Sunday, August 15, 2010

NOTA KEMATIAN

“Mokhtar Petah ..., kau belum mati.”
Pada 17 Julai 2010, saya dimasukkan ke bahagian ccu Hospital Putrajaya. Para doktor mengesahkan, saya seorang dari beribu manusia yang diserang jatung. Saya bertanya kepada doktor wanita yang menjaga saya, Dr Shuhada, “...adakah saya akan terus hidup, doktor?” “ ... Dato terus hidup...,” jawabnya. Saya tahu, dia menjawab antara yakin dengan tidak. Kerana hanya Allah yang menentu kematian.
Petang dipenuhi paramalaikan dekitar saya,
Saya pejama mata, tidak mimpi;
“Asyahadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah,” kalam saya.
Berbisik dengan Allah.
“Mokhtar Petah ..., kaum belum mati,
Kau akan mati, tapi tidak pada hari ini,
Iza jaa ajalulu la yasta’nisuna saatan ...,
Kau akan terus hidup,
Terus menulis, kerana kain kapankau belum ditulis insan.”
18 Julai di ccu.
Tengah hari, bening.
Saya hanya pejamamata.
Para guru dan rakan saya sejak tahun 1950-an,
Semua mereka berpakaian putih,
Menziarahi saya,
Mereka membaca, Al Fatihah, surah Yasin, surah al Waqia’h,
Surat al Hasyar , Al Mulk dan ratib.
Antara mereka: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Sulong Patani,
Haji Salleh Masri, Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad Maliki,
Ustaz Abu Bakar Al Baqir (Hizbul Muslimin), Dr Burhanuddin
Helmi (PKMM dan PAS), Prof. Zulkifli Muhammad, Hamka,
Yahaya Arif, Sheikh Zubir, Haji Mat Saman Kati, Haji Abdul
Samad Noh, Mufti Perak, Haji Ismail Hamzah, Ustaz Zawawi
Hamzah (Setiauasaha agung PKMM dan pengerang Berita Harian),
Sultan Perak, Sultan Idris Shah, Tun Abdullah Badawi dan isterinya,
Endon, dan ramai lagi.
Mereka pergi.
Sepasang mata saya celik. Terbuka.
Saya pejam mata lagi,
Osama Ladin dua ulama kenalan saya di Makkah,
Imam Masjid Rigen’t, London,
Semua berpakaian putih,
Berdiri di birai katil saya,
Mereka membaca ayat – ayat suci Quran,
Berpamit dengan salam.
Pergi.
Saya buka mata.
19 Julai 2010 (saluran oksijen di hidung)
Pagi tiada pelawat.
Saya pejam sepasang mata,
Otak saya bersarang fikir,
Seperti sering berlaku pada ketika saya menulis.
Sekumpulan belia Islam menziarahi saya,
Mereka bertanya,
“Politik Malaysaia ngapa masih kapitalissifatnya,
Ngapa tidak politik Islam,
Ngapa tidak negara Islam?
Saya jawab,
“Najib Razak mesti segerakan negara Islam,
Teruskan perjuangan Tun Abdullah Badawi,
Bermuafakat dengan PAS,
Sebelum Melayu hilang sabar,
Sebalum Najib Razak kecundang.”
(Bersambung esok. Insya Allah).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.