Saturday, August 15, 2009

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Sekitar tahun 1960 – an, aku berscootervispa, dari Padang Rengas, pulang ke Kuala Kangsar. Hujan lebat turun tiba – tiba. Aku singgah di masjid tua, di Kuala Dal dan Sembahyang fardu Asar di dalamnya.

Masjid tua di kampung Kuala Dal, dekat simpang Lawin, dalam daerah Kuala Kangsar. Disekitarnya dusun durian dan buah – buahan lain. Bukan zaintun, anggur, apel dan tamar.

Pada ketika aku memberi salam, dijawab oleh seorang insan tua, berjanggut putih dan berserban kelabu. Dalam kelam petang berbungkus hujan itu dia menghilang setelah meninggalkan madah salamnya. Dua bola mataku mengekorinya. Dia menghilang – ghaibul ghuyub. Aku kira dia wali Allah Maka Mulia.


Masjid Kuala Dal. Dipindah dari: blogs Kuala Kangsar



Masjid baru diubah suai. Dari blogs Kuala Kangsar

Kemudian daripada itu, adapun Paduka Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah ibnu Sultan Iskandar Shah, memaklumkan kepadaku, bahawa masjid tersebut dibina oleh orang – orang Melayu yang menentang penjajah Inggeris pada zama Sultan Perak, al marhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mu'azalShah (1877 – 1887 dan Sultan Abdullah Muhammad Shah (1874 – 1877).

Mereka itu berulang alik dari Bandar, Kampung Gajah – Pasir Salak, Kuala Kangsar dan Kota Lama kiri dan Kota Lama Kanah ke Bukit Gantang dan Matang. Mereka singgah di Kuala Dal. Dengan kerjasama para poenduduk kampung Kuala Dal dan kampung sekitarnya,merekamendirikan masjid. Iaitu sebuah langgar atau surau sahaja.

Masjid atau surau tersebut didirikan dengan mngggunakan batu, pasir sungai Kangsar, simen dan putih telur (kerana kurang simen) pada bahagian lantai dan tiang. Dindingnya dari buluh beranyam mengikut seni Melayu dan atapnya daun rumbia.

Kemudian, pada zaman Sultan Alang Iskandar, masjid itu diubah suai. Atapnya diaganti dengan zink.Pada zaman Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak,masjid tersebut tidak termasuk dalam rancangan pembinaan masjid – masajid dari wang loteri kebajikan masyarakat dan pinjaman dari negara lain.

Pada tahun 1982, seorang dari individu dari kerabatku telah 'kena buatan orang'. Orang tua yang telah bersalam dengan aku dalam masjid Kuala Dal pada tahun 1960-an telah mendatangi mimpukiu.Dia menunjukkan kepadaku agar aku pergi berubat menggunakan ayat - ayat Quran kepada seorang tabib Melayu, di Asam Kumbang, Taiping.

  • Aku telah menemhui tabib Melayu – orang panggilnya Ustaz. Dia meminta aku mendapatkan air dari tujuh botol air dari tujuh buah kolah masjid tua, iaitu masjid yang dibina pada zaman sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Salah satu dari tujuh botol air yang aku telah mengambilnya, ialah dari kolah masjid Kuala Dal.
  • Al hamdulillah invididu dari kerabatku telah sembuh setelah dirawat dengan air berjampi ayat Quran (aku denga ustaz itu membaca surat Al Hasyr -59).
  • Maka berkatalah ustaz tabib Melayu itu kepadaku: “...semua masjid baghu dibina oleh keghajaan …, duitnya campuk aduk …; duit zakat fitghah ..., duit kerajaan …, duit lotri …, duit hasil perniagaan babi …, hasil lesen judi …, macam – macam …”
  • Masya Allah, Astaghafirullah, kami tidak upaya …, kami ghatyat jelata …, astaghafirullahal Azim allazi la ilaha illahu wal Hayyum Qayyu wa atubu ilaih …, tak macam masjid haram, Makkah …, Masjid Nabawi, Madianah …, Allahu Akbar …, manusia la ni tak kira halal haram lagi …,” tambahnya.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.