Friday, February 20, 2009

SEKADAR MENGENANG

DARI BUKIT KE BUKIT

Oleh: Putera Al Ma'unah

Nabi Nuh bersama sebilangan makhluk bernyawa menaiki bahtera dalam banjir paling besar, dah behteranya terhenti di Bukit Judi, Arminia. Akibatnya kebinasaan kepada mereka yang menentang Allah dan Nabi Nuh.
Nabi Musa berjuang menegak agama Allah di Bukit Thurisina, akhirnya orang-orang Yahudi yang menentang Allah dan Rasul-Nya binasa.
Nabi Muhammad menerima wahyu awal dari Allah dalam Gua Hira', di Bukit Cahaya (Jabal Nur) hasilnya agama Islam berkembang hingga kepada masa ini.
Nabi Muhammad memulakan hijrah dan jihad ke Yasrib (Madinah) dari dalam gua atas Bukit Thur, hasilnya terbentuk negara Islam di Madinah.
Junjungan bersama umat Islam berperang dengan orang-orang kafir Qurisy di Bukit Uhud. Akibatnya orang-orang kafir kalah dan umat Islam menang. Nabi Muhammad dan tentera-tentera Islam berjaya merebut Masjid Haram, Ka'bah dan Kota Makkah dari golongan kafir Qurisy. Agama Islam berkembang keseluruh dunia.
Ramai orang Melayu tunjuk perasaan di Bukit Chandan kerana Sultan memberhentikan Nizar dari jawatan Menteri Besar Perak. Akibatnya Negeri Perak bercelaru. Krisis berlarutan.
UMNO - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat - PAS, DAP dan PKR akan merebut kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Bukit Gantang; Apa akibat dan natijah. Yang nampak Melayu terus berpecah. Perpduan sukar dilaksanakan atau menang sorak kampung tergadai?

Bukit Selambau di Negeri kedah,
Orang India bawa kekasih,
sakit kita bertambah parah,
Mengenang bangsa sering berselisih.

Bukit Gantang banyak Durian,
Menteri Besar kini dua,
Akibat Sultan dengan pertimbangan,
Rakyat negeri kacau kena.

Gadis Cina di Bukit Lanjan,
Heboh sebenua dik gambar seksi,
Hakis budi hiasan badan,
roboh bangsa dik lagak sendiri.
Bukit Selambau! Bukit Gantang! Bukit Lanjan!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.