Pada petang Khamis - 12 Ogos 2010, saya telah akui beransur sihat oleh doktor pakar jantung, Dr. Saiuful Azmi Yahaya. Saya dibenarkan kembali ke rumah di Putrajaya.
Saya adalah termasuk unsan yang dikira kena serangan jantung. Tetapi jantung saya tidak rosak, tidak lemah dantidak kencang, hanya saluran urat saraf saya, di sebelah kanan dan kiri tersembat oleh darah beku.
Dr.Saiful Azmi Yahaya bersama dua doktor pembantunya, telah mlakukan susur belon dari peha kanan saya ke semua saraf terancam. Dilakukan edogram. Dimasukkan belon, stand dan wayar (ini kata dan mksud perubatan dan rawatan jantung).
Saya bersyukur kepada Allah, kerana menurut beberapa doktor, biasanya orang yang terjatuh macam saya akan lumpuh. Allah Maha Asa, telah mengurniakan saya tyidak lumpuh.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan - rakan saya, anak menantu, kaum kerabat yang telah menziarah saya sejak di Hospital Putrajaya hingga Institut Jantung Negara.
Di Intitut Jantung Negara, saya telah kehilangan telefon bimbit saya.Nombor telefon saya itu telah dibatal sementara. Rakan - rakan tidak dapat hubungai saya. Saya jua kehilangan semua nombor mereka. Untuk hubungani saya, mokhtarptah@hotmail.com/ mokhtar petah.blogspot.com/ facebook - mokhtar petah.
Saya mengucapkan terima kasih kepada para doktor, jururawat dan semua pekerja di Hospital Putrajaya dan Institut Jantung Negara yang telah melayan, merawat dan mengubat saya dengan budi bahasa dan kerja yang amat baik.
Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.