Thursday, May 9, 2013


BERITA

 

Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong



MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.
"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."
Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.
Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.
Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.
Ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.
Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.
Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.
Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.
Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.*

* Berita ini dari Harakah Daily


***


        DAP sokong Khalid kekal Menteri Besar Selangor

KUALA LUMPUR 8 MEI: DAP menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum baru-baru ini dengan majoriti dua pertiga apabila menang 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada 2008.
Tambahnya, walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 kerusi KEADILAN, Khalid patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor.
“Ini membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi, DAP Selangor juga menyokong penuh Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.*

* Berita ini dari Keadilan Com

                                                         ***

BN Sentiasa Dukung Perlembagaan, Tolak Agenda Rasis dan Ekstrem


Oleh : Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR, 8 Mei – Kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) menolak golongan ekstrem termasuklah golongan cauvinis yang mempergunakan isu perkauman bagi mengelirukan rakyat terutamanya pengundi.
Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Abdul Halim Sidek melihat keputusan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dilanda ‘tsunami Cina’ adalah hasil daripada wujudnya sentimen yang digunakan oleh pihak tertentu bagi memperoleh kuasa.
“Cauvinis adalah amat bahaya kerana ia menunjukkan pendirian dan semangat yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan kaum walhal selama lebih 55 tahun pentadbiran BN, negara ini diterapkan dengan semangat perpaduan yang tinggi, kesatuan dan kebersamaan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menganggap pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti terbabit khususnya DAP, namun usaha tersebut gagal dan kerajaan BN sehingga kini tidak tumbang serta masih kekal selepas selesai PRU.
“BN sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa terutamanya dalam aspek perpaduan dan permuafakatan malah Perlembagaan yang kita dukung juga amat jelas dengan menetapkan kepentingan semua kaum tertulis di dalamnya.
“Perlembagaan kita didukung dengan falsafah-falsafah yang dapat mewujudkan keharmonian termasuklah prinsip Rukun Negara, sebelum ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menyusun semula masyarakat dan menghapuskan jurang antara kaum dan terkini yang diperkenalkan oleh PM kita dalam pentadbiran negara ialah dasar transformasi.”
Tegas beliau, melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan lain-lain lagi, pelbagai pembaharuan dilaksanakan yang mana ia membawa hasil positif kepada keseluruhan masyarakat termasuklah pelbagai bantuan perbelanjaan dan sokongan dari kerajaan.
“Program-program yang dilaksanakan oleh BN dibuat tanpa mengambil kira keturunan, bangsa dan perbezaan yang ada tetapi nampaknya ia tidak dihargai dan cuba ditumbangkan oleh orang yang pernah dibantu oleh BN sendiri selama ini.
“Pakatan pembangkang berjaya memainkan sentimen perkauman terhadap sokongan bangsa Cina sehinggakan undi mereka beralih arah dengan melabelkan provokasi sedangkan yang bersifat rasis bukan BN atau UMNO.”
Beliau berkata, meskipun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang namun BN juga berjaya mendapat sokongan padu golongan bumiputera, orang Melayu, India dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.
“BN adalah parti yang dianggotai oleh kompenan pelbagai kaum dan rekod pentadbirannya sejak merdeka dapat dilihat termasuklah kepada semua anggotanya, mempunyai ruang bersuara, membuat keputusan dan menjadi calon dalam pilihan raya termasuklah di kawasan majoriti Melayu sendiri.”
Berdasarkan keputusan PRU, sokongan orang Melayu kepada BN semakin kukuh berbanding pilihan raya umum 2008 selepas jumlah kerusi UMNO berjaya ditingkatkan daripada sebanyak 77 kepada 88 sementara sokongan daripada bangsa lain termasuk Iban, Kadazan mahupun orang India turut bertambah yang menjadikan kerajaan masih kekal sebagai kerajaan BN.*
* Bereita ini dari  Media UMNO

 ----------------------------------------------
PANTUN
Dedak lama dalam kampit,
Tanak sekepal atas api;
Hendakku bawa perahuku sempit,
Nakku tinggalkan tak sampai hati.

 ----------------------------------------------

HIDAYAT ALLAH
’ Mereka yang beriman (kepada Allah, para malaikat, kitab - kitab Allah dan al Quran, para rasul Allah dan Muhammad s.a.w. dan hari akhirat) dan tidak mencampur - adukkan iman mereka dengan kezaliman (menyengutukan
Allah, percayakan hantu syaitan dan tidak mengikut kebanyakan hukum Allah), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang -  orang yang mendapat hidayat (petunjuk Allah). *
- Surah al An’aam:82
*  Rakan - rakan saya dalam fb ini, jika kita telah mengalami sesuatu yangb tidak baik, terantuk, terkeluar kata - kata menyakitkan hati orang lain, menuduh dan menfitnah orang atau kita tercekik tulang, cepat - cepat kita sedarkan diri kita, iaitu adakah kita telah melanggar hukum Allah, telah membawa fikiran kita kepada perkara buruk dan tidsak yakin kepada Allah.
Perhatikan, pada tiap hari, kita ada sahaja yanbg menjadikan kita sakit dan sebagainya, walaupun perkara itu kecil; seperti terkena duri, terpijak paku, terseliuh kaki, terpercik minyak masak dan lain, tentulah pada saat - saat sebelumnya kita melakukan ke salahan kepada Allah dan manusia.
Maka sebagai manusia mukmin dan mukminah, kita tidak boleh mengenepikan hukum - hukum Allah, tidak boleh berhenti yakin diri, sabar, reda dan bersyukur kepada Allah. Kalau kita berhenti dari yang demikian, maka, kita akan sentiasa diinringi Iblis dan ia menjadi penasihat kita.

BAKHIL DAN POEN PENGANIAYAAN
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. membeiri peringatan kepada umat Islam:
”Takutlah kalian  - iaitu menghendarkan diri dari - dari perbuata ’ penganiayaan’ - kepada manusia dan makhluk Allah - , kerana sesaungguhnya penganiayaan itu kanan menjadikan berbagai kegelapan pada hari akhirat. Takutlah kailan - iaitu menjauhkan diri - dari kelakukan bakhil atau kikir, kerana sesungguhnya bakhil atau kikir itu telah membinasakan umat yang sebelum kalian ( pada zaman para rasul sebelum Muhammad s.a.w.). Bakhil atau kikir itulah yang  menyebabkan mereka (umat manusia) suka (atau melakukan) mengalirkan darah (bergaduh atau berperang) sesamama mereka, dan menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah pada mereka - seperti Judi, arak, pembohongan dan lain). 

Monday, May 6, 2013


DIALOG GADIS - GADIS MELAYU

101 MENANG

Gadis: Abang,  pada hari kempen abang kata le[ada wartawan, abang
           101 peratus akan menang, tapi kalah.
Calon: Abang cakap aje, nak sedapkan hati.
Gadis: Abang berbohong kepada wartawan.
Calon:Bohonbg sikit aje.
Gadis: Keran abang bohon kepada wartawan, Ani tak nak kahwin
           dengn abang.
Calon: Eh, Ani, ngapa Ani.
Gadis: Kepada wartawan abang sanggup brbohon, kalau Ani entak
            apa abang akan bohong.
Calon: Abang orang politik,Ani.
Gadis: Maaf, Ani bersumkpah tak nak kahwin dengan orang politik
            macam abang. Ani nak kahwin dengan wartawan.


                    ***               ***


PINANG BAKAL SUAMI

Bapa: Laili, pada hari Ahad ni ada orang akan datang.
Laili: Siapa, ayah?
Bapa: Dia orang tu datang nak melanar Laili.
Laili: Melamar?
Bapa: Ia, anak dia orang tu bekerja pegawa askar.
Laili: Heee, Laili tak nak, ayah.
Bapa: Ngapa, Laili, kan bagus, kamu asda gaji kamau asda gaji.
Laili: Lelini nak pinang sendiri bakal suami Laili.
Bapa: Ha, mengarut.
Laili: Ani nak ikut isteri Nabi, Siti Khadijah.
Bapa: Haaa?
Laili: Laili nak pinang ustaz Azhar.


                         ***                  ***


LUPA DUIT

Gadis: Man, kita dah selesai makan, bayarlah, jum kita balik.
Pemuda: Alaaa, I lupa bawa duit, you bayarlah.
Gadis: Eh, u ni dah sebelas kali lupa bawa duit, dah sebelas kali air bayar.
Pemuda:Ekon I bayarlah.
Gadis: Tak apalah, I tak akan datang dengan u lagi.
Pemuda:Ngapa, sampai hati you.
Gadis: I anak dara, kerja makan gaji, I bukan Dato’ Najib, murah hati, beri duit
            kepada orang susah.

 
                              ***                 ***

SUAMI MDA

Ibu: Maimun, emak dah kempunan, nak tengok menantu, nak  timang cucu.
Maimon: Sabarlah emak,emak akan ada menantu.
Ibu: Bila, kamu dah dapat Ph.D, doktor, tapi umor dan 34 belum kahwin.
Maimon: Nak kahwin, sabar, emak.
Ibu: Bila?
Maimon: Nanti,Maimon dapat suami muda.
Ibu: Muda dari kamu?
Maimon: Ialah, umur 23 tahun.
Ibu: Uuuuuu, kalau macam tu, tak berlaku sampau tuale...

Thursday, May 2, 2013


DIALOG


KERANA DUIT
Bujang: Awang, dulu kau cakap lain, hari ni kau cakap lain.
Awang: Cakap, siapa pun boleh bercakap.
Bujang: Ia,siapa pun boleh bercakap,tapi kau bercakap macam senjata makan
               diri sendiri.
Awang: Aku bercakap dulu tak dapat apa - apa pun, cakap hari dapatlaaa....
Bujang: Dapat apa.
Awang: Dapatlaaa ..., aku cari makan.

PUTUS TUNANG

Ali:  Bodin, dulu kamu dengan piah, bukan main bercinta, mkacam belangkas,
         ada Piah ada kamu.
Bodin: Aku bercinta, kami macam belangkas, aku dawah dia...
Ali: Dakwah? Dakwah apa?
Bodin: Kamu tau, dia sentiasa buka aurat, aku dakwah dia suapaya tutup aura...
Ali: Dah tu. Dia tutup aurat.
Bodin: Dia janji lepsa bertunang, nak tutup aurat, tapi tak tutup juga.
Ali:Tu maknanya, dia tak terima dakwah kamu.
Bodin: Sebab tu aku putuskan pertunangan. Baru bertunang dah tak dengar kata,
            bila dah jadi bini,  salah - salah langkah, aku jadi unta.

***

PINGGAN PLASTIK

Azizah: Aku menyesal, rasa rugi makan di warong tu.
Mahani: Ngapa, aku tengok macam kau tak ada selera makan.
Azizah: Makanan maham macam dalam cafe, macam coffee house, tapi pinggan,
              piring paklstik.
Mahani:Ooo, itu berniaga nak untung banyak.
Azizah: Apa salahnya guna pinggan, piring seramik ..., aku tak ada selera nak
              makan...
Mahani: Dia orang  ambil kursus berniaga untuk cari untung saja, tak di ambil
               kursus  hormat pelanggan, adab sopan.


                          ****                    ****

PANTUN

Besi kharsani tempa di Tanah Jawa,
Tempa berdua  pahlawan  pedang geliga;
Habis   bini melarat emak mertua,
Bapa mertua jadi kupang tembaga.


                           ****                        ****

FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

KUFUR DAN TIDAK BERSYUKUR
’Demi sesungguhnya, bagi penduduk Saba’ (satu  negeri di Yaman), satu tanda (yang membuktikan  kemurahan Allah menguniakan rezeki kepada hamba - hambaNya) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu, dua bahagian kebun (yang luas kawasannya  dan subur semua tanamannya), yang terletak di sebelah kanan dan sebelah kiri ( kawasan mereka tinggal). (Lalu dikatakan kepada mereka): ’Makanlah dari rezeki kurniaan Tuhan kalian dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kalian ini) adalah negeri yang baik (aman dan makmur) dan  Allah Maha Pengampun.
(Tetapi) maka mereka ingkar (tidak men gikut hukum - hukum Allah, tidak bershyukur dan takbur), lalu Kami (Allah) hantgarkan ke atas mereka banjir yang membinasakan, dan Kami (Allah) menggantikan dua bahagian kawasan kebun mereka itu dengan dua kawasan kebun yang bersisi (tumbuh) pohon - pohon yang pahit buahnya  dan jarang berbuah, dan sedikit pohon - pohoin bidara (pohon yang dsaunnya untuk digunakan dengan air mandi mayat).
’Demikian Kami (Allah) membalas (ke atas) mereka disebebkan kekufuran (melanggar dan menolak hukum - hukum Allah) mereka; dan sebenarnya Kami (Allah) tidak menimpakan balasan yang demikian, melainkan kepada orang - orang yang kufur. *
- Surah Saba’:15,16,17.

*  Firman Allah yang maksud di atas ini, sampai pada masa kita ini sedang berlaku di negara - negara di seluruh dunia yang kufur dxan tidak bersyukur kepada Allah.
Negara - negara tersebut nampak diluar sebuah negara yang kaya raya, dunia memuji akan kebaikkannya, media sentiasa menyiarkan tentang kejayaan para pemimpinnya, teapi di dalam negara - negara itu berserabut dengan berbagai keburukan dan penderitaan, seperit:
a. Hutang yang banyak yang membawa kepada muflis.
b. Makanan lebih banyak yang haram dari yang halal.
c. Hiburan dan maksiat menjadi - jadi atrau menjadi budaya rakyat.
d. Perjudian, arak dan segala yang haram ada di mana - mana.
e. Kemewahan yang pura - pura dan boros bebeloanja wang negara.

CEMBURU

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. menjelasakan: ”Sesungguhnya Allah itu Pencemburu. Allah cemburu (amat murka), sekiranya seseorang mukmini (dan mukminat) melakukan sesuatu yang diharamkan (oleh Allah). *
- Perawi: Abu Hurairah
*   Cemburu Allah, ialah murka kepada hamba - hambaNya yang
     melakukan kejahatan, melanggar dan mengenepikan hukum -
     hukumNya.
*   Cemburu manusia, berbeza dari cemburu Allah.Cemburu ada pada
      lelaki dan perempuan.
     =   Cemburu lelaki terhdap lelaki, kerana menyayang atau
           mencintai kekasih atau isterinya. Sampai matipun dia tidak
           mereka keksiah atau isterinya mencintai lelaki lain atau
           menduakan dirinya.
      =  Cemburu perempuan kepada perempuan lain yang menyayangi
          Atau mencintai kekasih atau suaminya.
         Tetapi terdapat wanita cemburunya tidak sampai ke hujung. Ada
          yang rela rakan rapatnya atau wanita lain mencintai dan
          mengahwini kekasih atau syuaminya.



Wednesday, May 1, 2013


   BERITA

JIMAT RM27 BILION HENTI SEWAAN BANGUNAN KERAJAAN DI PUTRAJAYUA
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.
Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.
Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.
Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa dari Putrajaya Holdings.
Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.
Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.
"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.

 ------------------------------------------------
 DIAOLOG

SULTAN BRUNEI* DENGAN ALLAH

ALLAH: (pengertian dari al Quran, surah al Maeedah: 44,47,47): ”Sesiapa yang
                menjakankan hukuman - undang - undang -, tidak dengan yang
                diturunkan Allah, dia adalah orang kafir, dia orang zalim, dia orang
               fasik jahat atau durhaka kepada Allah).
SULTAN BRUNEI: ”Siapa kita di hadapan Allah untuk mengatakasn tidak atau
                  tunggu dulu sedangkan undang - undang (hukum) ini bukanlah baru
                  digubal , tetapi telah termaktub ala alQuran dan al Hadis semenjak
                  dari 1,400 tahun lebih.”
* (Sultan Brunjei Darus Salam, Sultan Haji   
    Hasanal Bolkiah Mu’azzaddin Shah wad
    Daulah)


Saturday, April 27, 2013



BERITA


Gred 41 ke bawah tak perlu bayar cukai - Husam



PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.
"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.
Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.
"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.
"Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau lagi.
Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.
Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.
"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.
"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.
Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya.
Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.

"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.*

*  Berita ini dari HARAKAH DAILY


















Friday, April 26, 2013


Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Kastam) Meninggal Dunia. 3 Das Tembakan di Putrajaya!

Semakin banyak pula kes tembak-menembak sejak akhir-akhir ini. Dengan kes ragutnya, rompakannya sehinggalah membawa kepada pembunuhan. Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima. Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin telah pun meninggal dunia. Sebabnya? 
Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.
§  Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
§  Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
§  Penembak menaiki kereta
§  Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
§  Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
§  Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
§  Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan
Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar….Arwah menjaga cdn import eksport pertek.
Apa bidang tugas bahagian cukai dalam negeri dan perkastaman buat?
§  pertama mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).
§  keduanya, pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara. (perkastaman) termasuk barang-barang yang dibawa masuk melalui pejabat pos.
Jadi…lubuk besar mana yang terancam jika cara kerja arwah ini betul-betul dilaksanakan mengikut lunas undang-undang?
Ada kaitannya?
Kastam rampas dadah RM14 juta2013/03/18 – 19:19:37 PM
Nilai: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.
Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai ‘Fresh Cut Roses’.*
*  Berita ini dari Sinar Harian
KHUTBAH JUMAAT

PRINSIP KEIMANAN YANG TINGGI

”Ditegah daripada melaksanakan sesuatu
tanpa merujuk kepada syariat Islam 
terlebih dahulu.” 

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Maka pembentukan dan pemilihan seseorang pemimpin itu ditentukan melalui proses yang dipanggil demokrasi melalui pilihanraya. Pemimpin yang dipilih dengan jumlah majoriti, bertanggungjawab memegang amanah sebagai wakil kepada rakyat yang memilihnya.
Sistem ini memberi hak dan kuasa kepada rakyat dalam menentukan masa depan dan martabat negara sentiasa dipelihara di bawah kerajaan yang mereka yakini mampu mengurus, mentadbir dan membangunkan negara serta memastikan kedaulatan agama terus terpelihara.
Pastikanlah pemimpin yang bakal dipilih itu ialah orang yang boleh dipercayai, amanah, berilmu, mampu melaksanakan kewajipan untuk mentadbir negara. Ini bertepatan dengan ingatan Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Bahawa agama Islam telah meletakkan prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah SwT sebagai asas utama dan mengangkat manusia sebagai khalifah. Jelasnya, amalan-amalan di dalam demokrasi itu hendaklah sejajar dengan anjuran Islam yang merujuk kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.
Dalam konteks ini, kita sebagai khalifah ditegah daripada melaksanakan sesuatu tanpa merujuk kepada syariat Islam terlebih dahulu agar mendapat keredhaan Allah SwT di dunia dan akhirat. Firman Allah SwT di dalam surah al-Araafayat 3:
“Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu menurut pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”
Dalam pelaksanaan sistem demokrasi ini, Islam menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik kepada kita. Demokrasi yang didukung oleh Rasulullah SAW tidak pernah mengenepikan hak rakyat selagi tidak bertentangan dengan Islam. Manakala isu-isu berkaitan pentadbiran dan yang ditetapkan oleh syariat diselesaikan melalui musyawarah di kalangan ulama’ dan umara’.
Demokrasi menunjukkan wujudnya kesepakatan antara rakyat dan pemerintah yang dipilih dalam menentukan masa depan mereka dan cara sebegini menghindarkan rakyat daripada tersalah pilih pemimpin yang tidak mereka kehendaki dan mengakibatkan mereka menjadi umat yang lemah dan menderita pada masa hadapan. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 9:
Maksudnya: “Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang yang jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang daif di belakang mereka akan merasa bimbang terhadap anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul.”
Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya pemerintah yang dilantik itu berkemampuan, bertanggungjawab, menepati janji serta berlaku adil terhadap rakyat.*

* Sedutan khutbah Jumaat, di Masjid Putra, Putrajaya, Pada hari ini, yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia -JAKIM