NEGERI KEDAH DUA PM
PAS PERINTAH KEDAH - ULAMA
Pada rahun tahun 1950-an Negeri Kedah terkenal sebagai 'negeri jelapang' padi dan 'negeri ulama'. Negeri itu adalah negeri yang kedua dari negeri Kelantan, ramai guru agama Islam atau mualim. Pengaruh mereka sampai ke dalam Istana Sultan.
Di Negeri Kedah terdapat banyak sekolah agama Islam yang diselanggarakan oleh rakyat dan institusi pengajian pondok. Sekolah agama Maahad Mahmud di Alor Setar telah mengeluarkan ramai cendekiawan Islam - ulama dan wartawan. Salah seorang penunut sekolah itu ialah wartawan Mohd. Khair Haji Taib, wartawan kanan Utusan Melayu di Kuala Lumpur.
Kemudian Mohd. Khir terkenal sebagai ahli falak. Dia adalah murid ilmu falak kepada Sheikh Tahir Jalaluddin.
TOKOH POLITIK
Allah mentakddirkan,Negeri Kedah tempat lahir dua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Elok saya ceritakan di sini, Dr. Mahathir Mohamd telah menyertai UMNO sejak zaman belum Persekutuan Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan lagi. Beliau adalah satu- satunya tokoh politik Melayu Kedah yang secara berani telah mengkritik Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, kerana Tungku telah lembut telinga dengan orang - orang keturunan pendatang - Cina dan India, sama ada dalam bidang politik mahupun ekonomi.
Dr. Mahathir telah dipecat oleh Jawatankuasa Agung UMNO kerana melawan taukeh. Kononnya Dr. Mahathir Mohamad telah menyebar surat layang menggugat Tunku Abdul Rahman.
KRITIK
Allahyarham Haji Sulaiman Palestin - bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang - dan rakan karib Tungku Abdul Rahman, Datuk Abdul Aziz Ahmad, pemilik kedai buku - Pustaka Antara Kuala Lumpur telah memberitahu saya, bahasa Dr.Mahathir Mohamad tidak menyebar surat layang, tetapi beliua telah mengirim surat keritiknya kepada Tunku melalui pos.
Malangnya, pada masa itu, bekas wartawan surat khabar Inggeris, seorang Cina bekerja sebagai Setiausaha akhbar Perdana Menteri. Beliau telah membuka surat itu dan menyerahkan kepada beberapa orang UMNO di Kampung Baru , Kuala Lumpur untuk disalin dan d isebarkan. Setelah beribu - ribu surat Dr. Mahathir Mohamad itu tersebar, barulah surat asal Dr. Mahathir Mohamad itu diserahkan kepada Tunku Abdul Rahman.
Saya yang telah menjadi ahli Pemuda UMNO sejak tahun 1953, saya amat tahun,bahawa dalam UMNO, di mana - mana sahaja, tidak ada kesepakatan dan kejujuran sesama pemimpin peringkat semua negeri dan bahagian. Perbuatan menikam dari belakang, jajtuh menjatuh, mentohmah dan sebagai telah berlaku semenjak zaman Dato' Onn memimpin UMNO lagi.
MENIKAM
Di antara beberapa contoh, Dato Onn meninggalkan UMNO kerana orang - orang UMNO menikam belakangnya. Dato Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab dipecat dari UMNO kerana Ghazali Jawi menikam belakangnya.Menteri Besar Johor, Dato Haji Hassan Yunus (bekas ahli jawatankuasa Parti Hizbul Muslimin, terpaksa berhenti dari jawatannya, kerana sebilangan orang UMNO Johor menikam belakangnya. Menteri Besar Selangor, Dato Haji Harun Idris jatuh tersungkur kerana orang - orang UMNO Selangor. Datuk Seri Anwar Ibrahim terpelkanting dari kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, kerana angkara orang UMNO. Akhir sekali, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur dari jawatan Perdana Menteri kerana ada dari kalangan orang UMNO di puncak meronjangnya dari bawah atau menikam dari belakang.
Pada masa Dr. Mahathir Mohamad mengkritik Tunku Abdul Rahman, hampir semua orang - orang politik dan kenamaan dalam masayarakat Negeri Kedah yang terdiri dari golongan Raja dan Sayed memusuhi beliau. Mereka menyifatkan beliau seorang penderhaka.
Apabila Dr. Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri, maka musuh - musuh beliau dalam UMNO Negeri Kedah dengan ' menebalkan kulit muka' datang mencium tangan beliau dan kemudiannya menghampu beliau.
Perkataan Qedah berasal dari bahasa Arab yang bererti mangkok kayu. Tetapi ada orang berpendapat dari perkataan lain.
Pada zaman belum merdeka, orang - orang Melayu yang bodoh dan tidak mahu mereka, orang menggap mereka bodoh macam 'lembu kedah'. Hanya di Negeri Kedah para petani menggunakan lembu membajak sawah padi.
(bersambung)
PAS PERINTAH KEDAH - ULAMA
Oleh: Mokhtar Petah

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.