PERJUANAN IKUT RASUL
ALLAH
Kelantan,
Serambi Mekah,
Negeri tayyibah (bertuah),
Turut perintah Allah,
Pimpinan ulama sabar dan
tawakal,
Untuk bangsanya serta rakyat semua.
Nik Aziz mu’alim
bersiasat.
Siasahnya ikut system
Rasul Allah,
Ramai yang mahukan dia
gelabah,
Biar dia lumpur,
Rebah,
Dia tabah yakin dirinya.
Nik Aziz,
Semenjak dijajah Siam
dan Inggeris,
Sampai ke tahun - tahun
lepas merdeka,
Kutahu Kota Bharu dinoda maksiat,
Kepak bungkus senjata
membunuh insane,
Pelacuran, arak , judi
dan berbagai hiburan.
Nik Aziz,
Allah mentakdirkan
dengan hikmatNya,
Harakahmu - organisasi Islam
diizinkan,
Ambil alih kerajaan
Kelantan,
Kota Bharu lumpuh maksiat,
Syaitan lari menggaru
kurap.
Nik Aziz,
Kini, walaupun pentadbiranmu,
tidak Islam hakiki,
tetapi bangga kami,
di sini terasa ada reda
Allah,
Negeri bertuah Allah Maha
Pengampun.
Nik Aziz,
Jika datang makhluk runtuh - musnahkan,
Negerimu - negeri diredai Allah,
Sama juga dengan meruntuh agama Allah,
Kerana negeri dan kerjaanmu
ikut hkum Allah,
Manusia rakus nafsu kata “mu
salah”.
Nik Aziz,
Ana mlihamu dari jauh,
Makanmu bukan makanan
para Raja,
Cuma nasi bungkus lauk
seketul dua,
Minumanmua, hanaya secawa
Qahwa,
Syukurmu kepada Allah, berganda.
- Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.