Sunday, August 16, 2009


AGAMA

Siapa yang mencari agama (peraturan hidup, termasuk politik) selain dari Islam, maka tidak sekali - kali diterima (agama itu) – oleh Allah daripadanya di akhirat dan dia termasuk golongan orang – orang yang rugi, - Ali Imran:85

HADIS

CINTA

Muhammad Rasul Allah telah bnersabda: Siapa yang mencintai (seseorang) kerana Allah, membenci (sesuatu) kerana Allah dan menahan pemberian kerana Allah, maka sesungguhnya telah menyempurnakan imannya.

-Perawi: Abu Daud.

PETUA

AKHLAK

Jika anda berada di sisi kekasih atau suami, jaga akhlak anda sebagai wanita isteri dan kekasih (setia dan taat) dan jangan membantahnya atau jangan mencari cara atau kata – kata yang menyedih atau menjadikan dia marah atau tawar hati kepada anda.

TAHUKAH?

Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein tidak berhajat anak lelakinya yang sulung menjadi Perdana Menteri negara ini, kerana beliau telah mengalami pahit maungnya, tetapi kuasa Allah tidak siapa boleh menolaknya. Maka pada hari ini, Dato' Seri Najib telah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.