Tuesday, March 24, 2009

NORZA GUGUR HAK ... TAK BOLEH BERTANDING


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria hilang kelayakan untuk bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Khamis in. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO itu dimaklumkan melalui UMNO Online yang disiarkan jam 1 tenghari Isnin. Norza baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kerana didakwa terbabit dengan rasuah yang berkaitan dengan pemilihan UMNO. Difahamkan keputusan itu turut menggugurkan jawatan Norza yang sedia ada. Selain Ahli MT, Norza juga adalah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Sementara itu Norza ketika dihubungi Agendadaily mengesahkan telah menerima surat daripada Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang memaklumkan keputusan berkenaan. "Saya berasa sedih dan kecewa dengan keputusan ini. Namun sebagai ahli parti yang akan teruskan iltizam untuk membela hak-hak parti. Saya juga akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib," katanya. Berita sebelum ini : Boleh ke tak
Letak jawatan, kata Dr Latif...

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mencadangkan semua Menteri dan Timbalan Menteri meletakkan jawatan seiring dengan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Menurutnya, beliau mencadangkan perkara itu kerana merasakan Najib perlu diberikan ruang dan kebebasan untuk memilih barisan kabinetnya. Kata beliau, Menteri dan Timbalan Menteri perlu memberikan ruang kepada Najib untuk membentuk 'pasukan impiannya' yang mempunyai integriti, kebolehan, kesesuaian serta kesetiaan.


KDN gantung permit akhbar PAS dan PKR

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Isnin menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kedua-dua akhbar tersebut didapati melakukan kesalahan berdasarkan aliran pemberitaan yang jelas melanggar garis panduan kementerian dan syarat-syarat permit.

(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 23 Mac 2009)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.