JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid, 69, yang lebih dikenali dengan panggilan Gus Dur, meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini, petang semalam.
Pengarah hospital berkenaan, Dr Akmal Taher, berkata Gus Dur meninggal dunia jam 6.45 petang waktu tempatan berikutan komplikasi buah pinggang dan masalah jantung.
Bekas presiden itu menjalani rawatan dialisis sejak beberapa lama dan dimasukkan ke hospital itu, minggu lalu selepas membuat perjalanan ke Jawa Timur.
"Keadaan kesihatan Gus Dur sebelum ini baik. Sebatang giginya dicabut semalam dan beliau kembali ke biliknya selepas itu. Beliau juga berselera makan.
"Bagaimanapun, menjelang petang, keadaan kesihatan Gus Dur tiba-tiba merosot. Kami memindahkannya ke unit rawatan rapi, tetapi gagal menyelamatkan bekas presiden itu," katanya.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berada di sisi Gus Dur ketika bekas pemimpin itu menghembuskan nafas terakhir. - Agensi
----------------
Jamil Khir wakil Malaysia di pemakaman negara untuk Gus Dur
JAKARTA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom akan mewakili Malaysia pada upacara pengebumian negara bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur di Jombang, Jawa Timur tengah hari ini.
Beliau, yang diiringi isteri Datin Fatmawati Saidin serta Timbalan Ketua Setiausaha III Wisma Putra, Datuk Iskandar Sarudin dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra, Datuk Adnan Othman, berlepas dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuala Lumpur ke Jawa Timur, pagi ini.
Hadir sama pada upacara itu ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan dua orang pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, kata Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia, Amran Mohamed Zain, di sini.
Sementara itu, pada jam 8.10 pagi ini (Waktu Indonesia Barat), jenazah Gus Dur diterbangkan dengan pesawat Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara dari pangkalan udara Halim Perdana Kusuma di sini ke Surabaya.
Jenazah beliau sebelum itu dibawa keluar dari kediamannya di Ciganjur, Jakarta Selatan dalam sebuah kenderaan jenazah dengan penuh penghormatan negara pada satu upacara yang dipimpin Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Taufik Kiemas.
Gus Dur akan disemadikan bersebelahan dengan makam datuknya, Hasyim Asy’ari, pengasas pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) di kawasan pemakaman keluarga di Pondok Pesantren (pusat pengajian Islam) Tebu Ireng, Jombang, Jawa Timur pada tengah hari ini.
Upacara pemakaman negara itu akan dipimpin sendiri oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, sebagai tanda penghormatan tertinggi Indonesia terhadap jasa dan sumbangan Gus Dur.
Gus Dur, 69, meninggal dunia pada jam 6.45 petang semalam di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM), selepas mengalami kemerosotan kesihatan berikutan penyakit kencing manis, jantung dan angin ahmar.
Beliau, yang juga Presiden Indonesia keempat dari 1999 hingga 2001, ialah pengasas Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), parti politik yang berasaskan Islam.
Gur Dur menggantikan Presiden B J Habibie selepas dipilih oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) hasil pilihan raya umum (Pemilu) 1999.
Dilahirkan pada 4 Ogos, 1940, di Jombang, Jawa Timur, Gus Dur antara lainnya mendapat pendidikan di Universiti Baghdad, Iraq di Fakulti Adad Jurusan Sastera Arab pada tahun 1966 hingga 1970, serta Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir di Fakulti Syariah dari tahun 1964 hingga tahun 1966.
Beliau meninggalkan seorang balu, Sinta Nuriyah dan empat anak perempuan, Alissa Qotrunnada Munawaroh, Zannuba Arifah Chafsoh, Annita Hayatunnufus dan Inayah Wulandari. (Berita2 ini diambil dari Berita Harian - Bernama online, 31 Disember 2009)
Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah. Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein. Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat. Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang. Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini. Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu? Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).
Anda berpalaian jarang, berdiri dengan cermi, lihat seluruh tubuh anda dan bertanya: “ Untuk tubuhku?” Jawapannaya berbagai. Kuatkan diri anda untuk taatkan Allah. Setiap hari rasakan tubuh anda paling harga untuk anda mengembara ke akhira mendapatkan syurga Allah.
TAHUKAH?
MAT JENIN
Pada masa Dato Najib Tun Razak mengetuai kerajaan Malaysia, sebilangan besar orang Melayu tertanya – Tanya: “Adakah kita masih Mat Jenis, atau Pak Kadok?” . Adakah kita kini hamba dan pada masa akan datang cucu cicit kita hidup merempat atas bumi sendiri.
NOKTAH HIDUP
TAK SEMPAT TOBAT
Perempuan kaya, memaki hamun suaminya - seorang lebai – suaminya sabar. Diam. Dia berjalan ke masjid tidak jauh dari rumahnya. Isterinya memandu kereta untuk pergi ke butik, kerana hendak membeli pakaian untuk parti menyamnbut perayaan krismas pada malam nanti. Di tengah jalan keretanya dirempu lori.Perempauan itu mati di situ juga.Sebelum meninggal, dia melaungkan nama suaminya.
Dana apabila dikatakan, “bertaqwalaah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya menyebabkan berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahanam .Dan sesunguhnya neraka Jahanam itu tempat tinggal yang seburuk – buruknya.
Dan di antara umat manusia ada orang yang mengorbakan dirinya kerana mencari keredaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba – hamba – Nya. Al Baqarah: 206, 207.
HADIS
QURAN
Nabi Muhammad menyuruh para pencatat wahyu (Quran): Jangan menulis daripada saya selain daripada Al Quran. Sesiapa yangmenulisnya, maka hendaklah padamkan, cerita –cerita diri saya tiak mengapa. Sesiapa melakukan pembohonganke atas saya dengan sengaja, maka ambillah tempatnya di neraka.
NAJIB menunjukkan cenderahati berupa perisai yang diterimanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Ke-14 di sini, semalam.
KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak semalam melahirkan azam dan harapannya untuk menjadikan 2010 sebagai tahun melaksanakan pelbagai program dan projek yang dijanjikan kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah akujanji ketelusan kerajaan kepada rakyat yang perlu dipenuhi jika mahu golongan sasar kekal menyokong kerajaan.
"Rakyat akan meneliti sejauh mana keberkesanan tindakan kita. Itulah sebabnya mengapa seluruh jentera kerajaan perlu menjuruskan usaha ke arah pelaksanaan agenda pembangunan yang memenuhi keperluan rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Ke-14 di sini.
Najib bagaimanapun enggan mendedahkan azam tahun baru peribadinya dan secara berseloroh berkata: "Mana boleh beritahu."
Dalam ucapannya, Najib juga berjanji akan meninjau perkembangan pelaksanaan projek yang dirancang kerajaan di luar bandar.
"Insya-Allah, saya akan ke luar bandar bagi melihat keadaan. Saya akan berbincang dengan menteri berkaitan dan minta laporan jawatankuasa pemandu untuk menilai sendiri kemajuan yang sudah dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) mesti sentiasa dilihat sebagai parti progresif, tidak berbalah dan komited untuk memajukan rakyat.
"Menteri mesti buat kerja, manakala ahli parti pastikan mendengar setiap masalah rakyat supaya penyelesaian dapat diambil, barulah BN benar-benar akan menjadi parti 'simpanan tetap'," katanya.
Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat tidak terkeliru dengan Pakatan Pembangkang yang hanya mempunyai persamaan objektif mahu menjatuhkan BN, tetapi berbeza ideologi dan idea.
Beliau menegaskan hakikat itu amat berbeza dengan 13 parti komponen BN yang memiliki kesepakatan dalam segala aspek demi memenuhi agenda pembangunan, sekali gus meletakkan BN sebagai juara rakyat sebenar.
"BN perlu menjadi parti dinamik dan progresif yang adil kepada semua supaya dilihat sebagai parti yang menarik, ada 'oomph' dan mampu menangani cabaran kerana kita ada kuasa untuk melakukan perubahan yang diperlukan negara.
"BN bekerja siang malam untuk mencapai harapan rakyat, terutama memenuhi kehendak mereka di luar bandar yang rata-ratanya penyokong kuat BN selama ini," katanya.
Ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Krismas Peringkat Kebangsaan pula, Najib meminta rakyat mengambil nilai positif daripada setiap perayaan utama masyarakat pelbagai agama dan etnik untuk dikongsi demi perpaduan yang berfungsi sebagai kunci utama pembangunan negara.
Selain itu, beliau mengingatkan masyarakat pelbagai agama dan bangsa supaya menjadikan nilai berkenaan sebagai landasan memperkukuh kerjasama berasaskan toleransi dan saling menghormati.
Dengan mengambil contoh nilai positif keamanan dan muhibah yang terkandung dalam sambutan Krismas, beliau berkata, tiada salahnya masyarakat bukan Kristian merayakannya kerana ia adalah nilai yang harus dikongsi bersama.
"Kita ambil nilai positif daripada satu-satu agama untuk dikongsi penganut agama lain. Presiden Persatuan Kristian Malaysia, Reverend Dr Philip Thomas memberitahu saya, nilai utama sambutan Krismas ialah keamanan dan muhibah untuk semua manusia," katanya.
Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib turut melancarkan pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri untuk pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai kepentingan mengekalkan perpaduan sebagai tonggak keharmonian masyarakat berasaskan konsep 1Malaysia.
Sementara itu, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ketujuh (Pemilihan) 2009 Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching, Najib meminta semua pemimpin dan wakil rakyat BN berpegang kepada dua prinsip, iaitu sentiasa melihat ke hadapan dan penuhi hasrat rakyat dengan kesedaran bahawa persekitaran politik boleh berubah.
(Berita ini diambi dari Berita Harian Online, 30 Disember 2009)
Projek babi diteruskan -- Orang ramai, NGO bantah keputusan Kerajaan Selangor
Oleh Zabry Mohamad dan Rozilan Salleh
BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang.
SHAH ALAM 8 April – Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor tetap meneruskan projek ternakan babi moden di negeri itu walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, barisan Exco negeri yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri itu.
Beliau mendakwa projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Kenyataan Abdul Khalid itu bercanggah dengan pengumuman Ahli Exco Selangor, Teresa Kok kelmarin bahawa kerajaan campuran negeri baru meluluskan projek membangunkan ladang babi bernilai RM100 juta di Sepang.
Berikutan kenyataan itu, orang ramai serta beberapa persatuan pengguna membantah dan menyifatkan keputusan kerajaan negeri sebagai tidak menghormati sensitiviti rakyat.
Abdul Khalid seterusnya berkata: ‘‘Kerajaan negeri berharap pihak yang begitu prihatin mengenai kelulusan projek ternakan babi di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.
‘‘Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar sebelumnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam pula Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari dalam nada berbeza menjelaskan, projek penternakan babi itu adalah kesinambungan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan masih belum diluluskan oleh kerajaan negeri sekarang.
Katanya, ketika ini, projek itu yang pernah ditolak oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) akan dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar mengusahakan ladang babi menyertai program penternakan moden berpusat itu.
‘‘Saya diamanahkan untuk mengkaji balik isu ini bagi memastikan semua penternak babi di Selangor terlibat dan selepas ladang moden ini diluluskan, tidak ada lagi ladang ternakan babi lain di mana-mana kawasan di Selangor,’’ kata Yaakob.
Sehubungan itu, beliau akan menemui semua penternak babi di Selangor dan membawa perkara berkenaan ke MTES untuk diluluskan sebelum dibawa ke mesyuarat Exco.
Sementara itu, projek penternakan babi di Sepang itu turut mendapat sokongan daripada tiga anggota Exco Pas Selangor.
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.
Dr. Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat berkata, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.
Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid turut menjelaskan, semua ladang babi di Selangor yang beroperasi di luar kawasan tersebut akan ditutup dan dipindahkan ke situ bagi menjadikannya pusat setempat ternakan babi.
‘‘Proses pemindahan ini dijangka memakan masa enam bulan hingga setahun.
‘‘Kos mendirikan ladang pula akan ditanggung oleh para pemilik ladang dan bukan kerajaan negeri,’’ ujarnya.
Pada masa yang sama, tambah beliau, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk membuka ladang babi baru.
Beliau memberitahu, ladang ternakan babi moden itu bakal memenuhi piawaian kualiti tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Menurutnya, sebarang bahan buangan dari ladang itu nanti akan diproses kepada bentuk biogas untuk menjana elektrik dan air bagi kegunaan semula ladang.
Justeru, jelas beliau, tiada bahan buangan akan menjadi sisa dan keluar dari ladang itu.
Ditanya sama ada beliau didesak oleh pihak-pihak tertentu untuk meneruskan projek berkenaan, Abdul Khalid menafikannya.
‘‘Kerajaan negeri berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini.
‘‘Kita mahu melaksanakannya dengan adil dan saksama serta mengambil kira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor,’’ katanya.
(Berita ini dari Utusan Malaysia Online, 30 Disember 2009)
Nabi Muhammad s.a.w. berdoa kepada Allah: Permohonan kami dengan redha – Mu, ya Allah, jadikanlah kami sebagai sepasang suami isteri yang mencintaipada ketika berdekatan, saling menjaga kehormatan pada ketika berjauhan, saling menghibur pada kala berduka, saling mengingatkan pada ketika bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan dan saling menyempurnakan dalam peribadatan.
PETUA
BERJUANG
Jika anda seorang beriman, ihsan, amanah, akhlak mulia dan pejauang menegakkan Islam, tak usah anda takut menghadapi sebarang ancaman, tohmahan, tuduhan dan kutukan umat manusia, kerana Allah bersama anda, dan mereka itu adalah musuh – musuh Allah. Allah akan membalas atas perbuatan mereka lebih dari yang anda sangkakan.
TAHUKAH?
ORANG KECEWA
Orang – orang yang kecewa dalam hidupnya, sering berasa tidak senang hati, selagi dia tidak mengumpat, mencerca dan menyalah orang lain, dan fikirannya tertutup dari melihat keburukan atau kesalahan dirinya sendiri.
NOKTA HIDU
TOBAT
Seorang yang kaya raya dan kenamaan, semenjak berusia muda hingga ke hujung usia, ususnya menjadi telaga arak, perempuan menjadi seperti ulam sambalnya dan sebarang dosa dilakukan. Allah mentakdirkan dia pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadat umrah dan di sana dia bertobat. Setelah kembali ke tanaha air, dia beribadah dan melakukan aamal jariah. Pada ketika akan menghadapi nazak, dia sering mengucapkan istighfar dan kalimat syahadat. Dia menghembuskan nafasanya yang terakhir dengan tenang.
Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah. Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein. Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat. Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang. Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini. Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu? Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).
Isteri – isteri kalian adalah (seperti) ladang kalian, maka datangilah ladang itu sebagaimana sahaja yang kalian kehendaki. Dan lakukan (amalan yang baik) untuk diri kalian dan takwakalkan Allah dan ketahuilah, kalian akan menemui – Nya kelak. Dan berilah khabar gembira kepada orang – orang yang beriman. – Ak Baqarah: 223
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bersetuju dengan dakwaan Menteri Luar bahawa Malaysia adalah negara Islam progresif namun ianya wajar dilihat lebih mendalam dari sudut hakikat sebenar.
Mengulas dakwaan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain, Mahfuz berkata, perkara itu dinanti-nantikan.
"Kita juga ternanti-nanti negara membangun mana yang beria-ia hendak mencontohi Malaysia memandangkan Malaysia kini semakin hebat pada tempat ke 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) setelah berada pada tempat ke 47 dalam tahun 2008," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada negara yang akan mengambil Malaysia sebagai negara contoh yang progresif melindungi perasuah malah mencalonkan perasuah dalam pilihan raya.
Mahfuz yakin negara-negara membangun yang mencari-cari model yang wajar dicontohi tidak lupa kenyataan Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa politik wang "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini".
"Bukan sahaja melindungi rasuah malah menyediakan ruang-ruang untuk amalan rasuah seperti tender runding terus," kata beliau.
Malaysia juga, katanya, boleh mengemukakan apa yang berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sebagai model runding terus yang progresif dan wajar dicontohi.
"Keengganan kerajaan Najib menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ juga boleh dijadikan model progresif yang wajar dicontohi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Malah lebih dari semuanya, kata beliau lagi, Malaysia juga mempunyai parti pemerintah, iaitu Umno, yang boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi apabila bekas presiden parti itu sendiri menyatakan "Umno sudah jadi parti perasuah".
"Malah, Dr Mahathir juga menceritakan bahawa seorang bekas pemimpin kanan parti itu menyifatkan 'Umno busuk hingga ke ususnya'. Semua itu boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi," kata Mahfuz.
Cara para pemimpin Malaysia menangani tuduhan terhadap mereka juga boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi, katanya.
Walaupun dakwaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam begitu terperinci dalam mengaitkan Najib dan keluarganya dengan Altantuya, katanya lagi, tetapi mereka memperlihatkan sikap yang begitu selamba.
"Najib menyifatkan dakwaan yang begitu terperinci itu sebagai semberono, adiknya (Datuk Mohamed) Nazim (Razak) pula berkata 'tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap' dan yang paling hebat ialah isteri Najib, (Datin Seri) Rosmah (Mansor) berkata 'saya tidak ada masa untuk melayan mereka'.
"Memang benar-benar model negara Islam progresif yang wajar dicontohi," kata Mahfuz.
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah kepentingan orang tengah mempengaruhi keputusan mengisytiharkan jet pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia tidak dapat digunakan.
"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah.
"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?" beliau mempertikaikan.
Beliau juga mempersoalkan, dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk pesawat ganti?
"Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan," katanya
Dr Mahathir percaya, ada cara untuk membaikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain.
"Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.
"Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," kata beliau dalam blognya.
Beliau mengingatkan, walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga ratusan juta ringgit akan hilang jika pesawat yang ada diisytiharkan tidak boleh digunakan lagi.
Beliau membangkitkan, banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini.
"Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun?
"Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?"
Beliau juga mengingatkan, walaupun pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama, tetapi apabila wang untuk membeli MiG-29 digunakan untuk membeli pesawat F/A-18, "akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat".
"Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja," katanya.
Dr Mahathir berharap, kerajaan membatalkan keputusan untuk mengisytiharkan MiG-29 tidak boleh digunakan dan pesawat sedia ada dibaikpulih.
Pada satu hari Luchmy telah mengajak aku datang ke rumahnya, di George Town. Dia mahu memperkenalkan aku kepada ibu dan bapanya. Ketibaan aku di rumah Luchmy telah disambut dengan mesra oleh ibu dapa bapanya. Luchmy telah memperkenalkan aku kepada ibu dan bapanya.
Bapa Luchmy sedang menjalankan perniagaan sebagai seorang ’Keling botol’ atau peniaga besi buruk (scrap). Setelah kami minum teh, bapa Luchmi, S. Virasamy telah membawa aku ke sebuah rumah tempat dia berniaga dan tempat dia menyimpan besi-besi buruknya.
Dalam rumah lama dan di kawasan belakang rumah itu yang dipagar dengan zink buruk, ada bertimbun besi-besi buruk berbagai berbagai jenis. S. Virasmy telah menerangkan kepadaku; dia dan beberapa orang rakannya yang berniaga besi buruk di Jalan Bandar, Ipoh, telah mengeksportkan berbagai jenis besi buruk ke beberapa buah nagara lain yang memerlukannya.
Perniagaan besi buruk menjadi salah satu dari banyak perniagaan yang mmepunyai rangkaian di seluruh dunia. Berniaga besiburuk sepertri juga orang yang bercinta antara lelaki dengan perempuan, iaitu selagi dunia masih bernama dunia dan masih belum hanyut dalam kiamat, besi buruk menjadi salah satu keperluan bagimanusia-manusia yang mahu meneruskan kehidupan.
KAPAL TERBANG
Pada waktu aku melihat besi-besi buruk itu, mindaku seolah-olah telah meninggalkan diri, ia terimbau ke sebuah kapal terbang perang Jepun yang telah terjatuh dalamladang getahSungai Biong Estate dekat kampungku, pada tahun 1942.
Seperti yang aku telah ceritakan, bahawa aku telah melihat kapal terbang itu terbang laju di udara atas ladang bapaku, di Paya Pak Banon pada tahun itu. Kapal terbang itu terbang dengan mengeluarkan asap berkepul-kepul di bahagian buntutnya sebelum jatun terhempas ke dalam ladang getah tersebut. Aku percaya bangkai kapal terbang itu masih adasana.
’7 December 1941, on Sunday morning, 7.55 Honololo time, Japanese planes from carrieres attack Pearl Harbor, Hawaii, where most of the US Pacific Fleet lier at anchor. Nineteen ships (including 8 battleship)are sunk or disibled; 188 planes are destroyed; 2403 soldiers, sailors and civilians are killed, 1178 wounded. Japanes palnes and ship also attack US bases in the Philippines, Guam, andMidway, as well as British base in HongKong dan the Malay Peninsula, within the next 24 hours.’
Aku telah bertanya kepada S.Virasamy kalau-kalau dia hendak membeli besi buruk bangkai kapal terbang Jepun. Aku juga bertanya akan harga besi dan aluminium kepadanya. Sebaik-baik sahaja mendengar pertanyaanku, S.Virasamy telah termenung sejenak. Mungkin dalam mindanya tidak dapat menggamabarkan kapal terbang yang aku katakan itu.
“…mana boleh dapat itu kapal terbang…?”Dia bertanya.
“Adala, …kalau aya mau,”jawabku.
Dia sengeh. Dua biji matanya yang bulat warna hitam dan putih kekuningan merenung kepada anaknya, Luchmy yang sedang berjalan ke arah kawasan besi buruk itu. Aku telah merenung kearah Luchmy. S.Virasamy mengalih renungannya dari anaknya dan merenung wajahku.
BESI BURUK
S.Virasamy seperti kebanyakan perniagaan yang berpengalaman, dia cepat nampak keuntungan dari sesuatu barang yang akan diperniagakan. Dia senyum dan memberitahu kepadaku, sekiranya ada bangkai kapal terbang, dia sanggup membelinya.
“…besi kalau, ada macam-macam, …harga ada 35 sen dampai 65 sen, …aluminium kalau, macam-mamam juga, …taka pa saya kira 35 sen sapai 70 sen,”katanya.
Percakapan S.Virasamai terhenti kerana Luchmy telah tiba di hadapan kami.
“…adakaaa? S.Virasamy bertanya.
“Ada…,”jawabku.
“Apa, apa,…Encik Mokhtar?” Luchmy bertanya.
“Kapal terbang Jepun,”aku menjawab.
“Ini Encik Moktar mau jual kapal terbang Jepun…,”S.Virasamy memberitahu kepada anak gadisnya.
“Kapal terbang Jepuuun, …di mana,you berniaga kapal terbang…?” Luchjmy bertanya.
Setelah aku menerangkan sebuah kapal terbang Jepun ada dalam ladang getah dekat kampungku, barulah S.Virasamy yakin. Pada ketika itu kalau tidak ada bapanya, sudah tentu Luchmy memeluk tubuhku kerana gembiranya.
S.Virasamy telah bersedia untuk membeli besi-besi buruk bangkai kapal terbang itu. Dia akan menghubungi rakannya yang berniaga besi buruk di Jalan Bendahar, Ipoh, supaya rakannya itu dapat bekerjasama dengannya membeli besi-besi buruk bangkai kapal terbang itu dari aku.
Aku telah memaklumkan kepada S.Virasamy, iaitu pada hari Jumaat, lusa, aku akan pulang ke kampungku untuk mengambil besi-besi buruk bangkai kapal terbang tersebut. Kebetulan pula, mulai esok sekolahku bercuti selama beberapa hari.
STESEN KERETAPI
Luchmy telah meminta izin kepada bapa dan ibunyauntuk mengikut akupulang ke kampungku. Dia hendak melihat bangkai kapal terbang perang Jepun itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat bangkai kapal terbang Jepun. Di samping itu di samping dia ingin melawat kawasan luar bandar, dinegeri Perak.
Bapa dan ibunya telah membenarkan dia mengikut aku. Mereka telah berpesan kepadanya, supaya dia menjaga dirinya, di tempat orang.
Pada pagi lusanya aku dan Luchmy seperti sepasang kekasih telah menumpang kereta api dari stesen keretapi Perai menuju ke Kuala Kangsar. Dalam sepanjang perjalanan dalam keretapi itu, aku baru tersedar yang Luchmy ada menaruh hati kepadaku, iaitu setelah aku meneliti gerak geri atau body languagenya. Dia telah beberapa kali meramas tangaku, melilitkan lengannya ke pinggangku dan dua tiga kali dia telah mencubit pipi dan menjemput hidungku.
Kesedaranku itu kerana aku telah menilai keperibadian, jiwa dan perasaan cinta seseorang gadis yang baik lagi bermaruah; dia tidak akan melakukan kepada seseorang lelaki seperti yang telah dilakukan oleh Lachmy kepadaku, kalau tidak wujud dalam sukmanya perasaan cintanya kepada lelaki itu.
MENGHARGAI CINTA
Aku anak lelaki yang menjadi peneliti dan cinta manusia. Aku telah menghargai cinta Luchmy kepadaku. Seperti sumpah pemuda Indonesia atas tanah airnya, maka begitulah aku bersumpah tidak akan mencintai Luchmy guruku apa lagi untuk mengahwininya, kerana aku telah menganggapnya seperti kakakku.
Allah Maha Kuasa, sebaik-baik sahaja aku dan Luchmy turun dari kereta sewa yang membawa kami dari stesen keretapi ke perhentian bas dalam bandar Kuala Kangsar, aku telah tertembung dengan jurutera Mohd. Noh, kawanku apada masa aku menuntut di Padang Rengas dulu. Setelah aku memberitahu kepadanya yang aku mahukan dia bekerjasama denganku untuk membuka besi-besi bangkai kapal terbang Jepun dan menjualkan kepada peniaga besi buruk, maka dia telah bersetuju dan berjanji akan datang ke rumahku pada pagi esoknya.
Mohd. Noh telah tinggal sementara di kampung Sauk, kerana dia telah menjalankan kerja-kerja kontrak bersama rakannya, di Ampangan Perak River Hidro.Rumah tumpangannya kira-kira tiga kilometer dari ibuku.
Sebaik-baik sahaja aku dan Luchmy tiba di rumahku, aku melihat dua biji mata ibu dan bapaku terbeliak dan mereka seperti terkena pukau, kerana mereka telah menyangka aku telah membawa balik menantu mereka, seorang perempuan India. Setelah aku perkenalkan Luchmy kepada mereka dan menjelaskan tujuan kedatangan gadis itu, barulah kelihatan mereka senyum dan mesra dengan Luchmy.
GADIS INDIA
Pada malam itu rumah ibukuku telah dikunjungi ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku. Mereka telah datang untuk melihat Luchmy. Mereka telah hairan, Luchmy seorang gadis India, guru bahawa Inggeris dan tinggal dalam bandar Pulau Pinang, telah sudi datang ke kampung mereka.
Pada esok paginya, aku, Luchmy, Mohd.Noh dan bapa saudaraku, Haji Ahmaddan abang saudaraku, Hasanuddin telah menaiki dua buah perahu dayung (aku pinjam dari tuannya), menyeberangi tasik Chenderoh, di Changkat Duku, telah pergi ke kawasanhutan – pokok-pokok rotan, buluh, mengkudu dan berbagai pokok lagi -, yang terletak dalam ladang getah, Sungai Biong Estate.
Bangkai kapal terbang perang Jepun itu telah buruk dan usang dalam hutankira-kira 50 ela dari tebing tasik Chenderoh. Pokok-pokok rotan, dedaun akar dan semak samun sedang menyelimuti bangkai kapal terbang itu.
Pada sepanjang hari itu kami telah membuka badan kapal terbang itu denganbantuan dan bimbingan jurutera Mohd.Noh. Bangaki kapal terbang itu telah dapat kami buka dan mengasingkan bahagian –bahagian badannya. Kami berhenti kerja pada waktu makan dan sembahyang Zohor dan Asar sahaja.
MINYAK PELINCIR
Kira-kira jam 5.00 petang, kami telah mengangkut lima kali dengan tiga buah sampan akan semua besi-besi waja, besi biasa, aluminium dan lain-lain ke pengkalan perahu, dekat jalan raya, di Changkat Duku,dekat kampungku.
Pada tengah hari esoknya, bapa Lachmy telah datang bersama orang-orangnya dengan dua buah lori besar. Semua besi-besi aluminium buruk dan kawat-kawat tembaga telah timbang dan dimasukkan ke dalam lori-lori tersebut.
Bapa Luchmi telah membayar harga besi-besi, semua aluminium dan kawat-kawat tembagabersama minyak pelincir kapal terbang itu kepadaku, sebanyak $4,653.40. Pada ketika aku menerima wang dari S.Virasamy, hatiku telah berkata, Kamulah orang Melayu pertama menjual kapal terbang perang Jepun.”
Luchmy telah mengikuti bapanya dalam lori besi buruk itu pulang ke Pulau Pinang.
PENJAJAH INGGERIS
Pada petang itu kami telah mebahagikan wang $4,653.40 itu sesama banyak antara kami, setelah ditolak kos-kos lain termasuk sewa tiga biji sampan.
Aku berterima kasih kepada Kerajaan Jepun dan General Hideki Tojo.Walaupun mereka telah menzalimi ramai penduduk Tanah Melayu dan manusia-manusia seluruh Kepulauan Melayu dan Asia, tetapi tindakan kejam mereka itu telah membuka mata orang-orang Melayu untuk menuntut kebebasan dari penjajah Ingeris.
Kapal terbang Jepun yang aku dan kawan-kawantelah menjual kepada ’Keling Botol’ di Pulau Pinang telah menjadi titik indah dalam sejarah hidupnya. Yang penting; Jepun dan penderitaan penduduk Tanah Melayu telah menjadi seperti ubat penawar kepada orang-orang Melayu supaya bangun sebagai manusia sejati, menuntut hak untuk hidup, iaitu kemerdekaan dankemanusiaan sejagat.
Tindakan tentera-tentera Jepun mengebom pelabuhan Pearl Harbor pada 7 Dicember 1941, adalah dengan kehendak Allah jua dan ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya aku mempunyai catatan dalam sejarah hidupnya menjual sebuah kapal terbang terbang perangmilik negara berani memusnahkan Pearl Harbor.
’Responsible as premier for leading Japan into war with the United State, General Hideki Tojo epitomized the militarism the gainedthe ascendancyin Japan during the 1930s. Impressed by Hitler’s power, angered by American oil embargoes the placed a strain on Japan’s economy, he rushed into ill-advisedwar on the United States with the surprise attack on Pearl Harbor (7 December 1941). While hispopularity ran high during early victories, as America gained strength he was discredited and forced to resign as premier. The son of, with an exclusively military background, Tojo failed at retual suicide before being arrested as Japan’ chief war criminal. He was convicted on nine counts of war crimes, condemmned, and executed.’
Sebatang besi wajah dari bangkai kapal terbang Jepun itu – untuk kenang-kenanganku - , telah digunakan oleh ibuku sebagai halu lesung tangannya untuk menumbuk emping, beras dan kopi. Beberapa lama kemudian, besi wajah itu telah hilang entah ke mana.
Besi waja buatan Jepun,
Jadi halu lesung ibu,
Padi huma ibu tumbukkan,
Kini hanya ingatan terhimpun,
Bumi Melayu terpesung tuju,
Laksana Jawiperanakan.
Cucu, cicit nanti bertanya,
iakah kita Melayu,
atau laksana bertam di nyiru.
Adakah bumi kita milik Melayu,
kita berdagang di bumi sendiri?
Seminggu kemudian, dengan wang hasil menjual kapal terbang perang Jepun itu, aku telah membeli sehelai sari dari India, sepasang kasut buatan England dan sebotol air wangi jenama tersohor, di sebuah toko pakaian, di George Town dan aku telah hadiahkan kepada guru dan kakak angkatku, Luchmy S. Virasami.
(Suntingan dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. Editor, Petah Shahrir Aidid).