SIAPA MATI DULU?
by Mokhtar Petah on Monday, August 16, 2010 at 2:28pm
KAMI SAMA - SAMA PENULIS
Ustaz Ghazali Petah @ Razali Petah. Lepasan Kolej Islam Laknwow, India. Bekas guru agama Brunei Darus salam. Pegawai Kebajikan Felda Padang Piol, Jerantot, Pahang dan bekas guru taamir (Jabatan Agama Islam N.Perak). Kini sedsng uzur, di kampung kami, kampung Ngor - Al Maunah - , Sauk, Kuala Kangsar.Saya dan adik saya, dilahirkan ibu, Jahara binti Haji Jaafar dan bapa kami, Mohd. Petah bin Yusof.Seperti saya, adik saya juga seorang penulis. Dia banyak menulis artikel dan cerpen. Berita Harian Sdn Berhad telah menerbitkan bukunya.Anak - anak saya, Khairul Anwar, Noor Iskandar, Saiful Alimin dan Petah Wazzan Iskandar berkeboolehan menulis artikel dan buku.Kini pada batas usia saya 76 tahun, adik saya 74 tahun; kami sama - sama menanti, siapakah - saya atau adik saya yang Allah akan laksanakan seperti firman -Nya dalam Quran, ' Tiap -tiap umat itu mempunyai waktu (ajal atau mati) yang tertentu, sebab itu bila datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya walau seketika, dan tidak pula dapat mendahuluinya' - al Aaaraf:34.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.