Sunday, August 7, 2011

KISAH DARI NOVEL




KEKASIH


Pedati ditarik kencang oleh dua ekor kuda. Azmi terasa kelajuan pedati itu lebih laju dari kapal terbang yang pernah ditumpanginya. Mereka telah tiba di hadapan sebuah masjid tua. Empat lima orang tua sedang membaca ayat-ayat Quran di sudut masjid itu.
Azmi bersama lima rakannya melangkah masuk ke dalam masjid itu. Keadaan sekitar dalam perut masjid itu terlalu tua. Mungkin usianya telah menjengkau lebih sepuluh abad. Seluruh perut masjid itu berbau harum semerbak seperti dalam sebuah tokoh air wangi dalam pasar raya, dekat Masjid Haram, Mekah.
Mereka telah sembahyang iktikaf masjid itu. Kemudian mereka sembahyang fardu Asar bersama kira-kira tiga puluh orang sidang jemaah. Sebaik-baik sahaja imam selesai memabca doa, semua sidang jemaah meninggalkan masjid itu. Iman berjalan masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk imam.
GEMBALA KUDA
Seorang lelaki tua, berjubah kelabu dan serbannya nipis kelabu jua, berdiri dan berjalan menghampiri Azmi dengan rakan-rakannya dan mengucapkan salam kepada mereka. Salamnya disambut oleh tetamu-tetamu itu dengan ucapan mesra.
“Ooo, tuan Maya, Allah berkatkan Tuan,”seorang lelaki dari yang lima menegur.
“Ia, alhamdulillah, apa khabar?”Tanya Maya.
“Baik,” mereka menjawab. Suara mereka jadi satu.
”Tuan, ini kami bawa Azmi, bakal menantu Tuan, ”kata seorang lelaki dari yang lima.
”Ia, alhamdulillah, terima kasih,” sahut Maya.
Azami terpegun. Bapa Dara sedang berdiri di hadapannya.
Azmi menjabat tangan Maya. Mereka berpeluk sejenak.
“Apa khabar, ayah?” Azmi bertanya.
“Khabar baik, …bagaimana perjalanan tadi?” Maya bertanya.
“Alhamdulillah, baik hingga tiba ke sini, ayah,” jawab Azmi.
“Alhamdulillah, Allah berkatkan kita semua,” sahut Maya.
Lelaki dari yang lima - ketua mereka - , bangun dan berkata kepada Maya, “Tuan tak apalah, Tuan, kami kena pergi…, kami tinggalkan Tuan Azmi ini kepada Tuan.”
”Ia, tak apa, elok …,”sahut Maya.
Setelah bersalaman dengan Maya dan Azmi, lima lelaki bersama gembala kuda itu meninggalkan Azami dan dan bakal bapa mertuanya dalam masjid itu.
”Mari Madu, ...ke rumah ayah, Dara sedang tunggu tu...,”kata Maya.
”Ia, ayah...,” sahut Azmi.
SUARA HATI
Mereka berjalan keluar dari masjid itu. Azmi menggalas bujam dan berjalan beriringan dengan Mayat. Di pintu pagar masjid itu Maya Berdiri dan merenung wajah bakal menantunya.
“Madu, ayah nak Tanya…,”kata Maya.
“Ia, ayah, apa, ayah?” Azami bertanya.
“…siapa beri nama anak ni Madu?” Maya bertanya.
“...nama saya Azmi, ayah,”sahut Azmi.
“Tapi Dara panggil nama anak Madu,”kata Maya.
“Saya guna dua nama, ayah,” kata Azmi.
“Ooo, begitu, maknanya anak ni kuat cita-cita, azam,”kata Maya sambil senyum.
Hati Azmi menyambut kata-kata Maya itu, “kalau tak kuat cita-cita, azam..., tak sampai ke sini pun….”
“Ia…, sungguh…, kalau tak kuat azam, Azmi tak sampai ke sini,” kata Maya seperti dia mengetahui suara hati Azmi.
“Iaa, ayah, ‘alhamdulillah, Allah mencipta langit dan bumi, menjadikan para malaikat dan utusan bersayap, masing-masing dua, tiga dan empat, Allah menambah ciptaannya sebagai mana yang dikehendaki-Nya; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala’ , ayah,”sambut Azmi.
”Dara tu sayang sangat kepada Azmi, ...jagalah dia baik-baik,...dia ada mengaji agama, mengaji tauhid, fikah, akhlak, tasawuf ...cukulah untuk diri dia…,”kata Maya.
”Ia, ayah…,”sahut Azmi.
”Azmi ada pelajaran tinggi, ada ilmu syariah, ilmu wahyu..., tak apa, dia taat kepada Azmi, macam emak dia taatkan ayah…,”kata Maya.
”Ia, ayah,”sambut Azmi.
Azmi kehairanan, dari mana orang tua itu mengetahui dirinya berpengetahuan demikian. Sejenak kemudian Azmi tidak pelik lagi. Allah telah mengilhamkan kepadanya, lalu hatinya yakin, sesungguhnya Maya dari golongan orang-orang yang kasap atau laduni.
Dalam perjalanan yang pendek itu, Maya banyak bercerita mengenai anak gadisnya, Dara dan isterinya, Cahaya. Setiba di halaman rumahnya, Maya memberi salam. Dara dan ibunya sama-sama menyambut salamnya. Mereka berlari ke pintu dan membuka pintu.
Azmi mengikuti Maya memanjat tangga naik ke rumah.
“Apa khabar, emak?”Azmi bertanya kepada Cahaya.
“Baik, Madu, alhamdulillah, Madu apa khabar?” balas Cahaya.
“Baik, emak, alhamdulillah,”jawab Azmi.
Azmi berpaling kepada Dara yang sedang senyum kepadanya.
“Apa khabar, Dara?”Azami bertanya.
“Alhamdulillah, baik, abang,”jawab Dara.
PENUH HORMAT
Cahaya mempersilakan Azmi duduk atas tikar mengkuang warna perak. Dengan penuh hormat, Azmi melabuhkan punggungnya atas tikar itu. Dara duduk bersimpuh menghadapnya.
”...ha, dah siap makanan, ...makan apa?”Maya bertanya kepada isterinya.
“…sudah abang, Dara masak gulai telur angsa, …sayur umbut bayas, kerabu pegaga dengan pucuk putat campur udang samai,”jawab isterinya.
Maya masuk ke biliknya. Kemudian dia keluar lalu duduk di hadapan Azmi. Wajahnya sentiasa senyum. Mesra Dia memandang kepada bakal menantunya itu.
“Azmi, malam ini Dara nak ikut Azmi balik,”kata Maya.
Dara memandang wajah bapanya. Kemudian dia merenung wajah Azmi. Hatinya hairan aka bapanya memanggil Madu dengan nama Azmi.
DISARUNGKAN CINCIN
Wajah Maya tenang. Pada saat dia melabuhkan punggungnya atas tikar di hadapan Azmi, warna sedih berarak perlahan pada wajahnya. Isterinya tunduk dan dua biji matanya seolah-olah bergolek atas tikar kelarai-kelarai di hujung lututnya.
Dara menahan debar jantungnya. Pada ketika itu dia berkeadaan seperti seorang gadis yang sedang disarungkan cincin pada jari manisnya oleh tunangnya.
“Macam ini, emak, ayah ..., kaum kerabat dah setuju, ...malam ini nak nikahkan Azmi dengan Dara...,”kata Maya.
”Ia, ayah, saya ikut saja...,”sahut Azmi.
”...ini hajat kami...,”Maya berkata.
” ...ia, elok tu, ayah,”sahut Azmi.
”...di sana Azmi nikah sekali lagi, kalau tidak buat begitu orang sana tak akui nikah Azmi dengan adik Dara,”kata Maya.
”Ialah, kami di sini menikah tak pakai surat…,ikut syarat, ikut hukum nikah saja...,”sahut Cahaya.
”Lepas menikah, Azmi bawalah Dara, …dia dah jadi isteri Azmi…,”kata Maya.
”Baik ayah, emak,”sahut Azmi.
“Lepas sembahyang Maghrib, orang-orang masjid akan datang, mualim akan akad nikah Azmi,”kata Maya.
“Ia, ayah…,”sahut Azmi.
“Ada bawa mahar?” Tanya Maya.
“…ada, saya ada bawa duit…,”kata Azami serba salah.
“ …ooo, duit, …tapi Dara nak mahar dia, Quran,”kata Maya.
“Ia, …macam emak juga,”sambut ibu Dara.
“Tak apa, Dara beri Quran kepada bang, lepas tu abang buat mahar Dara,”kata Dara.
”Elok, tu, elok,”kata Maya.
Mereka sama-sama ketawa kecil.
Dara bangun dan masuk ke biliknya. Sebentar kemudian dia membawa sebuah Quran kulit bersalut air emas. Quran itu diserahkan oleh kepada Azmi.
“Elok tu..., Dara ni nak Quran, tak nak benda lain...,”kata Cahaya.
”Ia, emak,”sahut Azmi.
Bapa Dara senyum. Dara tunduk menatap kelarai tikar di hujung lututnya.
“….ayah ingat, lepas menikah di sini, eloklah Azmi hantar Dara ke kampung Kota, Pattani, …biar dia mengaji di pondok tiga empat bulan...,”kata Maya.
“Ia, ayah,” Azmi mengaku.
“Di sana ada orang tua kami, …boleh tolong...,”kata Maya.
“Ia, ayah…,”sahut Azmi.
“lepas tu, pergi nikah sekali lagi di sana…, boleh dapat surat nikah…,”kata Maya.
Azami mengangguk.
“...abang duduk rehat dulu, nak ke dapur,” kata Dara sambil bangun.
“Ia, baik,” sahut Azmi.
“Elok tu, ...siapkan makanan ...,”Kata Maya.
JEMAAH MASJID
Maya mengikut anaknya ke ruang dapur. Maya meninggalkan Azami dan masuk ke dalam biliknya.
Setelah selesai makan petang, Maya pergi ke masjid bersama Azmi.Setiba mereka dalam masjid itu, Maya memperkenalkan Azmi kepada sebelas orang lelaki ahli jemaah masjid tersebut. Mereka itu terdiri dari orang tua, dewasa dan belia.
Sebik-baik sahaja selesai sembahyang fardu Isya, mereka sebelas orang bersama ahli-ahli jemaah masjid itu, mereka mengikuti Maya ke ruahnya.Dalam perjalanan ke rumah Maya, Azmi mendengar orang-orang itu bercakap sesama mereka, bahawa ialah kali pertama pertama gadis di alam ghaib di tempat itu akan berkahwin dengan pemuda dari alam nyata.
”Semua ini kuasa Allah, ’kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi, Dia yang memberi kehidupan dan kematian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu’ , yang ghaib dan yang zahir sama bagi-Nya,” seorang dari mereka berkata.
KAUM BUNIAN
Majlis pernikahan Azmi dengan Dara pada malam itu mencatatkan satu ayat panjang dalam sejarah mereka, iaitu ‘walaupun pernikahan ini berlawanan dengan tradisi kami kaum bunian, tetapi kehendak Allah tidak siapa boleh menentangnya, dan kami dengan ikhlas meredainya’.
Sebelum istiadat akad nikah dilangsungkan, Azmi menyerahkan sebuah Quran kecil mahar Dara kepada Imam masjid yang akan mengakad nikahnnya dengan Dara. Pada akhir istiada akad nikah itu, semua yang hadir telah berdoa dan bersyukur kepada Tuhan.
Semua tetamu telah meninggalkan rumah pengantin baru itu. Maya duduk di hadapan isterinya, Dara dan menantunya.
”Alhamdulillah, Azmi sudah menjadi menantu kita, suami Dara...,”kata Maya kepada isterinya.
”Ia, abang,”sahut Cahaya.
”Dara, anaka ayah, pada malam ini, kamu ikutlah suami kamu, ...tak usah risaukan kami di sini,”pesan Maya dan wajahnya senyum bercampur muram.
”Ia, ayah, insya Allah, ayah, doakan ayah, ...Dara selamat,” sahut Dara.
”Ialah..., insya Allah,”sambut Maya.
”Macam ini Azmi, ...ayah, emak, ...ialah, kami di sini tak guna duit, ...rial, pitis...,”kata Maya.
“Ia, ayah,”sahut Azmi.
“…tapi, mana tahu, bila Azmi nak guna duit, insya Allah kami beri duit tu,”kata Maya.
Wajah Maya diusap warna sedih.
BAWAH SEJADAH
Azmi diam. Hatinya mencari keyakinan dari kata-kata bapa mertuanya itu.
”Bila Azmi nak duit, ...banyak mana pun tak apa,”kata Maya lagi.
Azmi diam lagi.
”…pada malam Jumaat, lepas sembahyang Isyak, Azmi baca AL Fatihah dua puluh lima kali, selawatkan Nabi Muhammad lima kali, lepas tu Azmi ambillah duit bawah sejadah Azmi tu,”pesan Maya.
“Insya Allah, ayah,”sahut Azmi.
Maya mengangkat Tangannya dan berdoa. Azmi, Dara dan Cahaya ikut mengangkat tangan masing-masing.“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kurniaan di sisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami jalan yang lurus dalam urusan kami,” . Pada akhir doanya Maya telah meletakkan dua tapak tangannya atas dahi Azmi dan dahi anaknya.
Cahaya memeluk anak dan menantunya. Suami isteri itu menjadi satu dalam pelukannya.” …Allah reda…, emak rela…, ayah reda, anakku,”suara Cahaya lembut. Sedih.
“Alhamdulillah, terima kasih ayah,” suara Azmi dan Dara menjadi satu.
“…ha, elok, Allah bersama kalian…, pergilah…,”kata Maya.
MENATAP WAJAH
Azami bersalaman dengan bapa dan ibu mertuanya. Dara bangun dan masuk ke dalam bilik. Dia keluar semula dengan membawa pundutnya. Wajahnya yang berhias senyuman itu, tersembunyi perasaan sedihnya. Pada detik-detik menatap wajah bapa dan ibunya kali terakhir, hati Dara seolah-olah menyanyikan syair ini:
Pergi Dara tak kembali ,
Ikut suami teruna pujaan;
Alam nyata tempat pergi,
Demi cinta Dara berkorban.
”Assalamau alaikum,”ucap Maya kepada Azmi dan Dara yang sedang berdiri di kaki tangga.
”Wa alaikum salam,”suara Azmi dan Dara satu menyambut salam dari Maya.
Azmi menyangkutkan pundut Dara pada bahu kanannya. Bujam Azmi tersangkut di bawah ketiak Dara. Azmi memegang tangan kanan isterinya. Kemudian mereka menjejaki jalan dalam gelap menuju gunung batu. Setibanya di kaki gunung itu, Dara memagang bahu kanan Azmi dan memeluknya erat-erat. Azmi terasa dirinya terapung-apung laju dalam awan. Ayat-ayat Quran yang telah diterima oleh Azmi dari Haji Marzuki, di Pangkalan Kubur, Kelantan, dibaca dan dihembuskan ke telinga kanan isterinya. Tubuh Dara menggigil dalam pelukannya.
“...abang dah baca…?”Tanya Dara.
“Sudah, sayang,” jawab Azmi.
”...patut Dara rasa telinga, tubuh Dara sejuk sangat,”kata Dara.
“...berkat, alhamdulillah...,” sambut Azmi.
Dara mengangguk. Tangan kenannya membelit pinggang Azmi.
“...kita dah tiba, abang...,”kata Dara sambil mengundurkan tubuhnya dari pelukan suaminya.
”Di mana, Dara?” Tanya Azmi.
“…kampung Kota, Pattani..., dekat rumah tok, abang,”jawab Dara.
”Kampung Kota, ...dekat telaga Hang Tuah, Dara?”Tanya Azmi.
”...Dara tak tau, abang, siapa Hang Tuah tu?”jawab Dara.
Azmi senyum, ”nantilah, abang akan ceritakan...,”jawab Azmi.
Dara mengangguk. Manja.
”Siapa nama Tok Dara tu?”Tanya Azmi.
”....aaaa, nanti Dara ingat, ....Fakih Jirim, nenek nama ...Siti Aminah,”jawab Dara
”Ia, Alhamdulillah,”Azmi mengucap syukur.
“...abang,”kata Dara.
”Ia, Dara, ...apa?”Tanya Azmi.
”Dara tak boleh balik, …tak boleh ghaib lagi..., dah jadi macam abang, macam orang di sini...,”kata Dara.
Azmi memeluk tubuh isterinya. Pada ketika itu Azmi lantas teringat peristiwa Allah telah memerintahkan Nabi Adam dan isterinya, Hawa, turun ke bumi, ’...pergilah kamu semua dari sini...’.
CAHAYA RIANG
Azmi dan Dara telah pergi ke sebuah rumah lama. Bentuknya seperti kebanyakan rumah orang Melayu Negeri Perak. Setiba mereka di halamana rumah itu, belum sempat Azmi dan Dara memberi salam, pintu rumah itu terbuka.Seorang lelaki tua berdiri di pintu dan pelita minyak tanah di tangannya ditayang-tayang ke arah tangga.
”Assalamu alaikum, Tok,”Dara mengucapkan salam kepada Fakih Jirim.
”...wa ’alaikum salam, ha, naiklah, naik...,” suara Fakeh jirim.Suaranya lembut dan mesra.
”Baik, Tok,”sambut Azmi.
Dara memanjat tangga dan diikuti oleh Azmi. Kedua-dua mereka berjabat tangan dengan Fakih Jirim dan isterinya.
”Duduklah,” Fakih Jirim mempersilakan Azmi dan Dara duduk atas tikar menggkuang kelarai Pattani.
”Terima kasih, Tok,”ucap Azmi.
Azmi dan isterinya melabuhkan punggung masing-masing atas tikar itu. Fakih Jirim dan isterinya duduk di hadapan mereka. Pada wajah kedua-dua orang itu terpancar cahaya riang kerana menyambut ketibaan cucu perempuan mereka yang belum pernah mereka temui sebelum itu.
”... Tok, Nenek ni ... duk dua oghe saja di ghumah ni ,”kata Fakih Jirim kepada Dara.
”...ia, Tok, ini abang Azmi, suami Dara, Tok,”kata Dara.
”Ia, Tok dah tau…,” sambut Fakih Jirim.
“…mu ni mek, dengan Azmi ini, macam pine belah dua,”kata isteri Fakih Jirim.
Azmi senyum.
”Nek ni...,”sambut Dara. Tersipu-sipu.
”Allah berkatkan muma...,”kata Fakeh Jirim.
”Insya Allah, tolong doa, Tok...,”kata Azmi.
Fakih Jirim senyum.
DAGING LEMBU
Isteri Fakih Jirim menjamu Azmi dan Dara dengan makanan yang dimasak cara masakan orang Melayu Selatan Siam.Paprit, tomyam daging lembu masak merah.Pada malam itulah pertama kali Dara mengecap masakan daging lembu, sup tulang lembu, sotong, udang.
Manusia-manusia yang hidup dalam alam ghaib tidak makan daging haiwan atau makhluk bernyawa. Mereka mempunyai perasaan belas kasihan kepada haiwan-haiwan melebihi perasaan manusia di alam nyata ini.
”Nenek masak sendiri, lauk-lauk ni, nek?”Azmi bertanya kepada isteri Fakih Jirim.
”Dak deh, Tok beli di kedai sana tu,”jawab isteri Fakih Jirim.
”... dah tau muma nak maghi, Tok sughuk nenek beli,”sambut Fakih Jirim.
”Sedap, Nek,”kata Azmi.
”Masakan oghe Pattani, sedap, ...oghe Semenanjung, Kelate..., Peghak, beghahi make lauk macam ni,” kata isteri Fakih Jirim.
Berkali-kali Dara mengebam bibirnya sendiri kerana dia tidak tahan pedas cili.Wajahnya merah dan dua matanya berair.
”Kena apa Mek?”tanya Fakih Jirim.
”... Mek tak tahan pedih...,pedas, Tok, ...tapi sedap,” jawab Dara sambil mengesat bibirnya dengan belakang tangan kirinya.
”Oghe tempat Mek tak makan cabai,” kata Fakih Jirim.
Dara senyum. Azmi merenung wajah isterinya yang kemerahan dalam cahaya lampu.
Pada malam itu, Azmi dan Fakih Jirim telah bercakap sehingga awal pagi. Sementara Dara tidur bersama neneknya dalam bilik tidur. Sekadar merehatkan tubuh, Fakih Jirim dan Azmi tidur di tengah rumah
Esok pagi, sebaik-baik selesai bersarapan, Fakih Jirim membawa Azmi dan Dara pergi menemui guru sekolah pondok di kampung itu, Sheikh Hassan Dala. Setelah Fakih Jirim menerangkan maksud dan hajat Dara dan Azmi, maka Sheikh Hassan Dala telah menerima Dara menuntut di sekolahnya.Sekolah tersebut sebuah sekolah yang dikhaskan kepada penuntut-pentuntut perempuan sahaja.
“…aaa, tiga bulan tak lama,” kata Sheikh Hassan Dala.
“Ia, Tok...,”sahut Azmi.
“ …Tok akan dapatkan sughat beghanak Dara,”kata Sheikh Hassan Dala.
”Baik, Tok,”kata Azmi.
”Tak apa, kalau Azmi nak nikah denge Dara di sini pun tak apa...,”kata Sheikh Hassan Dala lagi..
”...ia, Tok, insya Allah,”sahut Azmi.
“Surat nikah ada cop Majlis Agama Islam, ...pejabat Negeghi Kelate, Peghak, Kedah, Peghelis, teghima, ...sah, ”kata kata Sheikh Hassan Dala.
“Ia, Tok,”sahut Azmi lagi.
”...ghame oghe Islam daghi sana maghi nikah di sini, ...di sana susah nak nikah, ada mace-mece kaghenah...,”jelas Sheikh Hassan Dala.
“Ia, Tok,”sambut Azmi.
(Disaring sunting dari manuskrip novel, Cinta Dan Hidayat, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN




KELAPANGAN DARI ALLAH

Bukankah Kami telah lapangkan dada anda.
Dan Kami telah buangkan dari anda akan beban anda.
Yang memberatkan punggung anda.*
Dan Kami populerkan nama anda.
Kerana itu, sesuangguhnya bersama kesulitan (datang) kelapangan.
Sesunguhnya bersama kesulitan (datang) keringanan (kelapangan).
Sebab itu, apabila anda mempunyai tempoh (waktu atau masa) bekerja keraslah.
Dan kepada Tuhan anda hadapkan pengharapan (cita – cita, hajat dan tujuan).
- Suarah Al Insyirah: 1 – 8.

* Telah lama hajat Nabi Muhammad s.a.w., untuk memperbaiki keadaan kaumnya (Arab Quraish) dari kekafiran atau kesyirikan, tetapi Junjungan tidak Nampak jalan keluar. Sekarang jalan itu Nampak terbentang luas dan memanjang, maka, tentulah perkara yang beratkan fikiran Junjungan telah lesap.

Saturday, August 6, 2011

SAJAK


RAKYAT SETIA


Falsafah mengajar manusia,

Setiakan Negara sendiri,

‘Jangan jadi hamba gigit jari,

Peribdi tanpa bunga tolol.



Rakyat tiangnya jiwa,

Tiang seri akal kreatif,

Jika bijak tidak dipijak,

Bodohnya, hamba sejalur hayat.



Rakyat dan pemimpin,

Laksana kopi dengan gula,

Pahit kopi diluah orang,

Manis gula bahaya badan.



Rakyat negara kita,

Pandai bijak bawah kuasa,

Sabar merenung pemimpin bekerja,

Jujur atau curangnya dinilai selalu.



Jujur pemimpin rakyat sokong,

Corangnya menempah padah,

Raja zalim disanggah,

Raja adil didoakan berkah.


Putrajaya ......................Mokhtar Petah

MAKSUD AYAT QURAN



PADA JALAN ALLAH

Perumpamaan orang – orang yang menafkah (belanja)kan harta mereka di ‘jalan Allah’ sebagai sebutir biji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai itu seratus buah (berlipat ganda, sebanyak 700 kali atau lebih), dan Allah melipat gandakan (ganjaranNya) untuk siapa yang disukaiNya. Dan Allah luas pemberianNya dan Maha Mengetahui.
Orang – orang yang menafkah (belanja)kan harta mereka di jalan Allah, lantas pemberian mereka itu tidak diriiringi dengan kebanggandan cercaaan, mereka mendapat pahala di sisi Allah, dan mereka tidak rasa ketakutan dan tidak menanggung dukacita.
Al Baqarah:261, 262

MAKSUD AYAT QURAN



PADA JALAN ALLAH

Perumpamaan orang – orang yang menafkah (belanja)kan harta mereka di ‘jalan Allah’ sebagai sebutir biji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai itu seratus buah (berlipat ganda, sebanyak 700 kali atau lebih), dan Allah melipat gandakan (ganjaranNya) untuk siapa yang disukaiNya. Dan Allah luas pemberianNya dan Maha Mengetahui.
Orang – orang yang menafkah (belanja)kan harta mereka di jalan Allah, lantas pemberian mereka itu tidak diriiringi dengan kebanggandan cercaaan, mereka mendapat pahala di sisi Allah, dan mereka tidak rasa ketakutan dan tidak menanggung dukacita.
Al Baqarah:261, 262

Friday, August 5, 2011

RENUNGAN JUMAAT




MELAYU BERNEGARA MELAYU

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Pengasihan
Perjuangan Bangsa Melayu menuntut kebebasan atau kemerdekaan bumi milik mereka adalah amalan soleh. Amal makruf dan jihad. Perjuangan atau jihad mereka atas cita-cita dan dengan semangat untuk membentuk sebuah negara merdeka. Sebuah ‘Negara Bertuah dan Allah Maha Pengampun’, iaitu mendapat keampunan dan keredaan Allah.
Bangsa Melayu adalah satu bangsa besar yang meliputi seluruh Kepulauan Melayu, iaitu dari Campa, Petani, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina. Seperti umat manusia di bumi-bumi lain di seluruh dunia juga, Umat Melayu bermula dari manusia-manusia yang hidup dalam zaman primitif atau kuno.
Mereka itu hidup berkembang dari zaman batu, iaitu zaman menggunakan batu, kayu, tulang dan sebagainya untuk digunakan bagi keperluan dalam kehidupan seharian.
Pendeknya kehidupan Orang Melayu, sama ada yang tinggal di daratan atau di lereng-lereng bukit, dalam gunung dan tepi lau, semua berkeadaan seperti kehidupan Orang Asli yang terdapat dalam rimba raya pada masa ini.
MELAYU JATI
Orang Melayu jati adalah mereka yang terdiri dari keturunan Orang Melayu Asli di seluruh Kepulauan Melayu. Contohnya, anak dari pasangan Melayu Semenanjung dengan Melayu Bukit Seguntang atau Indonesia, Moro atau Filipina, Campa dan Selatan Thailand adalah Anak Melayu jati.
Manakala Orang Melayu yang lahir dari pasangan Melayu dengan orang-orang Islam dari India, Yaman, Cina, Siam dan dari bangsa-bangsa lain tidak boleh dinobatkan sebagai Melayu Jati. Mereka adalah Melayu kacukan.
Tetapi, kerana agama Islam tidak memilih bangsa dan warna kulit. Semua manusia dari keturunan mana jua pun, kalau mereka itu beragam Islam, menurut firman Allah dalam Quran, mereka dikira sebagai umat Islam, iaitu ‘umat yang satu’ dan ‘umat yang satu’ dan ‘umat yang pertengahan’ Oleh sebab petunjuk atau doktrin dari Quran itu, maka pandangan ‘Melayu jati’ dan ‘Melayu kacukan’ telah tidak wujud lagi dalam rumpun atau masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Geografi bumi, politik dan sosial bumi dan Orang Melayu setelah berbagai jenis penjajah menguasai bumi Melayu. Mereka telah melakukan pecah-pecah perintah (divides and rules), maka telah berlaku pemisahan atau pembahagian kawasan, seperti Melayu Semenanjung, Melayu Borneo, Melayu Sumatera, Melayu Aceh dan Melayu Pulau Jawa dan sebagainya.
QURAN DAN SUNNAH
Dengan langkah itu, maka wujudlah rasa kedaerahan di kalangan Orang- Melayu. Orang Melayu bahagian Semenanjung memandang rendah kepada Orang Melayu bahagian Borneo. Begitulah Orang Melayu bahagian terhadap Melayu bahagian-bahagian lain.
Perjuangan untuk membebaskan atau memerdekakan seluruh Kepulauan Melayu, termasuk Brunei dari bertuankan orang-orang kafir atau tidak beriman - penjajah Partugis, Belanda, Inggeris dan sebarang sifat penjajahan, sama ada bentuk lama mahu pun bentuk baru, penjajah politik, ekonomi, budaya dan sebagainya, adalah perjuangan atau jihad yang dituntut oleh Islam.
Perjuangan atau jihad bangsa Melayu, terutama di Semenanjung Tanah Melayu dan pulau-pulaunya dan Wilayah Selatan Thailand adalah berpandukan atau mengikut ajaran Islam atau doktrin dari Quran dan Sunah. Selain dari itu dari adalah dari nasihat para ulama dan cendekiawan Islam, sejarah Pemerintahan Islam semenjak zaman Nabi Muhammad hinggalah kepada beberapa pemerintahan dan dan kerajaan Islam yang terakhir.
Hasil kajian saya terhadap perjuangan bangsa Melayu, bahawa bangsa Melayu telah berjuang menuntut kebebasan tanah air mereka tidak di tunjuk oleh orang-orang kafir – Hindu (termasuk Budha), Kristian, Yahudi, Majusi dan agama-agama lain. Golongan dari agama-agama itu telah menjadi alat penjajah untuk mengusai negeri-negeri Melayu. Mereka juga menjadi pendorong kepada para pemeluknya untuk menjajah negeri-negeri Melayu dan mengusai ekonomi dan budaya Melayu.
KETURUNAN PENDATANG
Manakala penjajah-penjajah dan mereka yang terdiri dari golongan pendatang di- kepulauan Melayu amnya dan Semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura) khasnya, selain dari memiliki nafsu untuk mencari makan dan kaya raya, mereka bertujuan untuk menjadikan bumi Melayu sebagai negara mereka.
Contoh yang nyata, Pulau Singapura, setelah melalui beberapa proses kepolitikan, perundangan dan perlembagaan, maka pulau itu kini telah menjadi negara terasing dari wadah perjuangan bangsa Melayu. Pemerintah negara itu terdiri dari mereka dari keturunan pendatang.
Semua penjajah – dalam apa jua bentuk - , yang menjajah bumi Melayu telah menganggap bangsa Melayu yang menentang mereka adalah terdiri dari golongan Orang Darat atau Orang Asli, anggota kongsi gelap atau pertubuhan bawah tanah, mereka dari golongan pengganas komunis dan orang-orang Islam yang melampau atau penjahat.
Dengan tuduhan itu, mereka mendapat simpati orang luar, dunia luar dan bangsa-bangsa yang menganggotai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Dengan cara demikian mereka berjaya meneruskan penjajahan, menguasai negara yang pada masa lalu datuk nenek mereka menjadikan tapak penghijrahan untuk mencari makan atau kehidupan. Akhirnya mereka ingin menguasainya sebagai negara mereka. Mereka membenci anak watan atau orang Melayu. Mereka mengusai mereka. Contohnya, Singapura.
PENJAJAH BENTUK BARU
Walaupun pemerintah Cina, iaitu di Negara Cina tidak berhasrat untuk menjajah negara-negara orang lain, tetapi orang- orang Cina yang berhijrah, selain bertujuan mencari makan, mereka juga bertujuan untuk menguasai atau menjajah negara-negara lain dengan menggunakan kuasa dagang dan ekonomi mereka.
Pada masa ini, di segi sejarah bangsa Melayu, orang-orang Melayu di Singapura berada di bawah penjajah bentuk baru. Demikian jua di segi sejarah; bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah penjajah bentuk baru juga, iaitu orang-orang Cina dan India yang menjadi rakyat negara ini dan menguasai negara ini bersama orang Melayu.
Seperti yang saya telah utarakan di atas, iaitu, kerana proses kepolitikan, perundangan dan perlembagaan, maka kita tidak boleh menganggap orang-orang bukan Melayu yang memerintah negara ini sebagai penjajah bentuk baru. Walaupun di segi sejarah bangsa Melayu ‘gelaran’ demikian benar, tetapi di segi kepolitikan, perundangan dan perlembagaan, maka ‘gelaran’ itu dianggap salah.
Sesungguhnya, masalah pendatang, penjajah dan siapa kena jajah di kawasan-kawasan dalam Kepulauan Melayu tidak akan selesai sampai bila-bila. Masalah itu akan ditimbulkan oleh generasi bangsa Melayu pada masa akan datang. Nescaya akan berlaku seperti bangsa Arab di Palestin terhadap penjajahan Yahudi yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1947 – 1948.
Rakyat Cina di Negara Cina dan rakyat India di negara India tidak membenarkan sama sekali orang-orang asing memerintah negara mereka. Tetapi kerana politik penjajah Inggeris sebelum membebaskan negara ini pada tahun 1957, telah diterima oleh pemimpin-pemimpin pada masa itu, maka bangsa Melayu terpaksa berkeadaan ‘rela dalam paksaan’ terhadap orang-orang keturunan pendatang turut berkongsi kuasa dengan orang Melayu memerintah negara ini.
(Dari kata pengatar manuskrip buku, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, oleh: Mokhtar Petah)











NASIHAT

PEMIMPIN

Jika anda diangkat menjadi pemimpin, penuhkan janji dan berlaku adil dan kebaikan kepada orang ramai. Baik atau buruk anda lakukan, jangan bersumpah dengan Quran atau dalam masjid. Allah melihat kebaikan dan kejahatan anda walau sebesar atom (zarah), balasan Allah akan bermula di dunia lagi, iaitu sebelum anda mati.

MAKSUD AYAT QURAN




INGATKAN ALLAH DAN BERSYUKUR

Sebagaimana (kalian lihat), Kami (Allah) telah mengutuskan untuk kalian seorang Rasul (Muhammad s.a.w.) dari golongan kalian sendiri, dibacakannya kepada kalian keterangan – keterangan Kami (Allah), disucikannya kalian, diajarkannya kepada kalian kitab (Quran) dan hikmat (ilmu dan falsafah serta kebijaksanaan) dan juga diajarkan kepada kalian apa – apa yang kalian belum mengetahui.
Sebab itu, ingatlah Aku (Allah) supaya Aku (Allah) ingat pula kepada kalian. Dan bersyukurlah kepada Aku (Allah) dan janganlah menjadi orang yang tidak tahu berterima kasih.
Al Baqarah: 151, 152.

Thursday, August 4, 2011

TITIK - TITIK SEJARAH

MALAKA DAN RAJANYA

‘Sultan Mahmud ialah raja yang zalim, suka berfoya – foya dan berpeleseran,
leka dengan ilmju agama sehingga mengabaikan pentadbiran, tiada adil
dan tiada bertimbang rasa. Walaupun baginda di anggap oleh setengan –
setengah sejarawan sebagai ‘ nasionalis’ yang menentang Portugis,
perubahannya itu berlaku selepasa insaf akan keburukan dirinya yang
sedikit sebanyaknya membantu kejatuhan Malaka.’ – Malaysia Kita,
Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, 1991, hlm:140.
Pada tahun 1511, penjajah Portugis menakluk Malaka, Sultan negeri itu, Sultan Mahmud Shah ibnu Sultan Alauddin terpaksa turun dari takhata dan membawa diri ke Bentata – Kampar - , 1526 - 28. Semenjak itu Negeri Malaya tidak mempunyai raja.
Tunku Abdul Rahman Putra pada ketika berucap di Butterworth pada tahun 1954, telah berkata, bahawa setelah Persekutuan Tanah Melayu Merdeka, Negeri Malaka akan di adakan raja.
Kata – kata Tunku Abdul Rahman itu kira – kira begini: “Bila kita dah merdaheka, kita nak jadikan negeghi Malaka, negeghi berdaulat, kita adakan raja, sultan ...”
KEHILANGAN RAJA DAN ISTANA
Negara kita telah merdeka dan Malaka tinggal tersiksa sebagai sebuah negeri tanpa raja. Mengapa Kerajaan Malaysia dan Raja – Raja Melayu tidak mahu mewujudkan raja di negeri itu?
Jika menilai pada kukuhnya bangsa Melayu dan kerajaan Malaysia mempertahankan Raja Melayu, maka, sepatutnyalah Malaka diwujudkan Raja Pemerintah, kerana kehilangan Raja dan Istana bukan kerana vbangsa Melayu tetapi kerana penjajah Portugis.
Terasa di sudut hati, petapa kecilnya semangat Melayu, kerana penjajah Portugis, Raja Malaka lari, maka hingga kini Malaka tinggal ‘ menjanda’ kerana tiada raja. Penjajah Inggeris datang tidak juga diwujudkan Raja di Malaka. Penjajah Jepun datang Malaka tanpa Raja juga. Penjajah Inggeris lagi, tidak diwujudkan Raja Malaka, tetapi menyingkirkan Sultan Terengganu dan Sultan Selangor. Orang Melayu termangu juga.
BOLEH MERISIH DI NEGERI PERAK
Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, Negeri Malaka ‘ menjanda’ juga, tanpa Raja. Mengapa kerajaan kita dan Majlis
Raja – Raja Melayu tidak membuka titah untuk mewujudkan Sultan di Negeri Malaka.
Kalau dikatakan Sultan Malaka yang malang di Kampar tidak ada waris, dalam sejarah bangsa Melayu, baginda ada putra. Puteranya, Raja Muzaffar Shah di angkat oleh para pembesar Negeri Perak, mnenduduki takhta Kerajaan negeri tersebut.
Untuk mewujudkan Sultan Malaka, boleh mersik di Negeri Perak, mungkin keturunan Sultan Mahmud ada di sana.
BANGSA MELAYU SAYANGKAN RAJA
Elok benarlah Malaka ada raja, kerana negara kita negara beraja. Jangan dianggap orang – orang di negara - negara beraja di seluruh dunia, ‘lemah benarlah Malaysia, kerana penjajah menyebabkan Raja Malaya membawsa diri ke Kampar, disebabkan penjajah Portugis, hingga kini Malaya ‘menjanda’ tanpa raja.
Baru – baru ini saya di Kota Malaka, terasa ada bisikan mengusik hati, “Jangan dibiarkan Malaka tidak beraja, nanti bangsarnya berwarna merah kerana memuja penjajah Portugis yang telah menjajahnya.
Maka, ketiadaan Raja bagi negeri Malaka, mungkin tidak salah, kalau ada orang berkata, “ Bangsa Melayu sayangkan raja, tetapi takut merajai semula Negeri Malaka, dan adakah negeri Malaka menjadi musium Portugis dan penjajah? – mokhtar petah.

MENENANG MASA SILAM




MENGUKIR PENGALAMAN


Pada 18 dan 19 November 2005, satu Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia ’05, anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA, cawangan Sabah, di sebuah hotel terkemuka, di Putrajaya.
Seramai 18 orang penulis, cendekiawan dan sejarawan telah membentangkan kertas kerja masing-msing dalam persidangan itu.
Dalam ‘Sesi: Setatut Dan Peluang Dalam Penerbitan Biografi’, pembentang kertas kerja ialah: Encik Mat Zin Mat Akib dari UiTM cawangan Sabah, ‘Peluang Dalam Penerbitan Biografi di Sabah’, Encik Roosfa Hashim, ‘Penerbit UKM – Status Penerbitan Biografi Malaysia dan aku, ‘Pengalaman Menulis Biografi Sebagai Kegiatan Harian’.
Aku telah diberi penghormatan membentang kertas kerja dalam Sesi:status Dan Peluang Dalam Penerbitan Biografi, bertajuk ‘Pengalaman Menulis Biografi Sebagai Kegiatan Harian’.
Dalam ‘Sesi Projek Penerbitan Biografi’, Datuk Abdul Munir Yaacob, ‘Projek Biografi Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim: Satu Pengalaman Mengetuai Projek’, Puan Siti Aishah Murad dari Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘Kajian Biografi Pengarang Melayu’, Enci Hasron Haron, Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM, ‘ Penerbita UKM – Beberapa Ciri Biografi dan Autobiografi Daripada Pengalam Penerbit’ dan Prof. Emeratus Datuk Dr Nik Safiah Karim,’Penghasilan Buku Biografi Tokoh Wanita Malaysia’.
SATU PENGALAMAN
Dalam ‘Sesi Pengalaman Penulisan Dan Penerbitan Biografi I, Sasterawan Negara, Arena Wati, ‘Pengalaman Menerbitkan Enda Gulingku’ dan penyair Zurina Hassan, ‘Pengalam,an Menulis Memoir’.
Wartawan terkenal dan politikus, Said Zahari, telah membentangkan kertas kerjanya ‘Biografi, Memoir dan Sejarah’ dalam ‘Sesi Pengalaman Penulisan Dan Penerbitan Biografi II, Encik Kassim Ahmad, ‘Dari Hikayat Hang Tuah ke Memoir Kassim Ahmad’, Prof.Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, ‘Penulkisan Biografi Ilmiah: Satu Pengalaman’ dan Dr Zahidi Dato’ Hj. Zainol Rashid, ‘Pengalaman Menulis Tiga Buku Biografi Tun Dr Mahathir’.
Dalam ‘Sesi Kepentingan Biografi Dalam Masyarakat’, Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming, UKM, ‘Biografi Cina Malaysia Pinggir Aabad 19’, Yang Quee Yee, ‘Memoir Seorang Pengarang Cina Dalam Kesarjanaan Melayu, Selok-belok Pengkajaian dan Perkamusan Bahasa Melayuku’, Dr Nik Anuar Mahmud dari UKM, ‘ Memoir dan Biografi sebagai sumber baru dalam pensejarahan semula Malaysia, Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya, ‘Filem Biografikal: Tuntutan dalam industri sinema Melayu’ dan Tan Sri Ramon V Navaratnam ‘Pengalaman Penulisan Memoir Pentadbir’.
Di antara kandungan kertas kerjaku, ialah:
‘Penulis buku biografi adalah sama dengan penulis sejarah bangsanya. Kalau tulisan itu lari dari fakta sebenar atau ada tujuan nagatif, makasetiap pembaca buku itu akan menerima pembohongan- nya sebgai seorang warganegara yang terpedaya oleh sang penulis yang tidak memegang amanah.
Anak-anak warganegara ini selepas merdeka yang belajar di sekolah menengah, mereka telah terpedaya oleh buku sejarah pemimpin-pemimpin mereka. Mereka disogokkan dengan pengetahuan sejarah, bahawa pejuang pejuang kemerdekaan tanahair ialah Dato’ Onn jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Tetapi apabila mereka telah melanjutkan pelajaran ke universiti, mereka mendapati ada pejuang lain lagi sebelum Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, iaitu Ibrhaim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmd Boestamam, Shamsiah Fakeh, Mustafa Hussein dan ramai lagi.’
Aku telah mengamati sendiri, bahawa golongan orang Melayu yang menganut keyakinan nasionalisme – nasionalisme kapitalis atau nasionalis acah-acah Islamisme, sama ada mereka berjuang, menjalankan peranan dalam kerajaan dan mengatur kegiatan ekonomi, mereka telah tidak dapat melarikan diri dari ajaran atau pengaruh Inggeris menerusi dasar penjajahan dan Yahudi menerusi kelab-kelab dan perniagaan dan perdagangan. Kekadang mereka itu kelihatan seperti lebih dari orang Inggeris dan bersikap keYahudian dengan tidak mereka sedari terpesong dari ajaran agama Islam dan kebudayaan Melayu.
Mereka memandang sesuatu dari Barat (Inggeris dan Yahudi) seperti satu kuasa mukjizat yang mereka mesti amalkan atau patuhi. Dengan demikian mereka kehilangan peribadi sendiri dalam perjuangan mereka untuk membina bangsa sendiri. Contohnya:
( 1 ) Bahasa: Mereka tidak yakin kepada bahasa ibunda atau bahasa
Melayu dapat digunakan dalam semua bidang kehidupan rakyat
jelata. Mereka mendewa-dewakan bahasa Inggeris dan
memaksa massa menggunakan bahasa tersebut sebagai kuasa
penting untuk bangsa mereka.
( 2 ) Tulisan sebagai tunggak dan dasar ilmu dari bahasa Arab dan
agama Islam, telah dihapuskan sehingga semua dari golongan
muda Melayu (Islam) masa kini tidak pandai menulis tulisan
Jawi.
( 3 ) Dengan beralasankan Perlembagaan Negara, mereka seolah-
olah bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mlemakan
bangsa Melayu dalam semua bidang kehidupan, sehingga
bangsa Melayu menjadi satu kaum sahaja.
( 4 ) Dalam bidang politik orang Melayu sendiri yang berjuang untuk
mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan mengmalkan
konsep ‘Negara Islam’ telah menjalankan langkah-langkah
untuk menghapuskan segala kegiatan yang dilakukan atau
dilaksanakan oleh orang-orang Islam, termasuk untuk
menumbangkan kerajaan Negeri Kelantan yang dibangunan
oleh orang Melayu dan Islam.
( 5 ) Menentang hukum-hukum yqng ditentukan oleh Allah dalam
Quran dan mempertikai sesuatu yang telah teraut dalam agama
Islam seperti menuntuk hak dan kuasa bagi kaum wanita.’
Pada masa menghadapi pilihanraya Pengkalan Pasir, Kelantan pada 6 Disember 2005, aku telah mendapati tokoh-tokoh parti politik nasionalis, terutamanya peringkat Negeri Kelantan, telah beria-ia benar untuk menghancurkan kerjaan pimpinan orang Melayu (Islam) di negeri itu. Untuk menyedarkan umat Islam, aku telah menulis sebuah artikel ringksas dalam munigguan ‘Siasah’pada 2- 15 Disember 2005, seperti berikut:
‘Walaupun PAS diamanahkan memerintah Negeri Kelantan tetapi Kerajaan Pusat sebenarnya mempunyai banyak bidang dan peluang untuk membangunkan negeri itu, malah bertanggungjawab ke atasnya. Selama hari ini pun kita tidak pernah mendengar PAS menghalang Kerjaan Pusat mendirikan sekolah, hospital, jalan raya, atau mengadakan kelas Kemas daaan pembangunan lainnya demi kepentingan rakyat.
Namun, apa yang menarik perhatian saya, adalah pilihanraya di Pengkalan Pasir itu nanti akan menampilkan cetusan ‘bunga api’ di mana orang-orang Islam sendiri bertanggungjawab untuk menghapuskan tertegakkanys ebuah Kerajaan Islam di Kelantan. Adakah usaha menghaouyskan kerajaan pimpinan ulama, yang diketuai oleh Tok Guru yang warak dan ikhlas menjadi kenyataan?
Sememangnya pilahanraya itu pasti berakhir dengan kemenangan untuk pihak tertentu, tetapi elakkanlah daripda apa yang pernah dilakukan orang-orang nasionalis di Turki dan Afghanistan yang sangup menghancurfkan sebuah kerajaan yang menjunjung syariat Islam.
Mungkin Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak sependapat dengan saya bahawa pilihanraya adalam medan mencari kebaikan dan bukan mencipta permusuhan sesame umat Islam. Kemenangan perlu direbut tetapi janganlah sampai umat Islam bertindak menjatiuhkan kerajaan Islam sendiri.
Kita semua maklum, apabila jatuhnya pemerintah Iraq dan Afghanistan oleh penceroboh Amerika Syarikat, maka Yahudi dan musuh-musuh Islam bertepuk tangan kerana gembira pemerintah umat Islam tumbang. Jangan pula kita di Malaysia yang bertindak menjatuhkan Kerajaan Islam sendiri, bukannya pihak lain yang membenci Islam. Sepatutnya kita perkukuhkan saki-baki Islam yang ada.
Hendaknya tidak dicatatkan dalam sejarah, selepas pilihanraya 6 Disember 2005, bahawa umat Islam sendiri yang meruntuhkan maruah dan kehebatan Islam, dan orang-orang UMNO sendiri menodai Islam Hadhari.’
Aku berpendapat, Kerajaan PAS di Negeri Kelantan, UMNO dan Barisan nasional mengikis sikap terlalu berpolitik dan emosi nasionalis dapat mencapai persefahaman dengan PAS ‘merelakan’ Kerajaan Kelantan bercorak Islam berada dalam tangan PAS, atau kerajaan itu bekerjasama dengan UMNO membangun Negeri Kelantan dan memakmurkan rakyatnya.
Caranya mudah amat, iaitu UMNO dengan PAS mencapai kata sepakat; pada pilihanraya akan datang dan sampai bila-bila, semua kawasan Dewan Undangan negeri yang berada dalam tangan PAS dikekalkan dan UMNO dan Barisan Nasionala tidak meletakkan calon-calon untuk merebut kerusi. Begitu juga kawasan-kawasan Dewan undangan Negeri dalam tangan UMNO dibiarkan, iaitu PAS tidak akan betanding dalam kawasan-kawasan itu.
Aku yakin, kalau diamalkan seperti sekarang, iaitu UMNO dengan PAS tidak bekerjasama, sampai bila pun UMNO tidak akan dapat menguasai negeri itu. Kalau dapat UMNO dapat mengusainya pun akan jatuh pula pada piliahanraya akan datang.Bangun dan jatuh tidak akan memberi apa-apa menfaat kepada rakyat negeri itu.
Dengan demikian akan berdosalah UMNO dan PAS kerana menjadikan Negeri Kelantan seperti meja catur, kali ini UMNO kalah, kali lain PAS kalah, sedangkan rakyat menjadi mangsa.
Setiap kali pilihanraya, sama ada pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil, terlalu banyak wang kerajaan yang hangus. Kerana lewatan para menteri, alauns para pegawai dan berbagai-bagai lagi.Memanglah pilihanraya perlua dalam sesebuah Negara demokrasi, tetapi apalah ertinya setiap kali pilihanraya ‘ projek kabajikan atau maaruf orang Melayu (Islam) juga yang musnah.Orang Melayu bercakaran dengan orang Melayu. Akibatnya seperti peribahasa Melayu ‘antan sama antan berlaga ayam juga yang kenyang’. Orang Melayu terus berkadaan ‘menang sorak kampung tergadai’.
(Disunting fari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN



BODOH DAN SESAT


Sesungguhnya, rugi (menyesal) orang – orang yang membunuh anak – anak mereka kerana kebodohan mereka (sendiri) dengan tidak berilmu, dan rugi pula orang – orang yang mengharamkan (melarang) rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka, mengadakan kepalsuan terhadap Allah (mengadakan hukum mengikut kemahuan sendiri). Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidak dapat mengikuti jalan yang benar.
– Al An’aam:140.

Wednesday, August 3, 2011

POLITIK





BERJUANG ATAS LANDASAN ISLAM

‘Pertemuan antara Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar – benar berlaku.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Serri Zahrin Mohamed Hashim mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta trrsebut dan bukannya berselindung di sebaoik nota di laman sosial Facebook.’( Utusan Malaysia 3 Ogos 2011)

***
Pertemuan Tengku Razaleigh Hamzah dengan Nik Abdul Aziz, adalah di bawah kuasa Allah dan memang patut pemimpin Melayu itu bertemu dengan pejuang Islam bagi mencari jalan mrenuju keredaan Allah.Saya amat kenal Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berjuang tidak dengan suara bagai menojak lagit dan menerima alaun kerajaan sebagai ahli Parlimen dengan Cuma – Cuma. Beliau telah menderma banyak bidang tanahnya dalam bandar Kota Bharu, Kelantan kepada kerajaan tempat tumpah darah ibu bapanya.
Saya mengenali Tengku Razaleigh Hamnzah seorang kapitalis dan peodalis beragama Islam, dan beliau adalah pejuang Melayu sezaman Al marhum Tun Abdul Razak yang amat sayangkan bangsa Melayu dan agama Islam.
UMAT MELAYU DAN ISLAM
Jasa beliau kepada negara, kerajaan dan UMNO amat banyak, tetapi, malang bagi pandangan umat Melayu dan Islam, beliau hanya berkedudukan sebagai Ahli Dewan Parlimen Gua Musang sahaja dan seperti diketepikan dari arena perjuangan UMNO pada hari ini.
Pada hari – hari saya di Gua Musang baru – baru ini, ramai ahli UMNO dan orang Melayu di luar UMNO menyatakan ‘kecewa’ mereka, kerana Tengku Razaleigh Hamzah tidak diangkat bersama dalam kebinet Naji Razak.
Maka, saya memandang serus, kerana Tengku Razaleigh telah lama mengetahui Pas dan tujuan perjuangannya dan amat kenal Nik Abdul Azaiz, maka, saya secara tulus mengeluarkan suara hati, bahagian ‘beliau’ ama layak meninggalakan UMNO dan menyertai PAS.
BERJUANG KERANA AGAMA ISLAM
Tetapi sebagai seorang kapitaolis dan peodalis beragama Islam, maka, beliau tidak sesuai menyertai mana – mana parti politik yang berjuang atas landasan sosialisme atau sosia – demokrasi dan beliau paling mandabah dan baik berjuang dalam parti politik yang berjuang atas landasan Islam dan menegakkan ‘Negara Islam’.
Pada hari – hari di hujung usia ini, amat baik bagi Tengku Razaleigh Hamzah bejuang atas landasan Islam, iaitu berjuang membela bangsa Melayu disamping menyelamat dan menghormati bangsa lain dan berjuang kerana agama Allah secara yang hakiki, iaitu tidak berpura - pura.
Tidak berpura – pra, maksud saya, ialah mulut bercakap dan menlaung berjuang membela agama Islam, tetapi hati dan anggota menolak perjuangan atas landasan Islam untuk menegakkan negara Islam.
Mudah – mudahan, Tengku Razaleigh Hamzah terus menerus dalam taufik dan hidaya Allah dalam berjuang dengan keredaanNya atas alandasan Islam dan bersama Pas. – mokhtar petah

RASUAH (Ulangan)

RASUAH ITU DOSA
HARTA HASIL RASUAH HARAM


[ Amalan rasuah keji. Yang melakukannya berdosa. Hartra dan wang hasil rasuah haram.Orang yangmeloakukan rasuah musuh negara. Dilaknat oleh Allah.Berikut ini disiarkan cabutan dari kandungan buku ‘Basmi Rasuah’, oleh Mokhtar Petah. ]
Ramai orang yang mempertikaikan erti rasuah. Ada yang mencari jalan cara berfikir sendiri atau fikiran orang lain, supaya perbuatan itu menjadi halal dan hasil rasuah juga halal. Ada yang membawa kepada kebudayaan dana dat istiadat sebagai alasan bagi menghalalkan perbuatan dan hasil tersebut.
Sultan Perak, Almarhum Sultan Iris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah, telah bertitah kepada saya, bahawa makan suap atau rasuah, ialah memberi sesuatu kepada orang yang memegang kuasa dalam kerajaan dan swasta dengan tujuan untuk mendapat bantuan atau pertolongan daripadanya bagi mendapatkan sesatu dari kerajaan dan syarikat swasta.
“ Yang terima salah, yang beri pun salah juga, kerana perbuatan itu salah dan berdosa, dilarang oleh Allah dan Rasul-nya,”tidak Baginda.
Titah Baginda lagi, “ umpamanya, sultan, macam teman ni, terima duit dari orang yang teman akan berikan gelaran atau bintang kebesaran, namanya rasuah juga, menteri besar terima duit dari orang yang mendapat tanah yang di luluskannya rasuah juga.”
“To kadi, tok imam terima duit dari pasangan yang hendak kahwin kerana deme tu meluluskan hahwin tu, rasuah juge, “Titah Baginda lagi.
Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman berkata kepada saya, “…saya ka, siapa-siapa sampai tukang sapu sampah atas jalan, kalau terima rasuah tak selamat hidup, Allah kenakan bala.”
Hakim terkenal, Allahyarham Tun Muhammad Sufian bin Haji Hashim telah berkata, Rasuah (corrupt) bahaya kepada kerajaan, rakyat…mesti dihapuskan.
“...tapi perbuatan ini dah jadi amalan dari kalangan istana, pengamal undang-undang hingga kepada ketua kampung dan buruh cuci longkang.”
Pada zaman Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein; seorang rakan saya – Menteri Besar di sebuah negeri, telah berkata kepada saya, “…I tereima duit ni (dalam tas kulit kira-kira RM500,000) dari taukeh tu, bukan rasuah, duit ni hadiah kerana I tolong dia luluskan….kepada dia.”
“Apabila Tun Abdul Razak, dia telah mengarahkan menteri besar itu memulangkan balik wang itu kepada pemberinya, kalau tidak dia akan mengambil tindakan atas menteri besar itu.
Tafsiran rasuah menurut Undang-Undang Negara Malaysia, sila baca dalam Akta Mencegah Rasuah, dalam ‘ Tafsiran Rasuah’ di muka surat lain.
Menurut beberapa orang ulama Islam terkemuka, di antaranya Imam Ghazal, bahawa tumbuk rusuk,makan suap atau sogokan – rasuah -, hukumnya haram. Mereka membuat hukum berdasarkan firman Allah dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:
Mereka mendapat kehinaan di dunia, dan di akhirat (terpaksa) menerima azab yang besar. Mereka yang mendengar untuk berdusta dan memakan yang haram (rasuah).
Allah melaknat – kutuk – pemberi rasuah dan penerima
rasuah.
Jika pemberian atau anugerah (dalam apa saja bentuk wang, kebendaan dan budi atau perbuatan) daripada raja-raja pemerintah (termasuk khalifah, presiden, perdana menteri dan sebagainya kepada rakyat jelata dengan tujuan-tujuan tertentu (supaya menyanjung, menyokong, tidak menentang, mendiamkan diri atas tindakan buruknya, mendapatkan undi dalam pemilihan dan seumpamanya) dinamakan rasuah.
Misalnya raja pemerintah atau pemerintah mengambil orang alim bekerja atau dalam kerajaan dengannya dengan tujuan orang alim itu tidak menegur,mengkritik atau menentang keburukannya. Pere buatan itu rasuah.
Rakyat jelata memberi sesuatu atau melakukan kebaikan kepada raja pemerintah atau pemerintah dengan tujuan-tujuan tertentu, seperti untuk mencapai hajatnya, maka hadiah dah perbuatan itu termasuk dalam rasuah juga.
Bertolak dari memahami pendapat di atas ini, maka nyatalah, bahawa perbuatan rasuah amat bahaya kepada sesebuah negara dan rakyat jelata. Ada beberapa buah negara di dunia ini berada di bawah cengkaman penjajah politik atau penjajah ekonomi atau pun golongan Mafia dadah – rakyat jelata menderita, kebuluran dan papa kedana -, adalah disebabkan pemimpin atau orang-orang yang berkuasa di negara-negara itu mengamalkan rasuah.
Perhatikan perbuatan – perbuatan berikut ini yang dihitung dalam kejahatan atau keburukan rasuah:

1. Seorang raja pemerintah memberi hadiah kepada ketua kampung supaya ketua kampung memujuk bapa kepada si gadis bersetuju menyerahkan anaknya untuk menjadi isteri atau gundik raja tersebut.
2. Perdana Menteri ataupemrintgah memberi sehelai kain batik atau apa-apa benda kepada seseorang, penduduk, orang ramai dengan tujuan supaya mereka itu mengu ndin partiny atau menyokong kerajaanya.
3. Seorang pemburu menghadiahkan sekor kijang kepada seorang pegawai polis dengan tujuan supaya pegawai politik itu meluluskan lesen senjata apa kepadanya.
4. Pendatang asing - seorang perempuan muda jelita -, menyerah tubuhnya kepada seorang pegawai imigresen untuk disetubuhi dengan tujuan mendapat pertolongan daripada pegawai itu melindunginya.
5. Seorang petani memberi sekilo sayuran kepada seorang pegawai pertanian dengan tujuan supaya pegawai itu meluluskan permohonannya mendapatkan benih tanaman dari kerajaan.
6. Seorang guru menerima sebatang pena dari pelajarnya kerana pelajar itu meminta dia meluluskannya untuk mendapat biasiswa atau melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
7- Guru besar atau guru-guru sesebuah sekolah makan
Belanja (percuma) pengusaha kantin sekolah itu
kerana guru besar meluluskan tender kantinnya.
8- Mufti atau kadi menerima seekor ikan atau haiwan dari seseorang kerana dia menghukumkan ikan atau hiwan itu halal.
9. Seorang wasi (penerima wasiat)
menghadiahkan
menghadiahkan sesuatu, hatta sebatang rokok
kepada pemegang amanah bapa kepada wasi itu agar,
dia mengubah kata-kata wasiat atau melebihkan
pemberian harta kepada wasi itu.
10. Seorang imam membaca ‘Yasin’ atau ‘sembahyang hajat’ bagi pihak pegawai dengan tujuan pegawai itu melepaskan dia dari sesuatu kesalahan.
11. Seorang pengarah syarikat syarikat memberi telefon bimbnit kepada seorang pegawai bank supaya diluluskan pinjaman.
12. Seorang kontraktor memberi alat perkakas golf atau bakul bertutup mengandungi makanan kepada menteri, pegarah dan sebagainya dengan tujuan kontraknya diluluskan.
13. Ahli politik menghantar orang-orang partinya untuk mengerja-kan ibadat umrah atau haji ke Merkah dengan tujuan supaya mereka mengundinya dalam pemilihan di mesyuarat agung atau mesyuarat agung khas partinya.
14. Mengadakan jamuan hari raya dan menjemput jiran tetangga atau ali-ali parti dengan tujuan supaya mereka mencalonkan atau mengundinya dalam parti atau pilihan raya.
15 eorang bapa mengahwinkan anak lelaki atau anak perempuannya dengan anak seseorang pembesar dengan tujuan pembesar itu akan menolongnya mendapat apa yang diperlukan di bawah kuasa atau pengaruh pembesar itu.
Bagi orang Islam, semua hasil dari perbuatan rasuah – wang, harta bergerak dan tidak bergerak -yang diterima bagi dirinya dan diuntukkan (menanggung) pula kepada isteri, anak-anak dan ibu bapanya serta tanggungnya, hukumnya adalah haram. Maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w. seperti berikut:
Bahawasanya sesuatu yang halal itu jelas, dan yang haram juga jelas, di antara kedua-duanya ada yang samar-samar, yang kebanyakan aman usia tidak mengetahui. Maka sesiapa yang menjaga diairinya dari yang sama-samar (syubhah) itu, maka dia telah membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar (syubhah) bererti dia telah jatuh ke dalam hal yang haram.
Ingatlah bahawa dalam tubuh itu ada sebuku daging (hati), apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu, dan jika daging itu rosak (busuk), maka rosaklah seluruh tubuh itu.
Berdasarkan Hadis Nabi Muktamad s.a.w. di atas ini,maka kerana hasil dari rasuah itu haram, wang dari hasil tersebut haram digunakan untuk amal kebajikan ( membantu masjid, anak yatim,kebajikan umat Islam dan segala yang makruf) dan amal ibadatnya sama ada fardu,wajib atau sunat (sembahyang, puasa,zakat dan fitrah, haji dan umrah.) Sesuatu ibadat kepada Allah dengan menggunakan hasil haram dan isi perut,daging,darah,otak dan hati dari yang haram, maka ibadat itu tidak diterima oleh Allah dan tidak sah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya seperti berikut:

Allah tidak menerima sembahyang seseorang yang dalam perutnya makanan yang haram.
Negara kita adalah sebuah Negara Islam yang berkonsepkan Islam Hadhari, maka jika masih menerima pemimpin, penguasa, pegawai dan kaki tangan kerajaan dan siapa sahaja melakukan rasuah – tidak diambil tindakan untuk menghukum dan menyingkirkannya,maka amat khuatir negara tidak akan mencapai maksud seperti firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud:
Makanlah rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya! Negara bertuah dan Allah Pengampun (memberi pengampunan).
Walaupun negara kita kaya raya dengan hasil bumi, pertanian, hasil bumi, industri dam berbagai lagi,iaitu makmur, tetapi kerana mengamalkan segala yang haram,seperti rasuah, maka Allah tidak mengampunkan, sebaliknya ditimpa bala dengan berbagai cara, di antaranya berlaku tidak jujur tidak jujur atau tidak amanah di kalangan orang-orang yang diberi amanah dalam kerajaan,syarikat,bank dan sebagainya. Wang berjuta-juta hilang, membelanjakan wang dengan boros berbagai-bagai malapetaka dan kemalangan.
Taman.

MAKSUD AYAT QURAN




TIDAK BERSYUKUR

Sesunguhnya manusia – manusia itu tidak berterima kasih – syukur – kepada Penguasa (Allah) mereka.
– Al ‘Adiyat: 6

Tuesday, August 2, 2011

MENGENANG MASA SILAM

Aku telah menjualkan basikal sportku yang telah tua kepada seorang kawan sekolahku dari Baling. Wang basikal hasil jualan basikal sportku dengan sedikit wang dari hasil aku memjual bangkai kapal terbang perang Jepun, aku telah membeli sebuah basikal cop rhinoceros (badak sumbu) milik lelaki Punjab, rakan S.Virasamy, Ibrahim Bashir.

Dari wang kapal terbang perang Jepun juga, aku telah membeli beberapa buah buku, di antaranya, tafisr Quran Ibnu Kathir[1] dan tafsir Quran al Bidhawi.[2] Aku telah menggunakannya dua buah buku tafsir Quran itu untuk belajar sambilan (aku seorang sahaja) pada Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim[3] dalam masjid dekat sekolahku. Kini masjid itu telah dinamakan Masjd al Badawi.

Selama aku belajar tafsir Quran pada Sheikh Abdullah Fahim, aku telah mendapat banyak ilmu pengetahuan yang terkandung dalam buku-buku tafsir Quran itu. Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim telah menjawab dan menjelskan pertanyaan-pertanyaan yang aku telah ajukan kepadanya. Di antaranya:

* Orang Islam boleh berjuang sementara dalam UMNO, tetapi,

apabila telah mencapai kemerdekaan dan telah mempunyai

persediaan, mereka mestilah berusaha (jihad) untuk menjadikan

Semenanjung Tanah Melayu sebuah negara yang menjalankan

undang-undang yang berdasarkan kepada Quran dan Sunnah.

Kalau tidak dilakukan, mereka akan menanggung dosa.

* Hukum hudud – zina dan lain-lain -, telah diadakan oleh Allah

tidak cuma-cuma. Hukum itu ditetapkan oleh Allah untuk

manusia seluruhnya. Kalau dibebaskan berzina, maka manusia

akan turun martabatnya, iaitu sama tarafnya dengan haiwan.

Anak-anak manusia hasil dari perzinaan akan bertaburan di tepi

jalan , dalam longkang, bawah jambatan dan di mana- mana

sahaja seperti anaka-nak anjing, kerana bapa-bapa mereka tidak

memikul tanggungjawab sebagai manusia kamil.

Manusia mempunyai perasaan cemburu. Kalau mereka bebas

berzina, masyarakat dan dunia akan tidak aman kerana manusia-

manusia bergaduh sesama mereka disebabkan cemburu.

Dari kebebasan berzina manusia akan dihinggapi berbagai-bagai

Jenis penyakit berjangkit yang merosakkan keturunan manusia.

* Sheikh Abdullah telah berpesan kepadaku, jangan menggunakan

Quran dan Hadith untuk kepentingan diri sendiri.

* Allahyarham Seikh Abdullah Fahim menasihatkan aku (amanat

dan nasihat ulama), supaya aku terus menulis. Penulis mesti

berani, jujur, benar, amanah dan berakhlak. Pendeknya berani

kerana benar. Kata (tulis) dengan benar walaupun pahit.

Pada masa aku belajar kepada Sheikh Abdullah Fahim, aku telah berkenalan dengan Raja Muda Perak, Raja Idris Shah ibnu Sultan Alang Iskandar Shah. Baginda telah datang menemui Sheikh Abdullah Fahim bersama dua orang adiknya, iaitu Raja Ahamad Saifuddin atau Tengku Tan dan Raja Ismail. Mereka telah datang menemui ulama itu kira-kira dua kali dalam sebulan. Raja Idris Shah telah belajar ilmu-ilmu agama kepadanya sebagai menyambung ilmu yang mereka telah belajar kepadanya.

Raja Idris dan adik-adiknya telah menunaikan amanat ayahanda mereka, Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah yang mahu mereka memandang Sheikh Abdullah Fahim sebagai guru, bapa dan datuk mereka sendiri.[4]

Pada tahun 1930-an Sheikh Abdullah Fahim telah berkhidmat sebagai mudir (pengetua) sekolah agama - Madrasah Idrisiyah - , Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Di antara murid-muridnya, ialah Raja Idris Shah dan adinda Baginda, Raja Ahamd Saifuddin. Semasa di Bukit Chandan, telah berlaku perselisihan pendapat antara Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin dan beberapa orang lagi dengan ulama dari golongan yang menyebelahi kerajaan Inggeris. Ulama-ulama itu digelar oleh orang-orang Melayu yang anti Inggeris ’ulama tembolok’ atau ’ulama union jack’.

Pada suatu hari Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Muhammad Zain dan Haji Nawawi Muhammad telah diundang oleh Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah ke istana Baginda, iaitu Istana Iskandariyah lama (kini muzium Diraja) untuk membincangkan hajat Baginda bagi memperkemas dan mengamalkan undang-undang tubuh Negeri Perak(law of the land), iaitu Undang-undang 99 – Papers On Malay Subject - , yang telah diguna-pakai pada zaman sebelumnya. Undang-undang Islam itu meliputi undang jenayah atau hudud atas perbuatan bunuh orang, perbuatan zina, mencuri dan sebagainya.[5]

Pada keesokkan harinya, Residen British telah menjemput alim ulama yang menyokong Kerajaan Inggeris ke pejabatnya. Residen itu telah menghasut mereka, konon Sheikh Abdullah Fahim mengetuai alim ulama anti Kerajaan Inggeris untuk menjatuhkan Sultan Perak.

Kemudiannya, sepucuk surat rahsia dari Residen British telah disampaikan oleh ulama-ulama itu kepada Sultan Iskandar Shah.[6] Baginda telah bertindak seperti Sultan Melayu Melaka, pada tahun sebelum tahun 1511, dengan tidak usul periksa, Baginda telah mengeluarkan perintah menghalau Sheikh Abdullah Fahim keluar dari negeri Perak dalam tempoh 24 jam.

Setelah Sheikh Abdullah Fahim pulang ke Kepala Batas, semua telaga dan bekalan air di Istana Iskandariyah dan seluruh Bukit Chandan telah kering. Perkara itu telah disembahkan kepada Sultan Iskandar Shah yang sedang berada di Ipoh oleh Orang Besar Negeri Perak, Dato’ Temenggung, Wan Hamaruddin.

Sebaik-baik sahaja menerima khabar demikian, Baginda telah sedar akan kesilapannya yang terburu-buru mengeluarkan perintah. Sultan Iskandar telah memerintahkan Orang-Orang Besar Negeri, di ketuai oleh Temenggong, Wan Hamaruddin telah pergi menjemput Sheikh Abdullah Fahim supaya kembali semula ke Bukit Chandan. Tetapi Sheikh Abdullah Fahim telah menolak jemputan diraja itu. Dia telah memberitahu Orang-Orang Besar itu supaya pulang dan air akan ada semula, ”...insya Allah”.[7]

Semenjak kejadian itulah, Sultan Alang Iskandar Shah telah memaklumkan kepada putera-putera Baginda supaya memandang dan mengakui Sheikh Abdullah Fahim sebagai bapa dan datuk mereka.

Selama aku belajar di Daeratul Maariful Wataniyah, Kepala Batas, aku telah mendapati Sheikh Abdullah Fahim seorang ulama yang telah dianugerahkan oleh Allah dengan keperibadian mulia yang patut dicontohi oleh setiap individu muslim, iaitu:

(1) Suka menolong orang yang susah dan memerlukan pertolongannya.

(2) Menghormati orang lain walaupun lelaki China atau India yang tua dan keadaan bangsat.

(3) Menghormati orang lain, walau pun orang itu lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya.

(4) Tidak mengumpat dan tidak suka mendengar orang mengadukan keburukan orang lain kepadanya.

(5) Telus mata hati atau kasyaf, iaitu dapat melihat sesuatu akan berlaku pada masa depan (tidak semua).

(6) Tidak memburukkan orang lain atau merendah-rendahkan mereka.

(7) Doanya sentiasa dikabulkan oleh Allah. Hal ini telah dibuktikan oleh orang-orang yang memohon Allahyarham berdoa bagi mendapatkan sesuatu hajat.

(8) Aku sendiri telah menyaksikan akan kejadian-kejadian yang telah berlaku dari makbul doanya dan kekeramatannya.

(9) Mudah memaafkan kesalahan orang- orang yang melakukan keburukan terhadapnya.

(10) Tidak cenderung kepada kemewahan hidup dan redha hidup dalam keadaan berpada-pada atau sederhana

Abdullah Badawi telah mempunyai keperibadian seperti datuk dan bapanya. Mereka yang baru mengenali beliau tentulah tidak akan dapat memahaminya, tetapi kalau orang yang telah lama bergaul dengan beliau, tentu mengakui, ’kemana jatuh kuah kalau tidak ke nasi’.

Sekitar tahun 1954 dan hingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pad 31 Ogos 1957, aku mendapati sebilangan dari alim ulama, sama ada yang berjuang dalam UMNO, mahupun dalam PAS dan yang tidak berparti politik, mereka mempunyai hasrat yang besar untuk duduk di bawah pemerintahan Islam dengan perlembagaan Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Alim ulama yang berjuang dalam UMNO, sekadar sementara sahaja.Tunku Abdul Rahman sendiri telah mengakui kepada mereka, apabila Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, maka proses untuk mejadikan Tanah Melayu sebuah Negara Umat Islam akan dilakukan. Perlembagaan Sekular Barat - yang dicipta oleh orang Kristian dan Yahudi,’alamiyah atau duniawiyah seperti yang ditarifkan oleh bangsa British, iaitu gerakan yang menumpukan hidup di dunia dan membelakangi akhirat’[8], tidak akan diguna pakai lagi.

Semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan dipimpin oleh Onn Jaafar dan hingga Tungku Abdul Rahman telah mengambil alih kepimpinan UMNO pada tahun 1951, ramai alim ulama turut berjuang dalam parti kebangsaan Melayu itu. Di antara mereka itu, Sheikh Abdullah Fahim (Seberang Perai), Haji Abdul Rahman Merbuk, Haji Hussein Che’ Dol (Kedah), Sheikh Fadzlullah Shuhaimi (Terengganu), Haji Ahmd Fuad Hassan (Perak), Haji Abdul Jalil Hassan (Johor), Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad Maliki (Seberang Perai) dan Ustaz Abu Bakar Ashaari (Perlis).

Apabila Tunku Abdul Rahman memimpin UMNO dan hingga kepada tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, ramai alim ulama dalam UMNO telah meninggalkan parti politik itu; ada yang menyertai PAS dan ada pula yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Semenjak tahun 1953 hingga tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, aku telah meninjau pendapat dari ramai alim ulama yang telah meninggalkan UMNO tentang mengapa mereka meninggalkan parti politik tersebut. Jawapan mereka adalah sama, iaitu kecewa dengan hala tuju UMNO yang telah mengenepikan hasrat mereka untuk menegakkan Negara Islam.

Sheikh Abdullah Fahim dan anaknya Haji Ahmad Badawi tidak berputus harapan; mereka yakin, lambat laun Persekutuan Tanah Melayu akan beralih kepada sebuah Negara Islam. Mereka juga yakin, bahawa perubahan ke arah menjadikan Kerajaan Persekutan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebuah Negara Islam, memerlukan pemimpin dan ahli-ahli parti politik Melayu yang menerajui kerajaan yang mempunyai kefahaman yang mendalam akan ilmu pengetahuan Islam dan ada kekuatan iman.

Para ulama yang tidak menyertai UMNO itu, rata-rata berpendapat, bahawa sekiranya negara yang dipimpin oleh UMNO tidak berubah kepada sebuah Negara Islam, iaitu mengguna-pakai perlembagaan dan perundangan Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah, walau bagaimana makmur sekalipun negara itu, ia tidak akan mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah, iaitu ’Negara bertuah dan Allah Maha Pengampun’[9].

Negara yang tidak mendapat keampunan Allah, walau bagaiamana kaya raya, makmur, tetapi rakyat tetap tinggal menderita, sentiasa ditimpakan segala macam angkara oleh Allah, termasuk perbuatan rasuah, tidak jujur dan tidak amanah dalam pemerintahan atau kerajaan.


[1] Imam Abi al Fida’ Ismail ibnu Kathir Qurshid Damasyqa (meninggal pada tahun 773H)

[2] Imam al Qadi Nasruddin Abi Sa’id Abdullah bin Omar bin Muhammad asy Syirazi al

Baidhawi. Diterjemahkan oleh Abdul Rauf bin Ali al Fansuri al Jawi.

[3] Mokhtar Petah, 1997, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31

Ogos ‘ 57, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn.Bhd.

[4] Raja Idris telah memberitahu kepadaku di hadapan Shekh Abdullah Fahim pada tahun 1954.

[5] Mokhtar Petah, 2002, Negara Islam Asas Perpaduanm Ummah (belum terbit).

[6] Telah diceritakan oleh bekas guru agama Istana Sultan Perak, Haji Khalid, Kuala Kangsar kepda

penulis, di rumahnya, pada bulan Ogos, 1962.

[7] Op Cit, 1997.

[8] D. Hussein Fauzi, 1985, Ad Daulatun wal Hukmu fil Islam, Kahirah, Darul Hurriyah, 1985,hlm.13.

[9] Quran - Saba: 15.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Dan Nota Kematian, oleh: Mokhtar Petah)


MAKSUD AYAT QURAN




TOLONG ALLAH, ALLAH TOLONG KITA

Hai orang – orang yang beriman, kalau kalian menolong Allah (iaitu menolong mereka yang berjuangmenegak dan mempertahankan agama Islam dan mewujudkan negara Islam), tentu Allah menolong kalian dan mengukuhkan tegak ( iman dan semangat juang) kalian.
– Muhammad: 7

Monday, August 1, 2011

MAKSUD AYAT QURAN





ALLAH DAN ALLAH JUA

Dia (Allah) yang menciptakan, kemudian Dia (Allah) yang memimpin aku.
Dan Dia (Allah) yang menguniakankan makanaan dan minuman aku.
Dan apabila aku sakit, Dia (Allah)lah yang mengubati (menyembuh) aku.
Dan dia (Allah) juga yang mematikan aku, kemudian Dia ( Allah) menghidupkan aku pula.
Dan Dia (Allah) juga yang sangat aku harapkan akan mengampunkan kesalahan – dosa – aku pada hari pembalasan.
Ya Allah, kurniakanlah aku hikmah (pengetahuan dan kebijaksanaan), dan hubungkanlah aku dengan orang – orang yang baik.
Dan jadikanlah aku sebutan baik dalam (turunan) yang kemudian (riwayat kehidupan di dunia).
Dan jadikanlah aku termasuk orang – orang yang yang mempesakai taman kesenangan.
– Asy Syu’ra (sajak): 78 – 85.