Tuesday, October 8, 2013

PANTUN


  1. PANTUN

    Sawah sedesa ditumbuh lalang,
    Lalang berbunga putih warna;
    Maruah bangsa telah hilang,
    Hilang bersama 'putih mata'.
    Like ·  · Promote · 
  2. TERKENANG

    MENINGGIKAN EKONOMI ORANG - ORANG BUKAN MELAYU

    MELAYU MENGHIRUP KUAH

    Pada masa Tan Sri Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak kali yang kedua(1974-77), satu pembangunan raksasa bagi negeri itu telah berjaya dilaksanakan oleh Lembaga Letrik Negara, iaitu pembinaan Ampangan Temenggor. Ampangan itu yang merentangi Sungai Perak, di Temengor, Grik telah dimulakan pada zaman Menteri Besar, Ahmad bin Said (1969 -1970).
    Sebuah kampung Melayu yang tua, iaitu Kampung Temengor yang terletak dalam rimba raya telah tenggelam bersama sebuah masjid, sekolah rendah kebangsaan, sawah dan ladang serta tanah perkuburan.
    Aku telah mengikuti oprasi menggali semua perkuburan di sana. Pekerja-pekerja telah menggali semua kubur itu pada waktu siang. Manakala kerja memungut semua tengkorak dan tulang temulang tanah bercahaya kala maya pada waktu malam. Semua tengkorak, tulang temulang dan tanah dari tiap-tiap kuburan itu dimasukkan dalam karung-karung plastik.
    Semua mayat yang telah reput dalam kuburan-kuburan baru dan semua tengkorak, tulang-tulang dan tanah bercahaya kelamayar itu telah dipindah dan dikebumkan semula dalam beratus-ratus buah kuburan baru, dekat perkampungan baru, Kampung Belum Baru, Air Ganda, dekat Bandar Grik.
    MAYAT TIDAK REPUT
    Satu pengalamanku sebagai penulis tidak dapatku lupakan, iaitu aku telah mengambil gambar dan menulis kisah dua mayat tidak reput yang terdapat dari dua buah kuburan Kampung Temengor. Dua mayat itu tidak reput, berambut panjang, berkuku panjang, kain kapan masih melekat pada tubuh masing-masing dan tubuh mereka tidak ada yang rosak.
    Kedua-dua perempuan itu telah meninggal dunia kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Mereka berkhidmat sebagai bidan dan guru membaca Quran kepada kanak-kanak, di kampung tersebut.
    Aku telah merujuk perkara dua mayat itu kepada beberapa orang ulama di negeri Perak. Menurut mereka, bahawa ada terjadi, dengan kuasa Allah, orang-orang yang membaca dan menghafal ayat-ayat Quran dan berbuat baik sesama manusia pada masa hayat mereka, maka mayat mereka tidak reput walaupun telah lama meninggal dunia.
    Aku telah menerima banyak sungutan daripada orang-orang Melayu yang menjalankan perusahaan kayu balak, dalam kawasan Hulu Perak mengenai nasib mereka seperti telah dianak-tirikan oleh kerajaan negeri Perak dalam pengagihan kawasan balak. Pada satu hari aku telah menemui Ghazali Jawi dipejabatnya untuk bertanyakan isu tersebut.
    SYARIKAT ORANG MELAYU
    Ghazali Jawi berkata, bahawa pemberian kawasan kayu balak, di negeri Perak tidaklah boleh diagihkan kepada semua syarikat pembalak kerana pihaknya terpaksa menimbangkan banyak masalah.
    Beliau memberitahu, pemberian kawasan kayu balak kepada syarikat-syarikat orang Melayu hanyalah seperti ’durian runtuh’, bukanlah satu perniagaan dan perusahaan, kerana banyak syarikat orang Melayu yang telah mendapat kawasan-kawasan kayu balak, tetapi mereka tidak menjalankan perusahaan itu, sebaliknya mereka menjualkannya kepada syarikat-syarikat China.
    ”Tujuan kerajaan memberi kawasan kayu balak kepada syarikat orang Melayu dengan tujuan supaya deme berusaha, tetapi deme tak buah kerja, ...jualkan kepada syarikat-syarikat orang lain,” katanya.
    ”I kira, cara macam tu bukan berniaga, ...hanya nak dapatkan ’durian runtuh’, nak duit segera, ...sudahnya deme tak pandai berniaga balak,” tambahnya.
    Kerajaan Negeri Perak telah mewajibkan semua syarikat perusahaan kayu balak bertaraf ’sendirian berhad’ dan ’berhad’. Setiap syarikat membayar lesen pembalakan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak sebanyak RM300 setahun. Tetapi tidak semua syarikat itu yang mendapat kawasan kayu balak. Walaupun bagitu banyak pula syarikat yang telah mendapat satu kawasan balak telah mendapat kawasan lagi. Ada syarikat kayu balak yang telah mendapat lebih dari tiga kawasan membalak.
    ’Kalau diteliti secara mendalam, iaitu mengikut sains politik dan sains kemasyarakatan, bahawa kedua-dua sistem itu (pembalakan dan pemberian tanah komersial) tidak menolong membangunkan ekonomi orang Melayu, sebaliknya meninggikan ekonomi orang-orang bukan Melayu, menguntungkan kerajaan Perak dan pihak-pihak lain.
    Pengagihan tanah dan kayu balak, pada hakikatnya seperti ’mee segera’ untuk menghabiskan tanah kerajaan dan kayu balak. Akibatnya orang Melayu anak cucu para pejuang tanah air sebelum negara mencapai kemerdekaan tinggal dalam keadaan, ’menghirup kuah’ sedangkan isi yang lazat orang bukan Melayu yang ratah.
    Kedua-dua sistem pengagihan itu kalau tidak diubah atau tidak dilakukan pembaharuan oleh Menteri Besar sekarang, maka dalam tempoh sepuluh tahun akan datang orang-orang Melayu di negeri Perak yang melibatkan diri dalam perusahaan tanah dan perusahaan balak akan menerima nasib ’Pak Pandir’ dalam Dasar Ekonomi Baru atau seperi kata orang Perak, ’lebih labun dari lonjak’.
    Yang paling teruk lagi dalam Wawasan 2020 yang dilaung-laungkan oleh orang-orang Melayu di Perak akan menyimpan dalam file keramat masing-masing, ialah resit bayaran permohonan tanah dari Pejabat Tanah, resit bayaran lesen tukul besi dan resit bayaran lesen kayu balak kepada pejabat Perhutanan Negeri dan surat membuktikan diri mereka telah muflis dari mahkamah tinggi.’
    SULTAN IDRIS SHAH
    Sungutan-sungutan rakyat dari perkara yang paling kecil hingga ke perkara besar seperti kawasan kayu balak dan sebagainya telah tiba ke pengetahuan Sultan Idris Shah. Aku telah dipanggil oleh Sultan Idris Shah ke Istana Firuz, dalam bandar Ipoh.
    Dalam pertemuan aku dengan Sultan Idris Shah dan disertai oleh Toh Muda Orang Kaya Besar, Dato’ Sayed Ahmad Jamalullail (bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi) dan beberapa orang Orang Besar-Besar Negeri lagi, Baginda telah bertanya kepadaku mengenai sungutan- sungutan rakyat itu.
    Aku telah memberitahu Sultan Idris Shah, ” ...kira o.klah tu, ...dia (Ghazali Jawi) akan selesaikan, ...mana ada pemimpin yang dapat memuaskan hati semua rakyat.”
    ”Ngapa” Sultan Idris Shah bertanya.
    ”...ialah, karenah rakyat, Tuanku,” aku menjawab.
    Sultan Idris Shah merenungku, kemudian merenung Syed Ahmad Jamalullail.
    ”...ampun Tuanku, ...Tuanku kena bertindak, ...jangan dibiorkan...,”kata Syed Ahmad Jamalullail.
    ”Ini yang susahnya, ....aku tak boleh campur politik....,” titah Sultan Idris Shah.
    Aku senyum.
    ”...ngapa senyum, tentu ada ape-ape ni?” Sultan Idris Shah bertanya.
    ”....begini, Tuanku tak boleh campur politik, tapi Tuanku tak boleh biarkan orang politik menggunakan politik untuk membelakangi Tuanku dan kepentingan rakyat Tuanku,...rakyat tangungjawab Sultan...” aku berkata.
    ”Itu benor, ...aku tak boleh biorkan, ...deme nak maghah, maghah le, ...lantak...,” titah Sultan Idris Shah.
    JAWATAN MENTERI BESAR
    Perkara sungutan rakyat itu telah menjadikan Baginda bertambah tidak puas hati terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, di bawah Ghazali Jawi. Baginda telah mengungkit; pada hari-hari sebelum Ghazali Jawi dilantik memegang jawatan Menteri Besar Perak kali yang kedua, Baginda telah keberatan melantiknya memegang jawatan Menteri Besar, disebabkan ’isu’ pada masa beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak kali pertama.
    Sultan Perak menganggap ’isu’ yang lalu, sebagai belum selesai kerana tidak dihadapkan ke mahkamah. Tetapi oleh kerana dengan nasihat Perdana Menteri, maka mahu tidak mahu Baginda terpaksa menandatangani watikah perlantikan ke atas Ghazali Jawi untuk memegang jawatan Menteri Besar itu.
    Baginda telah memberi syarat, bahawa Baginda boleh menandatangani watikah perlantikan itu, tetapi jawatan yang dipegang oleh Ghazalai Jawi itu sementara beberapa bulan sahaja. Pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju.
    Syed Ahmad Jamalullail yang pernah memegang jawatan Pegawai Penerangan UMNO di Ibu pejabat parti itu, adalah seorang yang paling rapat dengan Sultan Idris. Kadang-kadang nasihatnya kepada Baginda, seperti Penasihat British kepada Raja-Raja Melayu pada zaman penjajah Inggeris dulu. Ada kalanya pula dia seperti tukang lawak raja atau badut (clown) dengan Sultan.*

    * Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh:
    Mokhtar Petah)
    Like ·  · Promote · 
  3. ARTIKEL

    BENARKAH RAKYAT TUDAK KENAL MEREKA
    KJHUATIR, TERPILIH BUKU TEBERAU

    * Mokhtar Petah 

    UMNO diakui sebahagian besar rakyat Malaysia, sebuah organisasi politik yang besar jasanya dalam membina sebuah negara dan rakyat yang berdasarkan nasionalisme, maka, mereka sukar menolaknya, disebabkan jasa dan budinya.
    Pada hari - hari menghadapi pemilihan dalam parti politik kebangsaan Melayu -, saya rasa elok benarlah setiap ahli parti tersebut, dari cawangan - cawangan di kampung terpencil hingga ke bandar moden - Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya dan lain, sudi memahami dua rangkap pantun ini.
    Tulang itik boleh dimakan,
    Jika dimakan sama halia;
    Orang politik ketagih kedudukan,
    Kerana kedudukan bolah kaya.

    Boleh dimakan ikan temoleh,
    Begitu juga loma sebarau;
    Pilih jangan terlalu pilih,
    Tebu kemana cuma teberau.

    Pada hari - hari sebilangan tokoh UMNO berkempen ataun menonjol diri agar mereka dipilih untuk menduduki jawatan dalam UMNO peringkat kebangsaan, saya mendapati mereka seperti ahli - ahli UMNO ’ yang akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO nanti tidak pernah kenal’ mereka.
    SEBUAH LADANG
    YANG SUBUR
    Tokoh - tokoh UMNO itu terpaksa menjelajah ke merata - merata supaya ahli - ahli UMNO kenal mereka. Mereka juga berjinak - jinak dengan para wartawan, agar nama mereka diserlahkan dalam media.
    Mengapa mereka berebut - rebut untuk menduduki kerusi keramat dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia?
    Manjlis Tetinggi UMNO Malaysia, sebagai sebuah ladang yang subur. Siapa yang dapat tingal di ladang tersebut, dia akan berubah warna diri; menjadi seorang yang terkenal dengan kedudukan dan seorang yang hidup makmur.
    Kita tidak boleh menafikan, bahawa mereka itu penujuang dalam UMNO. Tetapi jika kita nilai dari penyelidikam kita, di negeri - negeri masih ramai ahli UMNO yang berpelajaran tinggi, bijaksana dan berjuang higga ’kering darah kepala lutut’ dan ’gugur rambut atas kepala’, tetapi mereka tidak berpeluang ke ladang yang subur itu.
    KERING DARAH
    KEPALA LUTUT
    Mereka juga tidak dipilih untuk menduduki kerusi - kerusi tertentu dalamn Kerajaan Pusat dan kerajaan - kerajaan negeri. Mungkin mereka tidak terkenal dan pucuk pimpinan UMNO tidak kenal mereka ataupun mereka yang berkuasa dalam cawangan dan bahagian UMNO menyembunyikan mereka seperti menyembunyikan gadis pingitan.
    Saya mengambil satu contoh, di negeri Perak, ramai tokoh - tokoh UMNO. Mereka berjuang hingga ’kering darah kepala lutut’, tetapi Dato’ Tajuddin Abdul Rahman dari Kampung Gajah, Pasir Salah yang ’banyak kosah’ pada masa lalu, dijulang ke atas juga.
    Saya teringat akan kata - kata bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman:” Umno pada zaman Mahathir ni tak macam zaman saya ..., UMNO zaman saya miskin, tapi UMNO la ni, jadikan oghang - oghangnya kaya...”
    Kita ketepikan kata - kata Tunku Abdul Rahman itu, kerana kata - kata itu mungkin kerana dia kecewa. Kekecewaan seperti ini ada pada diri bekas pemimpin - pemimpin tertinggi UMNO. Ada yang malung ke langit zaman, menyalah orang lain, ada yang bersungut dalam hati dan kekadang merintih sendiri.
    Walau apapun di hadapan kita, tidak dinafikan, bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia sedang ’bergantung harap’ kepada UMNO, agar dapat menjadikan negara ini maju dan makmur serta aman dan damai.
    Setiap ahli UMNO yang akan memilih tokoh nanti, mestilah berhati - hati, kerana buku atau ruas teberau sama dengan buku dan ruas tebu. Teberau tidak ada air yang manis, tetapi tebu ada air manis dan bolen menjadia madu dan gula.
    (tamat)
    1Like ·  · Promote · 
  4. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    * Ulangan

    Maksud dari firman Allah:

    IMAN DAN SISTEM KEHIDUPAN
    Kalau mereka itu beriman, sebagai apa yang kamu imani (brimnan kepada Allah dan amalan dalamn kehidupan dan negara mengikut Allah), sesungguhnya mereka itu mendapat jalan yang benar, dan kalau mereka itu berpaling (tidak mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w.), mereka hanya dalam pertikaian (misanya, sistem pemerintahan Islam tidak baik, tetapi sistem kapitalis, ala Inggeris dan Amerika Syaikat lebih baik), sebab itu Allah memelihara kamu (Muhammad al amin) dari (pengaruh) mereka, dan Dia (Allah) mendengar dan mengetahui.
    Ambillah sibghah (celupan) - iaitu agama Islam dan sistem kehidupan dan negara - , Allah, dan siapakah lebih baik celupannya melebihi Allah, dan kami menyebah kepadaNya.
    - al Baqarah:137,138

    HADIS

    Maksud dari Hadis:

    KASIHKAN MANUSIA

    “Sesungguhnya, Allah tidak mengasihi individu yang tidak kasihkan manusia,” Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.*
    - Perawi: Jarir bin Abdullah dan Imam Bukhari.

    * Mempelajari dan memahami hadis ini, maka, saya mendapati kebanyakan orang Melayu yang beriman kepada Rasul Allah, Muhammad al amin, belum sempurna iman mereka, kerana mereka tidak mengikuti sabda Junjungan seperti di atas. Kebanyakan orang Melayu ‘memilih bulu’. Misalnya, di negara kita ramai manusia pendatang dari berbagai negara. Manusia yang datang dari negara barat dihormati dan disayangi, tetapi manusia dari Banglasesh dan Indonesaia, dibencikan.
    Contoh, pada maajlis rumah terbuka menyambut raya puasa, para tetamu terdiri dari orang Melayu, Cina, India, tetapi manusia Bangladesh, Indonesaia, Nyanma dan lain tidak ada kerana tidak diundang.
    Like ·  · Promote · 
  5. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam!
    Kukuhkan iman kita kepada Allah, dan yakin; Allah hampir dan sayang kepada kita.!
    Allah dilupa jangan.
    Google -Wekipedia: mokhtarpetah
    2Like ·  · Promote · 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.