Tuesday, April 28, 2009

BUKU BARU! AKAN TERBIT!



MOKHTAR PETAH


NOH OMAR

JIHADNYA

BELA RAKYAT JELATA


*** ***


PAS DAN UMNO BERBEZA

Oleh: Mokhtar Petah


Perjuangan untuk menegakkan negara akan menjadi rapuh, jika perjuangan itu tidak mempunyai ideologi politik. Sejak ditubuhkan di Buttgerworth pada tahun 1951 hingga pada masa ini, PAS bertahan dengan ideologi Islam atau Islamisme.

PAS tidak berkompromi dengan mana - mana golongan dan organisasi tentang akidah - iman kepada Allah, hukum muktamad dalam Quran dan Sunnah, tetapi ia boleh berkopromi dalam bidang sosial, pentabdiran negara dan antarabangsa, iaitu dalam hal - hal kebajikan umum.

Dua ideologi komunisme dan sosialisme yang lahir dari rangka fikiran dan teori Karl Marx (German - 1818 - 83) yang kini menjadi ombak tsunami kepada kapitalisme dan pemeritah atau kerajaan yang berpegang kepada kapitalisme, adalah menolak dan menfikan Tuhan Yang Maha Asa.

Komunisme terlalu keras dalam menolak kewujudan dan kekuasaan Allah, tetapi sosialisme ada kelembutannya dalam hal ketuhanan, tetapi ia tetap adik kepada komunisme. Sosio - demokrasi adalah adalah keluarga kepada komunisme dan sosialisme.

Terdapat manusia di beberapa negara, seperti Indonesia, Arab dan Malaysia yang mengakui mereka pejuang sosialis, tetapi sisialis yang mengikut iklim atau kawasan. Maksudnya, orang Islam pejuang sosialis, hanya menerima politik dan sosial cara sosilisme tetapi tetap beragama Islam dan beriman kepada Allah.

Pada abad ini sosio - demokrasi telah berjaya berkembang dan para pejuangnya telah berjaya memerintah negara - negara atau negeri kapitalis. Contoh terdekat, golongan keturunan pendatang Cina dan India yang berjuang atas landasan sosio - demokrasi telah berjaya menguasai Republik Singapura.

DAP, parti serpihan PAP yang berpegang kepada Sosio - Demokrasi dan dengan sokongan kuat Parti Keadilan Rakyat (sama berpegang pada sosio - demokrasi) dan kerjasama PAS yang berpegang pada Islamisme; parti tersebut atau mereka telah berjaya mengusai negeri - negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah. Jika Walayah Persekutuan sebuah kerajaan yang ada Menteri Besar atau Ketua Menteri, tentulah telah berada di bawah kuasa mereka jua.

Apabila kita mengkaji theori politik, kemasyarakat, kesamarataan rakyat, kemanusiaan dan keadilan, maka terdapat tidak jauh bezanya antara komunis, sosilis dan Islam. Yang berbeza dan perbezaan itu tidak boleh digungat dan dipunggah, ialah akidah dan Iman kepada Tuhan. Islam beriman wujud dan kuasa Allah.

PAS boleh bekerjasama terus dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Demoract Action Party (DAP) selagi kerjasama itu tidak menggugat atau memaksa PAS meninggalkan Islam atau mengenepikan akidan Islam dan segala hukum dalam Islam termasuk Hudud.

Kerjasama PAS dengan PKR dan DAP, memungkin mereka dapat menyesuaikan bentuk masyarakat, keadilan dan kemanusiaan yang sesuai dengan Islam. Tetapi kalau pihak DAP masih mengungkit atau menolak hukum hudud atau perundangan Islam, maka PAS boleh melepaskan ikatannya dengan DAP dan boleh hanya bekerjasama dengan PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinyam, Datik Seri Wan Azizah. Anwar dan isterinya penganut Islam yang kuat. Orang Melayu dalam PKR juga penganut Islam yang kuat, maka dengan dua buah parti itu mereka boleh memerintah negara ini yang dinamakan sosio - Islam.

Kabinet bayangan yang telah dilaungkan oleh Anwar Ibrahim itu sedang menunggu ketika untuk menguasai negara ini dan negeri - negeri dengan kekuatan sosio -demokrasi - Islam.

Rancangan keraja sama PAS dengan UMNO yang telah tergagal seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, adalah dengan kehendak sebilangan besar ahli PAS, bukan kehendak Haji Hadi seorang sahaja.

Hampir majoroti ahli PAS tidak nampak ada faedah mereka bekerjaama dengan mana - mana parti politik yang masih berpegang kepada nasional - kapitalis. Mereka berpedapat kapitalis dan kapitalisme adalah musuh kepada Islamisme. Mereka telah mengetahui, Amereka Syarikat, sebuah negara kapitalis sedang memusuhi Islam dan umat Islam.

Patut saya dedahkan, bahawa dalam PAS terdapat lebih 75 peratus dari semyua ahlinya yang berpegang kepada Islam dengan akidah dan iman yang amat teguh. Mereka ini tidak mementingkan kekayaan dan kemewahan hidup. Mereka berjuang demi Allah ' fi sabilillah' , kerana agama Islam, umat Islam dan tanah air.

Baki dari jumlah ahli - ahli PAS, terdapat yang mahukan dunia dan akhirat - kesenangan dan kemewahan, boleh dipujuk kerana kemewahan, boleh melompat ke beberapa parti politi dan boleh dibeli.

Jika UMNO mahu bekerjasama dengan PAS, maka UMNO terpaksa berkorban, kerana kalaua tidak berkorban tidak wujud cinta dan kerjasama.Di antara perkara yang UMNO terpaksa berkorban, ialah:

1 - UMNO menerima hakikat Malaysia akan berubah kepada Negara Islam
dan semua undang - undang Islam berdasarkan Quran dan Sunnah diguna
pakai.
2 - Pucuk pimpinan kerajaan dirombak dan PAS ada ruang menduduki
Jemaah Menteri, hatta Timbalan Perdana Menteri.
3 - Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak mesti dilaksanakan oleh
Sultan Perak dan Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin diakui Menteri
Besar yang sah.

Jika difikirkan untuk mengembalikan perpaduan rakyat dan ummah, Iskam dan kemanusiaan, maka perkara - perkara di atas tidak menjadi keberatan di pihak UMNO, tetapi kalau kerana kepentingan lain, misalnya masih mempertahankan nasionalis -kapiatalis, keddukan individu dan kepentingan - kepentingan lain, maka perkara menjadi sulit dan sukar mencapai perpaduan.

Saya melihat ke hdapapan, lebih - lebih lagi dengan beberapa orang penting dalam UMNO didapati terlibat dengan bperbuatan rasuah, maka, jika kerjasama antara UMNO dengan PAS tidak diwujudkan, saya khuat banjir Tsunami - Sosio - Islam akan melanda dan UMNO akan menajdi seperti parti - parti politik pimpinan Mahtma Gandi, di India dan Parti Nasional Indinesia, pimpinan Presiden Ir. Soekarno, di Indonesia.









No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.