Saturday, February 21, 2009

QURAN

BERSELISIHAN

Dan taatkan Allah dan Rasul-Nya dan jangan kalian berselisihan (berbalahan), jika kalian bersilisihan, kemahuan kalian menjadi lkmbab dan kekuatan kalian hilang. Kalian hendaklah (bersabar) berhati teguh; sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. – Al anfal:46


HADIS

KERANA PERKATAAN

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya, ada kalanya seorang hamba (hamba Allah) berbicara sepatah kata yang tidak ditelitikannya, tiba-tiba dia tergelincir ke dalam neraka oleh sebab perkataannya itu lebih jauh dari jarak antara timur dengan barat.

- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

MENZALIMI DIRI SENDIRI

Ketua yang berpelajaaran dan bijaksana tunduk kepada para pengikutnya yang tidak berpelajaran dan tidak bijaksana, maka dia lebih jahil dari mereka yang mengikutnya dan dia menzalimi dirinya sendiri dan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.