Wednesday, December 30, 2009

HADIS

DOA SUAMI ISTERI

Nabi Muhammad s.a.w. berdoa kepada Allah: Permohonan kami dengan redha – Mu, ya Allah, jadikanlah kami sebagai sepasang suami isteri yang mencintai pada ketika berdekatan, saling menjaga kehormatan pada ketika berjauhan, saling menghibur pada kala berduka, saling mengingatkan pada ketika bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan dan saling menyempurnakan dalam peribadatan.


PETUA

BERJUANG

Jika anda seorang beriman, ihsan, amanah, akhlak mulia dan pejauang menegakkan Islam, tak usah anda takut menghadapi sebarang ancaman, tohmahan, tuduhan dan kutukan umat manusia, kerana Allah bersama anda, dan mereka itu adalah musuh – musuh Allah. Allah akan membalas atas perbuatan mereka lebih dari yang anda sangkakan.


TAHUKAH?

ORANG KECEWA

Orang – orang yang kecewa dalam hidupnya, sering berasa tidak senang hati, selagi dia tidak mengumpat, mencerca dan menyalah orang lain, dan fikirannya tertutup dari melihat keburukan atau kesalahan dirinya sendiri.


NOKTA HIDU

TOBAT

Seorang yang kaya raya dan kenamaan, semenjak berusia muda hingga ke hujung usia, ususnya menjadi telaga arak, perempuan menjadi seperti ulam sambalnya dan sebarang dosa dilakukan. Allah mentakdirkan dia pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadat umrah dan di sana dia bertobat. Setelah kembali ke tanaha air, dia beribadah dan melakukan aamal jariah. Pada ketika akan menghadapi nazak, dia sering mengucapkan istighfar dan kalimat syahadat. Dia menghembuskan nafasanya yang terakhir dengan tenang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.