SEDIH DIMAKI PEMBANGKANG. Malaysiakini
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kesal dan dukacita dengan tindakan penyokong parti pyang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya "sesiapa tidak taat pemerintah tetap dianggap menderhaka"."Selagi Sultan tidak menitahkan kita supaya melakukan perkara yang maksiat, maka kita mesti taat pada perintah itu.Jadi sesiapa engkar, derhakalah orang itu" tambah beliau lagi.
Kenyataan itu adalah ekoran dari pergolakan di Perak baru-baru ini dimana Sultan minta Menteri Besar YB Nizar meletakkan jawatan sebagai MB Perak.Penyokong yang tidak berpuashati dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat, melaknat dan mencarut terhadap mufti itu.
Mufti Perak adalah satu-satunya mufti yng telah mengeluarkan fatwa bahawa tahanan ISA dibenarkan tidak menunaikan Solat Jumaat kerana mereka berada dalam tahanan!!!.Tahanan ISA yang ditahan 7 tahun, tidak pernah dibenarkan melakukan Solat Jumaat walau sekali pun.....
Apakah takrifan "maksiat" yang difahami oleh Mufti ya?
9 ulasan:
-
Assalamualaikum tuan mufti,
Terimalah apa juga yang datang dengan hati yang terbuka. Bersabarlah, apa juga yang di keluarkan oleh rakyat itu datangnya dari hati mereka, dan seapakah yang menggerak kan hati mereka?
Ini adalah masa masa yang gelap dalam sejarah negeri perak, kita sama sama berdoa supaya masa ini berlalu dengan segera.
Salam -
Di dalam sejarah kerajaan islam lampau mmg terdapat kisah ttg ulama istana dan juga ulama yg mmg tidak mahu duduk hampir pada pemerintah. Sejarah juga bakal menentukan status ulama2 ( mufti)di Malaysia ini. Samada mereka ini tergolong dlm kategori ulama2 yg muktabar atau pun mereka cuma merupakan ulam - ulam yg di hidangkan kepada pemerintah bg menambah rasa keislaman. Mgkn mufti Perak boleh bermuhasabah ttg dirinya sendiri ( golongan mana yang dia wakili)? Tepuk dada tanya selera??? Mahu jadi ulam atau ulama'?
-
Kalau dalam Islam termaktub undang-undang Islam, kalau pemerintah minta mufti jangan ikut undang-undang Islam tu, mufti tu tidak derhaka pada pemerintah tapi derhaka pada siapa pula ye!!
Mana lebih berat ye jaga dunia atau jaga akhirat? -
Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.
"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".
"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".
"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".
"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".
"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".
"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".
View Profile: Rantong™ -
Kepada Rantong, dalam islam tiada bangsa2 dibezakan. Sepatutnya kita berdoa agar kekal penyatuan orang islam bukannya orang melayu..Adakah islam orang melayu lebih bagus dr islamnya orang cina atau india... Di negeri China terdapat 200 juta umat islam dan di india ada berpuluh2 juta lebih ramai dari orang melayu islam di M'sia.Berapa ramaikah ulama2 muktabar yang ada di kedua2 negara tersebut. Rasanya mungkin ada puluhan ribu. Jadi seelok2nya berdoa utk umat islam dan diberi hidayah kpd sahabat2 senegara kita yg belum islam. Sesungguhnya kita tidak tahu lagi adakah kita akan mati dalam islam atau tidak? Mungkin org yg skrg ini kafir, bila matinya di tentukan allah menjadi islam... Oleh itu janganlah menjadi org yg asobiah (mengagungkan bangsa) kerana jika begitu maka islam dan iman kita masih nipis....Berdoa agar di bukakan mata hati kita untuk menilai kebenaran dan kebatilan...
-
Aku bersetuju dgn due kenyataan Hambe.
Antare kate Nabi: "Ade umatku di akhir zaman yang mengerjekan amalan2 ahli syurge,sedangkan mereke itu adalah dari ahli Nerake,dan ade umatku yang mengerjekan amalan2 ahli Nerake sedangkan mereke itu dari ahli syurge"
Perjuangan membele Akidah adelah lebih agung dr perjuangan membele bangse n tanah air. -
Subhanallah walhamdulillah, semoga kita semua di kekalkan dalam islam, Ya Roh insan...
-
...diakhir zaman akan lahir golongan yang membenci ulama'... (hanya orang jahil yang membenci ulama'). Belajar ilmu agama tak sedalam mana, tapi memandai-mandai nak menyalahkan pendapat orang alim...
-
Tuan Tanpa Nama.
Mintak tlg berikn ciri2 ulamak Suk n Sodiqin,mane la tau kot2 sye tergolong di dlm golongan yg dikatekan membenci ulamak atau golongan yg dikatekan memandai-mandai.
Adekah bile kite dianggap alim(pangkat yg diberi manusie)make kite tdk perlu lagi menerime pendapat org lain.Dan tdk ke mengaku alim(berilmu)itu ddk dlm syirik yg nyate.
Bukan ke Pewaris Nabi itu tdk merase sedih dan berdukecite atas tiap sesuatu yg menimpe dirinye. - (Dipindahkan dari lailagimi.blogspot.com 16 Februari 2009)
Islam tak benarkan perkauman kerana kita semua ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. DiMalaysia banyak orang yang mengaku Islam akan tetapi asyik memperjuangan perkauman dan bangsa. Mereka ini nampak menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri. Mereka ini rasa mereka lebih berkuasa dari Allah. Ada yang mengaku Ulama, akan tetapi asyik saja memperjuangan perkauman. Ulama apa ini?.
ReplyDeletemufti perak, sultan hanya seorang manusia. kalau sultan pukul org, kita patut diam? atau kita patut menegakkan keadilan?
ReplyDelete