Friday, October 18, 2013

ARTIKEL TASAWUF

  1. ARTIKEL

    RENUNGAN HARI JUMAAT
    SUFI
    Perkataan ‘Sufi’ terdapat banyak pendapat dari para ahli bahasa Arab dan bahasa – bahasa lain, bahawa perkataan itu berasal dari bahaya Yunani, iaitu bererti ‘hikmah’.Tetapi pada umumnya para ulama Islam berpendapat, bahawa perkataan itu dari bahasa Arab, yang bererti ‘bulu kambing’.
    Perataan ‘sufi’ menggunakan ‘ssad’, iaitu ‘sin’ berganda atau tebal. Perkatan ‘ssufi’ berasal dari kata ‘ssuf’, iaitu bulu kambing. Contoh yang boleh kita trima, ialah dari Hadis Rasul Allah Muhammad sallallahu alaihi wa sallam, yang ada kata ‘ssuf’ iaitu:
    Kuntu ma’an nabi s.a.w. fi safarin wa ‘alaihi jubbatan minass ssuf.
    Saya telsah keluar pada safar bersama Nabi sallallahu alaihi wasallam dan beliau memakai jubah dari ssuf – bulu kambing.
    – Perawi: Abi Burdah
    Pada zaman Rasul Allah, Muhammad s.a.w. di Madinah al Munawarah, iaitu sebelum turun wahyu Allah di masjid Qablatain – dua kiblat – berhubungan dengan Allah Subhanhu wa Ta’ala memerintahkan Junjungan dan umat Islam mengubah penghadapan sembahyang atau kiblat dari Baitul Muqdis ke Baitullahil Haram, ada ramai orang Arab hitam dan miskin, hampir semua memakai ‘ssuf’ bulu kambing warna putih, menumpang tinggal di bahagian penjuru masjid An Nabawi, dan tempat mereka tinggal itu dinamakan ass sufa.
    Sesungguhnya Kami – Allah – melihat berbalik – balik – berulang kali tengadah - muka anda – Muhammad – pada langit - meminta datang wahyu -.Dengan demikian Kami – Allah – palingkan muka anda ke kiblat yang anda sukai, maka, hadapkanlah muka anda ke arah Masjid Al Haram – Ka’abah -. Di mana sahaja anda berada, hadapkanalah muka anda ke arahnya – Ka’abah.
    – Al Baqarah: 44
    Banyak pendapat, Ssufi diambil dari kata ssuf , iaitu bulu kambing – putih – menandakan bersih. Para ahli sufi memang berhati bersih; bersih terhadap Allah, Kuat iman, takwa, menyerah diri kepada Allah, berharapkan reda Allah dan zuhud, iaitu mengutamakan Allah dan hari akhirat dari menyayangi dunia. Dunia yang didmaksudkan, ialah kemewahan sehingga mengabaikan iman, takwa,menhyerah diri kepada Allah dan berharap keredaan Allah.Dinia juga bermaksud segala yang terlarang dalam Islam dan oleh Allah. Dalam bahasa Arab ada menyebut tentang dunia demikian, iaitu:
    Addunia jiifah, man talabuha, kilab.
    Dua itu bangkai, siapa yang menuntutnya, bangkai.
    Orang – orang sufi terdiri dari mereka yang sarat dengan ilmu pengetahuan agama Islam. Mereka orang – orang yang kenal diri sendiri, Kenal Allah Subhanahu wa Taala, beriman kepada yang Maha Esa itu, Ihsan kpada allah dan kepada umat manusia, beramanah, berakhlak dan kuat beribadat kepada Allah yang Maha Esa.
    TUJUH PULUH ORANG TERKURBAN
    Pada zaman Rasul Allah Muhammad s.a.w. di Makkatul Mukaramah sebelum berhijrah ke Madinatul Munawwarah, selama Junjung tinggal di Madinah dan setelah wafat Junjungan, ramai ahli sufi di Tanah suci tersebut, di antara mereka, iaitu:
    1 - Para sahabat tertinggi:
    a. Abu Bakar As Siddiq,
    b. Uthman ibni Affan,
    c. Umar Al Khattab,
    d. Ali bin Abni Talib.
    2 - Para sahabat seperjuangan pada jalan Allah:
    a. Mereka yang terkorban dalam perang Badar, perang Uhud, perang Yamamah dan perang Nahawand. Di antara tujuh puluh orang yang terkorban dalam perang Abdullah bin Jahsy, Al Haris bin Anas bin Rafi dan Malik bin Sinan bin Ubaid bin Sa’alabah.
    3 - Para sahabat yang bertugas mencatatkan hadis – hadis Rasul
    Allah Muhammad s.a.w. dan di antara mereka itu, ialah:
    a. Abu Hurairah – mencatat 5,374 hadis.
    b. Abdullah ibni Umar – mencatat 2,630 hadis.
    c. Anas bin Malik – mencatat 2,286 hadis.
    d. Abdullah ibnu Abbas – mencatat 1,660 hadis
    e. Jabir bin Abdullah – mencatat 1,540 hadis.
    f. Abu Said al Kudri – mencatat 1,170 hadis.
    Para pemimpin mazhab:
    Ahlus sunnah wal jamaah
    a. Hassan Asy Syaari.
    b. Imam Hambali
    c . Imam Shafie
    d.Iman Hanafi
    e.Imam Maliki dan beberapa orang lagi.
    Para imam pemimpin mazhab – mazhab lain,di antara mereka:
    Taimiyyah, Taqiuddin Abu Al Abbas Ahmad bin Sahabuddin Abil Mahasin Abdul Halim bin Majuddin Abi Al Barakah Abdus Salam bin Abi Muhammad Abdullah bin Abi Al Qasim Al Qudri bin Muhammad Al Qadri bin Ali bin Abullah bin Taimiyyah (661H – 1263M).
    Abu Abbas Ahmad bin Muhammad bin Muhtar bin Ahmad bin Muhammad Salim Tijani (1150 – 1230h/ 1737 – 1815m ), pengasas mazhab Tijaniyah, Abu Ala Al Maududi (1321 – 1399H / 1903 – 1979), pemimpin Jama’ah Islam India dan Pakistan,Pecinta Hikmah.
    Pada zaman para khalifah Islam dan kemudian dari mereka terdapat ramai ahli sufi yang tekenal dengan gelaran failasuf – dari bahasa Yunani, filsuf, ertinya, Pencinta Hikmah. Di antara mereka itu,ialah:
    a. Al Kindi – Abu Yusuf ibnu Ishak al Kindi (188 – 260 / 803 – 873.
    b. Abu Bakar Muhammad ibnu Zakaria Ar Razi (312 – 864 ? – 924).
    c. Al Farabi - Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlagh
    Abu Nasr al Farabi (257 – 339 / 870 – 950).
    d. Ibnu Sina – Hussein ibnu Abdullah ibnu sina – Aven Sina - (370 – 428
    / 980 – 1037).
    e. Al Ghazali – Abu Hamid bin Muhammad al Ghazali (450 – 5t05 / 1058
    – 111).
    f. Ibnu Bijah – Abu Bakar ibnu Yahya ibnu Al Sa’igh – Avenpace atau
    Avempace (500 – 33 / 1106 – 38).
    g. Ibnu Tufail – Abu Bakar Muhammad ibnu Abdul Malik ibnu Muhammad
    ibnu Muhammad ibnu Tufail Al Qaisy (504 – 81 / 1110 – 85).
    h. Ibnu Rusyd – Abu Al Walid Muhammad ibnu Ahmad ibnu Muhammad
    ibnu Rusyd – Averroes ( 520 – 95/ 1126 – 98).
    i. Ibnu Khaldoon – Abu Zaid ‘Abdur Rahman ibnu Khaldoon ( 732 – 808 /
    1332 – 1406).
    j. Omar Khayyan, Farsi – Iran – lahir, 18 Mei 1048, meninggal, 4
    Disember 1131.Dia terkenal sebagai penyair.
    k. Jalaluddin Rumi bin Bahauddin Walas – 1207 – 1273 -
    Mereka yang tergolong dalam orang – orang sufi menjalankan ibadat yang dinama tariqat – ibdat pada jalan Allah – dan sulk atau suluk – ibadat pada jalan Allah. Mereka digelar ahli tarikat dan ahli suluk.
    Ahli sufi dunia Melayu
    Dalam dunia Melayu – dari Champa, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan Utara – Sarawak, Sabah dan Brunei - , seluruh kepulauan Melayu atau Indonesia dan hingga Filipina – kawasan umat Islam - , terdapat ramai ulama dan dalam golongan ahli sufi. ahli tarikat atau ahli suluk.
    Di antara ulama yang dalam golongan ahli – ahli sufi nusantara, ialah:
    1- Imam Bonjol, Indonesia
    2- Wali – wali songo atau wali sembilan,
    3- Sheikh Kuala – Aceh, Indonsia,
    4- Sheikh Daud Pattani, Selatan Thailand,
    5- Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al falaki , Kuala Kangsa, Perak - ,
    6 - Sheikh Haji Nawawi Muhammad – Sheikh janggut Merah – Pantai Remis, Perak.
    7- Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik – Kedah ,
    8- Sheikh Haji Junid Tala, Padang Rengas, Perak,
    9 - Sheikh Muhammad Idris al Marbawi, Lubuk
    Merbau, Kuala Kangsar, Perak,
    10 - Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir, Pattani, Selatan
    Thailand,
    11 - Sheikh Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau
    Pinang,
    12- Sheikh Abdul Rahmam Merbauk, Kedah,
    13 - Haji Wan Musa Wan Tabal, Kota Bharu,
    Kelantan,
    14 - Haji Muhammad Salleh Masri, Bukut Mertajam,
    Pulau Pinang.
    15 - Haji Ahmad Maher bin Ismail, Kita Baharu,
    Kelantan,
    16 - Tok Kenali atau Muhammad Yusof bin Ahmad,
    Kota Bharu, Kelantan,
    17 - Haji Abdul Karim Amarullah atau Hamka,
    Indonesia,
    18 - Haji Ahmad Fuad Hassan, Manong, Kuala
    Kangsar, Perak,
    19 - Haji Hussain Che Dol, Guar Chempedak, Kedah,
    20 - Kiyai Haji Ahmad Dahlan, Indonesia,
    21 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir,Gunug Semanggol,
    Perak,
    22 - Ustaz Haji Mat Saman bin Muhammad, atau Haji
    Mat Saman Kati,Taiping, Perak,
    23 - Sheikh Muhammad Arshah Al Banjari, Indonesia
    24 - Haji Agus Salim, Indonesia,
    25 - Sheikh Abu Bakar Al Shaari, Perlis,
    26 - Imam Sheikh Ibrahim al Pattani, Selatan Thailan,
    27 - Sheikh Muhammad Nafis bin Idris Al Banjari – Pengarang kitab – kitab kuning - , Darun Nafis.
    Semua ulama yang termasuk dalam golongan ahli sufi, tidak menggelarkan diri mereka sendiri dengan gelaran ‘ ahli sufi’, tetapi di gelar atau diberi penghormatan dengan gelaran atau ganti nama tersebut oleh para murid atau para pengikut mereka dan orang ramai yang mengetahui diri mereka.
    - Mokhtar Petah
    Like ·  · Promote · 
  2. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    PENUH HIKMAT

    Hai manusia,
    Demi al Quran (perhatikan) yang sarat dengan hikmat (pengetahuan yang mengagtasi pengbetahuan manusia),
    Sesungguhnya, engkau (Muhammad s.a.w.) seorang di antara ramai rasul (utusan Allah). - Yaasin:1,2,3.
    Apakah (manusia) tidak melihat (berfikir), bahawa Kami (Allah) telah mencipta meekqa dari air mani (lelaki dan bercampur dengan air mani perempuan)? Tetapi, lihatlah, dia telah menjadi musuh yang terang (menjadia kafir).
    - Yaasin:77
    Hanya perintahNya (Allah), apabila dia mahu (mengadakan) sesuatu,dikatakanNya:Jadilah! Lalu jadilah.
    - Yaasin:82

    PUSAKA

    "Orang Islam tidak boleh menerima pusaka dari orang kafir dan orang kafir tidak boleh menerima pusaka dari orang Islam." *
    - Tegahan dari Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
    = Perawi: Asamah bin Zaid dan Imam Bukhari.

    * Perhatikan: Jika negara kita, bumi Melayu ini, dikira sebagai pusaka dari datuk moyang Melayu (orang Islam), maka, haram dimilik bersama dengan orang - orang kafir (bukan Melayu dan tidak beragama Islam).Sesiapa melakukannya, adalah menentang larangan Rsul Allah, Muhammad, dan termasuk dalam golongan orang - orang kafir.
    Orang Islam yang menentang hukum Allah dan para rasulNya, walaupun kita nampak mereka hidup bahagia, tetapi mereka tidak mendapat keredaan Allah. Batin mereka menderita.
    Like ·  · Promote · 
  3. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam!
    Berhati - hatilah, sesungguhnya lidah kita,boleh manjadikan orang lain rasa terhibur dan gembira dan boleh juga menjadi racun kepada manusia.
    Allah dilupa jangan.
    Lihat: Google - mokhtarpetah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.