Thursday, May 9, 2013


BERITA

 

Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong



MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.
"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."
Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.
Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.
Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.
Ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.
Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.
Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.
Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.
Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.*

* Berita ini dari Harakah Daily


***


        DAP sokong Khalid kekal Menteri Besar Selangor

KUALA LUMPUR 8 MEI: DAP menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum baru-baru ini dengan majoriti dua pertiga apabila menang 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada 2008.
Tambahnya, walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 kerusi KEADILAN, Khalid patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor.
“Ini membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi, DAP Selangor juga menyokong penuh Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.*

* Berita ini dari Keadilan Com

                                                         ***

BN Sentiasa Dukung Perlembagaan, Tolak Agenda Rasis dan Ekstrem


Oleh : Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR, 8 Mei – Kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) menolak golongan ekstrem termasuklah golongan cauvinis yang mempergunakan isu perkauman bagi mengelirukan rakyat terutamanya pengundi.
Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Abdul Halim Sidek melihat keputusan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dilanda ‘tsunami Cina’ adalah hasil daripada wujudnya sentimen yang digunakan oleh pihak tertentu bagi memperoleh kuasa.
“Cauvinis adalah amat bahaya kerana ia menunjukkan pendirian dan semangat yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan kaum walhal selama lebih 55 tahun pentadbiran BN, negara ini diterapkan dengan semangat perpaduan yang tinggi, kesatuan dan kebersamaan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menganggap pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti terbabit khususnya DAP, namun usaha tersebut gagal dan kerajaan BN sehingga kini tidak tumbang serta masih kekal selepas selesai PRU.
“BN sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa terutamanya dalam aspek perpaduan dan permuafakatan malah Perlembagaan yang kita dukung juga amat jelas dengan menetapkan kepentingan semua kaum tertulis di dalamnya.
“Perlembagaan kita didukung dengan falsafah-falsafah yang dapat mewujudkan keharmonian termasuklah prinsip Rukun Negara, sebelum ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menyusun semula masyarakat dan menghapuskan jurang antara kaum dan terkini yang diperkenalkan oleh PM kita dalam pentadbiran negara ialah dasar transformasi.”
Tegas beliau, melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan lain-lain lagi, pelbagai pembaharuan dilaksanakan yang mana ia membawa hasil positif kepada keseluruhan masyarakat termasuklah pelbagai bantuan perbelanjaan dan sokongan dari kerajaan.
“Program-program yang dilaksanakan oleh BN dibuat tanpa mengambil kira keturunan, bangsa dan perbezaan yang ada tetapi nampaknya ia tidak dihargai dan cuba ditumbangkan oleh orang yang pernah dibantu oleh BN sendiri selama ini.
“Pakatan pembangkang berjaya memainkan sentimen perkauman terhadap sokongan bangsa Cina sehinggakan undi mereka beralih arah dengan melabelkan provokasi sedangkan yang bersifat rasis bukan BN atau UMNO.”
Beliau berkata, meskipun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang namun BN juga berjaya mendapat sokongan padu golongan bumiputera, orang Melayu, India dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.
“BN adalah parti yang dianggotai oleh kompenan pelbagai kaum dan rekod pentadbirannya sejak merdeka dapat dilihat termasuklah kepada semua anggotanya, mempunyai ruang bersuara, membuat keputusan dan menjadi calon dalam pilihan raya termasuklah di kawasan majoriti Melayu sendiri.”
Berdasarkan keputusan PRU, sokongan orang Melayu kepada BN semakin kukuh berbanding pilihan raya umum 2008 selepas jumlah kerusi UMNO berjaya ditingkatkan daripada sebanyak 77 kepada 88 sementara sokongan daripada bangsa lain termasuk Iban, Kadazan mahupun orang India turut bertambah yang menjadikan kerajaan masih kekal sebagai kerajaan BN.*
* Bereita ini dari  Media UMNO

 ----------------------------------------------
PANTUN
Dedak lama dalam kampit,
Tanak sekepal atas api;
Hendakku bawa perahuku sempit,
Nakku tinggalkan tak sampai hati.

 ----------------------------------------------

HIDAYAT ALLAH
’ Mereka yang beriman (kepada Allah, para malaikat, kitab - kitab Allah dan al Quran, para rasul Allah dan Muhammad s.a.w. dan hari akhirat) dan tidak mencampur - adukkan iman mereka dengan kezaliman (menyengutukan
Allah, percayakan hantu syaitan dan tidak mengikut kebanyakan hukum Allah), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang -  orang yang mendapat hidayat (petunjuk Allah). *
- Surah al An’aam:82
*  Rakan - rakan saya dalam fb ini, jika kita telah mengalami sesuatu yangb tidak baik, terantuk, terkeluar kata - kata menyakitkan hati orang lain, menuduh dan menfitnah orang atau kita tercekik tulang, cepat - cepat kita sedarkan diri kita, iaitu adakah kita telah melanggar hukum Allah, telah membawa fikiran kita kepada perkara buruk dan tidsak yakin kepada Allah.
Perhatikan, pada tiap hari, kita ada sahaja yanbg menjadikan kita sakit dan sebagainya, walaupun perkara itu kecil; seperti terkena duri, terpijak paku, terseliuh kaki, terpercik minyak masak dan lain, tentulah pada saat - saat sebelumnya kita melakukan ke salahan kepada Allah dan manusia.
Maka sebagai manusia mukmin dan mukminah, kita tidak boleh mengenepikan hukum - hukum Allah, tidak boleh berhenti yakin diri, sabar, reda dan bersyukur kepada Allah. Kalau kita berhenti dari yang demikian, maka, kita akan sentiasa diinringi Iblis dan ia menjadi penasihat kita.

BAKHIL DAN POEN PENGANIAYAAN
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. membeiri peringatan kepada umat Islam:
”Takutlah kalian  - iaitu menghendarkan diri dari - dari perbuata ’ penganiayaan’ - kepada manusia dan makhluk Allah - , kerana sesaungguhnya penganiayaan itu kanan menjadikan berbagai kegelapan pada hari akhirat. Takutlah kailan - iaitu menjauhkan diri - dari kelakukan bakhil atau kikir, kerana sesungguhnya bakhil atau kikir itu telah membinasakan umat yang sebelum kalian ( pada zaman para rasul sebelum Muhammad s.a.w.). Bakhil atau kikir itulah yang  menyebabkan mereka (umat manusia) suka (atau melakukan) mengalirkan darah (bergaduh atau berperang) sesamama mereka, dan menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah pada mereka - seperti Judi, arak, pembohongan dan lain). 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.