Tuesday, March 24, 2009

ABDULLAH AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA

PAK LAH
Abdullah Ahmad Badawi

"Kali ini gejala politik wang begitu banyak sekali diperkatakan tetapi politik wang bukan baru (sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra sampai ke zaman Mahathir dan hingga kini- mp), sudah lama. Dulu kita adakan satu perhimpunan khas berkaitan dengan politik wang selepas berlakunya pemilihan parti pada tahun 1993 yang dicemari politik wang, tetapi nampaknya macam orang tidak endah. Tidak siapa yang suka atau sokong politik wang tetapi ia tetap berlaku.
Dalam hal ini, yang penting adalah ahli - ahli UMNO. Mereka mesti tahu bahawa merekalah yang akan menentukan siapa yang akan menang dalam pemilihan. Kalau orang yang menang kerana politik wang, kita tidak dapat menjamin kebaikan pemilihan itu sama ada pilihan terbaik atau sebaliknya. Pemilihan terbaik mesti berasaskan kepada kebaikan seseorang itu untuk menjadi pemimpin yang baik.
Akhirnya selepas bercakap banyak sangat soal politik wang ini orang tentu hendak tahu apa akan jadi, apa kesudahan pemilihan parti.
Rakyat akan membuat penilaian terhadap barisasn pemimpin baru yang dipilih. Jika mereka tidak puas hati dengan pemimpin - pemimpin baru, maka rakyat akan rasa kecewa. Kita bercakap mengenai macam - macam perkara, soal reform dan sebagainya, tetapi kalau persepsi terhadap pemilihan tidak baik maka ia tidak akan jadi baik untuk UMNO. Jika parti yang memimpin tidak dapat menghasilkan pemimpin yang terbaik, maka ia akan tetap akan mengecewakan rakyat dan kalaulah politik wang itu dinggap sebagai punca kepada salah pilih pemimpin, ia boleh membawa padah kepada UMNO. Oleh itu mereka harus (mesti) memilih orang yang benar - benar (bersih dari korapsi atau rasuah -mp) boleh memimpin." (Mingguan Malaysia, Ahad 22 Mac 2009)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.