Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia
Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani. |
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.(Berita Harian, 14 Ogos 2009)
JIHAD MU UNTUK UMMAH
Asri Rabbani!
Lembut tapak tangamu,
parau mesra suaramu,
pada waktru pertemuan kita,
bawah naungan masjid Putrajaya,
bagaikan bayi dalam rahim ibu,
hidup segar dalam kalbuku.
Katamu: 'Saya pilih jihad ini,
biar orang lain jihad berperluru,
meriam dan kapal gempur,
saya pohon reda Allah, pak long."
Hatimu hatiku satu,
kubenamkan Allahu Akbar dalam relong sukmamu,
iman dan waja semangatmu,
kukagumi merdu suaramu setiap musim,
bunga durian di sini,kurma berbunga di sana.
"Apa dalam baju, kuntum bunga sena ...,"katamu.
"Allah satu, enta hambanya ...,"kataku.
Kita ketawa tika Abdullah Badawi menjeling senyumkan kita.
Mada hatiku, " Mujahid ini akan pergi dulu,
Usianya tiga lapan, aku tujuh tiga ..., tua!
"Ajalmu dan ajalku tak menentu,
hanya merangkak menerap kita bersama,
jihadmnu nasid dan takwa,
aku kehilangan tinta dik kumputer,
gatal tangan tegar hati, berjihda jua.
Tiga puluh minit setelah kaurebah,
serah nyawa kepada Allah,
kuterima berita duka,
Kaupergi dulu,
'Dari Allah kaudatng kepada-Nya kaupulang'.
Aku terepacak tua di sini,
entah bila, aku ke sana jua,
menyusul kau mujahid takwa,
'dalam syurga kita bersua'.(mp)
sungguh alim sekali Tuan. syabas!
ReplyDelete'dalam syurga kita bersua'.(mp)
ReplyDeletebagaimana Tuan boleh pasti bahawa Tuan (atau sesiapa sahaja) pasti akan ke surga? layakkah?
harap tuan boleh menjawabnya.