Sunday, April 27, 2008

TANAH ZOO NEGARA

ULU KLANG - Sebilangan dari penduduk-penduduk Ulu Klang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyiasat kawasan tanah Zoo Negara di sini telah terlepas kepada sebuah syarikat pada masa Menteri Besar, Datuk Sri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Tanah tersebut yang meliputi bukit Zoo dengan perkenan Sultan Selangor telah diberi guna oleh Kerajaan Selangor kepada Persatuan Geologi untuk kawasan Zoo Negara selagi zoo itu di tempatkan di situ.

Pihak sebuah organisasi Islam telah memohon kepada Kerajaan Selangor unhtuk membina pusat Islam atas kawasan tersebut kerana zoo itu akan dipindahkan ke kawasaan rimba Sepang, tetapi Menteri Besar dalam suratnya memberitahu, bahawa zoo itu tetap kekal di situ.

Beberapa bulan kemudian, di dapati kawasan itu telah menjadi milik sebuah syarikat dan tidak lagi di bawah Persatuan Geologi Malaysia.

No comments: