DARI HOSPITAL PUTRAJAYA KE IJN
'Bahawa anda hendaklah menyembah Allah dan taqwa (memenuhi kewajiban) kepada – Nya, dan turutlah perintah – Nya. Allah anti akan mengampun dosa anda dan memberi tempuh (tangguh) kepada anda sampai pada waktu yang ditentukan.
Sesunguhnya, janji Allah itu apabila tiba waktunya, tidak dapat diunddurkan, jika kiranya anda mengetahui. – Quran – Nuh: 3, 4.
17 – 26 Julai 2010 saya terlantar di Hospital Putrajaya. Dalam wad ccu dan akhirnya dalam wad biasa. Dr Shahada dan beberapa jururawat wanita memberitahu saya, bahawa kerana saya ada serangan jantung, maka saya akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara, dalam Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada ketika itu saya teringatkan bekas – bekas Perdana Menteri Malaysia,
Tun Dr Mahathir Mohmad (lihat buku saya: Dr Mahathir dan Masa Depan Negara, Perjuangan Yang Belum Selesai dan Terima Kasih Dr Mahathir) dan Tun Abdullah Ahmmad Badawai (lihat buku saya: Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57 dan Abdullah Badawi Penjana Modal Insan) yang telah mengalami pembendahan rangka dada dan jatung masing – masing).
Saya bertanya kepada Dr Shahadah dan para jururawat, “ ...mungkinkah saya akan hidup lagi?” Mereka menjawab, “Insya Allah, Dato’ terus hidup ...,” jawab mereka.
Pada 28 Julai 2010, saya dimasukkan ke IJN – Cardiology – di bawa kawalan dan selaiaan doktor pakar jantung, Dr Shaiful Azmi Yahaya dan beliau dibantu oleh Dr. Abdul Razak.
Dr Saiful Azmi memberitahu saya, bahawa saya termasuk golongan orang mengalami ‘serangan jantung’. Tetapi, jantung saya elok dan normal, hanya urat saraf saya, kanan dan kiri tersumbat darah beku, menjadikan jantung saya sukar mengepam darah.
Menurut Dr Saiful Azmi keadaan demikian sering berlaku pada orang tua. Saya telah berusia lebih 76 tahun.
Saya tidak akan dibedah dinding dadda dan jantung. Saya akan dilakukan rawatan dan proses mencairkan darah – darah beku saya pada sesaraf.
Pada pagi Jumaat, 30 Julai 2010, isteri saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman mengiringi saya di atas katil yang membawa saya ke dewan radiology.
Pada saya isteri saya mengucap selamat kepada saya, saya menahan air mata dari membanjiri telaga mata saya, hati saya bersuara, “ ... selamat tinggal, sayang, mungkin dalam dewan nanti, Allah pindahkan saya ke akhirat ..., maafkan saya, halalkan makan dan minum saya ...”
Tubuh saya yang kurus, di pindahkan ke atas katil khas. Katil disurung ke bawah peralatan noden. Batang paha kanan saya dibiaus. Dari kaki hingga ke dada saya diselimu dan dipalsta dengan plastik tebal agar saya tidak kesejukan.
Pada ketika itu hati saya bersuara, “ ... kalau mati hari ini, baguslah, hri Jumaat ..., kita ke syurga ...”
Pada saat itu saya teringatkan anak – anak kandung, saya, isteri saya, anak – anak angkat dan adik angkat saya, rakan – rakan dan Dato Nik Aziz, Dato Hadi Awang, Dato Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ramai lagi.
Dr Saiful Azmi melakukan kerja memasukan saluran getah atau plastik melalui pangkal paha saya. Beliau memberitahu saya, “Dato, bahagian kanan saluran urat saraf Dato, seriaus, tapi sebelah kiri tidak seriuas ..., saya akan lakukan sebelah kanan dulu, kemudian sebelah kiri ...”
“Ia, silakan, saya sedia ...,” sahut saya.
Atas dada saya diletakkan alat kamera atau ekre dan urat saraf saya dapat saya lihat pada layat seperti komputer di sebelah peha kiri saya.
Saya melihat uarat saraf saya yng tersumbat dipancarkan dengan cahaya dan semua yang tersubat itu menjadi pulih.
Saya rasa sesak nafas. Saya memberithau Dr Saiful Azmi. Beliau mengarahkan pegawainya memasang saluran oksijen ke dua lubang hidung saya.
“Dato, kerana Dato sesak nafas, saya tak nak ambil risiko ..., saya berhenti dulu ..., pada Jumaat 6 Ogos 2010, saya akan lakukan lagi...,” kata Dr Saiful Azmi.
“Baik,” sahut saya.
Kerja merawat saya dihentikan.
(Bersambung).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.