ZAMBRY SANGKAL SPEAKER |
Written by Administrator | |
Friday, 20 February 2009 | |
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mendakwa Speakar Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar melakukan pembohongan besar kerana mendakwa beliau dan barisan Ecxo Kerajaan Negeri gagal memberikan penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang baru-baru ini. Menurut Dr Zambry, tidak timbul pihaknya gagal memberikan sebarang penjelasan, sebaliknya isu yang paling besar ialah cara Speaker, V Sivakumar bertindak. "Beliau telah menyalahgunakan sepenuhnya kuasa sebagai speaker dan pihak kami akan bertindak mengikut saluran undang-undang," katanya sebagai mengulas tindakan Speaker yang mengantung beliau dan barisan Exco daripada menghadiri sidang DUN. Menurut Zambry, Speaker patut menyedari sama ada tindakan yang dilakukan itu benar-benar mengikut undang-undang. (Berita ini diambil dari Watan net 20 Februari 2009) |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.