MOKHTAR PETAH
DATO SERI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
DI BAWAH
SANG SAKA BANGSA
*** ***
Dato Harussani Zakaria
[Krisis politik di Negeri Perak ekoran dari tindakan tegas Sultan Azlan mengenepikan Menteri Besar, Dato Seri Ir.Mohd. Nizar Jalamaluddin dari PAS - Pakatan Rakyatdan melantik dan berkenan ke atas Dato Dr. Zambry Abdul Kadir dari UMNO – Barisan Nasional ,telah mengakibatkan Mufti negeri itu, Dato Harussani Zakaria dimaki hamun oleh orang – orang Islam - orang Islam maki hamun orang kafir peluk . Elizaberth Wong memang buat maksiat wanita PAS peluk. Berikut ini disiarkan percakapan Harussani dengan editor majalah Melenia Muslim - Yaysan Dakwah Islamian Malaysia – YADIM dan disiarkan dalam majalah tersebut keluaran Mei 2009.
Orang ramai, terutama pada para mualim atau ulama di luar UMNO mempertikaikan pendapat atau fastwa mufti tentang wajib mentaati pemerintah (Sultan) dengan beralaskan hadis Nabi dan ayat Quran. Menurut mereka, ayat Quran dan Hadis berkenaan turun dan dikeluarkan pada zaman pemerintahan Islam,iaitu pemerintahan Negara Islamdi bawah pimpinan Nabi Muhammad.
Fatwa bersandarkan ayat Quran dan hadis tidak sesuai digunakan bagi pemerintah atrau kerajaan zaman ini,lebih – lebih lagi Malaysia dan Negeri Perak tidak menggunakan pakai Perlembagaan dan Perundangan yang bedasarkan Quran dan Sunnah. Malaysia dan Negeri Perak menggunakan pakai Perlembagaan dan Perundangan sekular, iaitu undang – undang ciptaan manusia. Editor, Mokhtar Petah dan Petah Shahrir Aidid.
“Pasal mereka bertelagah ni, kerana mereka (pihak Pakatan Rakyat) tidak mahu ikut cakap Sultan. Saya kata kita wajib taat kepada Sultan. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. pun ada sebut kita wajib taat pada pemerintah kecuali pemerintah itu zalim.
Dalam kemelut Perak hari ini, kita tidak boleh kata Sultan itu zalim.Nak hukum zalim macam mana? Semuanya dalam pertimbangan Sultan.
Orang Melayulah. Orang Melayu juga yang ramai maki hamun saya. Macam - macam mereka kata. Saya tak pernah jumpa Raja pun dalam hal ini. Mereka kata macam – macam pada saya. Nabi s.a.w. dah kata, dari syak kepada yakin, daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada derhaka kepada taat. Jika mengajak kita berpecah itu bukan seruan Nabi. Kerana mereka ini suka menjalankan kerja syaitan. Kenapa kita perlu mengdengar pada hal - hal yang dilarang Tuhan? Mereka tidak setuju dengan pendapat saya, mereka sanggup kata saya anjing. Mufti sekarang dah jadi anjing kerajaan. Menyokong BN. Bila pula saya masuk BN? Saya tak campur pun. Sultan tidak pernah tanya saya. Waktu itu saya terperangkap. Menteri penrangan datang, ada pula wartawan yang tanya saya apa hukumnya menderhaka kepada Raja? Ini yang saya kena jawab bila wartawan sudah tanya. Mereka marah.
Pakatan Rakyat bukan ada perjanjian antara mreka (PKR, PAS dan DAP) pun. Sekarang ini mereka sudah lebih (dalam Dewan Undangan Negeri). Kita sudah beri teks khutbah Jumaat, mereka tak baca langsung. Malahan sekarang doa untuk Sultan pun mereka tak mahu baca selepas berlaku krisis politik di negeri ini.
Tidak tepatlah. Walapun mereka kata bukan pun wajib baca doa untuk Sultan. Betul tiedak wajib. Tetapi kita disuruh berdoa, agar Tuhan memberikan petunjuk kepada sultan. Apa yang tidak boleh dilakukan untuk Sultan, apabila kita puji atas keadilan Sultan kerana belum tentu Sultan itu adil.
Jadi dalam kemelut di Perak ini, perlu kita minta kepada Allah S.w.t. memberi taufik dan hidayat, selain menanamkan sifat ketaatan jepada perintah Allah s.w.t. Itu yang kita doakan untuk Sultan. Memangh Tuhan suruh pun.
PAS dan PKR sudah jumpa saya, jam 11.00 datang ke rumah, sedangkan saya nak tidur kerana sakit gigi waktu itu. Tapi mereka mendesak nak jumpa saya juga. Mereka suruh saya nasihatkan Sultan untuk bubarkan kerajaan (Dewan Undangan Negeri).Buat pilihan raya negeri. Ini bukan kerja saya, saya tiada kena mengena dengan politik. Kalau saya ketuk pintu istana, walaupun Sultan bagi saya masuk, nanti Sultan tanya apa hal? Awak masuk parti mana? Saya nak kata apa?
Sedangkan saya yang mencadangkan Nizar (Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin) pada Sultan untuk dilantik Menteri Besar selepas Pakatan menang Pilihan Raya lalu (PRU 12). Yang berhak menjadi Menteri Besar adalah PKR. Anwar Ibrahim pun menelefon saya. Tapi Sultan tanya saya, siapa yang akan kita pilih jadi MB? Saya kata pilihlah Nizar kerana dia berilmu dan ada (pengetahuan) agama (Islam). Nizar pun selepas dilkantik jadi MB ada juga datang ke rumah (saya) dengan pengikutnya. Pernah mereka datang di pejabat penuh sesak sehingga tidak ada kerusi nak duduk. Tapi saya tak layan beliau.
Tiada apa yang dibualkan pun. Yang dia kata cuma minta saya nasihatkan beliau. Saya pernah kata itu memang tugas saya. Jadi saya menjelaskan kepada beliau, dalam enakmen perundangan negeri bahagian syarak, bahawa mufti adalah tertinggi. Sultan hanya sebagai Ketua. Raja pun saya nasihat. Saya tegur jika tindakan baginda tidak menepati syarak.
Saya tidak pernah nasihat dan ambil tahu pun apa MB nak buat. Walaupun saya dilantik sebagai (enggota) Exco tetapi bidang tugas saya hanya sebagai penasihat sahaja. Saya tidak boleh mengundi pun. Nak nasihat apa, jika ada lapan Exco Cina, hanya dua Melayu? Dah tentu keputusan memihak kepada bukan Melayu.
(Nizar) tidak datang. Hanya hantar orang dia. Pandangannya banyak peribadi, saya tidak mahu campur. Mereka marahlah.
Mereka (UMNO) tidak rebut kuasa. Cuma mereka bagi tahu pada Sultan, sekarang BN lebih dari PR. Itu saja. Pasal dua wakil rakyat PR dan seorang kembali kepada BN. Terimalah hakikat itu. Tetapi mereka (PKR, PAS, DAP) tidak boleh terima. Sekarang majoriti wakil rakyat memihak BN.
Kalau kita mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dngan orang kafir tetapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir. Kenapa kita lebih menyayangi orang kafir daripada menyayangi orang Islam? Orang Islam kita sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk – peluk pula.
Macam kes Elezaberth Wong (anggotra Exco Selangor) dia jelas buat maksiat.Kenapa Ketua Muslimat PAS perlkuk sampai menangis, dan macam mana Nik Aziz (MB Kekantan) boleh menyokong isu ini. Sedangkan kita tahu mereka tidak akan sokong Islam. Tengok saja ketua DAP kata: “Langkah mayat saya dulu.”
Pemimpin Melayu perlu fikir ke arah pemurnian akidah. Penting untuk terus mempertahankan bangsa, agama dan negara, iaitu moto perjuangan kemerekaan kita. Mengapa sekarang kita tinggalkan semua hal itu?
Islam adalah agama negara yang tujuannya untuk kerajaan membentu kerajaan (pemerintahan) Islam. Orang Islam tidak dibenarkan sama sekali mengganggu orang Islam.
Dulu kalau orang lain boleh berdakwah kepada orang Islam, mereka boleh didenda RM3,000 atau tiga tahun penjara. Tapi sekarang apa dah jadi? Mufti nak buat apa lagi. Sejauh manalah kemampuan kami.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.