Berita dalam ' Sinar Harian', pada hari ini.
SETIA USAHA AGUNG UMNO
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia hanya fitnah pembangkang untuk kepentingan politik.
“Mereka (Aziz dan Wan Ahmad) tidak bersalah. Pembangkang sudah tidak ada modal dan hanya mencari publisiti. Mereka sudah memberi kenyataan dan individu sebenar telah tampil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Saya telah menyertai UMNO dari tahun 1953 hingga di ambang kemerdekaan. Pada masa itu kurang benar para politiku dalam parti - parti pollitik yang mentehomah, memfitnah, memburuk - burukkan, menghina hingga menuduh berzina dan meliwat, tetapi semenjaklepas negara kita merdeka pada 1957, hingga kini, politikus - politiku, dalam UMNO,PKR, PAS, MCA, MIC, GERAKAN dan lain menjadikan perkara salah itu sebagai amalan harian mereka. Sebagai seronok atau sebagai mencari nama, siapaya yang banyak memfinah dan sebagainya, dialah orang mulkia san ternama.
Saya harap, Setiausaha Agung UMNO, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor yang pernah menjadi pemilih syarikat akhbar, dapat, melakukan sesuai, agar dalam UMNO tidak ada manusia - manusia demikian.
Begitu juga dalam PAS, PKR dan parti - parti politik lain dapat berhenti dari melakujkan perbuatan yang dimuka oleh Allah dan akan menimbulkan perpecahan dan prmusuhan tersebut.
Saya harap, jangan mencari kesenangan dan kemuliaan dengan 'mencangkul atas belakang kawan' sesama manusia dan sama - sama beragama Islam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.