Monday, February 23, 2009

QURAN

KEJAHATAN AMAT KEJI

Dan cukupkan sukatan bila kalian menYukat (menakar) timbanglah dengan neraca yang betul; itulah yang paling baik dan lebih elok kesudahannya.

Dan jangan turut apa yang kamu tidak ketahui (ikut memnbuta tulis, fanatik atau main-main ikut), sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan menerima pertanyaan (dari Allah).

Jangan kamu berjalan di atas muka bumi dengan sombong, kerana kamu tidak akan dapat menembus bumi ini, dan kamu tidak akan (melonjak) sampai setinggi gunung.

Semua itu kejahatan yang amat keji dalam pandangan Tuhan kamu. – Al Isra: 35 – 38

HADIS

MENYAMPAIKAN AJARAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sampaikan ajaran saya walaupun hanya satu ayat, dan ceritakan tentang (kezaliman dan keingkaran kepada Allah) Bani Israel dengan tiada terbatas. Siapa yang berdusta dengan sengaja atas nama saya, maka hendaknya menentukan tempatnya dalam api neraka.

- Perawi: Imam Bukhari.

PETUA

SEPULUH JENIS GADIS

Ada sepuluh jenis gadis dalam dunia ini: 1 - Gadis yang beriman dan berakhlak mulia. 2 - Gadis yang menghargai cinta lebih dari harta dan kekayaan. 3 - Gadis yang sabar dan berharapkan orang lain sabar. 4 - Gadis yang kekal dengan cintanya selagi ada kemewahan. 5 - Gadis yang memilih lelaki untuk pasangan hidupnya dan rela menajdi anak dara tua jika tidak mendapat yang berkenan di hatinya. 6 - Gadis yang sedia berkorban seperti lilin membakar diri. 7 - Gadis yang mengutamakan kemewahan dan berbilang kekasih. 8 - Gadis yang cepat marah dan panas baran tetapi cepat sejuk hati. 9 - Gadis yang rasa hina diri dan tidak yakin akan masa depannya. 10 - Gadis yang mengumakan agama dan amal ibadat kepada Tuhan dari kekasih dan suami.

Walau sehebat mana lelaki, dia akan lemah hati di hadapan mana-mana gadis yang dia cintai.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.