TAATKAN PEMERINTAH
Oleh: Mokhtar Petah
Hai orang-orang yang beriman, taatkan Allah, taatkan Rasul dan yang mempunyai kuasa di antara kalian, jika kalian berlain pendapat tentang sesuatu, kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jhika kalian beriman kepada Allah dan hari kiemudian; itulah yang baik dan lebih bagus kesudahannya. – An Nisa:59
Maksud ayat Quran – firman Allah di atas ini berkait rapat dengan siasat atau politik umat Islam. Setiap individu Muslim wajib mentaati Allah dan Rasul – Nya. Dalam ketaatan ini tidak ada tolak ansur. Taat orang Muslim kepada Allah dan Rasul tidak ada sebarang keraguan, kecanggaahan dan perselisihan pendapat.
Tetapi dalam mentaati orang yang berkuasa yang memerintah orang Islam (Raja, khalifah, presiden, perdana menteri dan sebagainya) ada ruang yang dikurniakan oleh Allah kepada individu Muslim membolehkan tidak mentaatinya.
Firman Allah itu diturunkan pada zaman Nabi Muhammad memerintah Negara Islam Madinah. Perintah itu hanya kepada orang yang memerintah Negara Islam. Tidak untuk negara - negara barat dan di seluruh dunia yang tidak bersifat Negara Islam.
KAEDAH ISLAM
Jika pemerintah atau ketua berlainan pendapat dengan orang ramai atau berlawanan dengan kaedah Islam, maka pemerintah atau ketua itu tidak wajib di taati.
Jika pemerintah atau ketua menjalankan pemerintahan tidak mengikut Quran dan Sunnah, maka untuk mentaatinya ada ruang yang boleh dipertikai atau dihaskan.
Contoh yang terdekat, peristiwa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerintah Ir. Mohahamed Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan, kalau tidak meletak dikira jawatan itu lucut dari Nizar, maka perintah itu jika dibawa kepada politik Islam atau ajaran Islam, boleh dipertikai.
ADAT ISTIADAT
Sebabnya, pepecatan itu tidak saksama seperti yang diamalkan dalam Islam. Sultan tidak melakukan syura lebih dahulu sebelum memecat Nizar.
Oleh kerana negara kita sebuah nasional – kapitalis dan begitu juga negeri Perak yang masiah kuat memegang adat istiadat Melayu, maka tindakan menentang keputusan Sultan, boleh dipandang derhaka, tetpai pada pandangan Islam tidak derhaka.
Persaturan dalam Negara Islam mestilah mematuhiperintah Allah seperti maksud firman-Nya berikut ini:
Hai orang-oran gang beriman, kalian hendaklah berdiri lurus kerana Allah menjadi saksi untuk keadilan. Dan janganlah kebencian kepada sesuatukaum menyebabkan kalian tidak menjalankan keadilan, kerana adil itu lebih dekat dengan takwa. Dan takwalah kepda allah; sesungguhnya Allah tahu betul apa yang kalian kerjakan. – Al Maidah:8
Jika seseorang rakyat menentang keputusan pemerintah Negra Islam yang adil dan taat kepada Allah, maka dia boleh dipersalahkan sebagai penderhaka.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.