Saturday, October 19, 2013

SAJAK

SAJAK

“ALLAH, KE MANA KAN KAUHANTAR KAMI?”

Allah,
Allah,
Al Quds,
Allah, di mana - mana,
Tujuh petala langit,
Bumi tujuh petala jua,
Di syurga, di neraka milik - Mu.

Alllah,
Allah,
Al Ghaffar,
Sembilan puluh sembilan nama - Mu,
Allah mula nama mulia - Mu,
Akhir ’ Ar Rashid dan As Sabur,
Kuhina di bawah - Mu.

Allah,
Allah,
Al Ghaffar,
Semua manusia tidak Kautegah,
Guna namamu, Allah,
Tiada wahyumu dalam Al Quran;
’Tegah’ - Mu, ’larang’ - mu.

Allah,
Allah,
Al Ahkam,
Berbilang jenis manusia,
Hamba - hamba Mu,
Bodoh, dungu dan gila,
Kausayangi mereka.

Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
Jahilkah aku,
Berasama mereka ,
Ke mana kan kaulontarkan kami;
Ke neraka atau ke syurga?

Masjid Besi, Putrajaya ............... Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.