Menggunakan sarung sura belum di pakai dan lain untuk kepentingan diri.
8 - Memalsukan rsip atau bil dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri.

Wednesday, December 15, 2010

PERISTIWA

BELUM TIBA AJAL, KASIH KEMBANG HARUM
Beberapa orang jururawat berdiri di sisi saya. Mereka merfenung wajah saya. Tidak kelihatan pada wajah mereka bayang sedih atau duka. Mereka telah biasa dengasn orang – orang sakit serius dan orang – orang mati.
“ ... saya tak pernah sakit seriaus ..., sakit begini atau sakit lain...., lama benar saya tak masuk hospital ...., saya masuk pada tahun 1950, kerana sakit kudis buta,” kata saya.
“ Di hospital Kuala Kangsar ..., di hospital Butterworth,” kata saya lagi.
Doktor dan jururawat merenung saya sambil menahan senyuman. Saya menambah: “ ...masuk hospital Butterworth kerana demam ...”.
Mereka tidak berkata walaupun sepatah kata. Masing – masing melangkah pergi.
Sebelum persitiwa itu, iaitu pada petang semalam, 17 Julai 2010, kira – kira jam 3.00 – 4.20, saya dihantar oleh sebuah van ambulan ke Hospital Putrajaya. Isteri saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman duduk sedih merenung saya. Dia berwajah sedih. Duka. Dua telaga matasnya dibenak oleh air jernih. Air itu luruh atas pipinya. Tentulah dia menyangka saya akan mati tidak beberap minit atau beberapa jam lagi.
MERENUNG ISTERI
Menurut isteri saya, saya telah terjatuh dalam bilik air. Kulit kepala saya luka. Dia telahmelihat banyak darah atas lantai dan atas ketil tempat saya berbaring. Tetapi saya tidak sedar, bila saya terjatuh.
Kulit kepala saya sebelah kanan dijahittujuh jahitan.
Pada ketika saya atas katil hospital, saya membuka dua pelupuk mata saya dan merenung isteri saya. Hati saya berkata,”... sayang, kalau saya mati ..., saya bawa cinta saya ke syurga ...., tinggallah sayang dengan anak – anak kita, Petah Wazzan Iskandar Jauhari, Petah Shahrir Aidid dan Petah Ibnu Khaldoon.”
“ ... saya tidak ada di dunia ini, sayang kekalkan iman dan taqwa kepada Allah, jaga diri dengan akhlak mulia...,” suara hatiku seperti menerpa hati isteriku.
“Anak – anak ayah;
Khairul Anuar,
Noor Iskandar,
Saiful Alimin,
Akhdiat Miharja,
Petah wazzan Iskandar Johari,
Petah Shahrir Aidid,
Petah Ibnu Khaldoon,
jika ayah tidak ada di dunia ini,
kukuhkan kemanusian kalian,
taat dan taqwa kepada Allah,
kita berjumpa di syurga ..,” hati saya bersuara kepada anak – anak saya.
AIR JERNIH
Pada ketika itu saya terasa air mata saya mengalir, tetapi saya upaya menahannya. Seorang jururawat perempuan merenung wajah saya.
Saya merenung wajah isteri saya. Wajahnya muram. Sedih membungku dirinya. Dua telaga matanya digenang air jernih. Dikesat air itu dengan hujung jelabat – selendangnya.
“Sayang, cinta kita agung ...,” suara hati saya kepada isteri saya.
Wanita setia itu tidak mendengar suara hati saya. Dia hanya merenung dengan sedih kepapa wajah saya. Mungkin dia menyangka saya akan mati. Biasanya orang yang trjatuh dalam bilik air atau di mana kerana sakit jantung, tidsk lama hidup. Setidak – tidaknya dia akan tgerus kom atau lumpuh hingga ke akhir hayat.
“ Sayang, jika saya pergi ke alam lain, saya tidak ada lagi bersama saying, tidak adadi dunia ini lagi, yakinlah, cinta kita mulia ..., kekal ...,” hati saya bersuara kepada isteri saya.
‘ ... saya tidak ..., sayang tidak akan melarang sayang ..., sayang dapatkan pengganti saya ...,” suara hati saya seperti terluah kre mana – mana.
“ Tapi, jika sayang reda ..., tidak mencari ganti saya ...insya Allah, saya nanti sayang di syurga,” suara hati saya lembut amat.
Isteri saya memegang lengan saya dan kemudian mengusap dahi dan kepala saya dengan tangan kanannya. Wajahnya muram.

GELOMBANG DARAH
Pada ketika isteri saya meninggalkan saya. Dia keluar dari wad itu. Dia mahu pulang ke rumah sebentar. Anak – anak tiada di sisi. Hanya dua tiga oang jururwat wanita datang menemui saya. Ada yang memeriksa gelombang darah. Ada membetulkan alat penafasan saya.
Maha Kasihani Allah kepada saya. Dua lubang telinga saya dibuaikan dengan kalam – kalamnya, seolah – olah mengingatkan saya, bahawa pada detik – detik begitu, Allah dilupa jangban. Berdoa sentiasa kepada - Nya.
Pada petang itu, saya rasa sekitar wad itu dipenuhi para malaika, para jin Islam dan para wali Allah. Mereka melihat saya.
Setelah para doktor dan jururawat tiada di sisi saya, saya memejamkan sepasang mata saya. Fikiran saya – fikiran seorang penulis berjalan liga. Saya digtunda oleh perasaan mahu menulis. Manu menulis dengan computer. Mahu mencatata dengan pena.
KELILING KA’ABAH
Pada ketika saya memejamkan sepasang mata saya, tidak lena dan tidak bermimpi, Saya mengucapkan:"Asyahadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammad rasulullah." .
Saya mendengar makhluk berbisik dari arah penjuru wad di hujung kepala saya:"Mokhtar Petah ..., kamu belum mati.”
Saya diam. Hati sayab yakin saya tidak akan mati pada ketika itu. Mungkin esok, lusa atau beberapa minggu lagi saya akan mati.
“ Kau akan mati, tapi tidak pada hari ini ...,” suara itu putus.
“Al hamdulillah,” suara terluah dari dua ulas bibir saya yang kering. Pucat.
“Iza ja ajaluluhum la yasta'nisuna saatan ...,” suara itu melafazkan firman Allah dengan mengguna bahasa Quran.
Kau akan terus hidup,Terus menulis, kerana kain kapankau belum ditulis insan," suara itu lunak.
Pada ketika itu, saya terkenang kepada masa saya dan isteri saya di Makkah al mukarramah pada 1990 - Ramadan 1415 Hijrah lalu. Pada sebelah pagi saya mengambil seketul batu kira – kira 20 gram di kaki gunung Thur. Tujuan saya untuk membawa kembali batu itu ke Malaysia. Batu itu saya masukkan ke dalam boos jeket saya. Lepas sembahyang di masjidula haram da bertawaf di keleling kaabah, saya dan isgteri kembali ke biklik hotel tempat kami menginap.
DOA MUJARRAB
Kira jam 1.40 pagi saya telah bermimpi,sahabat Nabi Muhammad s.a.w., Abu Bakar as Siddiq dengan berpakaian serba putih, gtelah datang menemuji saya dan berkata:
“Anda telah mengambil batu tanah haram ini,” katanya dalam bahasa Arab.
Saya diam.
“Anda tidak boleh bawa balik batu itu ke negara anda, kerana Negara anda darul kufr – negara kufur ,” katanya lagi.
“Ia,” sahut saya.
“Saya gantikan kepada anda firman – firman Allah ..., doa – doa mujarrab ini untuk anda amalkan ...,” katanya.
Saya mengangguk dan berkata: “Naam, terima kasih, la haula wala quwwatailla billahil aliyul Azim, saya terima.”
Abu Bakar membaca firman – firman Allah yang bersifat doa itu.Sejenak kemudian, dia menghilang. Saya percaya mimpi saya itgu benar, kerana pada waktu saya akan tidur, air sembahyang masih ada pada badan saya dan saya membeca Al Fatihah sebelum tidur. Syaitan dan iblis tidak datang. Makhluk Allah yang dijdikan dari api itu takut membaca ayat – ayat Quran.
Pada waktu Subuh, saya dan isteri saya pergi beribadar di Masjidul haram. Sebaik – baik lepas sembahyang, saya berjabat salam dengan seorang tua Arab. Mungkin dia seorang muallim yang mursyid. Saya bertanya tentang dua tiga ayat Quran tersebut. Dia berkata kepada saya: “Ayat – ayat suci itu memang menjadi amalan dan doa para ulama di sini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.”
KAKI GUNUNG
Pada waktu pagi, setelah saya memaklumkan mimpi saya kepada isteri saya, dengan hati yang penuh harapan dan azam akan menghantar balik batu hitam itu ke kaki gunung Thur.Saya mencari dalam semua saku boos jeket saya, batu hitam itu telah tidak ada lagi.
“Sesunguhnya, Allah berkuasa atas segala – galanya ...,” hati saya mengaku.
Sebahagian dari ayat – ayat Quran yang berikan kepada saya itu, adalah seperti berikut:
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(ayat Quran)
Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Pnerima taubat lagi penyayang.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami senri dan jika Engkau tidak ampunkan kesalahan kami dan tidak Engkau mengasihi kami tentulah kami menjadi orang – orng yang rugi.
(ayat Quran)
Yang Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksaan neraka.
(ayat Quran)
Kami dengan dan kami ikut, kami mohon keampunan Engkau. Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat (kami) kembali.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat atas bahu – pundak – kami sebagaimana Engkau telah pikulkan atas bahu – pundak orang – orang yang sebelum kami, janganlah engkau pikulkan agtas bahu kami sesuatu yang ada kesanggupan kami. Maafkanlah kami dan ampunkanlah dosa kami dan kasihanilah kami. Engkau Penguasa kami, ampunilah kami dan kasihanilah kami. Engkau Penguasa kami, maka tolongolah kami melawan kaum yang kafir.
(ayat Quran)
Yang Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami, setelah Engkau tunjuki kami dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi – Mu kepada kami, sesungguhnya Engkau banyak pemberian – pemberi.
(ayat Quran)
Yang tuhanku, kurniailah aku zuriat yang baik dari sisi – Mu, Sesungguhnya Engka Maha Mendengar doa – permohonan.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang Engkau turunkan – Quran – dan kami ikut Rasul itu – Muhammad s.a.w. - , maka tulis – daftar – lah kami bersama orang – orang yang syahid – mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan pekerjaan kami yang melampau dan tetapkanlah telapak kaki kami (kekuatan hati kami) dan tolonglah kami (melawan) kaum – musuh - yang kafir.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, kami telah beriman (kepada Allah dan Rasul – Nya), oleh itu tulis – daftar – lah kami bersama orang – orang syahid (mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.).
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang zalim.
(ayat Quran)
Yang mencukupkan Aku, hanya Allah, tiada Tuhan melainkan Dia – Allah - , kepada – Nya aku bertwakal dan Dia Allah ‘arasy yang agung.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, kami telah bertawakal kepada Allah, yan Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami mendapat fitnah (cubaan aytau dugaan) dari kaum yang menginaiaya – kami.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, kami telah menganiayakan diri kani sendiri dan jika Engkau tyidak ampukan keselahan kami dan Engkau tidak mengsasihani kami, tentulah kami menjadi manusia – manusia yang rugi.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, ampunilah hamba dan dua ibu bapa hamba dan mereka yang beriman pada hari penetapan hisab – perhidutang.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisi – Mu dan sediakanlah untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan kami.
(ayat Quran)
Bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya hamba antara orang – orang yang aniaya.
(ayat Quran)
Ya Tuhan hamba, janganlah Engkau biarkan hamba seorang diri (tanpa anak) dan engkau sebaik – baik yang memwariskan.
(ayat Quran)
Ya Tuhan, aku berlindung dengan Kamu daripada was – was (bisikan) syaitan – syaitan.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, kami telah beriman – kepada Allah - oleh itu ampunilah – dosa – kami dan kasihanilah kami dan Engkau – adalah – yang sebaik – baik yang mengsihani.
(ayat Quran)
Yang Tuhan, ampunilah dan kasihanilah – aku - dan Engkau – adalah sebaik – baik yang mengasihani.
(ayat Quran)
Ya Tuhan kami, hindarkanlah kami dari siksa neraka. Sesungguhnya siksanya itu mesti menimpa (orang – orang yang kafir). Sesaungguhnya, neraka itu seburuk – buruk tempat menetap dan tempat mendiami – nya.
Saya telah memasukkan ayat – ayat Quran yang diberi oleh Sahabat Nabi Muhammad s.a.w., Abu Bakar as siddiq itu dalam buku tulisan saya, Falsafah Ibadat Umarah Dan Haji, di terbitkan dengan wang Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli bin Ngah Talib. Buku – buku itu dihadiahkan kepada orang – orang Islam di Negeri Perak yang berangkat menunai ibadat Umrah dan Haji pada 1990 - 1415 Hijrah.
(Dicabut dari manuskrip buku. Nota Kematian, oleh: Mokhtar Petah)

MENGENANG MASA SILAM

WARTAWAN DAN SULTAN



Semenjak tragedi 13 Mei 1969, wartawan-wartawan dalam kumpulan akhbar New Straits Times yang terdiri dari bukan orang Melayu telah enggan atau takut menulis berita-berita mengenai hal ehwal orang Melayu, seperti politik, kemasyarakan, agama Islam dan seumpamanya.
Hanry Paul telah meminta aku meliput dan menulis berita-berita berkenaan di seluruh Negeri Perak. Pada masa itu Samad Ismail bertanggungjawab sebagai Ketua Pengarang Berita Harian, A.Samad Said dan Semani Mohd.Amin di bahagian editorial.
Pada masa itu belum ada komputer dan internet. Semua berita-berita dikirim dari pejabat New Straits Times Ipoh ke pejabat The New Straits Times, di Kuala Lumpur dengan menggunakan teleprinter dari Telekom. Kerana waktu penggunaan itu diagihkan dengan Club Lumba Kuda Ipoh, maka waktu mengirim berita dihadkan, iaitu kira-kira sejam untuk The New Straits Times dan sejam lagi untuk digunakan oleh Kelab Lumba Kuda Ipoh.
Gambar –gambar yang perlu disiarkan segera, dikirim dengan teksi sewa khas dari Ipoh ke pejabat The New Straits Times, di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.
REPUBLIS INDONESIA
Setelah Indonesia – Malaysia mencantum semula seperti, ’biduk lalu kiambang bertaut’, aku tidak lagi mengirim berita-berita kepada Institusi Pengajian Tinggi, di Singapura. Hubunganku dengan pensyarah tersebut terputus begitu sahaja.
Hanya pada waktu aku menelefon kepada rakanku, Adam Malik, Wakil Presiden Republik Indonesia (1978 – 1983), di pejabat Presiden Republik Indonesia, di Jakarta, bulan Mei 1980 kerana membantu seorang peniaga yang bermasalah pembalakan, di Balik Papan, Indonesia, dia telah mengucap terima kasih kepadaku kerana aku telah membantu pihaknya.
Pada masa konfrantsi Republik Indonesia terhadap Malaysia, Adam Malik telah memegang jawatan Menteri Luar republik itu. Dia telah memegang jawatan Wakil Presiden menggantikan Sri Sultan Hamengkubuana yang telah memegang jawatan itu dari 1973 hingga 1978.
Walaupun aku tidak menyertai Persatuan Wartawan, tetapi pada masa itu, hampir semua wartawan akhbar berbagai bahasa, telah menerimaku sebagai ketua mereka, terutama dalam menjalankan tugas untuk mendapatkan berita dari pihak istana Sultan Perak, Kerajaan Negeri Perak, UMNO dan kalangan pemimpin orang Melayu.
DEWAN NEGERI
Mereka memandangku demikian, kerana akulah sahaja wartawan yang bergaul dengan Sultan Perak, kalangan istana, Menteri Besar, ahli-ahli Dewan Negeri dan Dewan Rakyat, pegawai-pgawai tinggi Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan golongan orang-orang politik dan para pemimpin masyarakat Melayu.
Misalnya, kalau mereka memerlukan kenyataan atau comment dan sebagainya dari Sultan Perak, Menteri besar dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, mereka terpaksa membuat temu janji dan seumpamanya, tetapi aku tidak demikian, aku terus mendailkan telefon atau terus mengadap Sultan di istana, Menteri Besar di pejabatnya atau di kediamannya.
Ada satu peristiwa kecil – beritanya menarik - , pada satu hari aku telah menerima panggilan melalui telefon dari seorang rakanku dan rakan Rashid Maidin, iaitu Allahyarham Shaharuddin,”...datang segera ke Gopeng, ...rumah mak Suri Nandih...,Rashid Maidin balik.”
Aku telah pergi ke rumah ibu Rashid Maidin, Allahyarhamha Suri binti Nandih, di Gunung Misah, Gopeng. Sebaik-baik sahaja aku tiba, aku jadi terpegun dan sedih kerana mak Suri Nandih telah meninggal dunia. Jenazah sedang terbujur di tengah rumahnya. Aku nampak, di antara orang-orang yang sedang membaca ayat-ayat Quran dekat jenazah itu, iaitu seorang lelaki telah berumur sedang membaca Quran di sisi mayat jenazah tersebut.
MEMBACA YASIN
Aku mulai cam lelaki itu, tetapi entah mengapa aku seperti terpukau melihatnya. Aku telah duduk dan membaca surah Yasin bersama orang-orang lelaki di situ yang jaraknya kira-kira lima meter dari lelaki itu. Apabila aku selesai membaca surat Yasin, aku mendapati lelaki itu telah tiada lagi di sisi jenazah itu. Sebaik-baik aku selesai membaca surah Yasin, aku bergegas turun turun dari rumah itu dan hatiku bertanya,”...diakah Rashid Maidin?”.
Sambil turun dari rumah itu aku merenung ke jalan raya yang jaraknya dari rumah itu kira-kira tiga ratus meter. Atas jalan raya sebuah lori kecil, membawa buah-buah pisang muda baru bergerak, ke arah pekan Gopeng.
Selesai memakai kasut di kaki tangga itu aku telah berjalan ke arah beberapa orang lelaki sedang duduk atas bangku panjang tepi halaman tumah itu. Di antara mereka itu ,ialah dua orang rakanku, Allahyarham Shaharuddin dan Allahyarham Mustafa Hussein . Allahyarham Shaharuddin telah berbisik ke telinga kananku, ”...dia (Rashid Maidin) datang tadi, sempat baca Yasin, ...dah pergi dengan lori pisang.”
Aku telah duduk dekat mereka dan meneguk secawan air kopi ’o’ yang telah disediakan di situ. Kira-kira setengah jam kemudian, dua buah Land Rover membawa sepasukan anggota-anggota polis telah masuk ke halaman rumah itu. Mereka itu lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja akan memuntahkan pelurunya. Beberapa orang dari mereka telah naik ke rumah tempat jenazah Suri Nandih sedang terbujur dan anggota-anggota polis yang lain telah berkawal di sekitar kawasan rumah itu.
”Nampaknya, Rashid lebih pandai dari polis...,” bisik Mustafa Hussein.
BANGSA MELAYU
Pada ketika itu aku kagum terhadap kesetiaan dan kasih seorang anak kepada ibunya, walau dalam keadaan yang membahayakan dirinya – kemungkinan peluru-peluru api akan menembusi tubuhnya - , namun dia datang juga mengadap jenazah ibunya.
Setelah melarikan diri dari khemah tahanan Tanjung Berus, Melaka, Rashid Maidin telah menyertai Tentera Pembebsan Bangsa Melayu ke – 10, di negeri Pahang yang bermarkas dalam rimba di daerah Temerloh.
’Dalam tahun 1950 itulah Tentera Pembebasan Bangsa Melayu di negeri Pahang telah menubuhkan semula pasukan Askar Melayu Ke – 10 di negeri itu. Pada masa itulah juga Chin Peng telah membawa anggota-anggot Komunis lebih kurang seramai dua ribu orang dari negeri Perak telah memerintahkan orang-orangnya memujuk orang-orang Melayu di daerah Temerloh yang luas itu untuk menyebelahi pihak Komunis, membenci British dan Kerajaan Tanah Melayu supya bangkit memberontak. Pejuang-pejuang Melayu yang dahulunya menentang British di Malaya sekarang telahh dibawa masuk oleh Chin Peng ke negeri Pahang menjadi pemimpin askar Melayu Ke-10 cawangan Tentera Pembebasan Bangsa Melayu di negeri itu, iaitu seperti Abdullah C.D., Musa Ahmad, Manap Jepun dan Shamsiah Pakeh. Orang-orang Melayu lain yang disifatkan sebagai pemimpin pengganas di negeri Pahang itu ialah Wan Ali, Wahi Anuar dan Budin bin Chok.
Pejuang Melayu yang menyebelahi Parti Komunis Malaya itu bertujuan hendak menghalau British dari Semenanjung Tanah Melayu dengan jalan berbaik-baik dengan Parti Komunis Malaya yang mempunyai askar dan senjata yang banyak itu, seperti kata mereka, ” Kalau hendak memburu harimau mestilah ada anjing pemburu yang garang!”
Kira-kira setahun sebelum kejadian itu, aku telah bertemu dengan isteri dan anak-anak lelaki Rashid Maidin, di rumah mereka, di Sungai Itik, Gopeng. Sebatang paip air yang besar dan memanjang dari loji air di bukit hulu Sungai Itik ke kawasan luar, telah memisahkan rumah mereka dengan jalana raya. Untuk pergi ke rumah mereka itu terpaksa memanjat dan turun tangga yang tersandar pada batang paip itu.
Kira-kira satu jam aku telah berbual dengan isteri dan anak-anak Rashid. Semenjak hari itu aku yakin Rashid Maidin telah curi-curi pulang ke rumah keluarganya. Keyakinanku dikuatkan dengan perhatianku kepada isterinya. Perempuan itu tidak kelihatan seperti orang sedang sedih, rindu dan susah hati kerana telah lama ditinggalkan oleh suaminya.
’Waktu itu kira-kira penghujung Jun 1948. darurat telah diisytiharkan, tapi saya sendiri pun tak terbayang begitu cepatnya darurat diisytiharkan dan begitu kejamnya tindakan penjajah British. Isteri saya yang ketika itu sedang sakit merasa sesuatu perkara yang tak diingini akan berlaku ke atas saya.
Utusan yang ditunggu-tunggu tidak kunjung datang, tetapi yang datang ialah satu seksyen polis yang dipandu oleh seorang intelijen Melayu dengan membawa surat saman untuk mengiring saya ke balai polis. Sebelum meninggalkan rumah. saya memberitahu isteri dan membariskan anak-anak saya (tiga orang) lalu mencium mereka. Saya berjanji dengan mereka, ”Esok ayah akan pulang.” Saya turun tangga di dalam tangisan anak-anak. Isteri saya pula menangis di dalam selimut. Itulah saat-saat terakhir saya bersama anak isteri.
Saya ditangkap atas tuduhan seorang komunis. Mula-mula ditahan di lokap Teluk Anson sekarang Teluk Intan) kemudian dibawa pula ke penjara Taiping. Saya digari dengan seorang pemuda Tionghua yang tidak dikenali. Kami dibawa naik keretapi. Kebetulan pada masa itu saya terserempak dengan Aminuddin Baki yang dalam perjalanan balik ke Chemor dari persekolahannya di Singapura. Saya nampak dia jadi serba salah dan gelabah. ”Bung Rashid kena tangkap?” Dia berkata sambil mengggeleng-gelengkan kepala. Seterusnya dia menyambung kata’ ”Bong jangan bimbang, mesti teguh, jangan goyang.” Saya menjawab, ”Tak goyang.”
Sebelum berpisah kami bersalaman. Dia memberikan sebuah majalah Inggeris yang sedang dibacanya serta wang seringgit. Saya menolak, tapi dia menyatakan mungkin ada gunanya.’
Tidak bertujuan mengangkat diri, tetapi pada masa itu akulah wartawan yang terkemuka di negeri Perak – ramai orang yang suka dan ramai pula yang benci - , setiap orang diseluruh negeri Perak yang berkecimpung dalam arena politik dan kemasyarakatan sentiasa membaca dan suka memabaca surat akhbar dan buku-buku, kalau tidak kenal akan diriku, tentu mereka mengetahui namaku juga.
Kerana banyak tulisanku terutama berita yang bersifat ekselusif atau kontroversi dan menimbulkan perbincangan di kalangan yang orang ramai di negeri Perak, maka pada satu hari, Pengarah Urusan Syarikat Utusan Melayu, Allahyarham Dato’ Hussein bin Nordin telah menawarkan kepadaku untuk bekerja dalam syarikat itu sebagi wartawan. Kerana sebab-sebab tertentu aku telah tidak dapat menerima tawarannya itu.
Kira-kira sebulan kemudian, kebetulan aku sedang bercakap dengan Sultan Idris Shah di Istana Fairuz, Ipoh, Hussein Nordin telah datang mengadap Baginda. Pada waktu itu juga dia telah mengadu kepada Sultan Idris Shah mengenai aku telah menolak tawarannya untuk bekerja sebagai wartawan dalam syarikatnya.
”Mokhtar Petah ni Tuanku, nyombong, patik taworkan dia keghja journalist dalam Utusan Melayu, tak siornye...,”Hussein Nordin mengadu.
”...dia, dia, you tawor, ... takkan siornye, ...dia nak bebas,...tak boleh dikongkong...,” titah Sultan Idris.

(Disunting dari manuskrip bukiu, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS





LEBAH

Dan Tuhan anda telah mewahyukan kepada lebah; supaya ia membuat tempat kediaman di gunung, di pohon kayu dan apa sahajapun yang dapat mereka dirikan – membuat sarang - .
Dan makanlah berjenis - jenis buah – buahan dan laluilah jalan Allah dengan patuh. Dari perutnya – lebah – keluar minuman – madu atau manisan - yang bermacam warnanya, di dalamnya ada ubat untuk umat manusia. Sesungguhnya hal itu menjadi keterangan bagi kaum yang memikirkan. – An Nahl: 68, 69.

NOTA

Madu atau manisan lebah dicampur dengan minyak zaitun yang digunakan menggoreng buah mas cotek, disapu – urut - pada buah dada wanita yang tidak subur atau lembik selama 7 malam, insya Allah, sepasang perhiasan bernyawa itu, akan menjadi subur – membesar – dan keras.


HADIS


DIUJI OLEH ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Orang mu’min, lelaki dan peempuan, akan sentiasa diuji oleh Allah Subhanahu wa Taala, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya, hinggalah dia menghadapi Allah Subhanahu wa Taala dengan tidak mempukiul dosa sedikitpun.
- Perawi: Imam Tarmizi.

Tuesday, December 14, 2010

MENGENANG MASA LALU

RAGAM ORANG MUDA

Pada tahun 1955

Kakak saudaraku, Cek Nik binti Haji Said, Guru Besar Sekolah Perempuan Sauk telah ditukarkan ke Sekolah Perempuan Lenggong, Hulu Perak dan memegang jawatan yang sama di sekolah tersebut. Dia seorang perempuan yang tidak pernah datang haid dan tidak mendapat anak. Suaminya, Othman bin Said, seorang petani yang rajin. Mereka mempunyai banyak tanah kebun getah dan dusun buah-buahan.
Seperti yang aku telah ceritakan mengenai dirinya, dia mempunyai dua orang anak angkat, Fatimah binti Hamzah dan Zuriah binti Othman. Seorang lagi anak angkat mereka, Faridah binti Othman, masih kecil.
Sebelum Cek Nik bertukar ke Lenggong, dia dan suaminya telah menerima nasihatku, iaitu anak angkat mereka, Zuriah melanjutkan pelajaran ke sekolah agama Nurul Kamaliyah, Kati. Pengetua sekolah itu, Ustaz Haji Mat Saman Kati.
Aku sering datang menziarahi mereka. Pada satu malam Fatimah dan Zuriah telah mengikut aku ke pekan Leggong. Di sana kami telah makan-makan di sebuah warong makanan. Di warong itu ada beberapa orang pemuda yang memerhatikan kami. Mungkin mereka telah menyangka yang aku menjadi kekasih kepada salah seorang dari dua gadis itu.
ANGGOTA POLIS HUTAN
Kira-kira dua jam setelah kami pulang ke rumah kakak saudaraku, di rumah guru dekat Sekolah Perempuan Lenggong, tiba-tiba daun pintu rumah diketuk bertalu-talu oleh tetamu yang tidak diundang. Othman bangun dari kerusi dan pergi membuka pintu. Di muka pintu sedang berdiri pemuda anggota polis hutan (Sudin- bukan nama sebenar). Dia sedang memegang sepucuk senapang – rifle. Muncung senapang itu dihalakan ke dalam rumah.
Othman telah menjemput Sudin masuk ke dalam rumah. Dia telah melangkah masuk dan pintu rumah ditutup oleh Othman. Cik Nik keluar menyapa Sudin. Aku bangun berjabat tangan dengannya. Wajah Sudin keroh. Senyumannya kelat. Aku telah duduk atas kerusi menghadap meja. Sudin telah duduk di seberang meja dan muncung senapangnya dihalakan kepadaku. Othman duduk di kepala meja. Aku telah menduga, ada sesuatu yang yang tak kena dan akan berlaku nanti.
Aku telah bangun dengan alasan hendak ke bilik air. Pada ketika aku masuk ke ruang dapur, Cek Nik telah mengikutiku. Dia telah memberitahu kepadaku akan perasaan tidak sedap hatinya dengan kedatangan Sudin. Aku meminta dia bersabar.
Kepada Allah aku meminta dengan tulus. Aku telah membaca al Fatihah 40 kali . Kemudian aku masuk semula ke ruang tamu lalu duduk atas kerusi di hujung senapang Sudin. Aku telah sukar berbual dengan Sudian kerana dia tidak mempunyai pengetahuan yang luas. Hanya tamat darjah enam sekolah Melayu. Aku telah berbual dengannya mengenai tugasnya dan aku memuji akan keberanianya memburu pengganas komunis.
MUNCUNG SENAPANG
Allah telah menolongku. Aku melihat wajah Sudin telah cerah. Dia senyum dan muncung senapangnya yang menghalakan kepadaku telah dialihkan. Kira-kira jam 2.30 pagi barulah Sudin pulang. Kami seisi rumah berhati lega.
Kira-kira dua bulan kemudian, Cek Nik dan suaminya telah datang menemui aku di Kuala Kangsar. Dalam pertemuan kami dalam sebuah restoran dalam Bandar Diraja Kuala Kangsar itu, mereka telah bertanya kepadaku, kiranya aku sudi berkahwin dengan anak angkat mereka, Zuriah. Aku telah memberitahu mereka yang aku telah memandang Zuriah seperti adik-adik kandungku sendiri.
Sebaik-baik sahaja mereka mendengar jawapankua itu, sambil mengeluh, mereka telah memberitahu kepadaku, iaitu ada tiga orang pemuda telah masuk melamar anak angkat mereka, Zuriah. Mereka itu, anggota polis hutan, Sudin, Meor Aris bin Meor Abu Bakar guru sekolah kerajaan dan Meor Muin, guru sekolah kerajaan juga.
Cek Nik dan suaminya telah meminta aku memilih antara tiga pemuda itu. Siapa yang aku pilih, maka oranglah yang akan mereka terima menjadi menantu mereka. Aku telah memberi markah kepada mereka: Sudin 20%, Meor Muin 30% dan Meor Aris 50%. Mereka telah menerima Meor Aris menjadi menantu mereka. Sebelum meninggal dunia, Meor Aris telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Lubuk Merbau) dan anggotas Exco – Pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Kira-kira dua tahun setelah Meor Aris meninggal dunia, Zuriah telah menyusulnya di Taman Mero, Ipoh.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN

PENYIARAN BERITTA BURUK

Sesungguhnya manusia – manusia yang berminat – ingin – agar –cerita – cerita - perbuatan yang amat keji - amat keburukan - itu tersiar di kalangan mereka yang beriman, bagi mereka - mereka yang berminat demikian - azab yang pedih – dahsyat – di dunia dan akhirat. Dan – ingatlah – Allah mengetahui - segala perkara sedangkan kalian tidak mengetahui – yang demikian – itu.
– An Nur:19

NOTA
Perbuata atau kegemaran seperti di atas ini berlaku di negara – negara tidak mengamalkan hukum Islam. Berlaku dan menjadi kegemaran di kalangan pengarang, penulis dan wartawan dengan tujuan mencari keuntungan dari khabar buruk atas seseorang, terutasma atas orang – orang yang ternama agtau mnasyhur.
Dosa – azab - akibat dari perbuatan menyiarkan berita keburukan orang lain itu menimpa kepada semua yang bertanggungjawab dengan sesebuah media yang menyiarkan berita tersebut. Dari ahli saham, lembaga pengarah syarikat yang mereka yang berkhidmat mengendalikan media itu dari pengarang hingga wartawan dan lain.
Menurut kelaziman, azab di dunia, ialah sakit korinik atau sakit ganji, cakap merapu, suka mengeji orang lain, berbangga diri sendiri sahaja yang benar, nyanyuk atau gila.

HADIS
SYUBHAT

Rasulul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang meniru – syubhagt - sesuatu kaum – bangsa atau penganut agama lain dari agama Islam – maka dia termasuk golongan mereka.
– Perawi: Imam Muslim, Abu Daud dan Iman Ahmad.


NOTA

Syubhat, ialah meniru, menyetai, mengikut atau bekerjasama dengan orang – orang jahat, orang kafir – seperti menyertai perayaan dan jamuan kerana memuliakan agama Hindu misalnya, berpakaian yang dilarang oleh Islam, mengikut agat dan budaya mereka, maka mereka yang meniru itu bersyubhat. Orang – orang yang bershyubhat berdosa dan jika bersyubhat dalam agama bukan Islam, maka mereka terjerumus menjadi kafir.
Mufti Negeri Perak, Al Fadhil Harussani Zakaria pernah mengeluarkan fatwa denikian.

Monday, December 13, 2010

QURAN DAN HADIS





PERBUATAN MENUDUH BERZINA


Para manusia yang menuduh wanita – wanita yang baik (melakukan zina – bermukah - dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi – saksi – saksi yang jujur atau tidka fasik - , maka - hukumnya - , sebat mereka – yang menuduh – itu lapan – 80 – kali sebatan dan jangan kalian menerima kesaksian mereka untuk selama – lamanya dan mereka itu orang – orang yang fasik. Kecuali orang – orang yang bertaubat setelah - kejadian – itu dan perbaikilah - dirinya - , maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
- An Nur: 4,5

Nota.
Ayat Quran di atas menunjukkan hukuma berat dari Allah ke atas orang – orang yang menuduh wanita berzina dengan tidak dapat mengadakan empat orang saksi. Hukum ini meliputi juga perbuatan menuduh lelaki melakukan zina dan lelaki meliwat lelaki dengan tidak mengadakan empat saksi yang jujur atau tidak fasik.

HADIS

TEROKA BUMI

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesesiapa yang meneroka –bercocok tanam – bumi – tanah – yang bukan milik seseorang, maka dia lebih berhak terhadapnya – bumi atau tanah tersebut.
– Perawi: Imam Bukhari

Nota.
Hadis ini menjadi huku. Hukum ini dikemukakan olehm Nabi Muhammad s.a.w. atas bumi atau tanah pada zaman Junjungan. Tetapi pada masa ini, walaupun tanah atau bumi tidak dimiliki seseorang, tetapi ia dimiliki oleh pihak yang berkuasa, iaitu kerajaan – beraja - atau pemerintah – republik - , maka tidak boleh seseorang melakukan penerokaan mengikut seseka hatinya sahaja.

-----------------------------------------------



CUCU ULAMA JADI PERDANA MENTERI

Pada masa aku menuntut di sekolah gama Deratul Maariful Wataniyah, Kelapa Batas dulu, aku telah mendapat ’petua ulama’, iaitu dari Allahyarham Shyeikh Abdullah Fahim, mengenai pemerhatian kepada manusia.Jika Allah mengizinkan, berhasillah pemarhatian itu.
Aku telah mengamalkan ’petua ulama’ itu. Tetapi tidak semua pemerhatianku itu berhasil. Keadaannya seperti kitya mencari rezeki juga. Ada kalanya mendapat dan ada pula ketikanya hampa. Yang kita kejar sekarung emas, tetapi yang kita perolehi atau menjadi rezeki kita, hanya sebiji melukut Cuma.
Apabila Abdullah Badawi menduduki kerusi Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia, aku sering datang menemuinya beliau di pejabatnya, di Wisma Putera, bersebelahan dengan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Pada masa itu juga bebapa orang wakil Pergerakan Umat Islam Pattani yang terdiri dari alim ulama, sering mengunjungi aku. Mereka itu telah meminta aku memberi penerangan kepada mereka akan selok belok perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, politik kerajaan Malaysia dan berbabagai masalah perjuangan umat Islam.
UMAT ISLAM PATTANI
Seramai enam ulang ulama Pattani (aku tidak menerangkana nama mereka di sini) telah datang ke rumahku, di Taman Zooview, Hulu Kelang, pada satu malam pada tahun 1998. Mereka telah membawa salinan surat rasmi dari Kerajaan Siam yang meminta wakil-wakil Pergerakan Umat Islam Pattani datang ke Bangkok untuk berunding mengenai tuntutan mereka mengenai kemerdekaan empat wilayah di Selatan Siam.
Mereka telah meminta pendapatku, sama ada mereka patut menunai permintaan Kerajaan Siam itu. Perkara itu aku telah membawa kepada pengetahuan Abdullah Badawi dan meminta pendapatnya. Baliau secara tegas meminta Pergerakana Islam Pattani itu supaya mengenepikan permintaan itu kerana keburukan lebih banyak dari kebaikan.
Dalam satu pertemuan entah kali yang ke berapa dengan Abdullah Badawi, di pejabatnya, aku telah menguatkan keyakinanku, iaitu dengan izin Allah, Pada satu masa di muka, beliau akan menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Aku telah menyuarakan kepadanya, yang aku akan menulis buku biografinya. Dia setuju, tetapi berkata, ”...elok, ... ante taula, ana..., macam nilah....”.
”...ana yakin anta akan naik ke atas juga, insya Allah...,”kataku.
”...iaka, ...tak taulah kalau Allah...,”katanya.
PEJUANG KEMANUSIAAN SEJAGAT
Dengan bantuan Setiausaha Politiknya, Haji Abdul Fatah, aku telah menulis sebuah buku biografi Abdullah Badawi yang berjodol, ’Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’ dan buku ringkasan biografi datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya, Datuk Haji Ahmad Badawi yang berjodol, ’Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57’.
Kedua-dua buku itu telah diterbitkan oleh bekas murid Sheikh Abdullah Fahim, Abdul Aziz Ahmad atas nama syarikatnya, Pustaka Antara Sdn.Berhad, pada tahun 1997.
Tulisanku dalam buku itu telah membayangkan Abullah Badawi akan muncul sebagai pemimpin negara ini.Aku juga telah merakamkan pandangan beberapa orang mengenai beliau, iaitu Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris Shah, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malayu, Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah, Sasterawan Negara, A.Samad Said, bekas speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Allahyarham Haji Sulaiman Palestin, bekas ahli Dewan Rakyat kawaasan Balik Pulau, Datuk Subki Abdul Rauf, Allahyarham Ustaz Haji Mat Saman Kati, Ketua UMNO bahagian Batu, Allayarham Datuk Azman Atar dan Allahyarham Abdul Aziz Ahmad Pustaka Antara.
Setelah buku itu terbit dan tersebar di seluruh tanah air, barulah ramai dari ahli-ahli UMNO dan mereka di luar parti politik Melayu itu mengetahui yang Abdullah Badawi seorang tokoh politik yang penting kepada negara dan rakyatnya terutama bangsa Melayu.
MENDAPAT PERHATIAN AKHBAR
Pada masa itu ramai wartawan dan penulis serta syarikat-syarikat akhbar arus perdana dan akhbar yang disifatkan ’akhbar nyamuk’, macam tidak berminat menulis mengenai Abdullah Badawi. Sesuatu peristiwa yang beliau telah lakukan dalam negara, tetapi tidak mendapat perhatian akhbar.
Beberapa orang cendekiawan Melayu telah membaca buku biografi Abdullah Badawi itu, telah menyifatkan aku seperti ’nujum Pak Belalang’ kerana menulis perkara yang tidak mungkin berlaku atas diri Abdullah Badawi.
”...mana boleh dia jadi PM, dia bukan anak PM, ...karutlah tulisan you tu,” katanya dengan serius.
”...kita tengok nanti , wait and see...,”aku berkata kepadanya.
Apabila Abdullah Badawi telah menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, si cendekiawan Melayu itu telah meminta tolong aku membawanya menemui Abdullah Badawi.
“…I nak minta tolong dia, …perniagaan I dah teruk…,”katanya.
Aku telah berkata kepadanya, ” wait and see..., dulu you kata I nujum Pak Belalang ….la ni you nak minta tolong dia, nak jadi Qarun pula…”
MEMULAKAN KERJA MENYELIDIK
Semenjak dari hari itu aku tidak pernah bertemu dengan cendekiawan Melayu itu.
Pada Jun 1996 aku telah menulis sebuah buku biografi bekas Menteri dan Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Sebelum aku menulis buku itu, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1976 – 1988) dan Duta Malaysia ke UNESCO di Paris (1988 – 1994), Datuk Dr Hassan Ahmad telah meminta aku menulis buku biografi tersebut.
Kemudian Dr Hassan Ahmad bersamaku telah pergi menemui Encik Mohamed Shah bin Tan Sri Abdul Kadir, di pejabat (menjalankan restoran makanan segera Mc.Donald), di Kampung Atap, Kuala Lumpur. Kemudian aku telah diberi tanggungjawab untuk menulis buku tersebut.
Sebelum aku memulakan kerja menyelidik dan menulis bukut itu, Aku dan keluargaku telah dibawa oleh Encik Ahmad Shah dan isterinya, Puan Fadzilah pergi ke dusun buah-buahan peninggalan Abdul Kadir, di Gombak, dekat jalan raya lama ke Negeri Pahang.
PRESIDEN RUPUBLIK SINGAPURA
Turut bersama kami, balu kepda Tan Sri Fatimah Haji Hashim, bekas Menteri Kebajikan ’Am Malaysia dan tiga anaknya. Kami telah berkelah di chalet, di tepi sungai dalam susun buah-buahan itu.
Untuk menulis sebuah buku biografi seorang tokoh seperti Abdul Kadir Yusof, tidak semudah yang aku jangkakan. Pada hari-hari mengumpul fakta, kisah dan suara orang-orang lain mengenai Abdul Kadir Yusof, aku telah menemui rakan-rakannya, bekas Presiden Republik Singapura, Dr.We Kim Wee, bekas Hakim, Tun Suffian bin Haji Hashim, Datuk Ahmad Perang bekas pengurus Besar, Keterapi Tanah Melayu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Dr. Rais Yatim dan beberapa orang peguam sezaman Abdul Kadir Yusof.
Aku telah selesai menulis buku itu pada masa yang ditentukan. Buku yang berjodol ’Abdul Kadir Yusof Peguam Rakyat’ itu telah diterbitkan oleh Tabung Kebajikan Kanak-Kanak (RMCC) untuk derma tabung tersebut.
Buku ’Abdul Kadir Yusof Peguam Rakyat’ telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Mohd. Najib Tun Abdul Razak, di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.
SEOANG KOPORAT MELAYU
Pada malam 4 Mei 1996, Dr Mahthir Mohamad telah membaca sajak karyanya, ’Dr Mahathir Menangis Demi Bangsanya: Perjuangan Yang Belum Selesai’, di Pusat Penerngan Pelancongan (MATIC), Kuala Lumpur. Aku telah menulis sebuah buku berjodol ’Perjuangan Yang Belum Selesai’. Buku itu telah diterbitkan Semponi Gemilang Sdn.Bhd., Kuala Lumpur.
Buku tersebut telah diedarkan ke seluruh dunia dalam rangkaian ’Music and Book on Music’, menerusi lama web http/www.pitbossnnie.com/iss-m-9832076005.html .
Buku tersebut telah dibeli oleh seorang koporat Melayu dan telah diberi percuma kepada mereka yang menghadiri satu majlis Dr Mahathir Mohamad bersama rakyat di Kubang Pasu, Kedah.
Tidak lama kemudian aku telah menulis sebuah buku biografi Datuk Rahmat Ismail, berjodol ’Meniti Derita Ke puncak’. Aku telah menyiapkan kerja menyelidik dan menulis buku ini dalam masa dua bulan, iaitu mengikut masa yang telah dipersetujui oleh pihak syarikat Datuk Rahmat Ismail dengan aku.
TABUNG ANAK YATIM
Buku ’Menitit Derita Ke puncak’ telah diterbitkan oleh Darul Fikir, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan pelancarnya oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir, di sebuah hotel, di Subang Jaya. Hasil dari jualan buku itu telah didermakan kepada tabung anak yatim Pulau Pinang.
Setelah empat buah buku biografi karanganku diterbitkan, aku didatangi keinsafan, bahawa sebagia penulis aku memikul tanggungjawab yang besar untuk terus menulis dalam apa jua bidang yang aku mampu laksanakannya. Aku telah berpegang kepada falsafah ringanku sendiri, iaitu, ’Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku’.
Aku berpendapat, kalau menulis hanya bertujuan untuk mencari wang, nama dan kemenangan dalam saimbara, maka penulis itu tidak akan lama dalam dunianya sebagai penulis, tetapi kalau diambil kira kerja menulis sebagai tanggungjawab, minat dan sumbangan kepada manusia, maka kerjayanya akan terus menerus dan penulis itu akan kaya dengan ilham dan idea dari Allah.
Kalau melaksanakan kerja menulis bertujuan mencari makan dan untuk melonjakkan nama semat-mata, maka akan lahirlah ramai penulis yang senang diupah oleh pihak-pihak tertntu. Di seluruh dunia ramai penulis-penulis upahan yang menulis berita, artikel, buku dan sekirip untuk filem dan sebagainya. Mereka itu diupah oleh pihak-pihak tertentu, misalnya oleh pihak badan-badan perisik di negara-negara maju, pergerakan Yahudi dan sebagainya.
Di Malaysia terdapat ramai penulis yang menggunakan bidangnya untuk memburukkan orang lain. Mengadu domba antara manusia-manusia atau parti-parti politik. Kandungan buku mereka bermuat cerita-cerita palsuan, senasasi, direka-reka dan seperti percakapan-percakapan di warung kopi tepi jalan sahaja.
Di negara ini terdapat beberapa orang penulis yang ’lumpuh’ nama baik mereka, kerana mereka tidak mengindahkan undang-undang yang ada dan setelah mereka di hadapakan mahkamah oleh individu-individu yang menjadi mangsa tulisan mereka.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

Sunday, December 12, 2010

QURAN DAN HADIS



MANUSIA

Dialah yang mengurniakan keupayaan bagi kalian berjalan di daratan dan (belayar) di lautan, sehingga apabila kalian berada dalam kapal dan belayar membawa mereka dengan angin baik, mereka gembira kerananya; maka datanglah badai – banjir besar atau taupan – dan gelombang memukul mereka dari segenap penjuru, dan mereka menyangka mereka telah terkepung; - pada ketika itu – mereka berdoa – merayu - kepada Allah dengan hati yang ikhlas kepada Allah semata – mata; sekiranya Anda – Allah – menyelamatkan kami dari bahaya ini, kami akan berterima kasih.
Tetapi setelah Allah menyelamatkan mereka, lihatlah, mereka membuat kederhakaan di muka bumi, di luar kebenaran. Hai umat manusia, kederhakaan itu hanyalah untuk - membahayakan – diri kalian sendiri – itulah – kesenangan kehidupan dunia – bagi sementara - ; kemudian kepada kami – Allah - lah tempat kembalinya kalian, maka Kami – Allah – akan memaklumkan apa yang kalian telah lakukan.
– Yunus: 22,23



HADIS

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Allah Azza waj Jalla telah berfirman: ’Tiga manusia – orang – aku akan menjadi musuh mereka pada hari kiamat – di akhirat - : Orang yang memberi dengan Aku – Allah – kemudian mengkhianatinya. Orang yang menjual – memperdagang – orang mereka – manusia – kemudian memakan hasil jualan – perdagangan – mereka. Orang yang mengupah pekerja,lalu dia - pekerja – menjalankan pekerjaannya itu dengan baik, namun dia tidak membayar upahnya.
– Perawi: Imam Bukhari dan Ibnu Majah.


--------------------------------------------------



PEMBURU CINTA



“Encik, dalam laci tu ada surat, Encik,”Long memberitahu Azmi.
“Surat, dari mana?” Tanya Azmi.
“…minta maaf, saya tak tau,”jawab Long.
Azmi mengambil sampul surat dalam laci meja. Surat dikeluarkan. Wajahnya diusap senyuman. Dari satu perkataan ke satu perkataan, dari baris ke baris isi surat dari Mahyun dibacanya. Hati remajanya kembang. Gembira. Cinta Mahyun disanjungnya. Dijulang dengan penuh keikhlasan.”Alhamdulillah, alhamdulillahi Rabbil alamin”, ucapan syukurnya kepada Allah ikhlas amat.
Sesungguhnya Azmi tidak pernah menduga dan menyangka sebelumnya yang Mahyun mencintainya. Sejak pertama kali dia bertemu hingga pada hari Mahyun datang menolongnya bekerja dalam kebun madu lebah dan herbanya, Azmi hanya menyangka, gadis itu sekadar bersahabat biasa sahaja dengannya.
Azmi masih memegang surat dari Mahyun. Pada setik-detik gembira begitu, dia amat menghargai surat gadis itu. Surat itu amat berharga baginya. Ramai lelaki menjadi pemburu cinta, tetapi tidak pernah mengalami kehampaan. Sedih. Kecewa. Merana. Tetapi dia tidak demikian; cinta Mahyun kepadanya laksana bulat datang bergolek dan pipis datang melayang kepada- nya. Surat Mahyun sebagai memberangsangkan diri untuk terus melangkah ke hadapan dengan optimis.
UNIVERSITI
Surat itu dimasukkan dimasukkan semula ke dalam sampulnya lalu dibawa ke biliknya. Kemudian dimasukkan surat itu ke dalam beg pakaiannya. Sambil meluruhkan punggungnya atas birai katil, Azmi mencari cara yang terbaik; dia tidak mahu menjawab surat Mahyun. Kalau dia menjawab surat itu dan dikirimkan kepada Mahyun di universitinya, belum tentu surat itu sampai ke tangan Mahyun. Jangan-jangan jatuh ke pihak universiti, akibatnya Mahyun akan ditimpa keburukan.
“Tak ke mana gunung dikejar, …aku akan cakap sendiri dengan dia,”Azmi berkata sendirian sambil membulatkan nekad lelakinya.
“…tiga orang kekasih, …tiga orang isteri, besar tanggungan aku nanti, …mesti kerja kuat, mesti jayakan perusahaan aku ni…, insya Allah,” suara hati Azmi.
Tiba-tiba telefon bimbit Azmi menjerit. Ada orang memanggilnya. Telefon diangkat dan direnung pada layar kacanya, ‘Tijah’. Punat telefonnya ditekan dan ditekapkan kepada telinga kanannya.
“…Ijah, assalamu alaikunna, apa khabar?”
“…assalamu alaikum, abang, …baik, bang, alhamdulillah,”
“Alaikunna, baik.”
“Ijah rindu sangat kat abang....”
“Abang pun rindu sangat..., Ijah.”
“Ngapa Ijah tak balik minggu ni?”
“Buat apa balik, abah kata abang pergi Kelantan.”
“Ialah, …ada hal mustahak di sana.”
“Abang, bila abang nak datang KL?”
“…abang ingat awal bulan depan, abang akan pergi KL, ada seminar di dewan FELDA, KL.”
“Seminar apa, abang?”
“…agrotek…, abang kena bentang kertas kerja.”
“Ijak nak ikut, …abang sampai nanti, beritahu Ijah, …ia, abang.”
“Ia, abang akan beritau.”
“Baiklah, abang, …I miss you,”
“Baik, assalamu alaikunna.”
“…alaikum salam, Ijah rindu sangat, abang.”
Adat orang sedang bercinta, rindu meniti waktu dan mendera diri. Kalau dapat mendengar suara pun jadilah, redalah seketika rindu dan betahlah diri. Azmi telah mengakui dirinya akan mengikut sunnah nabi. Budi bahasa ikut nabi. Kerja buat ikut nabi. Aamal ibadat ikut nabi. Segala-galanya dia mengikut nabi. Hatta beristeri dan berumah tangga nanti akan ikut nabi.
MAHASISWA
Azmi telah diundang untuk membentangkan kertas kerjanya, ‘Jungle honey’- madu lebah rimba, dalam seminar ‘Usahawan muda’, di Kuala Lumpur. Seminar itu bertujuan membakar semangat dan minat para mahasiswa Melayu untuk menyertai bidang perusahaan dan perniagaan dalam bidang pertanian moden.
Pihak yang akan menyelenggarakan seminar itu telah dipacu oleh keinsafan melihat kebanyakan mahasiswa Melayu berkeadaan beku, tidak berfikiran terbuka dan memandang kepada masa depan mereka gelap. Bagi mereka untuk meneruskan hidup, mereka terpaksa makan gaji. Jadi buruh koler putih. Pendeknya laksana burung dalam sangkar. Diberi makan, makanlah, kalau tidak moyok kelaparan.
Azami juga berpandangan luas. Pada masa mendatang, kalau para maha siswa Melayu tidak membuka lengkar, tidak insaf dan menjadi manusia yang menggantungkan harapan kepada orang lain, walau sebijak mana pemimpin kita dan semakmur mana Negara kita, mereka tetap menjadi buruh dan tidak menjadi ‘cendekiawan Melayu yang bebas’.
. “Tadi Tijah telefon saya…,”Azmi memberitahu Long.
“…dia rindulah tu,”sahut Long. Senyum.
Azmi senyum.
“Encik, saya dah masukkan duit dalam bank, tiga ribu ringgit, …ada tiga cek belum masuk,…sebelas ribu lima ratus ringgit,” Long memaklumkan kepada Azmi.
“Ialah, esok saya akan masukkan…,”sahut Azmi.
“Esok ada orang syarikat dari Kuala Lumpur nak ambil madu sepuluh kilo,” Long memberitahu kepada Azmi..
“Ia,…apa, banyak lagikah madu kita?”Tanya Azmi.
“Ada kira-kira dua puluh kilo…, tak masuk yang sepuluh kilo tu…,”jawab Long.
“Baguslah, …lusa kita pergi ke rimba...,”kata Azmi.
“Baik, Encik,”sahut Long.
LEMBAH
Azmi dan Long akan pergi mencari madu lebah dalam rimba di Lembah Kelubi. Kawasan itu jauh dari tempat Dara. Mereka terpaksa berhati-hati di Lembah itu, kerana ada sekelamin harimau belang berkeliaran di sana.
“…tak apa, rimau belang tu tak kacau kita,”kata Long.
“Mana tau?”Tanya Azmi.
“Dah lama saya dalam hutan, Encik, kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita…,”jawab Long.
Azmi Diam. Dia percaya akan cakap Long.
Kata-kata Long telah menyuntik ingatan Azmi kepada orang-orang politik. Mereka seperti harimau juga, harimau jantan. Dua ekor harimau jantan tidak pantang tinggal bersama atas sebuah bukit. Yang seekor mesti mengalah atau mesti membunuh yang seekor lagi.
“Orang politik macam harimau. Gigit kawan. Macam harimau jantan, meraung dalam rima banat, riuh gamat lembah dan gunung, mata-mata hendak menunjuk kuasa. Menunjukkan kekuatan. Mengagungkan kuasa.
Azmi telah membca banyak buku sejarah. Dalam sejarah Melayu ada gila dan gila-gila. Cerita pantasi, cereka dan cerita legenda Melayu, ada kisah gila berakar dan melata dalam semua cerita itu.

Melaka bumi Hang Tuah,
Hang Jebat rakan setianya,
Raja Melaka beraja di mata,
kuasa takhta di hati jua.

Melaka ramai manusia gila,
puteri Majapahit gila cinta,
puteri Gunung Ledang namanya,
cintakan Tuah pahlawan Melaka.

Tuah gila bunuh taulannya,
gila cintakan puteri Jawa,
ke Gunung Ledang menghumban diri,
gila merana mendera diri.

Gila amat Raja Melaka,
asyikkan puteri Jawa jelita,
gamak hati melapah putera,
cinta gila buruk padahnya.

Kecundang raja bukan kepalang,
basi cintanya tumpah di dulang,
duka lakasana pungguk malang,
bagaikan hantu tanpa jinjang.

Kasihkan Tuah tanpa sempadan,
Tuah dijulang ke waja bulan,
kuasa Tuhan cinta terbalan,
sepasang kekasih merana di hutan.

Raja Majapahit gila kuasa,
Puja batu batan berdewa,
Berdatang sembah raja Melaka,
Menyerah adiknya kerana kuasa.

Raja Demak hatinya tenteram,
mengabdikan diri siang malam,
kepada Maha Pencipta sekutah alam,
gilanya tidak cinta tenteram.
SENYUM
Long merenung Azmi. Azmi merenungnya. Renungan mereka bertaut menjadi satu. Senyuman Azmi itu mengingatkan Long kepada wajah anaknya yang manis. Long senyum tersumbat hatinya dik duka terknangkan isterinya.
“Isteri saya mati,…ditangkap rimau beranak kecil,” kata Long. Sedih.
“Ia? …inna lillahi wa inna ilaihi rajiun,” Azmi bertanya. Sedih jua.
“Iaa, Encik,”jawab Long.
“Sabarlah, kehendak Allah,” Azmi melembutkan hati Long.
“Ia, saya sabar, kalau tak sabar, dah lama saya mati…,”sahut Long.
Azmi merenung wajah Long. Sedih yang meratah hati Long seperti meratah hatinya jua.
“…saya selalu jumpa harimau belang,”kata Long.
“Ia…?” Azami bertanya.
“...ia, rimau..., kalau kita pandai boleh buat kawan,”kata Long sambil menelan air liur tawarnya.
“Macam mana nak berkawan, tengok misainya saja dah nak pengsan...,”kata Azami.
Long ketawa.
Pada ketika itu Azmi teringat akan kata-kata seorang penulis Melayu ‘Angkatan 50’, pada waktu dia memberi ceramah ‘Penulis Sebagai Pemimpin Bangsa’, kepada para calon wartawan di Kuala Lumpur, pada beberapa bulan lalu. katanya:
“Harimau adalah kawan kepada manusia, terutama petani, kalau ada harimau dalam belukar atau rimba, maka di situ tidak ada khinzir.”
”Orang yang berani menangkap harimau dalam rimba, bukan yang menggunakan senapang atau jerat, tetapi yang dapat menarik misai haiwan itu dan membawanya keluar dari rimba”katanya lagi.
”Harimau dalam zoo bukan harimau berani dan pandai lagi, kerana taringnya tumpul, hidupnya dikawal dan makan minumnya ditanggung. Ia menjadi bahan tonton manusia kanak-kanak sahaja,”jelasnya.
”…begitu juga manusia, manusia yang bijaksana, intelektual ialah manusia yang bebas dirinya, bebas fikirannya , bebas ideanya, tetapi bila manusia itu berkuasa, dia tidak bijaksana, tidak intelektual lagi, tidak intelektual lagi, kerana dia menggunakan kuasanya mengongkong manusia-manusia yang menentangnya,” jelas penulis
Azmi akur akan pendapat penulis itu. Lalu dia teringat seekor lebah yang menyengat tidak menyengat lagi setelah dipilih menjadi raja serangga itu. Kongkiak yang tajam taringnya, jadi gemuk lemah. Kepala kecil perut besar setelah terpilih menjadi raja busut.
“Ha, macam mana lebah kita?”Tanya Azmi.
“…nampaknya semua peti tu ada lebah,”jawab Long.
“Banyak?”Tanya Azmi.
“Banyak,”jawab Long.
“Bagus, harap-harap semua jenis lebah ada…,”kata Azmi.
“Saya pun harap begitu, Encik,”sahut Long.
Long meminta diri kerana hendak pergi ke kebun lebah. Pada waktu-waktu mengunyah dua puntung kakinya bagai besi waja, hati Long berzikir harapan, moga-moga anak gadisnya, Tijah, menjadi isteri Azmi.
BUDAYA
Jam dinding menunjukan telah masuk waktu Asar. Azmi bergegas masuk ke bilik air. Memang telah menjadi budaya dirinya, walau dalam apa jua keadaan dia tetap menunaikan sembahyang fardu.
Azmi tidak mandi dalam sungai di belakang rumahnya. Sebatang paip telah dipasang untuk mengalirkan air sungai itu ke bilik airnya di belakang rumah sewanya dan ke kebun nya.
Kebanyakan rumah di kampung Mandi Angin belum ada paip air. Penduduk-penduduk sentiasa dihimpit dan didera kemiskinan. Mereka terpaksa menggunakan air sungai atau air perigi untuk minum dan mandi manda. Dalam negara yang serba makmur ini, mereka masih berkeadaan‘sepuluh jong masuk anjing bercawat ekor jua’.
BERGETAH
Azmi telah mendengar kisah duka penduduk-penduduk Kampung Mandi Angin. Banyak sudah perohonan dan rayuan yang mereka telah ajukan ke atas untuk meringankan bebanan yang mereka tanggung, tetapi layanannya tiada jua. Jawapan yang tiba mereka menambahkan sedih dan lara mereka. Hidup berkeadan menunggu ara tidak bergetah atau suami menanti isteri mandul.
Berkatalah Pegawai Daerah, “duit tak ada...,”
“Wang banyak, tunggulah, …saya dah bawa dalam sidang dewan…, ” suaranya wakil rakyat laksana nyanyian dalam drama.
Maka berkata orang-orang di atas, “…tak molek rakyat bergantung kepada kerajaan..., mesti berdikari...”
Rakyat daif pun berkata, “ …di mana duit kami nak cari , hidup kami seperti ayam kais pagi makan pagi, ada lidah dengan gusi, …kalau kambing betina ada susu, …tetapi kami macam ayam togel, tidak berbulu....”
TELUNJUK
Ibu-ibu yang beranak banyak dan wajah lebih tua dari usia bersuara dalam keluhan, ” ...apa di harap kepada orang, kita sendiri menganggung derita, makan sambal telunjuk berdiri.”
Azmi menelan kisah sedih orang-orang kampung itu. Hatinya sedih. Pilu. Duka. Dia merenung ke arah hutan balak. Pokok-pokok besar telah reda. Merbau, cengal dan meranti telah tiada.
Wajahnya duka di kampung itu direnung oleh Azmi. Kering. Bergayut duka. Pagar gigi masing-masing jarang – jarang. Renggang. Ada yang memiliki gigi sebatang dua. Biji mata lebih putih dari hitamnya. Mereka lebih tua dari usia.
Azmi menumpang sedih. Hatinya berbisik kepada dirinya sendiri “ …orang mengundi awak mengundi, orang menang awak kulum jari, macam bangau, badan kurus leher panjang, menunggu ikan tak timbul,” bisik Azmi lagi.

”Bangau oh bangau,
mengapa engkau kurus,
mengapa aku tak kurus,
ikan tak timbul.”

Sambil merelaikan tandan dukanya, Azmi menyanyikan puisi rakyat yang menjadi khazanah bangsa Melayu itu.
(Dipetik dari manuskrip novel, Madu Dan Hidayat, oleh: Mokhtar Petah)

Saturday, December 11, 2010

SAJAK





KARTU TANPA NOMBOR

Dalam masjid tua,
Lelaki bertulang – temulang lama,
Membesi,
Air matanya bagaikan Laut Merah,
Banggul dadanya berombak lara.

Kartu tanpa nombor,
Diterima entah bila,
Ke syurga atau neraka,
Nikmat Allah dan azab sangsara,
Dia lelaki tua.

Pada zaman Perdana Menteri ke empat,
Lelaki ini kaya raya,
Seorang pemborong dan koporat mulia,
Takburnya berbaur tabiat rasuah,
Dia lupa Allah.

Ususnya bertasik arak,
Riba membunga hidupnya,
Maksiat jadi nikmatnya,
Namanya disanjung melangit,
Melayu tokoh ekonomi.

Perdana Menteri kelima berkuasa,
Semua berubah dan resah,
Roboh kecurangan manusia,
Wajakan pencegahan rasuah,
Ramai yang kutuk dia.

Lelaki tua,
Besandar di tiang masjid tua,
Papa kedana,
Isteri dan anak – anak entah di mana,
Dia muflis negara.

Tobatnya sebanyak batu bata masjid tua,
Kartunya menuju arah,
Kemana,
Ke syurga,
Ke neraka?

Masjid Wilayah .............Mokhtar Petah


QURAN DAN HADIS








HUKUM HUDUD DALAM ISLAM



Kami telah tetapkan – perundangkan – ke atas mereka di dalamnya – kitab Taurat – itu, bahawa nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata di balas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalsa dengan gigi, dan luka – luka hendaklah dibalas – seimbang. Tetapi sesiapa yang melepaskan hak pembalasannya, maka menjadilah ia – balasan itu – penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa – undang – undang – yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang – orang yang zalim. – Al – Maeedah:46
Nota.
Undang – undang hudud di atas ini berbeza dengan undang – undang yang dicipta oleh orang barat – kita mengamalkannya – juga dan kita menolak undang – undang dalam Quran.
Undang hudud memberi faedah kepada pewaris mangsa dan mangsa, tetapi undang – undang ciptaan barat segala pebuatan tersebut tidak menguntungkan pewaris mangsa atau mangsa. Yang untung ialah kerajaan, iaitu kalau tidak dipenjara atau digantu pelakunyas, maka didenda. Denda itu menjadi hak kerajaan.
Ertinya, undang – undang Islam seperti dalam ayat Quran di atas adalah lembib baik dan lebih adil dari undang – undang ciptaan orang barat. - mp

HADIS
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang dilantik sebagai kadi – hakim – di antara manusia, sesungguhnya dia disembelih tanpa menggunakan pisau.
- Perawi: Imam Ahmad dan Ibnu Majah.

Qadi – hakim – itu ada tiga cara atau golongan; seorang di dalam syurga dan dua orang di dalam neraka. Adapun kadi – hakim – yang masuk syurga, ialah kadi – hakim – yang mengetahui kebenaran dan memberi hukuman ber dasarkannya – kebenbaran – nya. Kadi – hakim – yang mengetahui kebenaran dan curang – tidak adil – dalam menghukum berada di dalam neraka. Dan kadi – hakim – yang memberi hukuman kepada manusia berpandu kepada kobodohannya, juga berada dalam neraka.
- Perawi: Abu Daud dan Al Hakim.




------------------------------------------


SULTAN, ULAMA DAN MENTERI BESAR

Pada tahjun 1983.
’Ustaz Haji Abdul Samad Noh, Mudir Ma’ahad Al Yahyawiyah, Padang Rengas dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Dia adalah salah seorang dari alim ulama di Negeri Perak yang tersohor.’
Seperti yang aku telah catatkan di atas, dia telah dilantik oleh Sultan Idris untuk menduduki kerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.
Perlantikan ke atas Ustaz Haji Abdul Samad oleh Sultan Perak, tidak dipersetujui oleh Wan Mohamed. Dia mahu seorang ulama dari UMNO dilantik menduduki kerusi majlis tersebut.
Sebelum itu aku telah menasihati Sultan Idris supaya melantik Ustaz Haji Abdul Samad Noh menduduki kerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak itu. Aku telah merafakkan nasihat kepada Baginda, bahawa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak milik umat Islam dan bukannya milik sesebuah parti politik tertentu.
”Majlis akan menjadi jambatan untuk menyatukan semula umat Islam yang sekian lama bercakaran kerana perbedaan fahaman politik, ...sampai bila orang Melayu atau umat Islam akan terus hidup dalam bergeseran..., permusuhan, sedangkan Allah dan Nabi Muhammad melarang permusuhan demikian” aku telah merafakkan kata-kata bersurat itu kepada Sultan Idris.
”Kalau Sir tidak dapat mencari penyelesai atau menyatukan semula umat Islam, Sir akan menerima beban dosa, kerana Sultan atau Raja Melayu ketua agama Islam di negeri masing-masing...,”sembhahku lagi.
”...Sir patut menjadi pelopor Raja-Raja Melayu untuk menyatukan umat Islam, ...ambil Ustaz Haji Abdul Samad Noh duduk dalam Majlis itu, ...itu satu contoh yang baik bagi perpaduan ummah,”tambahku.
”... aku dah lama duk fikir like that..., tapi kuasa kami, ...Raja-Raja Melayu terhad...,”titah Sultan Idartis.
”...hanya terhad dalam hal ehwal politik, ...tapi dalam perkara lain tidak, ...tapi I sendiri kesal...,”aku berkata.
”...ngapa?”Sultan Idris Shah bertanya.
”...apa tidaknya, ...ramai Raja-Raja Melayu macam renggang dengan rakyat deme dari umat Islam, ...mereka menengok rakyat melalui jendela istana saja, tak macam Sir turun padang menemui rakyat...,”aku memberanikan diri berkata demikian.
”...aku dah kena pikul amanah, ...aku tak boleh jauh dari rakyat..., aku kena ambil tahu hal deme..., agama Islam...,” titah Sultan Idris Shah.
AGAMA ISLAM
Sultan Idris Shah telah memanggil Ustaz Haji Abhdul Samad Noh ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Baginda telah menitahkan kepada ulama itu yang Baginda berkenan melantiknya duduk dalam Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.
Kehendak manusia tidak selalu mencapai kejayaan, tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Pada hari Jumaat dalam bulan Februari 1980, satu perjumpaan Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan adat Istidat Melayu Perak dengan alim ulama dari seluruh negeri itu, telah diadakan di dewan Bangunan Pejabat majlis tersebut, di Ipoh.
Perjumpaan itu telah dihadiri oleh Menteri Besar, Wan Mohamed. Aku telah hadir dalam perjumpaan itu. Wan Mohamed telah berucap di luar teks ucapan yang telah disediakan. Dia telah berucap dengan dipengaruhi oleh sentimen politiknya; dia telah menyelar dan menyindir ulama yang disifatkan ’berangan-angan Mat Janin’ hendak menubuhkan negara Islam di Malaysia.
Di antara kata-kata Wan Mohamed yang kesat, di antaranya,” ...pergi ke Mekah belajar agama tak sebanyak mana, balik nak tubuh negara Islam, ...ulama, (minta maaf, aku tak dapat terangkan kata-kata itu) orang Melayu tak akan menerima negara Islam, ...karut,...rakyat negara ini tak akan balik ke zaman kuno...,”katanya.
MELUAHKAN PERASAAN
Setelah Wan Mohamed selesai berucap, pada waktu jamuan tea, Haji Mat Saman Kati (guru agama Istana), Ustaz Haji Abdul Samad Noh dan Ustaz Ismail Mu’in telah menemui aku. Mereka telah meluahkan perasaan kesal mereka atas ucapan Wan Mohamed itu. Aku telah meminta mereka bersabar, ”....orang jahil, musuh Islam, ...orang kafir sahaja yang menentang negara Islam...,”aku telah berkata kepada mereka.
Aku telah mengingatkan mereka dengan sepotong ayat Quran yang bererti:

Mereka pekak, bisu dan buta, sebab itulah mereka tidak dapat kembali kepda kebenaran.
Pada pagi esoknya (Sabtu), Persatuan Kadi Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat agung dalam dewan dan yang sama dengan tempat perjumpaan anggota-angota Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Perak semalam. Wan Mohamed telah dijadualkan merasmikan mesyuarat agung tersebut.
Wan Mohamed telah dijemput untuk memberi ucapan. Belum sempat ucapannya masuk kepada tujuan merasmaikan ucapannya itu, tiba-tiba tubuhnya luruh atas pentas tempat dia berucap. Semua yang hadir terkejut dan bangun lalu menolong mengangkat tubuh Wan Mohamed. Kemudian dia dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh. Keadaan sakitnya sukar dipulihkan. Pihak hospital tidak mendapat sebarang kesan yang beliau telah diserang darah tinggi.
MENTERI BESAR
Pada satu petang, beberapa bulan kemudian aku telah bertemu dengan Wan Mohamed, di Ipoh Club. Dia berkeadaan kurang sihat. Pada waktu itulah aku terasa hiba. Betapa persahabatanku dengannya dulu telah menjadi renggang disebabkan oleh faktor peranan dan perjuangan yang berbeda.
Pada 1 Mac 1983, dengan persetujuan Presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad, Sultan Idris Shah telah melantik Ramli Ngah Talib (Tan Sri) untuk menduduki kerusi Menteri Besar Perak yang telah dikosongkan oleh Wan Mohamed. Ramli adalah orang yang pertama berkelulusan undang-undang menerajui Kerajaan Negeri Perak.
Pada zaman terakhir penjajahan Inggeris, seorang peguam, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Perak.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

Friday, December 10, 2010

QURAN DAN HADIS

MENYIMPAN EMAS DAN PERAK

Hai orang – orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan dari para pendeta dan paderi – agama Yahudi dan agama Kristian – itu, memakan harta manusia dengan jalan yang tidak halal dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah – seperti menghalang beribada dan menjalankan peperintahan mengikut sistem Islam yang berdasarkan Quran dan Hadis - . Dan orang – orang yang menyimpan emas dan perak – termasuk intan dan berlian - dan tidak menafkah – belanja – kannya pada jalan Allah – memberi zakat dan derma kepada masjid, anak – anak yatim, fakir miskin dan segala jalan kebajikan – istiharkan - hai Nabi Muhammad s.a.w. - kepada mereka, bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih
– At Taubah: 34
Nota.
Siksaan yang pedih, iaitu azam yang ditimpakan oleh Allah ke atas mereka pada masa mereka masih hidup dan telah mati. Pada masa masih hidup, ditimpakan dengan berbagai penyakit kronik, kemalangan, keburukan, kehinaan dan sebagainya. Manakala di akhir, Allah akan siksakan dengan neraka.

HADIS

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat - bagi penyakit - kalian pada barang – barang yang diharamkan Allah kepada kalian.
– Perawi: Al Baihaqi
Tidak mengapa – tidak dilarang – berjampi – mengubat penyakit tubuh badan dan jiwa – dengan sesuatu yang tidak ada syirik – cara menyengutukan Allah – di dalamnya.
- Perawi: Imam Muslim.
Nota.
Barang – barang yang diharamkan, seperti arak, tulang dan daging babi, benda yang dipuja syaitan dan sebagainya.
Jampi menggunakan ayat – ayat Quran dibolehkan.


--------------------------------------------------------



ASKAR JEPUN
Pada tahun 1942
Pada pagi esoknya, sebaik-baik sahaja penghuni-penghuni rumah panjang itu berjalan meredah tengah sawah padi untuk pulang ke kampung kami, aku telah berjalan dengan dipimpin oleh ibuku. Adikku Ghazali didukung oleh bapaku yang juga menggalas bundut pakaian kami. Sementara itu sebuah kapal terbang perang Jepun berlegar-legar di ruang udara atas kepala kami.
Kami tidak pulang ke rumah kami di tepi jalan raya kerana askar Jepun terlalu ramai di sana. Kami telah menumpang di rumah-rumah jiran tetangga, di kampung seberang kampung kami.
Askar-askar Jepun itu berkeliaran di sekitar kampung dengan senjata masing-masing yang dihujungnya terpasang pisau tajam. Mereka berperangai seperti orang-orang yang tidak siuman. Mereka telah mengejar dan membunuh berpuluh-puluh ekor ayam dan itik milik orang-orang kampung. Askar-askar yang masih remaja itu tidak sahaja mengejar ayam dan itik, mereka juga mencari perempuan-perempuan untuk mereka perkosa.
Beberapa orang dari mereka telah menunjukkan kemaluan masing-masing ke arah orang-orang perempuan. Tetapi mujurlah dengan berkat doa orang-orang yang ketakutan itu, askar-askar Jepun itu tidak mengapa-apakan perempuan muda itu. Mereka seolah-olah silu dan segan atau seperti ada kuasa ghaib yang menegah mereka dari melakukan perbuatan jahat itu.
MEMBINA JAMBATAN
Askar-askar Jepun itu telah memasukkan bangkai-bangkai ayam dan itik yang mereka telah bunuh itu ke dalam lori mereka. Aku tidak mengetahui, apakah bangkai-bangkai ayam dan itik itu mereka makan atau mereka buang begitu sahaja.
Mereka itu telah berhenti dan berkeliaran di kampung kami, kerana menunggu askar-askar bahagian jurutera membina jambatan yang telah dimusnahkan oleh askar-askar British dan Austaria di Changkat Duku, kira-kira satu kilometer jaraknya dari kampung kami. Askar-askar Jepun bahagian jurutera telah menebang pokok-pokok kelapa dan durian untuk dijadikan jambatan sementara di atas Sungai Busuk berhampiran dengan jambatan yang musnah itu.
Lewat jam 3.00 petang, semua askar Jepun itu telah meninggalkan kampung kami. Mereka telah meneruskan perjalanan ke arah Kuala Kangsar.
Setelah orang-orang kampung yang menyertai datukku dan guru agama, Lebai Salleh berbincang, maka sebahagian dari mereka mengikut Lebai Salleh berhijrah ke Kampung Jenalik Hilir dan sebahagian lagi mengikuti datukku dan telah berhijrah ke huma bapaku, di Paya Pak Banun.
PADI HUMA
Di ladang itu kami tidak kelaparan, kerana banyak buah-buah pisang yang telah masak ranum. Begitu juga buah-buah betik. Padi huma yang ayah dan ibuku telah tuai banyak tersimpan dalam beberapa guni dalam sebuah jelapang. Sayur – sayuran seperti bayam, maman, kangkung, terung dan sebagainya banyak di huma itu.
Di dangau bapaku itulah menjadi tempat tinggl keluarga datukku dan pengikut-pengikutnya. Sementara datukku dan orang-orang lain tinggal dalam dangau-dangau yang baru didirikan. Dangau-dangau itu dibuat dari kayu rimba dengan dindingnya dari kulit batang-batang kayu dan atapnya dari daun bertam. Manakala lantainya dari batang nibung yang telah dibelah-belah.
Setelah tiga hari kami tinggal di ladang, di Paya Pak Banun, lebik kurang jam 11.00 pagi, tiba-tiba sebuah kapal terbang perang Jepun telah terbang laju dari arah Hulu Perak menuju ke arah Kuala Kangsar. Pada kapal terbang itu kelihatan api menyala dan asap berkepul-kepul keluar dari buntutnya. Tidak sampai lima minit kemudiannya, kapal terbang itu telah jatuh dalam ladang getah Sungai Biong, dekat tepi tasik Chenderoh kira-kira enam kilometer dari dangau kami.
Seminggu kemudian, beberapa orang nelayan yang tinggal di sekitar tepi Sungai Perak telah datang ke dangau kami dan menjaja ikan-ikan dan udang-udang galah. Setiap seekor udang galah beratnya hampir setengah kilogram. Pada minggu itu mata wang British masih laku lagi.
MEMAKAN BANGKAI
Berjenis-jenis ikan dan udang-udang galah itu telah mengerumun dan memakan bangkai askar-askar Inggeris dan Australia yang telah hanyut dalam arus sungai Perak. Askar-askar itu telah ditembak atau dibom oleh askar-askar Jepun di benteng pertahanan mereka, di tepi Sungai Perak dekat Kota Tempan, Lenggong, kira-kira dua puluh kilometer dari ladang kami. Nelayan-nelayan itu telah mengangkap ikan-ikan dan udang-udang itu dengan menggunakan jala, pukat atau nengayan (tangguk besar).
Bapa dan datukku yang telah mengetahui ikan-ikan dan udang-udang itu telah memakan bangkai askar –askar Inggeris dan Astralia itu, telah mensihatkan orang-orang yang berhijrah bersama mereka supaya tidak membeli ikan-ikan dan udang-undang yang dijual oleh penjaja-penjaja itu.
Dua tiga minggu kemudian tersebar cerita, bahawa ramai suri-suri rumah telah menemui cincin, jari, copeng telinga manusia dalam perut ikan-ikan yang mereka bersih atau menyiangkan itu.
Aku telah mendapat tahu kemudiannya, ramai dari nelayan-nelayan itu telah mengambil jam tangan, rantai emas dari bangkai-bangkai askar tersebut. Kemudian mereka telah menjual jam-jam tangan dan rantai-rantai emas itu kepada orang-orang di Kuala Kangsar.
ASKAR BRITISH
Sementara itu, orang-orang China yang menyertai pergerakan yang ada hubungan dengn Kuomintang di Negeri China dan orang-orng Cina yang yang anti Jepun dan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengambil senjata-senjata yang ditinggalkan oleh askar-askar British itu seperti senapang, peluru-peluru, bom-bom dan sebagainya untuk kepentingan perjuangan mereka.
Senjata-senjata itu telah digunakan olen gerila-gerila Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang askar-askar Jepun dan kemudian menentang penjajah British di Tanah Melayu, pada zaman Semenanjung Tanah Melayu, di bawah penjajahan Inggeris, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Kanak-kanak yang berusia antara tujuh dengan sepuluh tahun memanglah nakal. Orang-orang tua Melayu ada berkata, ”dua perkara sukar dapat dalam dunia ini, kanak-kanak tidak nakal dan orang tua cantik”. Aku kanak-kanak nakal. Aku bersama adiku dan kanak-kanak lain telah menahan ciding atau jerat burung punai tanah dalam belukar kira-kira suku kilometer jauhnya dari dangau kami.
Pada tiap-tiap hari aku telah mendapat sekurang-kurangnya tiga ekor burung punai tanah yang terkena jeratku. Burung itu telah disembelih oleh ayahku dan dijadikan lauk kami.
HARIMAU BELANG
Pada satu petang aku bersama seorang kawan, Kamaruddin bin Awang Kechil telah pergi melihat ciding-cidingku dalam belukar. Kira-kira 50 meter dari ciding yang aku pasang dalam hutan tepus, aku ternampak seekor harimau belang terkena cidingku.
Kalau dibandingkan kekuatan harimau itu dengan benang cidingku yang terikat pada kakinya itu tentulah amat mudah ia merentapnya, tetapi kerana hairan, harimau itu sejenis haiwan yang cermat atau berhati-hati, ia tidak menarik benang ciding itu dengan mengejut. Ia mengikut perlahan-lahan akan benang yang ditarik oleh baul (seperti joran) ciding itu yang menariknya. Setelah melihat harimau dengan cidingku itu, maka aku dan kawanku itu telah lari ketakutan dan pulang ke dangau kami.
Pangkalan Tualang Bengok (di situ ada sepohon tualang yang pada batangnya berbonggol seperti orang sakit bengok) terletak sekadar 800 meter dari ladang bapaku. Pangkalan itu di hujung sebuah teluk dan airnya dalam lebih 20 meter. Di teluk itulah aku dan adikku, Ghazali telah belajar berenang dengan tidak diketahui oleh ibu dan bapa kami.
Kami telah menggunakan dua biji buah labu yang telah kering yang digunakan oleh ibuku untuk menyimpan air. Aku dan adiku masing-masing menggunakan dua biji labu yang kami ikat dengan tali menjadi sepasang pelampung. Masing-masing telah menggunakan sepasang pelampung dan kami telah menyangkutnya di bawah dada kami menjadikan sebiji labu di sebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri tubuh kami. Kami telah belajar berenang dalam suak itu kira-kira seminggu dengan bertelanjang bogel dan tidak diketahui oleh ibu dan bapa kami.
Walaupun nakal, ia boleh membahayakan kami, tetapi telah menguntungkan kami, kerana aku dan adikku telah pandai berenang.
Apabila ibu dan bapaku telah mengetahui akan perbuatan nakal kami itu, mereka telah tidak membenarkan kami pergi ke suak itu lagi. Mereka khuatir kami lemas dalam suak itu. Dalam suak itu banyak ikan toman yang besar dan ganas.
”...muma gi lagi ke situ, ...habis telur muma dimamah ikan toman tu,” kata nenekku antara sayang dengan marah.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

Thursday, December 9, 2010

QURAN

KURNIAAN ALLAH

Sesungguhnya Allah tidak sekali - kali memberatkan - seseorang hamba – Nya – walaupun sebesar zarah – debu atom - . Dan jika - amalan sebesar zarah – itu amalan kebajikan, necaya Allah menggandakannya dan akan mengurnia dari sisi – Nya pahala yang amat besar – An Nisa:40

Wednesday, December 8, 2010

PESANAN

NEGARA MELAYU


Baik - baik menanam nangka,
Usah di tanam dalam perigi;
Baik - baik jaga negara,
Jangan sampai Melayu rugi.

*
Usah dijolok sarang tebuan,
Sengat sakit isi kepala;
Jangan diungkit ganggang kemanusiaan,
Rakyat tersepit dik kuasa.

***

Labik baik bersuara salam,
Salam pesaka rasul Allah;
Amat baik bernegara Islam,
Islam kekal hukum Allah.

BUKU PENTING RAKYAT MALAYSIA

Falsafah Gagasan 1 Malaysia


Harga = RM 30.00

Penerbit:

Amnas Enterprise
Hubungi : 013 77 22 67/ 013 77 222 89

PERPADUAN MELAYU




MELAYU WAJIB BERSATU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang
jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk
mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang
terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang
kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusaai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp)

MENGENANG MASA SILAM



SULTAN DAN MENTERI BESAR

Mokhtar Petah

Pada masa Menteri Besar, Wan Mohamed ramai orang Melayu di kawasan Hulu Perak yang telah menjadi ’orang kaya baru’ atau ’kaya mee segera’. Mereka itu telah mendapat kawasan kayu balak yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri kepada syarikat milik masing-masing.

Di antara orang kaya baru itu, ialah Encik Ismail Dibong. Semenjak dia menjadi hartawan dia telah tinggal di Ipoh. Dia bersama beberapa orang penggiat politik, di Hulu Perak telah menjadi rakanku.

Pada satu malam, secara kebetulan aku telah tertembung dengan Ismail Dibong di sebuah hotel mewah, di Jalan Tambon, dalam Bandar Ipoh. Dia telah meminta aku menghantarnya ke kediaman Menteri Besar, kerana menurutnya, dia hendak menyerahkan beg kulit (briefcase) yang masih baru kepada Wan Mohamed.

Sebaik-baik sahaja kami sampai di perkarangan kediaman Menteri Besar, Wan Mohamed telah menjemput kami masuk ke dalam bilik tamu. Dalam bilik tamu itu Ismail Dibong telah menyerahkan beg itu kepada Wan Mohamed. Kemudian telah membawa beg itu keluar dari bilik tetamu tersebut. Kira-kira sepuluh minit kemudian dia telah datang semula kepada kami. Aku telah mengesyaki sesuatu yang tak kena antara peniaga balak itu dengan Wan Mohemad.

BEG KULIT

Oleh kerana Ismail Bidong seorang rakan baikku dan dia seorang yang ’betul benar’, maka dalam perjalanan dari kediaman Menteri Besar ke hotel mewah tadi, dia telah memberitahu akan sesuatu yang ada dalam beg yang telah diberi kepada Wan Mohamed itu.

Pada tengah hari esoknya aku telah menemui Wan Mohamed di pejabatnya. Aku telah bercakap dengan dia mengenai beg kulit yang diterimanya dari Ismail Dibung pada malam tadi. Aku juga telah mengingat kembali percakapannya dengan aku pada hari-hari sebelum dia memegang jawatan Menteri Besar, iaitu dia akan adil, bersih, amanah dan bekerjasama dengan Sultan Perak.

---

Aku telah bersalaman dengannya dan keluar dari pejabatnya.

BANYAK NASIHAT

Sultan Idris Shah telah tidak puas hati terhadap Wan Mohamed, kerana Menteri Besar itu dikatakan mengikut banyak nasihat dari Ghazali Jawi. Pendeknya Sultan Idris Shah telah menganggap Wan Mohamed telah membelakangkan Baginda dalam semua perkara yang berhubungan dengan kerajaan negeri itu.

Pada satu hari, semua Orang Besar-Besar Negeri Perak telah mengadap Sultan Idris Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Mereka telah mengadu kepada Baginda mengenai beberapa perkara yang menimbulkan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata, seluruh negeri Perak. Di antara mereka yang telah mengadu itu, ialah Toh Purba(Grik), Dato’ Setia(Parit), Dato’ Panglima Kinta (Ipoh) Dato’ Temenggung(Kuala Kangsar) dan Dato’ Panglima Bukit Gantang (Larut dan Matang).

Sultan Idris Shah telah mengambil langkah mendekati rakyat jelata. Pada tiap-tiap hari Jumaat, Baginda telah berangkat sembahyang Jumaat di beberapa buah masjid, di luar bandar seluruh negeri Perak. Dala semua titah ucapan Baginda di masjid-msjid tersebut telah di sentuh mengenai kelahan Mentgeri Besar dan beberapa perkara lagi mengenai pentadbiran negeri.

Tindakan Sultan Perak itu telah menggoyangkan kedudukan Wan Mohamed sebagai Menteri besar. Dia amat khuatirkan kalau-kalau Presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad akan memendekkan tempoh kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak.

MULUT KE MULUT

Pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam. Beliau mempunyai hubungan yang erat dengan beberapa orang tokoh UMNO Negeri Perak yang tidak menyebelahi Wan Mohamed.

Cerita Sultan Idris Shah telah berunding dengan Musa Hitam untuk memendekkan tempoh Wan Mohamed dari jawatan Menteri Besar, telah tersebar dari mulut ke mulut di kalangan orang ramai. Walaupun cerita itu tidak menjadi berita dalam mana-mana media, tetapi Wan Mohamed sendiri berada dalam keadaan gelisah.

Sementara dari Hulu Perak timbul cerita Wan Mohamed telah menggunakan bomoh atau dukun untuk melembutkan hati Sultan Idris Shah. Cerita itu segera menjadi buah mulut orang ramai. Cerita itu telah menjadi penggerak kepada beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai hajat untuk menduduki kerusi Menteri Besar Perak setelah dikosongkan oleh Wan Mohamed. Disebar pula oleh kalangan politikus yang mencari peluang menangguk di air keruh.

Seorang ahli Dewan Undangan Negeri di Perak Selatan, seorang dari Teluk Intan, seorang dari Parit dan tiga orang dari Perak utara, telah menemui aku dan meminta aku menolong mereka, iaitu menyembahkan hajat mereka itu kepada Sultan Idris Shah, supaya Baginda melantik mereka menjadi Menteri Besar. Aku telah memberitahu mereka, kononnya Sultan Idris Shah telah ada orang yang akan dilantik sebagai Menteri Besar yang baru.

SULTAN PERAK

Ada pula di antara mereka bersikap golok mata dua; pada waktu berada di hadapan Sultan Idris Shah, mereka membruk-burukkan Wan Mohamed dan pada ketika di hadapan Wan Mohamed, mereka memburuk-burukkan Sultan Perak pula.

Pada tahun 1982, Sultan Idris Shah telah berangkat ke Kota London. Sebelum berangkat ke London, Baginda telah mengajak aku pergi bersamanya ke sana, tetapi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan aku tidak mengikuti Baginda.

Kira-kira 27 jam Sultan Idris dan rombongan Baginda berada di Kota London, kira-kira jam 11.00 malam, aku telah menerima titah dari Baginda melalui telefon dari Bandaraya Inggeris itu. Baginda telah memberitahu, yang Wan Mohamed bersama adiknya, Wan Othman dan beberapa orang lagi, telah berada di Kota London dan mereka akan membawa ikan keli bakar kepada Baginda.

” ...good news for you, ...itu le you, I ajak you datang, tak mau, kalau you ada, kan baik...,”titah Sultan Idris Shah.

”Ampun, Sir, ai, bagus tu, apa dia, Sir?” Aku bertanya.

”...Wan Mohamed dah ada di sini, ...nak mengadap aku, ...dia nak bawa ikan keli berbakor weh...,” titah Siltan Idris.

Ketawa.

”...eh, ia ke, Sir?” aku bertanya.

”Entah le, deme yang kata ikan tu berjampi..., you tanya Tok Purba...,”jawab Sultan Idris.

”...berjam, ai, mana ada bomoh di London tu, Sir, ...sin sih Cina ada di China Town tu,”aku berkata.

”...eh, bukan sin sihle, ...bomoh Siam, ...nak lembutkan hati aku,”titah Sultan Idris.

”Macam ilmu pengasih aje,” kataku.

”...bolehke aku makan...?” Sultan Idris Shah bertanya.

”...boleh, santap le, senang aje, ....belum Sir santap, baca al fatihah, baca ayat yang Sheikh Abdullah Pak Him beri tu..., tawarle jampi mentera tu...,”aku berkata kepada Sultan Idiris Shah.

”Iale, ...hai, tak pernah dibuat orang, ikan keli bakar..., bawa ke London ni,”titah Sultan Idris sambil meletakkan telefon.

Besoknya aku telah menelefon To Purba Lahamat, di Grik. Aku telah bertanya perkara ikan keli bakar itu. Dia telah menjelaskan, memang benar Wan Mohamed telah membawa ikan keli bakar ke Kota London, tetapi dia tidak dapat mengetahui sama ada ikan itu telah dijampi atau tidak.

Aku juga menghubungi beberapa orang yang rapat dengan Wan Mohamed di Grik dan Penkalan Hulu. Mereka telah mengakui yang Wan Mohamed telah membawa ikan keli bakar kepada Sultan Idris di London. Ikan keli itu telah dijampi oleh seorang bomoh dari Selatan Siam.

Aku telah menulis beberapa artikel mengenai krisis politik di negeri Perak dan disiarkan dalam minggu Bumi. Artikel mengenai Wan Mohamed membawa ikan keli berjampi kepada Sultan Idris Shah di Kota London, telah menarik perhatian ramai pembaca. Pada masa itu surat khabar tersebut telah menjadi bahan bacaan yang laris, di seluruh negeri Perak.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)