KULLIYAH AL QURAN AN AL HADIS
POLIGAMI DAN SABAR
- an nisaa:3
* seseorang lelaki yang berhajat untuk berkahwin dengan beberapa orang perempuan atau memadukan isteri, mesti ada:
1 - Lelaki yang sempurna atau lelaki sejati,
2 - pengetahuan Islam yang sempurna,
3 - Akal yang sempunrna (tidak panas baran, berkeadaan gila dan
tidak sabar),
4 - Menghormati perempuan - prempuan,
5 - Ada kemampuan untuk menanggung isterinya dengan
kemampuan yang ada.
Jika. dia berfikir tidak boleh melakukan keadilan terhadap isteri - isterinya, maka, cukuplah dengan seorang isteri.
Orang tua - tua Melayu menasiahati para lelaki yang hendak berkahwin lebih dari seorang isteri, supaya berjaga - jaga, fikir - fikira dan waspada, agar tidak ' memikul biawak hidup'.
Hai orang - orang yang beriman, sabarlah dan cukup (sempurna)kan kesabaran, dan perteguhkan kekuatan, dan patuhlah kepada Allah, agar kalian menjadi (orang - orang) beruntung.*
- Ali Imran:200.
*Bagi lelaki yang sempurna keadaan dirinya untuk berpioligami, eloklah mengamalkan ayat Quran di atas ini, seperti diamalkan oleh beberapa orang alim yang beristeri lebih dari seorang.
Di antara orang - orang alim yang memberi nasihat ini kepada saya, di antara mereka:
a. Sheikh Haji Nawawi (janggut merah); tiga isteri, semnua isterinya berbaik antara satu dengan lain.
b . Haji Wan Mohd. Yusof, imam Masjid Ubudiyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar,
c. Haji Abdul Razak, Kati, Kuala Kangsar.
Cara melakukan:
1 - Pada waktu tengah malam, sembahyang hajat dan pada setiap sujud mohon kepada Allah agar isteri tidak menegah suami berkhawin lagi dan isteri dikurniakan Allah, bersabar,
2 - Pada ketika isteri sedang lena, baca berbisik ayat di atas, dan hembuskan kepada tubuhnya dari kepala ke kaki. Lakukan sebanayak tiga kali,
3 - Amalkan tujuh malam.
AMANAH
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memenasihat dan memerintah:
Tunaikan amanah kepada orang yang memberi amanah kepada anda, dan ajangan mengkhianati orang yang mengkhinati anda.
Tangan lurus menanggung apa yang diterima sehingga dia wanjib menunaikannya.*
- Perawi: Imam Abu Daud, Tirmizi dan Imam yang lima (para perawi hadis)
* Dalamj hadis ini Rasul Allah memberi amaran, agar seseorang Iwslam tidak membalas dengan khianat ke atas arang yang mengkhinati dirinya. Maafkan dan serahkan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.