Tuesday, May 14, 2013


  1. PANTUN

    Padi dibawa dari Teluk,
    Tiba di kuala pecah perahunya;
    Bunga dapat kita jolok,
    Sampai di kepala pecah baunya.

    Tiba di kuala pecah perahunya,
    Jurumudi menyorong sampan;
    Sampai di kepala pecah baunya,
    Tujuh hari saya tak makan.*

    * Di edit dan diubahsuai pantun Melayu lama

  2. BERITA

    KIT SIANG BERSAMA PEMIMPIN DAP DAN pr BATU PAHAT

    BATU PAHAT - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut lima perkara sekaligus menjawab soalan yang dilontarkan sebuah akhbar mengenai tajuk artikel, ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’, baru-baru ini.
    Petikan akhbar itu menyifatkan Kit Siang tidak boleh duduk diam walaupun telah memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 lalu.
    Orang kuat DAP itu menggariskan lima perkara yang perlu dilunaskan kerajaan dan bertegas akan terus ‘bising’ selagi ia tidak direalisasikan.
    Perkara pertama yang dituntut ialah pilihan raya yang adil dan tidak memihak kepada sebelah pihak untuk menang.
    Menurutnya, pelbagai cara dan taktik kotor dilakukan pihak tertentu seperti melibatkan politik wang, menyebarkan cerita bohong atau fitnah dan menakut-nakutkan pengundi.
    “Perkara kedua yang saya tuntut ialah Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem demokrasi. Setiap pengundi atau rakyat berhak menukar parti pilihan mereka.
    “Mereka juga berhak untuk menukar kerajaan pilihan mereka, selain setiap pilihan raya yang dilaksanakan tidak kiralah ia pilihan raya umum atau kecil perlu dilakukan secara aman,” katanya pada sidang media di Pejabat DAP Dun Penggaram, semalam.
    Beliau berkata, perkara ketiga yang dituntutnya ialah keluhuran perlembagaan yang ada perlulah dihormati bukannya pihak tertentu sahaja yang dikenakan tindakan undang-undang.
    Jelasnya, jika diperhatikan sesetengah golongan kenamaan terlepas daripada hukuman setelah melakukan kesalahan tertentu, berbanding dengan pemimpin pihak pembangkang.
    Kit Siang berkata, perkara keempat yang dituntut ialah pendidikan negara ini perlulah setaraf dengan negara luar, yang mengamalkan sistem pendidikan bertaraf antarabangsa, bukannya hanya dipandang di dalam negara sahaja.
    “Ini kerana, ada sesetengah negara luar tidak mengiktiraf sistem pendidikan negara, terutamanya pendidikan tinggi, yang hanya sesetengah negara sahaja yang mengiktirafnya.
    “Seterusnya, perkara terakhir yang saya tuntut ialah, negara ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan aman, dan wujudnya budaya sihat persaingan termasuklah dalam politik,” katanya.*

    * Berita ini dari Sinar Harian

  3. BERITA

    Pembangkang Pencetus Pelbagai Angkara Dan Manipulasi PRU 13

    Oleh : Ropikah Ahmad

    KUALA LUMPUR, 13 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang merupakan pencetus kepada pelbagai huru-hara dalam pilihan raya baru-baru ini.
    Katanya, pembangkang sengaja membangkitkan berkaitan ketidakadilan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedangkan merekalah yang membuat pelbagai angkara untuk memperlihatkan perjalanan pilihan raya tidak tenteram.
    “Oleh kerana pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, pembangkang membuat tuduhan kepada BN sedangkan apa yang berlaku adalah angkara dari pembangkang sendiri.
    “Kita mengikut undang-undang, kita tak laksanakan perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang.”
    Katanya, sekiranya pembangkang membantah keputusan SPR mereka seharusnya menolak keseluruhannya tanpa menerima keputusan di negeri yang dimenangi mereka.
    “Jika mereka tidak terima keputusan SPR, mengapa mereka terima keputusan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Adakah SPR di negeri itu berbeza dengan SPR di negeri lain?,” katanya.
    “”Pada hari mengundi, mereka bersorak seperti orang hilang akal hingga menakut-nakutkan pengundi dalam kawasan kurang dari 50 meter tempat pengundi. Mereka tuduh kita kita yang buat, tetapi sebenarnya itu kerja mereka, bukan kerja BN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
    Jelasnya, sehingga kini pembangkang masih lagi menaburkan pelbagai tuduhan dan bawa cerita-cerita yang tak masuk dek akal.
    “Mereka kelirukan rakyat dan sekarang ini mereka sedang memainkan emosi anak muda. Kita sedar bahawa dalam himpunan, mereka bawa anak-anak muda yang masih belasan tahun walhal mengapa permainkan emosi anak-anak yang masih belasan tahun ini.
    “Kita ini negara berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama, kita percaya kepada kesatuan dalam kepalbagaian sedangkan mereka mahu mencetuskan huru-hara dalam negara ini supaya mereka boleh tunjukkan kepada dunia luar yang barangkali mereka dapat keuntungan dari negara luar terbabit.”
    Dalam perjumpaan bersama Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberikan taklimat ringkas berkaitan tugas dan tanggungjawab ahli-ahli Parlimen. *

    * Berita ini dari MediaUMNO


  4. BERITA

    Kenyataan berbaur dendam: Ahmad Said ‘MB separuh Terengganu’

    (Oleh Ruqayya Rahman)

    KUALA TERENGGANU 12 MEI: Datuk Seri Ahmad Said lebih layak digelar ‘Menteri Besar separuh Terengganu’ berikutan kenyataan ‘rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang gagal dimenangi BN’, kata Azan Ismail.
    “Kita patut panggil dia ‘Menteri Besar separuh’. Sebab dia cuma nak bangunkan separuh negeri sahaja,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu kepada Keadilan Daily mengulas kenyataan emosional Ahmad Said tersebut.
    “Ahmad Said telah buktikan dia langsung tiada kelayakan jadi Menteri Besar. Kenyataan macam itu tak layak keluar dari seorang ketua kampung pun.
    “Macam mana Perdana Menteri dan BN Terengganu boleh pilih pemimpin macam dia,” tempelaknya.
    Tegas Azan, kenyataan berbaur dendam dinyatakan Ahmad Said sejurus selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar adalah kenyataan yang tidak layak keluar dari mulut seorang Menteri Besar.
    “Kalau dia nak balas dendam pada rakyat sebab tolak Barisan Nasional dalam PRU 13, dia patut ingat rakyat tidak pengecut. Rakyat akan balas semula,” katanya.
    Tambah Adun Bandar itu, kenyataan Ahmad Said menunjukkan tindakan boikot terhadap rancangan Kerajaan Pusat untuk membina 44,000 rumah mampu milik, menurut Rancangan Malaysia Ke-10.
    “Politik dendam tak sesuai dalam negara demokrasi. Ahmad Said patut sedar diri, Sultan sendiri pun tak pernah keluar kenyataan macam itu. Kenyataannya akan lonjakkan kebencian rakyat pada Umno,” kata Azan.*

    * Berit aini dari Keadilan com

  5. BERITA

    ABDUL KHALID SELESAI ANGKAT SUMPAH MB SELANGOR

    KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
    Perkara itu turut dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan di twitter beliau sebentar tadi.
    "Alhamdullilah, selamat angkat sumpah sbg MB. Terima kasih atas segala sokongan.
    "Cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan," katanya.
    Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.
    Semalam, Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata, barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.*

    * Berita ini dari Harakah Daily.

  6. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    BERBISIK

    Hai orang - orang yang beriman, apabila kalian berbisik - bisik sesama kalian, maka jangan kalian berbisik untuk melakujkan sosa (mengumpat, perkara yang tidak baik dan sebagainya), pencerobohan dan menderhaka kepada Rasul Allah (Muhammad s.a.w.); dan (sebaliknya) berbisiklah untuk melakukan kebajikan dan bertakwa (kepada Allah). Dan hendaklah kalian tetap...
    See More
    Like ·  · Promote · 
  7. BERTANYA

    1 - Bertanya kepada diri sendiri,"Adakah dan apakah kesalahan yang aku telah lakujkan
    kepada Allah dan kepada manusia?
    2 - Bodohkah aku kerana mencari dan mendedahkan kedalahan orang lain?
    3 - Jujurkah aku, aku membenci orang lain, sedangkan orang lain tidak membenci aku?
    4 - Adakah aku sentiasa mahu manusia memuliakan aku, sedangkan aku tidak ada
    sesuatu yang boleh dimuliakan?
    5- Adakah aku saya sering menentang Allah, sedangkan Allah sayangkan saya

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.