PENGETAHUAN
BIDA’AH
Kata
’bida’ah’ adalah bahasa Arab. Orang Negeri Perak, terfutam di Kuala Kangsar
kata ’bedeah’, yang ertinya tidak betul, bohong atau mengadakan yang tidak ada.
”Tiap -
tiap bida’ah - tidak betul, bohong atau mengadakan yang tidak ada - itu sesat
dan tiap - tiap yang sesat itu dalam neraka.”
CONTOH:
Orang
Kuala Lumpur: Umno berjuang menegakkan negara Islam.
Orang
Kuala Kangsar: Bedeah.
Orang
Pekan: Dato’ Najib Razak keturunan Mat Kilau.
Orang
Kuala Kangsar: Bedeah.
Orang
Ipoh: Menteri Besar kita orang Arab.
Orang
Kuala Kangsar: Bedeah.
Orang Bukit
Mertajam: Anwar Ibrahim adik beradik Abdullah
Badawi.
Orang
Kuala Kangsar: Bedeah.
Orang
Jakarta: Najib Razak sama Anwar Ibrahim akan bersama dalam
sebuah parti politik,
setelah UMNO tidak ada.
Orang
Kuala Kangsar: Bedeah.
------------------------------------------------
PANTUN
Kerap ke
pekan membeli kalam,
Cuba
menulis atas kain;
Harapkan
Barisan tegakkan Islam,
Rupanya
beralih ke arah lain.
------------------------------------------------------
FALSAFAH AL
QURAN DAN AL HADIS
TAQWA DAN PERTEGUHKAN KEKUATAN
’... taqwa (rasa sayang, hormat, takut dan
perhambaan) kepada Allah dan RasulNya, agar kalian mendapat rahmat.’
- Ali Imran:132
’Hai orang - orang yang beriman, Sabar (teguh hati meneruskan perjuangan,
menghadapi cabaran dan dugaan) dan cukupkan kesabaran, dan perteguhkan kekuatan
(dalam perjuangan pada jalan Allah) kalian dan taatlah kepada Allah, supaya
kalian menjadi (manusia) beruntung.*
- Ali Imran:200
* Sebaik - baik saudara dan saudari membaca maksud dari dua firman Allah
di atas aini, maka, bertanyalah kepada diri sendiri;
Adakah anda melakukan dengan jujur, mengikut petunjuk dengan hati yang
tulus ikhlas, beranikah berjuang pada jalan Allah dan benarkan taat kepada
Allah atau pura - pura taat ataupun kekadan taat dan kekadang tidak.
Dua maksud firman Allah di atas ini, satu petunjuk kepada kita, bahawa
adakah kita benar - benar orang mukmin dan mukminah atau kita hanya hidupn
menunggu hari mati, di tanam ke dalam bumi dan kemudian di campak ke dalam
neraka.
Dengan memaham maksud firman Allah di atas ini, kita ’mengakui’ diri kita
terlelalu kecil dan kerdil, lamah dan tidak terdaya melawan apa jua dugaan dan
keseksaan yang menimpa kita.
Kita akan menjadi manusia bernai, kalau kita memahami dengan penuh yakin
akan maksud firman Allah itu.
MIMPI PERMAINAN SYAITAN
Rasul Allah, Muhammad telah ditanya oleh seorang lelaki Arab yang telah
bermimpin, kepala nya telah dipukul orang hingga tergolek - golek dan parah
kesannya. Lalu junjungan menjawab: ”Jangan kamu bercakap (bercerita) tentang
permainan syaitan dalam mimpi kamu kepada seseorang.” *
- Perawi: Imam Muslim
* Kira - kira lima tahun yang
lalu, seorang gadis Melayu yang berusia 27 tahun, telah tiga kali kepatahan
kadih dan tunangan, telah menceritakan kepada saya tentang pengalaman dalam
mimpinya.
Pada tiap malam Selasa, Khamid dan
Sabtu di bermimpin seorang lelaki bersetubuh dengannya. Lelaki itu berkepala
dogol, tetapi dia tidak dapat memegang tubuh lelaki yang sedang merogolnya itu.
Menurutnya, setelah dia dirogol, maka, esoknya tubuhnya menjadi lemah
atau tidak bermaya.
Kemudian, saya telah menasihatkan gadis itu agar menemui seorang mualim, agar dia diberi petunjuk dan
penghalang dari perbuatan syaitan.
Mualim itu berjaya menghalang perbuaan syaitan ke atasnya dan dia tidak
bermimpi lagi. Mualim itu mendapati, gadis itu disetubuhi oleh syaitan ’ hantu
raya’ saka yang sentiasa bersama neneknya.
Nasihat. Setiap wanita, sama ada isteri, janda mahupun gadis, pada waktu
hendak masuk tidur pada waktu malam, ambillah air sembahyang, walaupun pada
hari hari uzur, untuk menghalang dari disetubuhi syaitan atau hantu raya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.